Showing posts with label DeeN'Tee. Show all posts
Showing posts with label DeeN'Tee. Show all posts

Friday, July 27

Tetamu Masjid Telipot!

salam alaik.

perhatian! post ini agak panjang, jika anda tidak punyai masa untuk dibazirkan, saya tidak menggalakkan anda meneruskan pembacaan secara terus.(err, beransur-ansur macam Courts Mammoth mungkin diharuskan)

alhamdulillah, hari ini masih diberi peluang untuk hidup dan menghirup oksigen pagi yang kadangkala berkisar jua dengan asap-asap motokar yang sedang berkelana di hadapan rumah. Alhamdulillah, semalam saya dengan teruja tahap gaban mata tiganya telah beriktikaf di sebuah masjid kira-kira 10 menit dari rumah. Dan alhamdulillah sempat bertadarus dengan hadek2 yang sumpah comel di masjid yang sama dan juga berkongsi   kongsi sambil cakap-cakap bantal dengan mereka semalam. nikmat yang saya tidak yakin saya akan dapat di usia ini jika saya tidak berada di dalam gerabak ini. Alhamdulillah.

ketika diri serabutkan dengan borang-borang yang datang melanda, sempat juga memencilkan diri untuk mencari redhaNya dalam kehidupan yang penuh dosa ini. mari saya ceritakan sayembara saya ini biarpun ia saya yakin tidaklah semenarik kisah tarbiyah Inche Gabbana mahupun kisah cinta pertama INche bateri AA yang sungguh menjatuhkan rahang itu.. wahaha.

semenjak bercuti dari kehidupan sibuk di Kolej Maha Busy, saya dan rakan-rakan di lokaliti kami mula panas punggung kerana berdiam diri tanpa melakukan sebarang amal yang boleh mengkonsistenkan kami dalam gerabak ini dan juga mula merasakan ketuka pintu Inche Futur ibn Malas makin kuat dan semakin mengganas. oh sumpah tidak mahu itu berlaku. maka kami mengambil keputusan menyerang Sekolah Elit Penguin Chumil yang terletak kira-kira 45 menit dari rumah saya. segala kelengkapan seperti pistol M16, bazooka jarak dekat, dan sniper 3 peluru sudah disiapkan dan ternyata memang mampu digunakan dengan efisiennya oleh kami. tambahan pula dengan kehadiran spykid kami yang sedang menuntut di sana, makin senanglah kerja kami. wahaha. eh, apa saya melalut ni.

asalnya merancang untuk ditemani akh N dan akh D untuk bersama-sama menculik beberapa pelajar sekolah itu untuk dibawa iktikaf bersama, selepas menjamu selera sambil berbuka puasa di rumah akh N. namun ditakdirkan Allah SWT, plan yang dirangka hancur berkecai bagaikan dibedil bertalu-talu oleh pihak yang berwajib. Akh N terpaksa pulang ke kampung halaman dan akh D pula sakit tenat(oke, over je..) dan tidak dibenarkan keluar rumah sambil memandu kereta mewah bapanya itu. maka, saya mengambil risiko untuk meneruskan sahaja program penculikan itu bersendirian. sememangnya sungguh menduga keimanan dan emosi lah! wahaha. satu tarbiyah medaniyah untuk diri yang marhaen ini.

oleh kerana sudah pompam2 berpolitik dengan ibubapa mengenai rancangan beriktikaf itu, saya teruskan juga alang-alang saya sudah berada di luar rumah. maka, bertolaklah saya dalam mencari secebis redhaNya yang agung itu dengan sebuah MPV lima bintang(oke, over lagi...) kepunyaan bapa saya. misi pertama ialah untuk mencari sesuap nasi. eh?

maksud saya, mencari juadah berbuka puasa lah. memandangkan jemputan makan-makan dengan berselera dirumah akh N tidak dapat diteruskan, saya berpusing-pusing di sekitar kubang kerian untuk mencari sedikit suapan di malam hari. jam casio hitam sudah menunjukkan pukul enam tiga puluh pm, dan di tangan sudah terbungkus nasi ayam berempah dan juga air jagung dalam gelas yang dibeli di bazaar ramadhan berhampiran Mydin kubang kerian. itupun setelah berperang dengan nafsu sendiri untuk tidak membeli kueh-mueh yang sumpah jika saya sebutkan di sini nama-nama kueh tersebut serta gambaran rasanya, perut anda pasti menjerit-jerit minta pertolongan lah!

maka saya meneruskan misi kedua, mencari tempat untuk berbuka. wahaha. oleh kerana saya berseorangan dan merancang untuk menculik hadek-hadek Sekolah Elit Penguin Chumil itu pada jam 8 malam, maka saya mencari masjid yang berdekatan lah. pusing-pusing MPV saya itu. akhirnya menemukan saya dengan masjid Sejahtera yang berada kira-kira sejengkal kaki katak sahaja dari sekolah elit itu. wah, ini sudah lancar. maka, saya menuruni MPV, menyarung jubah kelabu kesayangan, memakai kopiah putih, betulkan rambut didepan cermin sebentar, dan melangkah dengan penuh bergaya ke arah dewan masjid. namun, saya terkezut kera juga melihat tikar-tikar makan sudah sedia di hampar untukk jemaah menjamu selera. er, nasi ayam berempah saya itu bagaimana?

saya lantas mengambil keputusan untuk menjamu selera dengan juadah yang disediakan itu sahaja. orang kata, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!(er, saya pun tidak tahu kaitan peribahasa ini dengan topik di atas) beberapa menit sebelum azan berkumandang, tiba-tiba, saya merasakan suasana petang itu cukup sayu. dan saya tersedar dari kekalutan. ya, baru tersedar.

Orang-orang disekeliling saya tidak langsung saya kenali. pakcik baju hijau di sebelah kanan, adik baju hitam di sebelah kiri, abang berjubah di hadapan berserta anaknya yang tidak makan ikan kerana takut tercekik tulang. semua mereka adalah orang asing bagi saya. malah masjid sejahtera itu, boleh dikatakan ini  baru kali kedua saya sampai di situ. suasana hingar-bingar dengan bunyi zikir-zikir yang berkumandang di sekeliling. saya cuba menutupi rasa hiba dengan zikir juga. astaghfirullahal azim, astaghfirullahal azim, astaghfirullahal azim. ini lah tarbiyah di tempat yang kita tidak kenal sesiapa. hiba, sebak, namun ianya tetap tarbiyah bagi diri yang masih lemah ini. mungkin inilah yang abang2 kachak rasakan tatkala mereka menculik hadek2 di mana-mana kolper dan juga ipt seluruh malaysia. jauh dari orang yang dikenali. malah terasa asing biarpun di bumi sendiri. tarbiyah untuk saya. alhamdulillah.

Usai makan dan solat maghrib, saya dengan bergayanya mulalah menuju ke arah MPV berjasa untuk menculik hadek2 mengikut apa yang dirancangkan. biarpun sedikit tergerak dari jadual sebenar, namun saya dengan efisiennya berjaya menculik 5 ketul makhluk hadek comel(dah form 5, x comel sangat dah.. hee) untuk di bawa beriktikaf. keluar bersahaja berbaju batik cop sekolah elit berwarna kuning emas, melepasi pondok pengawal dengan langkah kool dan tersipu-sipu malu, mereka berjaya menyeludup diri mereka keluar dan terus dengan selambanya menaiki MPV saya yang mewah itu. wah, hadek-hadek comel ini memang inginkan diri mereka diculikkah? wahaha

maka, setelah berpening-pening dengan jalan di sekitar situ, kira-kira rakaat terakhir solat isya', kami sampai ke masjid yang ditujui. err, memang sudah lari dari jadual nampaknya. -__-".. tarbiyah lagi. sesudah isya' kami dijamu pula dengan halwa telinga(er, ini bukanlah sejenis kuih dalam bahasa kelantan mahupun sejenis hidupan dua alam) dari imam tarawih yang diterbangkan khas dari mesir semata-mata untuk mengimami solat tarawih kami. wahaha, perasan! dan seperti yang anda boleh jangka, imam-imam tersebut sememangnya seorang imam yang sejatilah! beberapa kali mengalirkan air  mata tatkala telinga terimbas beberapa ayat yang saya tahu maksudnya. selebihnya, mengalirkan air mata juga kerana tidak mampu memahami ayat-ayat yang dibaca dengan penuh kesyahduan itu. oh, ruginya saya ponteng kelas arab di sekolah dulu!

selesai 20 rakaat tarawih dan 3 rakaat witir, kaki saya mula terasa sengal2 kami dijamu dengan sedikit kueh-mueh dan air teh panass(okeh, air itu memang sumpah panas!) sambil berlapang-lapang dengan jamaah yang lain. kira-kira jam 11 malam, saya ditemani oleh dua ikhwah United States of America dan akh D yang dihantar drivernya membuat sedikit perkongsian bersama-sama hadek-hadek yang berjaya diculik tadi. dan saya agak terkesima kerana rata-rata hadek-hadek yang diculik tadi merancang ingin meneruskan pengajian di Kolej Maha Busy dalam bidang perubatan. Heyy hadek-hadek! kamu sudah cukup kenalkah Kolej Maha Busy itu bagaimana? namun, seperti biasa, hanya galakan yang diberi, dan sedikit suntikan untuk mereka agar belajar dengan osem dan meletakkan niat yang betul. Cuba juga menakutkan mereka dengan hantu-hantu kehidupan di Kolej Maha Busy yang berupa esaimen yang tidak putus2, dan exam yang sumpah tidak osem itu. namun, objektif kami tidak berjaya dicapai, malah membuatkan mereka lebih bersungguh-sungguh untuk belajar pula! saya... saya... saya... *pengsan.

setelah hanpir pukul dua belas setengah malam, tiga orang akh yang saya sebutkan tadi mula meminta diri untuk memberi anak-anak bini makan, meninggalkan saya yang masih bujangbergaya*koff3* ini sendirian bersama hadek-hadek sekali lagi.. maka sebelum tidur, saya menjemput mereka bertadarrus bersama-sama dalam bulatan yang bolehlah dikatakan gembira itu, walaupun tidak banyak yang sempat kami habiskan kerana hari sudah semakin lewat, namun saya sudah cukup bersyukur diberi kesempatan untuk bertadarrus buat pertama kalinya di bulan yang mulia ini. biasanya, bertilawah seorang diri sahaja. kalaulah ada yang memeriksa bacaan selepas maghrib seperti itu, sempurnalah hidup kan? wahaha.. melalut pula puasa-puasa ini!

dan begitulah kami mengakhiri malam kami. sehingga saya dikejutkan dengan kehadiran akh N yang beru sampai dari kampung halamannya. riak wajah letih di mukanya disorok dengan senyuman ceria bertemu hadek-hadek di malam(ke pagi?) hari itu. namun anda tidak boleh menipu si pelakon ini lah wahai akh N! wahaha

keesokannya pula, alhamdulillah, diberi kekuatan oleh Allah untuk qiamullail sementara menunggu untuk sahur. biarpun qiam jamai'e tidak sempat dijalankan, qiam fardhi yang dijalankan sudah berjaya mengisi jiwa yang kosong ini. alhamdulillah. bersahurkan beberapa keping roti dek kerana tidak berjumpa dengan kedai roti tempayan yang disyorkan oleh tok siak masjid semalam, kami bersahur dalam keadaan penuh menginsafi dan mensyukuri rezeki yang dikurniakan Allah. meneguk segelas air mineral yang dikebas diambil ketika jamuan semalam, cukuplah untuk mengalas perut kami bagi meneruskan ibadah puasa pada hari ini. syukur yang tak terhingga kerana diberi nikmat sebanyak itu. er, namun tidak perlulah saya menceritakan tentang jem coklat berkrim yang dibeli oleh akh N dan sekotak kurma Yussoff Taiyooobb(berbisik perlahan-lahan) yang dibawa oleh seorang hadek comel itu ya?.. wahaha..

setelah selesai solat subuh berjemaah dan membaca zikir mathurat di masjid yang sama, kami berterimas kasih kepada Tok Siak yang sangat banyak membantu kami di situ. anda bayangkan sahajalah, kami hendak bersahur pun beliau menghulurkan beberapa keping not merah juga! anda memang osemlah Tok Siak! dan sekian, merindui Masjid Telipot dan doakan saya sampai lagi ke sana sebelum mampu terbang pada bulan september ini nanti, insyaAllah.

eh? apa cerita nasi ayam berempah saya tadi? wahaha.. biarlah rahsia.  [kredit]

salam alaik,


dari tetamu masjid,
CheCardio 


p/s: sangat teringin menghabiskan 10 malam terakhir di sana. anda juga mahu? jom, sertai saya! *malu-malu


Saturday, July 21

Tarbiyah Melalui Pakcik-Pakcik

salam alaik..

err, nampaknya sudah agak lama saya tidak mencoret kata2 di dashboard ini. wahaha. malaskah? mungkin juga. tiada idea? gila mustahil. idea tersepak disana disini di lantai rumah saya ini.

Alhamdulillah, Allah masih beri kekuatan dan kemampuan untuk hidup pada hari ini. Siapa tahu, semalam mungkin kuah sayur lemak terakhir buatan ibu yang saya mampu makan. siapa juga tahu, ikan goreng rebus(maaf saya tidak kenal nama-nama ikan..huhu~!) yang saya ratah bertalu-talu semalam mungkin merupakan ikan terakhir yang saya jamah dalm hidup ini.. ya, siapa tahu.

semalam, sedikit terperanjat monyet apabila masjid di kampung saya, iaitu sebuah kampung yang merupakan kilang wanita cantik.. uhuk3(Utusan Meloya, 2011), tiba-tiba sahaja imam tarawih duduk bersimpuh namun tidak senget kemana-mana bahagian, memberikan tazkirah ringkas. dilakukan setelah rakaat keempat solat tarawih, saya sedikit... waahhh~~! mantop3... terkelu lidah sebentar.

tajuknya juga menarik, dimulakan dengan 51:56(if you know what i mean), dan disambung dengan kata-kata seperti yang saya ucapkan diatas, namun dengan ayat yang lebi soleh tentunya. imam mengingatkan jemaah tarawih agar senantiasa menganggap bahawa ramadhan ini adalah ramadhan yang terakhir buat kita. beribadahlah sepertimana kita tidak akan menemui ramadhan lagi pada tahun depan. beribadahlah sepertimana ini adalah kali terakhir syaitan-syaitan di rantai untuk kita. sedikit insaf di situ mendengar kata-kata tuan imam. Ya lah, memang saya baru 20 tahun(19 to be more accurate. hik3), namun ajal itu datang tak mengira usia bukan?

saya menoleh ke kiri dan ke kanan, terlihat oleh mata ini seorang pakcik tua, yang mungkin sudah 60-70 tahun umurnya, saya tidak pasti. namanya juga tidak saya kenal, namun yang pasi, raut wajahnya itu selalu saya perasan imbasnya di masjid itu pada mana-mana waktu solat. tazkirah imam itu sudah cukup menggoyahkan saya, namun maaf. melihat pakcik itu sudah menggoncang emosi saya sebagai lelaki, walaweyh! tacim bro!

err, apa pakcik tu buat? bagik tazkirah buat kali kedua kah?

eh, tidak2. sabarlah. nanti saya ceritakan.

saya melihat pakcik yang duduk kira-kira selang dua-tiga orang daripada saya itu dengan hati yang terbuka. tambahan pula, tajuk tazkirah imam yang saya kira sangat kena dengan golongan-golongan berusia di masjid itu. untuk golongan muda pun kena juga, namun, ya lah. kesannya lebih dasat tahu!

saya lihat pakcik itu memejamkan matanya rapat-rapat. setiap kali imam menghabiskan ayatnya mengenai ramadhan yang terakhir ini, saya lihat pakcik itu menganggukkan kepalanya perlahan-lahan, tanda setuju barangkali. atau mungkin menyedari hakikat itu. dan saya lihat... kelopak matanya bagai bergegar-gegar, tanda ada empangan yang bakal pecah. oh, saya tidak mampu tengok lagi... memalingkan muka ke kiri..

namun, saya digoda nafsu untuk menoleh sekali lagi. mungkin mata saya rabun namun kelihatannya, dia tersenyum sambil jari menggosok kelopak mata. oh saya tidak mahu tengok lagi! jangan paksa saya tengok! namun saya tengok juga lagi.

ya. saya melihat dan terus melihat. malah bukan pakcik itu sahaja, masih ramai lagi yang terkesan dengan tazkirah ringkas imam tarawih semalam. namun, ya. pastilah ada juga yang tersengguk-sengguk. mungkin letih seharian bekerja di tebing-tebing sungai dan mengayuh basikal tua menjual lauk-pauk untuk santapan berbuka. saya tidak terkejut, kerana rata-rata orang berusia di kampung adalah golongan yang masih kuat bekerja. kagum. cukup kagum.

ya. walaupun saya sendiri sejujurnya turut mengangguk tanda menginsafi lupanya diri tentang hakikat mati, namun melihat pakcik2 di sekeliling saya nyata memberi lebih nikmat kepada saya dalam dunia tarbiyah ini. ya lah, apa sahaja yang jadi pandangan kita, semuanya pasti akan di relatekan kepada tarbiyah. makan tarbiyah. tidur tarbiyah. bangun tabiyah. bak kata hidup semuanya tarbiyah lah. mana mungkin saya mampu pisahkan tarbiyah dari hidup saya jika doktrin itu begitu kuat di tanam dalam urat saraf ini. eh, saya bukan hendak pisahkannya dari hidup, anda jangan terburu-buru pula, saya hanya me'retoriks'kan keadaan lah.

Ya Allah, kekalkan kami di jalanMu ini. dan janganlah Kau biarkan kami disesatkan oleh mana-mana anasir sekalipun. Tabahkanlah hati kami dengan segala ujian di jalanMu ini Ya Rabbi, dan satukanlah hati-hati kami yang berjuang di jalanMu ini Ya Allah.

Alhamdulillah, saya mungkin akan melanjutkan pelajaran ke University College Dublin, Ireland. perhatian. ini bukan kenyataan rasmi(list name belum keluar). namun nampak gayanya, macam betul lah kot. doa-doakan saya tsabat dan terus bergerak dalam jalan ini, insyaAllah.

saya yang tersepit dikalangan pakcik2. comel kan? wahaha[kredit]
salam alaik.

Dari yang berpuasa,
CheCardio

Friday, July 13

Lama Tak Menyengalkan Diri Macam Ini

bila deru angin menyelar laju
rebah buku pada jatuhnya
sedari aku dari gelap kuasa
yang lenaku dibuai mimpi hina

kala sinar menerjah pancaindera
kelu bicara pemanis kata
terhenti detik dan waktu senja
menatap tajam butirnya mata

pekak suara tingkah dirimu
melayut sepi anginnya berhembus
bagai si bodoh dengan kayunya
ku tepis hina ku cari mulia

kecil bukanya tidur di mata
tegas budi pedih suara
namun bisu kala tubuh menyapa
apakah tanda selaput jiwa

tinggi menjuntai diam kata
tiada data tiada nama
jauh pandangan tunduk melulu
namun harapan masih disitu

CheCardio, 10.09 pm, kota bharu, kelantan

p/s: mode sengal untuk isk. pray for me please. trimas!

Monday, July 2

KOOL + OSEM = ??

salam alaik..
 terasa seperti ingin mengepost sahaja malam2 buta begini..

tadi baru selesai sesi koolsem (ops, sepatutnya selesai..) oyeah.. tinggi harapan nak berkoolsem malam ini. akh M bagik baton untu pengisian koolsem kali kedua ini. kali pertama ya lah, akh M lah semestinya.

koolsem itu apa?

eh? tak tahukah?

hoho. maaf syok sendiri pula. lupa sedang bercakap di papan dash sahaja, bukan di KMB lagi. jika di KMB, rata2nya sudah ramai yang tahu. apa tidaknya? jumlah akhawat KMB saja sudah menggerunkan kami. frasa kata 'kulsem' itu pula bagaikan dibawa angin topan kesana ke mari.

"eh, bila kulsem?"

"aku baru balik dari kulsem"

"kulsem semalam best lah! tak boleh tidor dibuatnya!!"

(gaya bahasa dan dialog rekaan, tiada kaitan dengan mana2 makhluk hidup. sekian)

bagaikan terngiang2 kala sibuk ber'irp. irp itu apa pula? oh itu lain kali lah. yang pastinya, bagaikan fenomena musim panas melanda KMB saat sesi kulsem menjengah tiba.

tapi maaf. saya tidak pernah ber'kulsem'. wahaha. nak kena kejar dengan hanger, checardio? ye lah. blok asrama puteri kot. owh. oke.

kulsem atau nama di dalam kad pengenalannya ialah Kuliah Sepuluh Minit (jika salah maafkan saya. terlalu banyak spekulasi dan kontroversi mengenai nama asalnya dek kerana terlalu hot bak pisang goreng panas) namun setiap kali diadakan pasti gagal dihabiskan dalam masa tersebut. oh sebabnya? saya sudah tentulah tidak tahu menahu. bukankah sudah dikatakan tadi, saya tidak pernah berkulsem selama di KMB.

saya tidak tahu menahu sangat tentang kulsem ini, namun dari angin lalu yang bertiup, ada yang mengatakan bahawa super saiya yang sudah mampu terbang akan mula membuka majlis dan memulakan upacara penyampaian mereka yang sudah pasti osemlah! namun maaf, kesahihannya tidak mampu saya buktikan di sini.

saya kurang pengetahuan tentang kulsem di KMB namun yang saya dengar melalui radio-radio yang bersiaran di KMB, kulsem biasanya sangat basah dengan kata2 super saiya yang osem seperti yang sudah disebutkan tadi. saya tidak mengetahui butir2nya dengan jelas namun kebasahannya itu saya kagumi walaupun tidak pernah menyertainya. wahaha, jangan berdalihlah, anda pasti teruja bukan dengan adanya upacara seperti kulsem ini?

saya kurang ilmu tentang kulsem ini namun kucing2 dewan selera pernah membisikkan kepada saya bahawa sudah menjadi kebiasaan untuk peserta2 kulsem untuk menangis kesedihan atau kegembiraan demi meraih redha Allah. Subhanallah! ini sungguh menjeleskan! kami juga mahu senang menangis kerana redhaNya!

mungkin itu sahaja yang sempat saya utarakan mengenai kulsem di KMB biarpun anda sudah jelas bukan? saya bukanlah orang yang tahu menahu sangat tentang kulsem ini!

namun point post saya ini bukan kulsem di KMB. wahaha.. terinspirasi daripada kulsem yang telah saya ceritakan di atas, kami juga ingin berkulsem. tapi tidak sama lah. kerana kami lelaki, maka kami ber'KOOLSem ' lah. sungguh KOOL dan OSEM bukan? anda dengki kah?


ya. kami merancang untuk berkoolsem dua kali seminggu sebagai trial and error. namun. ye lah. wahaha. Kita merancang, Allah jua merancang. namun perancangan Allah jualah yang TERBAEKK!!


apakan daya. koolsem pertama. atau mungkin tidak layak dipanggil koolsem. -__-"... hanyalah bertujuan untuk mencari metode terbaek untuk berkulsem. maklumlah kami adek beradek dari seantero dunia. walaupun jauh di mata namun konfem dekat di hati. walaweh! sila terharu ikhwah sekalian! oke tersasar. setelah bereksperimentasi sebanyak2nya. kami mendapati bahawa skype adalah wadah terbaek untuk berkoolsem(pada waktu itu). maka sempat juga mendengar cerita akh AA dari kedah mengenai perit merit hidupnya yang bergelar daie full time di lokaliti yang kesempitan saudara seaqidah. mengagumi saudara AA atas perkongsiannya yang leklek isap okok sahaja namun memang mengzass seluruh jiwa dan raga kami yang sedang goyang kaki sahaja di rumah sambil kononnya menghabiskan buku2 fikrah.. oh malu dengan diri sendiri. jzkk akhi AA atas perkongsian tahap naga itu!


koolsem kedua. akh moderator hensem dari bangi . walaupun bukan dari KMB, namun yang pasti beliau sangat memahami taktik2 berkoolsem ini. pengisiannya mengenai isra' miraj sungguh membuka mata. wahaha. banyak quotation dari ustaz J comel yang dicekupnya, namun nyata memberi impak baru kepada telinga2 yang mampu mendengar. namun sedikit terkilan, masih ada ikhwah yang gagal memasuki talian lantas sesat di talian yang merata2. sebentar di grup sana. sebentar di grup sini. pening juga dibuatnya. tapi alhamdulillah koolsem kedua berjalan lancar.


koolsem ketiga yang sepatutnya jatuh pada malam ini. owh pilu hendak menceritakan kisahnya disini. saya diberi baton oleh akh M untuk memberi sedikit perkongsian pada malam ini.. kalut juga membelek buku2 dan artikel2 untuk dikongsi dengan ikhwah terchenta. bab pertama hadza deen jadi taruhan saya untuk perkongsian saya. walaupun saya yakin bahawa ikhwah2 terchenta sudah khatam hadza deen sebijik itu berkurun lamanya, namun saya mahu kongsi juga.. tidak salah mengulang bukan? huhu


namun, Allah menguji kami semua dengan ujian skype yang sedikit bercelaru malam ini.. oh ini sunguh sadis lagi menyadiskan. che cardio dengan selambanya lah pompam2 bercakap muqaddimah cliche namun cukup bermakna buat daie2. walaweh! selesai muqaddimah, ikhwah2 mula mengadu. 


"er, che cardio. anda sudah jadi transformers kah?"
[kredit]


"tidakkk!!!! saya gagal menangkap suara anda!"


"buku ape?"
(dialog copipes dan edit)

dan yang paling sadis,

"err... dah start ke?"

waaaa~ *air mata hati mengalir laju


masih mampu bersabar. namun tiba2 saya. saya yang terputus dari talian. bila yang bercakap terputus. anda bayang sajalah. eh? anda masih belum tahu bagaimana kami berhubung bukan? aduss...

begini. akh M hensem akan mengecall kami dan menyambung2 kan kami semua. seperti khalifah yang menggunakan lasso menarik kuda kedalam kandang ibadah lah... kemudian semua ikhwah diminta meng'off'kan microphone masing2 memandangkan ada yang berbunyi seperti dilanda topan musim panas, bunyi angin sepoi2 bahasa, bunyi unggun api di malam yang dipenuhi cengkerik, bunyi adik menjerit2 mintak main game di sebelah, eh. dan bermacam2 bunyi lagilah. yang bunyi iklan tv tu lagi terbaek lah~ wahaha. dan seorang pentazkirah(muzakkir) akan mula berceloteh seperti yang saya lakukan tadilah...

okeh. balik kepada peristiwa terputus. setelah saya terputus. saya gagal masuk semula ke dalam talian hingga akh M terpaksa buat dating skype personal dengan saya sahaja(ikhwah lain jangan dengki tahu?) bertanyakan itu dan ini. maka. keputusannya, setelah makin ramai yang mulai putus dari talian, akh M dengan hensemnya menangguhkan dulu koolsem kali ini secara officialnya.

"tidaaakkkkkkk!!!" jerit akh F yang memang femes dengan ke'overeksaitedan'nya.

dan saya. wahaha. pasrah. seperti yang dikatakan tadi. Kami merancang. Allah jua merancang. namun perancangan Allah jualah yang torbaekk!

sempat berkongsi dengan akh Ammar ibn Adnan... katanya,"Allah nak test kesabaran kita kot"

wahaha. anda memang sudah mampu terbanglah Ammar.. ayat kamu yang tebaek saya rakamkan di sini.

"welcome to tarbiyah."

betullah orang kata. bila kita sudah merasai nikmat tarbiyah itu, segala benda pun jadi tarbiyah. even skype fail pon jadik tarbiyah. saya rasa kalau saya masih saya yang dulu, pastilah sudah menjerit sekuat hati,

"heyy skypee!! kao memang carik nahass!! nah hamek kao aku uninstall dari laptop aku!!

eh? itu saya yang dulu. sekarang? haha. takdelah beza banyak sangat. masih seekor kura2 yang sedang melihat sekawan makhluk yang sudah terbang melayang2. dan ingin juga turut terbang bersama mereka. doakan ya?

semoga akh M menemukan method terbaek untuk kami berkoolsem jumaat ini. oh, anda ingin membantu? jika ada cadangan untuk kami, kecik tapak tangan, talam surau annur saya tadahkan... 

salam alaik. 

dari yang terkilan namun masih bahagia. 
CheCardio