Friday, June 29

Jangan Baca Post Emo!

salam alaik..

kadang-kadang rasa macam nak cekik diri sendiri je kan?

kenapa?

ye lah. rasa tak selesa dengan hidup. cakap lain. buat lain. kata ini itu. tapi buat itu ini. huhu.

kata seorang akh KMB, mujahadah tu biar sampai nangis sebab tak tahan sangat. biar sampai meratap. biar sampai tak tahan gila2 dah melawan jahiliyah. ko ade sampai takat tu che cardio?

kata seorang akh lagi, tarbiyah tu mujahadah. ye la. nak improve diri kut nak pakai orang lain sepanjang masa penatlah. tak gitu?

kata seorang lagi, mujahadah itu pahit, sebab sorga itu manis. wahaha. ini sweet punyer orang. ko pernah rasa pahit mujahadah ke che cardio? sahabat bermati2an melawan jahiliyah sini sana, kena seksa sini sana. kau goyang kaki kat rumah minum milo panas kaw ape cer?

kata orang lagi, iman tu turun naik. kalau plateau je, malaikat la. o ye ke? ni ayat escapism ke hape che cardio? tu bukan lesen nak hias kefuturan ko lah!

kata orang lagi, tarbiyah ni kena konsisten. arab sket, istiqamah. ye lah. kalau taknak konsisten, buat apa nak mujahadah. haishh.. kusut2.

pesan ikhwah, mutabaah amal kena jaga. okeh. check mutabaah amal. sorang kata, biar mutabaah amal tu yang kita mampu laksanakan, kalau nak letak satu hari sepuluh juzuk quran pon boleh kalau mampu. ko mampu che cardio? *facepalm. sorang lagi kata, tapi kita kena lah celeng(baca: challenge) diri kita lagi2 nak dekat bulan puasa ni. okeh jom celeng diri! pastu aku jugak pening nak turut mutabaah amal mana satu. buat sendiri? hoho. boleh. tapi nak celeng ke nak konsisten? kussuuut~!

dengar koolsem. rasa terubat sedikit hati. betullah kata orang. jangan duduk sorang diri. sentiasa duduk dengan ikhwah. kalau tak iman senang down. kan betul? dengar akh M bagi tazkirah pasal isra' miraj yang kalau ikut dulu memang keje tido je ye bila ceramah isra miraj che cardio?

entahlah. kadang-kadang rasa nak give up. gila! dah faham apa semua nak give up apa? tak faham lah tu maknanya. tau takpe. kalu aku tak faham dah lama aku give up oke.

emo pulak malam2 buta ni. bukan nak tahajud ke hape ke. duk merapu kat blog yang takde sape baca ni. haish. kusut kusut.

takpelah. beri aku tempoh untuk bertafakkur dalam diam. aku mungkin nampak biasa dari luar. masih mampu tersenyum riang. masih mampu memberi respons2 comel.eh? tapi dalam mak oih. kacau2. risaukan result IB? huh jauh panggang dari api. tipulah kalau kata tak fikir langsung. tapi rezeki dah ditetapkan kan? tambah kekusutan kepala buat hape?

okey lah. nak tidur. bahaya kalau bagi che cardio merapu malam2 ni. sindrom emo ni xleh biar macam ni je. doakan saya pulih. saya juga mahu menyondol laju seperti mereka. tidak mahulah jadi kekura yang memperlahankan langkah pejuang sahaja.

doakan saya tsabat kerana itu yang saya mahu. tapi. ye lah..

Ya Muqolibal Qulb, Tsabbit Qulubana 'ala deenik wala to'atik fi jihadi sabilik. amin.

p/s: lupakan apa yang anda baca. ini bukan saya yang sebenar. atau mungkin inilah saya yang sebenar. saya sendiri tidak tahu lagi.

Tuesday, June 26

Mengejar Makhluk2 Terbang di Angkasa!

salam alaik...
writing with the end in mind.. that is probably the most hardest thing for me... no matter how long i think, the ending would just be the same.. different from the initial plan... its hard to stay on track huh?

well, it's been some time since i write my last post. yup, have been travelling around for the past two weeks... alone? haha... definitely a no.. my ikhwah are going as well and am really glad that most of them are there as I won't be seeing some of them due to early flights such as Inche Suparman and Inche Polar Bear..

About the programme? haha. one word. osemness! (okey tukar mode manglish) gila tak terbayang perogerem 12 hari boleh jadi semantop itu.. i was expecting dull sharings and so so ngantuk punyer tazkirah... but a tonne of cow dung splashed over my face... kecepek! poor me.

let me tell my journey first before i go into the details... mula-mula naik kereta api tanah melayu yang comel montel tu, sampailah ke kl sentral. turun kat kl sentral, kumpul2 dengan ikhwah lain, dari serata dunia, walaweh! serata malaysia. maaf, terhiperbola. maka dengan enaknya kami menbantai nasi kukus ayam goreng berempah ratus pilihan rakyat beramai-ramai di fudkot KL sentral. sungguh enak makan sambil disajikan dengan wajah-wajah kepenatan ikhwah terchenta. bagaikan sudah perfect cuti ini. hoyeah!

sesudah perut kami mula mengelap lantai kl sentral itu, dengan mengengsot, kami menuju pula ke KTM Taman Melati sebagai destinasi seterusnya. wah, macam the emezing race ni! sampai di sana disambut ayahanda atau nama comelnya popojie(popo=bapa panggilan panglima awang org sarawak) dengan sebijik bas kuning yang err,, kire osemlah.. yang penting bukan basnya atau pemandu india bas itu, tapi penumpang2nya sumpah manusia2 qawiey yang ada beberapanya sudah mampu membuka tingkap bas dan terbang!

namun, perjalanan selama hampir sejam itu tidak mampu membuka ruang untuk berukhuwwah dengan super saiya-super saiya yang ditemui dek kerana terlalu kepenatan. kerusi sandar direndahkan. topi ditarik menutupi anak mata. i'm done. babai dunia sedar.

membuka mata, terus terbeliak melihat panorama yang sungguh memikat hati jantung perut saya tatkala menyedari bas sudah berhenti di sebuah tempat peranginan di negeri pahang. Bukit Success sememangnya memukau ekor mata, namun raut wajah ikhwah yang penuh dengan segala macam benda itu nyata lebih memikat hati saya sejujurnya. ya lah. sudah hampir dua minggu tidak ketemu. apa lagi? mandi tak basah, tidur tak lenalah!

ya, menginap di sana selama beberapa malam. menghabiskan masa dengan xtvt yang sumpah berfaedah untuk diri dan juga ummat. haha. tertanya-tanya bukan? bagaimana menghabiskan masa bermandi-manda suatu aktiviti berfaedah untuk ummat. haha. adalah caranya. pengisian demi pengisian berjaya di lalui dengan tabah. kadangkala syahid juga di bahu ikhwah mahupun di kepala lutut sendiri. namun semoga Allah membalas jasa hamba-hambaNya yang berusaha mencari redhaNya. AllahuAllah!

selesai di Bukit Success, menaiki bas cumil lagi ke pejabat uhuk3 untuk sesi seterusnya. sehari bersama hadek2 intec dan KMB di pejabat itu. merasakan ruginya masa di KMB yang aggal digunakan untuk berukhuwah secukupnya. menyesal itu tiada gunanya. sempat juga meneroka hutan tropika, menembusi sungai tekala bagi mencari port masyuk untuk rehlah ukhuwah pada pagi yang terakhir itu. oh sungguh sejuk enak menghayati tazkirah dalam keadaan hanya kepala yang berada di atas paras air. tazkirahnya pula. waah! gila mantop wa cakap tu. muzakkir(orang bagik tazkirah) pon dah semngat menjerit2 sampai geng2 atas bukit sinun mula intai2 kitorang and buat muka macam tengah tengah tgok golongan black metal buat ritual. ye la. peliklah di mata masyarakat duk buat syiar tarbawi dalam keadaan terendam macam tu. kan islam itu asing, tak gitu?

adik2 pulang, mulalah sesi yang mula membuka pekung di dada, menjatuhkan rahang bawah, menanggalkan gigi2 palsu makcik2 yang mendengar, dan banyak lagi deskripsi yang tak mampu diterjemahkan melalui kata-kata semata2. namun, sejujurnya, pertama kali merasakan mata bersinar2 menerima ketukan tukul 50 pound ke benak hati yang tiada pengisian sebelum ini yang pernah mampu menjangkau ke tahap itu. osem bukan? (mata kelip2)

usai rentung hangus menjadi arang, arang hancus menjadi abu, kami di bentuk kembali mempersiapkan diri untuk jaulah ke pantai timur yang saya kira kemuncak osemmness perogerem kali ini. bertindak selaku kuli cacai, memandu kereta ferrari merah milik seorang bakal guru math, memantapkan skill2 pemanduan dan berjaya memandu untuk beberapa ketika sebelum naik pangkat menjadi dato kehormat yang sedap tidur berdengkur saja di belakang. huhu.

sampai di kuantan, pahang. menerima err.. pengisian.. ke taujihat... ke sama je? x kesah lah... janji ada yang bercakap dan mendengar di pejabat *bunyi train lalu.. pahang... pengisiannya, walaweh!! saya konpem masyuk! tapi tu lah.. er.. penulis terlentok biarpun berada betul2 di depan pentazkirah. aduss... sekali lagi, doakan semoga Allah membalas usaha hamba2Nya yang bermujahadah. amin.

selesai di situ, berangkat lagi. ke kuale terengganu pula... tinggal di RI kuale tganung... RI? haha.. macam R&R kan bunyinya? haha... tapi tempat itu... waahhh... jangan bayangkan... sungguh osem lah! berada di KT selama beberapa hari, melalui beberapa aktiviti yang mantop. dan bertolak ke rumah terchenta di kota bharu...


itulah brief perjalanan selama 12 hari memburu sorga. bakal meletakkan episod2 yang akan di hapdet agar saya sendiri tidak melupai saat2 bersama mereka. huhu... sekian sahaja. lain kali ya?


salam alaik.


p/s: saya rasa saya sudah ketinggalan jauh dengan ikhwah saya. saya juga mahu terbang bersama mereka. tidak mahu selamanya merangkak. hei, kamu yang sedang terbang itu. tariklah saya sekali. janganlah tinggalkan saya. tak kesiankah dengan saya yang tertinggal ini? *buat mata kucheng comel yang sedang mengejar makhluk2 di angkasa. 

[]

Tuesday, June 12

12 hari mencari cinta, eh syurga!

salam alaik.
will not be around for 12 days..
mana nak pergi? haha~
jika orang boleh buat filem 30 hari mencari cinta.
aku nak buat travelog 12 hari mengejar syurga.
huhu~
till then.
doakan saya mati syahid. ameen.

signing off.

Saturday, June 9

Subjek-subjek Mapan!

salam alaik..
seperti yang diuar-uarkan... rasa nak mengepost pasal IB sekejap.. haha. bukan apa. rasa lucu tengok hadek2 duk bising kat fesbuk tanya tu la. ni la. what i'll say, "masuk dulu, rasa sendiri. baru dapat rasa nikmat IB(haha~ ke seksa?)". but yup. sure. a tips or two won't budge. but i ensure u, having all the tips does help, but it doesn't make u an IB survivor... (well, i'm not yet a survivor myself. not until the results pop-out. heh)

rasa nak cakap ikut susunan IB exam jer. haha~ cam best je. okeh then, we'll start with mathematics sl.

Mathematics SL

Well, how to put this into proper words. hurmm.. it is like additional mathematics during F5. except that u can't really score. haha~ masa cikgu mengajar tu, rasa macam faham giler. dalam otak, siap boleh cakap lagi. 'owh, takdelah susah sangat math ni'. duuh. and bila time semester exam, gaya yakin nak mati lah ni nak dapat 7. memang yakin habis lah. but that stopped until i finished my paper. OMG. that was hard! memang tak cukup masa! and the answer? soalan apa ni? olimpiad ker hape? and seriously, i wasn't prepared for that level of  questions. and for sure lah. tak dapat 7. tapi dah boleh agak, so, takdelah frust sangat. i got a 6. same for semester 2. and finally a 7 for sem 3. memang semput ah. tapi bila dah masuk sem 3 tu, math sl takdelah susah sangat sebenarnya. macam add math gak, bila dah lama hadam soalan2, patternnya sama je. tapi tulah. latihan. latihan. and latihan. (bunyi cliche kan untuk math. tapi tulah.. haha.) hopefully getting a 7 for IB. ameen~ cikgu math? haha~ one of the legend back in KMB. asal legend? haha~ ade ceritanya. takpe, skip that. she was an awesome teacher. macam double personality pon ade. ye la. in class, memang garang x hengat lah. sumpah takut gila awal2. memang cuak tak habis ah masuk kelas dia. malam2, mesti check timetable, ade math ke x. kalau ade, memang selongkar kerja rumah kalau ade, even if masa tu dah pukul 2 pagi waktu mesia. haha. tapi dah selalu pergi lepak sembang-sembang kat bilik guru, memang stylo habes ah. org kata, jiwa remaja. boleh plak siap kongsi2 secret.. haha~ lepas dah kamceng tu, terus memang terbuang ah rasa cuak dengan cikgu aida, so, keje banyak x siap pon, boleh senyum sempoi je, padahal classmates dah menggigil.. haha.. sumpah takkan lupa period math kat KMB. osemmness!

Chemistry HL

hurm... subjek ni gila2 lemah ah. arghh! at one point, give up nak dapatkan 7. ye lah. dari sem 1 sampai la ke sem 3. memang sangkut kat 6 je. duuh. sadis bro. masa belajar, memang faham habis ah. tapi time exam, macam... err... aku faham soalan ni... tapi.. err... jawapan dia pon aku taw... tapi.. er... nak tulis apa ni? sumpah terkial2 time exam... ah. taram je lah. sebab taram yang jadik 6 sampai sudah tu. ah! tak kesah, aku nak 7 jugak untuk IB.. haha~ amin. cikgu chemistry? haha~ cikgu paling muda kat KMB. (eh, ke x?) x kesahlah. janji antara yang termuda. awal2 takut gak ngan cikgu fazila, sebab dia nampak garang. and when time passed, yeah. hipotesis berjaya dibuktikan. dia memang nampak garang. tapi takde lah garang sangat pun. sama gak ngan cikgu aida, jiwa muda. ye la, x kawen lagi. tapi bila sem 4, dah kawen dengan sorang engineer.. tinggi gila laki dia. hensem2. padan lah. haha. doakan cikgu bahagia sampai ke akhir hayat. amin. doakan saya 7 ya cikgu? ayt cikgu mesti macam ni, "saya dah selalu doakan anak murid saya...".. haha...

English B HL

HL? wah, bajet kao amik english High Level? spm punyer english pon hancuss. haha. diam. biarkan yang berlalu itu pergi. haha. english.. seperti biasa lah. aku memang hancus english. bahasa orang. plus, masa sekolah dulu, selalu kutuk org yg speaking, kata bajet lah, poyo lah. last2 aku yang lingkup. hadoi.. gila menyesal buat camtu kat sekolah dulu.. kepada hadek2 SMACH, sila jangan sambung budaya itu. sangatlah tidak bagus. english ni macam mana eak? hurmm... one word. interactive. haha. tak pernah aku terlelap walau sekali time english. (ke pernah? haha) ticer english, mrs Raieda, memang stylo habislah. gaya sinisme dia paling aku takleh lupa. and the orangutan punya gaya tu memang sampai sudah aku akan ingat. haha. mau nak lupa, cikgu english buat lawak depan kelas selamba je. haha~ and seriously, suka sangat time english. tapi tu lah. haha~ i've put my best foot forward during IB exam, biarpun text D tu susah gila. takpelah. mengharapkan yang terbaik. no less than 6 please? xlepas IUMC punyer requirement aku nanti.. amin.

Malay A1 SL

wahaha~ subjek ni sumpah osem!!!! gila2 suka. suka gila2.tak taw kenapa. mungkin aku memang nature sastera. so, subjek ni memang sangat best bagi aku. presentation sambil nyanyi duet(sumpah aku malu gila time kena lagukan sajak dengan iwa(klasmet)... arghh!).. macam pementasan pon ade gak. nyanyi serangkap, pastu ade org sambung baca sajak(which is Ika, klasmet jugak), pastu sambung nyanyi lagi tu... rentak takyah cakaplah.. memang berterabur... and subjek ni memang goreng tahap tak ingat lah time exam.. alhamdulillah, result malay xdelah teruk sgt, tp risau jugak for IB exam ni... main goreng2, hangus tak pasal2. nauzubillah minzalik. cikgu malay? haha~ memang relax habess! merangkap cikgu EE aku, cikgu azhana, memang gaya keibuaan yang sempoi x hengat.. ayat feberet,"hrrmm... tak jelas kot..." haha~ ingat acap(klasmet) punyer ajukan, memang sebijik ah. tapi sori cikgu, kami tak niat nat ajuk cikgu sebenarnya.. kami rindu cikgu, cikgu cuti bersalin lama sangat.. huhu~ doakan kami 7 semua ya cikgu. EE saya pon, doakan biar dapat A. amin.

Biology HL

wuah3~ subjek ni lagik sempoi. seringkasnya, macam boleh cakap, hafal, tulis, hafal, tulis je. tapi masa belajar kena la faham dulu. haha~ perubahan drastik giler dari SPM dulu... aku memang hancuss bio.. tengok kero jeme(exskulmet. now in egypt.) studi bagai nak rak, hafal segala bagai fakta bio, kitorang wat bodoh lagi. faham dah la. masuk KMB, sekali dapat cikgu yang memang ajar ikut answer scheme. nota aku memang nota answer scheme ah. pergh masyuk habis studi dengan answer scheme. sampai habis IB kot studi nak exam pakai nota cikgu je. haha~ tapi tu la.. terlepas peluang belajar macam2 seperti kelas lain. tapi xpelah, kat uni nanti, nak selongkar and belajar macam-macam.. minat je sebnarnya bio ni, minat gila kot.. tapi tu la. mesia punyer sistem untuk bio terlalu exam oriented, sampai tak lalu aku nak studi bio time sekolah menengah.. tapi sumpah sayang gila cikgu bio sekolah menengah ngan kat KMB. haha. memang ciri2 keibuan level tinggi ah. haha. cikgu sara, jangan lupa call saya bila dah tahu result eak? haha~ cikgu dah cakap nak call. ye la. cikgu kan tahu awal result IB. sehari awal kot. kot2 boleh tahu lepas ke idak pon dah oke. haha.

Business and Management SL

ini... ini... ini... sumpah susah. haha. belajar fun gile. interaktif. cikgu mimi yang comel pon sempoi habis je mengajar. tapi tu lah. kalau dah tahu nak jawab macam mana tu, tak tahu je lah. and sampai ke habis lah aku dapat 5 je untuk bms. tapi nak IB hari tu, budak engine yang genius bisnes ni buat lah kelas tambahan. gila stylo la wehh. sumpah sayang dorang. yasin, akmal, loque, syah, azam, ridu dan segala bagai budak2 engine yang ade masa 2. memang aku learn a lot from that class. rupa2 nya masalah aku selama ni, is aku tak pernah apply apa yang aku belajar dengan case study yang diberi. selama ni aku main teori sampai sudah jer. tapi IB hari tu dah cuba relatekan dengan terbaik. and i'm targetting no less than 6 for bisnes. kalau bonus 7. haha. amin!

err.. ToK ngan Pai? itu perlukan post yang khusus. haha. kenapa. nanti kita cerita lain kali. insyaAllah. sehingga itu, selamat. semoga aku tsabat. matikan aku dalam keadaan mencintai jalan ini. amin

salam alaik

Friday, June 8

Inche Habuk Sila Blah Boleh?

salam alaik...
at this point in time, i was like banyak gila nak cakap, tapi malas gila nak tulis type.. boleh ke macam tu? haha. pon bolee..

in middle of nothingness. rasa macam hidup tak lengkap. perlukan sesuatu untuk melengkapkan hidup. and nope. saya tak maksudkan sebarang jenis makhluk hidup yang berlainan jantina disini. sila jangan silap faham.

semalam buat keje buang tebiat. kemas bilik. oke tu takdelah buag tebiat sangat. kemas bilik start asar sampai isya'. oke saya rehat lah kejap time solat. pastu sambung balik. macam orang tak betul ni bila mood tak tentu hala tu datang. nak kemas pakaian je sebenarnya petang tu. lipat punya lipat. siap lipat rasa tak best. nak buat lagi. (oke ni dah masuk part buang tebiat). okeyh buang sume baju adik saya(currently at uitm penang) bawah turun kat laci paling kecik... wahaha~ *gelak evil. ye la. selama duk KMB die conquer bilik ni, sume baju saya dalam laci kecik je. duhh. lemah semangat.

lipat-lipat baju adik. then ruang besar saya punya lah kan? nak bagik sapa lagi. nak menginap 3 bulan kot kat rumah. i need some space. haha. *gaya xleh blah. okeh. almari setel. aduss. berdebu lah plak bila dah kemas pakaian dalam wardrobe neh. hurm. pikir-pikir.

okeh. time for some sapuan. 'sapu'an. betul la kot grammar saya. kalau tak betul pun kira lepas lah. informal writing kan?(mesti ticer raieda xkan baca bebelan nih. haha.) nak sapu, mesti sapu bawah katil sekali kan? okeh selak cadar slow2. tiba-tiba...

wargh!!!!

okeh. bukan ada pape pon. bajet nak buat citer seram malam-malam ni?

yang ada hanyalah debu-debu yang konpem tak boleh nak diguna untuk tayamum and beberapa sampah-sarap yang bergelimpangan(okeh gambaran yang ter'over'). garu kepala. apa nak buat neh. nak carik penyapu. nak carik penyapu.

there u are. berkilat lagi. baru beli kat penang.(i was like_ hape la banyak2 tempat, kat penang jugak nak beli penyapu). takpelah. dan bermulalah episod bersin bersiri dari petang sampai malam. sempat jugak alih posisi katil bersaiz permaisuri dalam bilik ini. dah semakin besar nampaknya bilik ini.

oke tambah ke'buangtebiat'an lagi, boleh pulak ni nak mop bilik malam-malam buta. Ya Allah. mama memang geleng kepala tengok anak jantan mop bilik malam-malam buta. oke. the kepelikan increases when, masa tengah mop tu... abah tegur,

"hang pi mop lantai guna sabun apa?(hanya accent random, abah saya cakap kelantan lah)"

"err... sabun biru sebelah bilik ayaq," aku jawab dengan wajah selamba badak

"kah333!!!" abahku ketawa xde irama

"awatnya?"

"yang hang pi amik sabun pencuci tandas buat apa?! amik la sabun cuci lantai!"

i was like.... mak oi patutlah bilik aku harum semerbak je...

hadoi.. and that was it. memang habis kena gelak je lah semalam. nasib baik. dan sangat bernasib baik baru satu tarikan sapuan ke kiri mop yang dibuat(kalau anda biasa mop rumah, anda akan faham maksud saya). then pergi lah balik ke bilik air, tukar sabun.. urgh.. sungguh memalukan.

tapi tulah. kita belajar dari kesilapan kan. ingat bau sabun wangi boleh guna untuk semua tempat ke? haha. tak pernah rasa tak pernah tahu kan?

dan begitulah penyucian bilik yang berlangsung. sekarang bilik dah cun, boleh lepak dengan senang hati. nak buat benda2 personal pon okeyh jer, xde org kacau. hoyeah! (oke, sila fikir guna hati yang bersih dan beriman)

ibrahnya? lorh, ye la. xkan main cite je benda2 kosong takde manfaat macam di atas? apa guna tulis blog bro kalau input tak bermanfaat untuk org lain or at least untuk diri sendiri. tak buang masa ke? haha.

okeyh first sekali. aku sedar, yang kadangkala, kita perlukan perubahan yang visible dalam hidup kita. perubahan posisi katil bersaiz permaisuri dalam bilik ni dah sedikit sebanyak membuka ruang untuk aku sediakan tempat nak solat. sebelum ini, solat kat luar bilik, or bersempit di celahan katil dan almari. oh sungguh tidak selesa. perubahan yang visible ini kadangkala boleh bagik kita ruang untuk kita baiki diri. perbetulkan skru2 yang dah longgar dan adjust sket2 apa2 yang patut. di analogikan daripada susun atur yang baru dalam bilik.

now i got ruang bersolek(bersolek ni...>_<) depan almari yang agak luas. boleh posing2 lagi. and i got about 40% of my room's space for solat and benda2 lain. memang kosong lah. katil dah saiz queen. so, kalau korang datang rumah aku, memang aku boleh gerenti bilik aku lah yang paling best untuk dijadikan port lepak. haha~ (gaya kerek). sama gak dengan masa kita dalam hidup. jika disusun aturkan seefektif mungkin, anda akan dapat ruang kosong yang banyak lagi melimpah ruah. setelah sampah2 dalam bilik(jahiliyah dalam diri) dicampak ke dalam tong sampah yang comel di hadapan rumah, pastilah bilik(ruang dalam hati) akan lebih bersih bukan?

dan lagi, saya sudah buang debu2 dalam bilik. bermakna habuk2 pasti sudah tiada. maka? maka tamatlah drama bersiri berjudul bersin itu. haha. itu pun susah nak figure out kah? anda ni.. namun, habuk-habuk itu pasti akan datang lagi bukan? konfirm lah. mustahil lah kalau mereka tak ingin membalas dendam terhadap saya ini. pasti seluruh anak pinak akan dibawa bersama untuk menyerang bilik ini nanti. habislah saya! oh tidak semudah itu, inche habuk. saya ada penyapu baru made from penang oke. anda ingat saya ingin membiarkan anda mengetuk pintu bilik saya dan masuk dengan tenang. haha. mustahil! begitulah juga dengan hidup kita yang bermujahadah ini, nak tak nak, kita kena top-up iman lah selalu lah bro, senang citer. caranya? nah amik mutabaah amal(er, anda boleh carik di mana2 kedai runcit yang berhampiran) mujahadahlah untuk penuhi mutabaah amal anda. sebabnya? haish.. anda mahu inche habuk menyelinap masuk dengan bangganya kah?

saya rasa setakat itu sahaja karutan pada malam ini. tidak mampu tidur sebenarnya. niat di hati ingin mengarut mengenai subjek di KMB esok. tapi tengoklah. masa saya tak banyak sangat. malah sama saja dengan kamu semua. kat rumah dah jadi chef tak berbayar. tadi masak nasi ayam. minggu lepas ayam black pepper. saya mahu belajar masak nasi kerabu pula lah. anda mahu? jom, datang rumah saya makan!haha

[kredit] oke. ni sumpah bukan bilik aku.
selamat malam Mr Blog. salam alaik.

Monday, June 4

Kepala Besar!

salam alaik...
terasa lama tidak mengepost walaupun baru dua-tiga hari... haha

saya baru pulang dari jalan-jalan pusing semenanjung dengan femili. huh. sungguh memberikan tekanan jiwa dan perasaan sekali. apa tidaknya. dari kelantan, singgah di Cameron beli jagung rebus(what the?) sahaja. i repeat, pusing jalan yang macam ular kena palu tu bagai nak tercabut kepala lutut just for a bite of jagung rebus.. well. that's my mom for you.. ahaha.

then, turun lagi(eh, ke naik?) ke Ipoh(Ipoh malii~~) amik kakak di what they call Tronoh. alah, dekat dengan UTP 2... haa, taw xpe.. and from there, abah cakap, "sape nak bawak?"

saya macam... err... *fingers up...(masih lagi dengan muka malu2 kucem).. okeh sungguh tak leh blah... abah baling kunci... sambut.. what is this feeling... TT_TT

haha... jika anda sudah mula rasa boring dengan celoteh saya.. sila pangkah butang merah di hujung belah kanan segera sebelum saya masuk mode dramatik habess~ wahaha. oke siyes.

bila abah bagik kunci unser tu.(kunci unser manual oke. bukan kancil kecik mahupun myvi auto yang diparkir di depan rumah sekarang) ada rasa lain. haha. it was like. i have grown up. haha. gila bajet bunyik nyer. but that's the word. i have grown up. fulsetop.

ye la. sumer org grow up right. and undoubtedly in their own unique way. ada yang dianggap dah besar bila dorang dah kawen(erk.. maaf ini bukan post pasal bm). ada yang dianggap besar bila dah start keje(well, dah ada duit sendiri kan?). in the case of my family, kebanyakan kitorang tinggal jauh dari keluarga(i mean kat hostel), so rata2 memang boleh hidup sendiri, tanpa rasa homesick. boleh berdikari(beli kari makan sendirik, bak kata piee dlam mami jarum). kira dah besar la tu. tapi ultimate point bagi saya sendiri personally is when abah bagik bawak kereta jalan jauh(kalau takat pulas stereng dalam garaj rumah sepupu sy yg 3 tahun 2 pon selalu buat). rasa macam dah besar. ye la. umur pon dah nak masuk 20 lagik 5 bulan. haish lama lagi tu..

tapi tu la... rasa dah besar kan..

tak riak ke 2? erk. eak?

what's the point of me telling all these here. just another story of me. haha. well, i have some time to kill right know. but wait, there's a reason.

okay kita tengok diri sendiri. tanya diri sendiri, bila masa yang kita rasa kita dah cukup besar? i mean 'besar' metaphorically, bukan 'besaq' size... kalau besaq size, sy memang xkan mencapai maturity lah.. hadoi... oke kembali. melalut je. bila agaknya? haha. banyak jawapan kan.. yup, it depends on how u see yourselves.. tak gitu?

something to ponder upon. pagi tadi baru saja habiskan UsKab wilayah kelantandi masjid biru kubang kerian. tadabbur surah al-hadid atau surah besi... kemudian ustaz arif belanja makan(wahaha~ *gosok tapak tangan) dalam pada duk menunggu habisnya tazkirah ustaz arep yang dah membuatkan perut ini pasang lagu Ngajat Tampi(memang x khusyuk habis lah ni, mana xnya, pergi uskab x breakfast... hadoii..), terdengar sepotong bait yang dalam dari bibir ustaz.

jika saudara NcR dan Inche G pernah kata Tarbiyah itu mujahadah, ustaz arep punyai ayat yang sumpah osem di telinga saya. di dalam separa kekhusyukan itu, terakam juga kata-katanya,

"tarbiyah itu is when you push yourself to perfection"

wah. ingat nak kagum dah ustaz cakap omputeh. tapi my mind struck me by force to ponder upon that quote.

"tarbiyah itu is when you push yourself to perfection"

smash! straight ke dalam jantung. pedih ulu hati. nak carik gaviscon. nak carik gaviscon. eh.

sehingga ke hari ini. sudah hampir dua tahun ter'jerat' oleh bekas murabbi, Am, dalam kancah DnT ini. sehingga ke hari ini. sudah berapa jauh saya menolak diri ini kearah perfection. atau masihkah di takuk lama juga. sama saja seperti permulaan dahulu. atau nauzubillahmin zalik. mungkinkah diri ini makin teruk?

rasa diri ini sudah cukup 'besar' bila mampu bawa kereta dari Ipoh ke Penang? fikirkan kembali. haha~

selalu saja kita selaku orang yang ditarbiyah 'perasan'. bak kata orang muda, "syok sendiri". haha~ muda lagi, 'bajet bagus'. ye la. apa tidaknya. kita dah lalui segala mak nenek jenis pengisian hingga kalau nak list nama pengisian pun mungkin dah tak tertulis. kita dah tempuh bermacam-macam mehnah dan karenah dengan usrahmate, anak usrah, murabbi malah mungkin dari rakan-rakan sebaya.

tak cukup besarkah kita? okey. apa lagi. kita dah anjurkan segala jenis perogeram untuk hadek2 dan jugak untuk kawan2 untuk bagik dorang lebih kefahaman tentang deen ini. tentang fikrah ini. tentang matlamat hidup ini. dan kadangkala bila kita tengok orang lain dari kita, tak kira la dari segi fikrah ke, pandangan politik ke, ideologi ke, kita mula besar kepala. ego tak tentu hala. hai? tak cukup besarkah?

besarnya kepala kita. eh. kepala saya. maaf. anda mungkin x terlibat langsung dalam hal size kepala ini.

apabila di tanya, "semenjak anda mengikuti tarbiyah, sudah sejauh mana anda berubah?" ketika daurah wada' tempoh hari, saya jadi kelu. tak tahu. saya dah berubah? haha. funny. orang berubah punyalah mata ni cekap menangkap. hingga riak muka Encik K yang berubah pon saya boleh baca, inikan pula perubahan sikap orang yang kita hadap tiap2 hari...

ya. mungkin saya lebih faham tentang fikrah ini. memahami deen ini lebih dari saya dua tahun lepas. namun sekadar memahami hakikat itu, sudah berubahkah saya. atau lebih tepat lagi, sudah 'besar'kah saya?

bagus juga bila ada yang memerhatikan kita. namun tidak semua ikhwah seperti saya. kerja usha orang saja. well, i'm very observant. err.. saya usha lelaki sahaja ya. (sila jangan kotorkan minda anda) jadi kadangkala rasa stress bila hendak menilik diri.. sudah berubahkah aku? inikah perubahan? inikah perubahan ke arah yang lebih baik? ye la. mana tahu, saya berubah ke arah lebih hipokrit.(nauzubillah)

kadangkala rasa takut. kadangkala rasa was-was. inikah perubahan? kerana saya tidak merasakan diri ini terubah. atau itu hanya mainan minda sahaja. wallahu alam. semoga perubahan ini(jika saya memang undergoes perubahan lah kan?) kekal dan jika saya tidak berubah pun sebenarnya, doakan saya agar cepat berubah. saya tidak mahu ketinggalan. ikhwah saya sudah banyak berubah. saya mahu jadi seperti mereka. saya juga mahu jadi 'besar'. aman.(mode: rindu ikhwah KMB TT_TT)

nite Mr Blog.

p/s: baru sahaja menghabiskan Hlovate's contengan jalanan. mode saya masih berfalsafah mengenai perubahan dalam perjalanan carik Tuhan.




kredit