Tuesday, January 1

Strangers in Leeds!

salam alaik.

menulis di hari yang kosong pada awal tahun baru ini tak pernah rasa sebegini kosong yang teramat. Bayangkan sajalah di waktu cuti begini, kebanyakan teman-teman UCD bertempiaran di merata-rata tempat di serata eropah. Ada yang bersepah di Turki bumi Al Fateh. Ada pula yang berselerakan di Sepanyol, bumi Tariq Ziyad. Malah ada yang menjenguk kilasan aurora di Iceland. Tidak lupa juga yang menggelepar kaki dan tangan menyentuh bumi Perancis dan Itali, juga Belgium serta German, malah hingga ke bumi terchenta Malaysia pun ada yang berjaya sampai jua. okeh, tu jeles. hohoh~

Dan di kesunyian tengah hari yang dah masuk asar walaupun baru pukul 2 lebih ni, tergerak hati untuk menukilkan sekeping dua kata yang saya kira sudah lama tidak dicoretkan disini. Masakan tidak, habis saja exam tempoh hari, terus melompat-lompat hingga ke Manchester, lalu ke Whitby untuk lepak-lepak sembang-sembang bersama ikhwah, dan ke Manchester semula, lalu melompat lagi ke Liverpool baru lah berjaya sampai semula ke Dublin 3-4 hari lepas. *amik nafas tercungap-cungap. Dan seperti biasa, dah jalan-jalan pusing UK sampai macam tu sekali, pastilah banyak ibrah atau pengajaran yang tidak boleh tidak dapat diambil dari segala kembara itu.

Satu. Sewaktu kami sedang transit di Leeds daripada Manchester hendak ke Whitby di tepi laut, kami dengan tak semena-mena nya ditimpa musibah. Bas yang akan mengangkut kami bersembilan(rosak bahasa melayu aku) bakal bergerak kira-kira 5 minit sahaja lagi. Namun, di papan kenyataan yang lebih kurang macam board airport tu, jelas menunjukkan bas yang kami naiki masih bertulis "en route". Hah. Kami dengan muka selamba badak nya cakap sama sendiri, "Hurmm, traffic jam kot. malam2 krismas macam ni."Penungguan kami diiringi dengan konsert amal rock di stesen bas Leeds itu sambil penyanyinya dan penontonnya sama-sama terkinja-kinja biarpun saya sendiri gagal memahami sepatah pun yang mereka nyanyikan itu. Not to mention yang makcik tua bongkok tiga angkat tongkat pusing-pusing dan ajak saya menari bersamanya. *pengsan

Lebih kurang 10 minit selepas itu, kami yang sedang khusyuk memerhatikan board yang sarat dengan tulisan kaler kuning itu menyedari suatu hakikat. "eh, mana bas kita?" bunyi salah seorang dari kami yang saya juga lupa sama sekali siapa. dengan mode masih lagi bajet-bajet x cemas dan kool sehabis kool bagaikan buaya yang nampak mata kelip2 je dalam air, seorang dari kami menghampiri kaunter pertanyaan. "I'm sorry, can i ask about bus number 061 to Whitby please?" (sila baca dengan slang British Leeds). Makcik kat kaunter dengan muka yang konpem lebih selamba daripada kami menjawab, ".....*^$@&%...Whitby...&%#@$* 5 minutes ago.." walaupun hampir keseluruhan ayat yang makcik tu cakap dengan pekat sepekat-pekatnya kami tak faham, tapi kami sedar. We are stranded there. in Leeds Bus Station.

Dah. semua dah mula buat muka gelabah. saya dah macam lipas kudung ke sana ke mari mencari route bas yang memungkinkan kami untuk ke Whitby pada malam itu juga. pergi intai Leeds Train Station. Yes ada! tapi 60 Pound sterling. anda di Malaysia, darab sahaja dengan 5, jadi RM300. *pengsan tak bangun-bangun. tapi kami dengan muka separa gelabah separa selamba boleh lagi buat relax. sempat lagi chatting dengan ikhwah belfast tanya khabar mereka macam mana. Sedara belfast memberitahu bahawa diorang sangkut kat London, harga tiket train, 120 pound. instead of pengsan, saya gelak besar. wahaha! dan entah kenapa, yang lain pun turut gelak bersama mengetahui berita itu. tak faham betul ikhwah zaman sekarang ni. bukan kena risau ke ikhwah lain dalam kesusahan, ni tidak. gelak je manjang. *kepala pusing.

Kami pun mula perah otak lah. okeyh, jumpa tiket bas untuk ke Whitby jugak, tapi paling cepat, pukul 7.30 pagi esok. *pengsan. waktu itu, baru kira-kira jam 6 petang. Cuba juga call ikhwah Leeds. "Assalamualaikum, anta kat mana tu? kitorang stranded kat Leeds ni." dan jawapan yang kami dapat teramat menghampakan. Suara bersalah dari corong telefon berbunyi, "Masha Allah akhi... kitorang dah ada kat Whitby ni haa.."*pengsan lagi. Logik jugaklah. Dah nama pun semua orang nak berkumpul kat Whitby, haruslah semua dah ada kat Whitby kan? *geleng kepala. Last-last cuba call batchmate kat KMB dulu. tup3, ada lah dua tiga orang yang tak pergi gathering, kira boleh lepak rumah diorang dulu lah sebelum naik bas esok pagi. okeyh kira setel.

Dan tiba-tiba. Dari pintu sebelah tempat kami lepak. Nampak muka-muka yang macam kenal tak kenal. okey kenal. Ikhwah Belfast datang menjengukkan kepala. Eh? bukan tadi sangkut kat London ke? -_-", owh, bukan yang itu, yang itu masih tersangkut, ini geng-geng yang selebihnya. Kami bertanya lah kepada mereka yang datang mengejut itu,"dah beli tiket?". Jawapan mereka dengan muka yang memang takleh lupa lah level innocent habes tu, "Tak." Dan sekali lagi, hilaian ketawa pontianak budiman mula keluar mencurah-curah dari kami. Bayangkan sajalah, pada pendapat kami masa itu, "yes! bertambahlah bilangan kami yang stranded!" Tapi kami silap sama sekali. totally wrong mat salleh cakap.

Rupa-rupanya, mereka sudah ada planning yang mantop. Dari Leeds, mereka akan ke Scarborough(err, sila mintak bantuan pakcik google), dan kemudian menaiki teksi ke Whitby. Kami bukak mata luas-luas macam makhluk baboon dalam cerita Lion King dan dalam kepala masing-masing, semua dah sebut, "Osemmmmmm.....T_T"

Dan kami pun ikutlah mereka. sehingga ke Scarborough. dan sehingga ke Whitby. Sampai-sampai dah tengah malam. Okey lah. at least tak merempat kat stesen bas Leeds dan menyaksikan diri dihalau keluar oleh security kerana disangkan homeless. *tunduk kepala

Itu cerita kami. Dan itu baru satu cerita. Bayangkan sahaja 9 hari di UK. Ah! pastilah tersepak di lantai bilik andai tidak diceritakan seeloknya. Namun cerita sahaja, tiada manfaat juga kalau tidak kita ambil pengajarannya. kan3?

Pertama, saya melihat tsiqah itu satu benda yang penting dalam tarbiyah dan dakwah kita. Kalau ikutkan, kami memang tsiqah habis lah kat board yang menipu tu. boleh pulak kita dah percaya habis-habis kat dia, dia kelentong kita cenggitu je. Duduk menatap board tu macam dah tatap lecture notes biochem plak sebab lama sangat. Dan kadangkala, kita kena accept, biarpun kadangkala, orang yang kita tsiqah tu buat silap, tak bermakna dia buat silap selama-lamanya kan? lagipun bukan semua bas kat situ yang dia hancurkan, boleh jadi bas kitorang je yang kena. err. anda fahamkan point saya?

Kedua, sentiasa akan ada alternatif untuk kita melakukan sesuatu. dalam konteks terdekat, perubahan diri kita, atau gerak kerja kita. kadangkala kita rasa down, susah nak berubah. susah nak ubah tu, ubah ni. kadangkala juga, kita rasa tersekat bila nak buat dakwah dan tarbiyah. ada yang menghalang, kekangan dunia, malah kadangkala kemalasan diri sendiri(T_T). Tapi kita jarang mencari alternatif yang mungkin boleh bantu kita lancarkan tarbiyah dan dakwah yang kita lakukan. Option itu terlalu amat banyak, dan pilihan di tangan kita. Pilih sebaiknya.

Ketiga, saya melihat perlunya manusia pada pergantungan. Dan sekilas kami sedikit terlupa untuk bersyukur kepada Allah kerana memberikan pengalaman seperti ini kerana musibah yang menimpa kami ini pastinya bukan kebetulan semata-mata, namun konpem2 lah aturan Allah yang Maha Teliti. Tanpa musibah ini, mana mungkin Little Asian Muslim dapat bertemu muka bersama Big Portuguese Muslim dan bertukar-tukar pendapat. Tanpa musibah ini juga, bagaimana mungkin kami boleh berukhuwah dengan lebih rapat kan? *senyum kenyit mata

Dan yang terakhir, sentiasa kita perlu ingat bahawa jika kita ikhlas memperjuangkan jalan dakwah dan tarbiyah ini, Allah akan senantiasa menghantar bala-tenteranya untuk membantu kita. Lihat sahaja percaturan Allah, bagaimana ikhwah Belfast yang dari bahagian atas Ireland itu dihantar untuk membantu kami yang stranded ini? Punya lah banyak stesen bas lain, Leeds Bus Station juga yang jadi laluan kamu wahai ikhwah? Kebetulan? heh. Saya personally percaya ini semua rancangan Allah. *senyum keluar air mata

Dan itu cerita pertama saya di Great Britain. Selepas ini, akan ke Turki bumi Al Fateh untuk menyedut sedikit sebanyak semangat Al Fateh untuk dibawa sebagai bekalan sepanjang perjuangan. Oh ya, saya sudah mula memasuki zon puluhan. maka orang kata, kamu bukan belasan tahun lagi. grow up. Doakan saya jadi lebih matang, walaupun saya sendiri tak yakin dengan kemampuan saya jadi matang sematang Al Fateh penakluk konstantinopel. Mampoo je kan? *senyum kenyit mata

Sekian, salam alaik,

Yang membutuhkan semangat setinggi Al Fateh,
CheCardio
University College Dublin

Percubaan pertama snap boyband. *pengsan