Friday, December 14

Hidup Macam Mereka!

salam alaik.

dikesibukan exam-exam final ni, terlalu amat gatal rasanya jejari panjang ni nak menukilkan rasa sedikit sebanyak di sini. a short one will do, kan?

baru sahaja bermesej-mesej mesra dengan waris yang ditinggalkan di bumi tarbiyah banting lewat tahun lepas. kelihatan beliau sangat sihat walafiat, bayangkan sahaja berat badannya, err... biarlah rahsia. eheh. okeyh karut-marut di malam hari, mesej-mesej pon boleh tahu berat? oohoooi~

Soalan yang beliau tanyakan, cukup simple, tapi entahlah, bagi saya sendiri, merasakan kedalaman soalan itu. "bagaimana Ireland?" tanya beliau ringkas seringkas mengunyah chocolate chip cookies kegemaran saya di malam hari.

Err... Ireland? "apa kata aku tentang Dublin?" dan lebih utama, "apa kata Dublin tentang aku?" termenung. mengeluh seketika. oh pedih soalanmu adikku, pedih sekali.

Kadangkala terfikir juga. Dublin. Malaysia. Sama. Tapi tak serupa. (Boooo~ kliche lah checardio, bosan3!)

Er. anda tu. sabar eh? bagik saya eksplen dulu. kih.kih.kih. dan kih lagi sekali.

Menerusi lensa mata saya, saya personally rasa Dublin ini sebuah bandar yang menarik. Ya lah. Ada jarum panjang di tengah-tengah bandar. kalau sesat di tengah bandar cenggitu... ah! konfem x sesat punyalah! (peluh kecil mengalir perlahan setelah beberapa kali sesat di dublin city centre). Lagi-lagi, bandar Dublin ni punyalah ada leprechaun-leprechaun hijau yang chomel kat tepi-tepi jalan tengah kutip duit emas yang terjatuh kena langgar dek pakcik jual botol kitar semula(oke tipu). Apa lagi ya? Oh ya! Kat Dublin city ada jugak orang pakai topi ada tanduk, naik bas tingkat atas, pastu jerit kuat2 kat orang lalu lalang. Hah, tak cukup extreme lagi? Tadaa.. Itu lah Dublin.

Eh? Che cardio ni.. melampau sangat tu. Tak kan lah ada benda-benda tu je. Sampaikan kalau terlepas cakap,"err, anak saya studi kat dublin nu haa." Hah! tu diaa.. Habih satu batalion sedara mara kenal(berpeluh ketiak anak hang nak jawab menjawab soalan beribu-ribu macam shotgun). Pernah rasa pengalaman, time raya puasa je, mesti nak jalan-jalan rumah sedara mara seluruh nusantara sambil lukis pokok keluarga(baca: family tree). Duk pompam2 melukis dan mewarna dengan pensel warna air Luna tu, tetiba tersentap dengar statement seorang sedari(yang padahal dengar tiap-tiap tahun kot). "eh? apesal yang adeknya macam kpop, yang abangnya macam...err..(tergaru-garu kepala tak sanggup meneruskan kata-kata dan untuk nota, si abg merujuk kepada diri saya dan si adik merujuk kepada artis kpop, eh? adik saya). Dan seperti biasa, gelak tawa dan hilai gembira yang macam pontianak layaknya selalunya diberikan sambil cover peluh yang mengalir di celahan songkok. "err, akak. x boleh obviyes lagi ke?" ~(-_-")~ Dan kembali kepada Inche Dublin, pabila namamu disebut, "Pffffttttt!!" tersembur jus oren sunquick sejuk yang diminum makcik-makcik dan akak-akak yang sedang syok menyandar di tepi dinding itu. Salah Dublin lagi.

Then i would ask myself again. Apa yang ada dengan Dublin sehinggakan diri ini sendiri sangat gigih, menolak diri, studi sampai lupa dunia(baguslah lupa dunia, jangan lupa akhirat sudah. eh awak? studi gila-gila sampai tak keluar bilik tu bukan dunia ke? *telan liur), pergi ke hulu ke hilir, intreview segala bagai, esaimen beribu-ribu. Huh! Konon jihad la tu che cardio?

Saya pernah mendengar seorang sedara di sini berkata, "kerajaan, kalau just nak kita amik medic, dorang takkan hantar kita ke luar negara. Dalam negara pon lebih dari cukup." dan saya sejujurnya setuju dengan statement itu setelah tiga bulan berada di sini(eh silap, saya setuju awal lagi, baru tulis je. eheh). "Apesal pulak che cardio? Kerajaan hantar kan suruh studi? Duit rakyat wooo! Amanah tu! Nak kena hempap che cardio ni!"

Eh sabar sabar. anda ni.. dengarlah saya habis cakap dulu *down

Saya betulkan sedikit kenyataan di atas. "Saya setuju dengan pendapat bahawa kerajaan hantar pelajar ke luar negara BUKAN SEMATA-MATA untuk buat medic." dan saya akan stay dengan pendirian itu. kalau anda tidak suka atau tidak bersetuju, silakan tekan butang merah di penjuru atas skrin anda sebelum anda mengscroll lebih dalam lagi ke dalam penulisan saya. sekian disklemer tajaan Iskender Kebab.

Dan saya ada justifikasi saya yang tersendiri untuk bersetuju dengan pendapat berikut. Satunya, kerana ilmu yang dipelajari dalam bidang perubatan sama sahaja tidak kira di mana pun tempatnya. Ya, mungkin anda boleh mengatakan sistem berbeza menyebabkan penghasilan dokter2 yang lebih mantopp. PBL, Integrated, tradisional, irama malaysia(eh?), just say it. sistem yang berbeza, pendekatan pembelajaran yang berbeza, tapi masih mengkaji bidang yang sama bukan. bolehkah anda studi medic di negera Zimbabwe misalnya dengan tajaan Persatuan Kancil-kancil Sedunia(PERKAS) dan kawan anda belajar di Alaska di bawah tajaan Perbadanan Tongkat Ali Semulajadi(PTS), dimana anda mempelajari bahawa, tulang di lengan itu bernama femur manakala kawan anda pula mempelajari bahawa tulang yang sama anda maksudkan itu bernama epigottis pula? Karut! lecturer saya cakap namanya humerus tahu? Anda nampak apa yang saya ingin sampaikan bukan. ilmu perubatan itu sama sahaja secara generalnya, di mana-mana pun. biarpun ada pertelingkahan pendapat di antara teori2 yang berbeza.

Di sini, saya melihat ada segelintir pelajar. untuk peringatan. hanya sekelumit cuma. bukan semua. secubit pelajar yang saya maksudkan ini hanya membelek buku di kantor(baca: bilik) sahaja. Kuliah entah kemana, tutorial entah kemana. Eh? Exam ada pulak muka-muka mereka? * pengsann.. keluar bilik hanya untuk ke tandas untuk melepaskan rindu kesumat pada mangkuk tandas, ke dapur untuk mencapai seketul dua roti untuk memastikan mata masih mampu membukakan dirinya untuk menghadap lecture notes dan buku-buku perubatan yang jika saya timbang dengan stok ikan bilis dan asam jawa di rumah ini pun, ah! pasti melambung begitu sahaja stok-stok makanan saya itu. heh. Bergaul dengan mat salleh? uix, melayu pun jarang sekali terserempak, apatah lagi mat-mat atau minah-minah salleh! Dan saya kadangkala terfikir juga. Kalau macam tu lah hidup, apa guna datang Ireland? *pengsan tak sempat fikir apa-apa

Tapi itu cara mereka. biarlah. asalkan mereka bahagia. Tapi saya masih tegas dengan pendapat di atas.
Biarlah orang kata saya kolot atau bajingan. Biarlah orang kata saya takde fokus atau takde strive to study hard. biarlah orang kata saya takde life kalau tak main game dan tak tengok movie. biarlah orang kata saya buta IT sebab tak reti download segala mak nenek benda kat laman sesawang tu. Biarlah dan biarlah. Saya hidup berpaksikan apa yang saya percaya dan saya tidak mahu dan malah tidak pernah regret keputusan hidup saya. Life is about being alive. and if you're not living, silakan jadik cadaver saya tahn depan okeyh? ^_^

Hidup di Dublin ini bukanlah untuk belajar ilmu perubatan semata-mata. There is more to life than just books and facts. The world is bigger than just ipads and laptops. The war is tougher than just in DoTA or even PES(if u would call that a war). This life is more than just about you and yourselves. Kita tak perfect. Tapi kita semua tahu siapa yang perfect. dan kita tahu je siapa yang tak perfect jugak, tapi hidup di sekeliling dan berusaha mencontohi kesempurnaan yang perfect itu. jom, sama-sama? Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat. Ingin hidup seperti mereka. Belajar seperti mereka. Berjuang seperti mereka. Bergembira seperti mereka. dan Menangis seperti mereka. Tapi amal kita.... "Shut up. and just make a wish. Dan berusahalah untuk impian anda.

"Kalau ada 100 orang sahaja mujahidin, biarlah aku menjadi salah seorang daripadanya. Kalau ada 10 orang sahaja mujahidin, biarlah aku jadi salah seorang daripadanya. Dan meskipun ada seorang sahaja mujahidin. Pastikan aku orangnya!"

"Nak lepak-lepak sembang-sembang curhat-curhat dengan sahabat-sahabat kat sorga nanti boleh tak?" *senyum keluar air mata

Nak berjiran dengan mereka kat sana boleh? *angan-angan tinggi, tapi biarlah aku berangan-angan dahulu, daripada aku bisu kaku tak melakukan apa-apa untuk islam dek takutnya aku daripada berangan-angan kosong


Sekian dari sesi merilis tensi di senggang masa sebelum last payypeeerrr!!

Dari yang mahu hidup seperti yang Baginda dan yang Sepuluh,
CheCardio
University College Dublin, Ireland.


p/s: topik merata-rata. tesis statement takde, topic sentence apetah lagi. maklumlah, otak tak berapa nak betul.

Wednesday, December 5

Akhi, Capai Tanganku!!!

Akhi, Capai Tanganku!

Tiga purnama di bumi asing

Menjejak mimpi menemui realiti
Derap mata yang kubuka ini
Selalunya diselaputi hina
Dulunya dekat ditinggalkan
Jauh mengumpan diri 
Deria yang berdosa
Pada Penciptanya

Bukaan sempit ini
Biasanya kuarah jauh
Jauh dari pusingan dunia 
Yang pantas menodai sucinya
Sekalung pancaindera 
Tatkala detik luputnya
Menghampir pada tepian berada
Bahkan tidak terlalu jauh
Malah mungkin jadi depanan saja

Suram kilauan hati
Mengheret diri penuh layu
Merentas cabaran transisi ini
Langkah demi langkah itu
Terasa amat berat gesaannya
Ingin sahaja temulang ini berhenti
Berhenti dari mengejar mimpi
Berehat dari memerah emosi
Berputus dari pengharapan hati 

Tapi jalan yang panjang ini
Bukan untuk sang pengalah
Bukan jua untuk si lemah
Butuhnya jalan ini
Pada pemuda yang kental hatinya
Mapan pada yakinnya pendirian
Tegas dalam hakikatnya kata
Semangat dalam api juangnya
Muntij dalam kancah amalnya
Ikhlas jua penentu segala

Pada kalian yang kukasihi
Yang ku kira faham benar
Tahapan cemas itu
Malah jauh dari sedar
Hakikat sempitnya langkah
Yang kita atur seharian
Ketiada beradaannya
Posisi ummah kita kini
Dan kau masih mahu bermalas-malasan?!

Jalan ini tidak memerlukan kamu
Tidak sekali-kali!
Walhal kamulah 
Yang amat memerlukan jalan ini
Dan jangan sekali kau lupa
Dikala kau meniti di tepian
Nyalaan-nyalaan api yang melahar
Lantas kau dikejutkan
Dari tidur yang lena
Yang kau senangi itu
Detik kau mengenang itu
Tidak pernahkah dikau
Menitiskan mutiara-mutiara kesyukuran
Pada Dia yang Maha Pengampun?

Jika dahulu kalian disibukkan
Memerah keringat dan buah fikiran
Bagaimana mencuri hati
Merangka solusi kendiri 
Melunaskan hak-hak insani
Menerobos belukar jiwa 
Melakar memori bersama
Malah merembes titis-titis ukhuwwah
Yang basah tiada berganti 

Namun kini ku lihat dikau
Dan juga diriku
Hanyut dibawa arus suasana
Yang terlebih deras
Hingga akar-akar ukhuwah 
Di tepian tebing sosial
Gagal kau paut erat
Putus satu demi satu
Melihat kau dan aku
Tenggelam jauh
Ke dasar gelap itu

Buih-buih itu
Pecah tiada makna 
Dikala gelapnya hati
Menghijab diri sendiri
Dari dicari dan dicapai kembali
Kadang ku minta sahaja
Hati yang baru
Untuk dirimu dan diriku

Tapi dalam kesamaran itu
Ku lihat tanganmu
Menerobos airan laju
Memaut diriku kejap
Menarik tubuh lemah ini kembali
Ke jalan yang sedang kulalui
Di kala malam dara masih
Belum menampakkan kejahatannya

Rebahku tanpa hadirmu
Kuharap tiada realiti
Kerana aku masih mahu
Menjadi yang asing itu
Dan aku mahu kamu juga tahu
Aku ingin kita
Bersama
Menjadi yang asing itu.

Kalian, semoga kita terus tsabat.

CheCardio
5 Disember 2012   5:16 PM

******************************************************************
niat nak study physiology sampai habis. tapi pengsan di perjalanan. mimpikan ikhwah yang dirindui. yang selalu berjalan bersama berpimpinan tangan, menuju satu arah yang sama, dengan derap langkah yang sama. Dan tiba-tiba terlihat kelibat generasi muda yang ditinggalkan di bumi tarbiyah banting, semuanya bagaikan sedang berlari-lari laju sedangkan kadangkala aku hampir tidak mampu melangkah tatkala berada di sini. Terasa diri ini terlalu amat lemah dikala berseorangan. Tapi melampaulah aku mengharapkan sentiasa ada tangan yang akan sentiasa menolak ketika diri ini tiada daya, melampaulah aku andai mengharapkan sentiasa ada kaki yang menendang andai diri ini tersasar jauh, melampaulah aku seandainya mengharapkan perjalanan berjuta batu ini senantiasa berteman dikala susah dan senang. eh ke x melampau? 

merindukan suasana di kolej dulu. makan roti bijirin di beranda surau sehingga lalat-lalat datang menyebuk. bergelak ketawa sampai ke pagi bercerita tentang kisah hidup zaman jahiliyah. menumpang bahu mencurahkan air mata kala putus cinta dilanda masalah yang bisa gugurkan air mata lelaki. saling kejut mengejut dikala hendak bangun qiam pagi atau dikala math portfolio dan tok presentation menghantui di esok hari. juga saat tidur beramai-ramai selepas subuh di hujung minggu lalu bangun dan terus ke dewan selera menikmati air teh o panas dan mihun goreng putih yang penuh dengan hirisan lobak halus itu. saat berusaha menjerit-terlolong di blok mengajak semua main bola tampar di waktu jam berdenting 8 kali. lantas dijamu goreng pisang panas oleh akak koop sambil menyantap 100plus dan kadangkala air kotak epal dan juga mango. AH! gila rindu!

juga merindui sesi SePetang bersama kalian. Masih aku ingat lagi, SePetang terakhir yang aku dan Anak Pakcik 'Tahini' (Eh?) kendalikan. kalian masih tidak lupa bukan? alah! main sorok-sorok itu! pasti tiada yang lupa bukan? hihoo~ bertindih-tindih dibelakang sofa lantas dikejutkan oleh si pencari dari depan bilik TV. (memang kantoi lah kan, sofa tu dah berganjak dari tempat asalnya kot!) Ah, kumpulan lilit kepala dengan kain pelikat apa kurangnya, mengunci semua ahli di dalam bilik wudhu dengan harapan ingin membazirkan masa pencarian. Ah! pagar KMB lagikan ku panjat, ini pula dinding setinggi itu sahaja! Malah pergelutan di tangga akhawat belakang surau itu mustahil kau lupa, gara-gara superman seorang yang kau perjuangkan, habis seluruh pertunjukan jadi sajian orang lalu-lalang. benarlah kata orang, bila bersama ikhwah, dunia sekeliling pun kalian lupa bukan? *senyum mengalir air mata.

Ah! aku masih belum habis. sesi PAU tak pernah pula ku lupakan. merempat di mana-mana sahaja, asalkan dapat bersama kalian. di bilik sempit. di ruang TV yang berhapak. beranda surau yang penuh lalat(eh? mana datang semua lalat2 ni?) ruang solat perempuan yang jadi katil sepanjang peperiksaan. Kalian! memori itu masih ada bukan? jangan pula kalian tukarkan myelin sheath dan schwann cell itu dengan memori curhat kita. dan usah pula kalian cagarkan G-protein dan tyrosine kinase itu dengan SePetang kita. Memori surau itu pula? ceh, takkan mampu pectoralis major dan glenoid fossa itu menepis bahangnya bukan. Dan sesi mukhayyam dakhili di kolam Banglo Kuang yang sarat dengan ukhuwwah level diabetes itu? HIHOHOO~ Jangan haraplah silibus medic integrated mahupun pbl dapat melenyapkannya bukan? kan3? *Senyum sampai gigi taringku kelihatan lagi  

 aku nukilkan puisi ini untuk kalian dan mereka yang terasa. semoga kita semua terus tsabat. Teringin sekali duduk bersama-sama kamu disorgaNya, berbual-bual perihal kenangan kita. Andai Dia mengizinkan, aku sumpah ingin masuk Firdaus bersama kalian! *senyum keluar air mata. 

Dan bila Che Cardio emo di malam hari!! *gelak keji

salam alaik.

Yang mencintai dan merindui kalian kerana Allah,
CheCardio
^_^