Showing posts with label mY foRm oF arTs. Show all posts
Showing posts with label mY foRm oF arTs. Show all posts

Friday, July 13

Lama Tak Menyengalkan Diri Macam Ini

bila deru angin menyelar laju
rebah buku pada jatuhnya
sedari aku dari gelap kuasa
yang lenaku dibuai mimpi hina

kala sinar menerjah pancaindera
kelu bicara pemanis kata
terhenti detik dan waktu senja
menatap tajam butirnya mata

pekak suara tingkah dirimu
melayut sepi anginnya berhembus
bagai si bodoh dengan kayunya
ku tepis hina ku cari mulia

kecil bukanya tidur di mata
tegas budi pedih suara
namun bisu kala tubuh menyapa
apakah tanda selaput jiwa

tinggi menjuntai diam kata
tiada data tiada nama
jauh pandangan tunduk melulu
namun harapan masih disitu

CheCardio, 10.09 pm, kota bharu, kelantan

p/s: mode sengal untuk isk. pray for me please. trimas!

Friday, December 30

seuntai keluhan si budak besar

salam alaik.

sekedar menguji ingatan manusia. kepekaan manusia. terhadap hakikat temannya.

sengaja memadamkan tarikh di facebook. tahun lepas juga sama. sebab?

tak perlukan sebab. hanya ingin rasa terharu melihat wish2 yang sebenar-benarnya mengingati.

bukan hanya reminder di facebook, haha. rasa mahu ketawa. tak tahu kenapa.

mahu memuntahkan rasa. di malam yang gelap gelita. bersama puisi derita.

khas untuk diri. yang tersembunyi tiada henti. bagai tak luak di telan masa. bagai tak letih menghargakan nyawa.


diri
dikala kau menjengah takdir
mengintai masa depan dari ufuk timur
bersama cebisan-cebisan memori
yang kadang mekar kadang layu
menatap air yang keruhnya di situ jua
melajur di tepi muara sungai
membasuh kotoran keji hina

diri
disaat kau sendiri sepi tanpa bunyi
jangan kau lupa ada yang memerhati
setiap langkah setiap jejak
pasti dituntutNya nanti
jangan dilupa pada yang pasti
kelak dirimu menyesal tiada berganti
menyepi diri meminta belas
keatas diri yang malang ini
gara kedegilanmu sendiri

diri
kala hati dilanda gelora badai
yang menyekat arus hidupmu dari terus hidup
menikmati indahnya duri kaca jalan ini
bentangkanlah benteng iman dan pengharapan
agar tsabat jadi pelindung diri
moga Ilahi jadi pergantungan abadi

diri
kala resahmu di teleku mimpi-mimpi baru
yang menabur bunga-bunga harapan di kamar tidur
agar kau futur dan terus futur
janganlah kau layan fitnah dunia itu
buangkan resah itu ke lautan yang paling dalam
kerana masa itu masih belum tiba
untuk ia timbul sebagai bungamu yang kan kekal mekar
mewangi harum di taman syurgamu
melebur hancur sucinya kasihmu

diri
dikala kecurnya diri
menghadap cubaan yang diberi
sabarlah dalam kesabaranmu
kerana aku tahu
yang kuat itu kamu
namun tak pernah aku lupa
yang lemah itu juga kamu
kerdil hina lemah tiada daya
didepan kuasa Ilahi yang pasti
tidak ada yang mampu perangi

diri
tatkala cabulnya hati
mengutuk dan mengeji
malah saudara sendiri
bagaikan sudah terlupa hakikat hidup ini
tiada yang sempurna
melainkan satu sahaja
robeklah hatimu
tikam sanubarimu
agar kamu berhenti
dari mencurah minyak ke api dosamu


diri
setahun lagi kau menyelam mimpi
menghanyutkan diri
di jalan yang harap diredhai ini
semoga kau terus bertemu
di tahun kemudian hari
agar dapat lagi
membina amal mencipta budi
demi redha Ilahi
yang ku cari dan tiada berganti.

comel bukan? [kredit]


che cardio, kota bharu, 1:47 AM.

*akhir kata. selamat tahun baru. untuk diriku. setahun lagi kau menghampiri pemergianmu wahai diri.

Thursday, December 29

setitis halwa dingin
mengusap onak telinga
menyentuh lembut
kerdilnya sang penerima hidayah
menangis hiba
meratapi halus kerdilnya diri
di hadapan rahmat Tuhan pencipta dunia

jauh sekali
jalan dirasakan tiada henti
kadangkala mengalah itu jadi pilihan
bukan lagi dugaan mahupun ujian
namun kala itu juga
segenggam erat
segagah urat
kejap menggenggam
tanpa pernah lelah
menyedarkan diri yang lemah ini
tanpa jemu
menyuluh jalan menuju syurga hakiki

kala ada juga dihuni dugaan hati
niat, riak, bongkak melingkari
sudut-sudut hati yang tak dilindungi
dengan perlindungan diri
dari yang dikeji
lemah bagai terabai
dari segala pertolongan dunia
lalu tuhan dicari
menuntut fitrah manusia sejati

sedih kesal menyelubungi
kenapa diri lemah sebegini
tidak mampu jadi gagah
ushalah jangan jadi lemah
tak mampu jadi laju
ushalah jangan jadi perlahan

kerana sesungguhnya
takdir itu milikNya
maka, usaha sajalah

kota bharu.

*****
jazakallahukhair akh waqiy. sudah lama tidak melakukan perkara yang saya suka. alhamdulillah.

Tuesday, December 13

aku tak mampu


                                                                                                     [kredit]


"aku tak mampu"

sudah beribu kali kata-kata itu diulanginya. tanpa penat. tanpa lelah. tanpa rasa kesal. angin menerpa masuk melalui tingkap kereta itu. rambutnya ditiup angin laju. disisirnya rambut yang terjurai dengan jari halus miliknya.

dia menoleh keluar tingkap. kereta yang bergerak laju itu mengaburkan sudut pandangnya. namun, masih mampu terlihat olehnya sekelompok manusia yang sedang berjalan kaki menuju ke suatu destinasi. ya. suatu destinasi yang dia sendiri pun tidak mengetahuinya. Salim menggeleng-geleng kepala. dan buat kesekian kalinya. dia berbisik sendirian, "aku tak mampu" 

*flashback

"aku tak mampu! aku kata aku tak mampu, aku tak mampulah! kenapa susah sangat kau nak faham, hah!" bentak Salim berang. temannya masih kekal tercegat dihadapannya umpama tunggul kayu. sepi tak menjawab. 

"tapi kau kena usaha. sampai bila kau nak kata kau tak mampu," dengan penuh sabar Suleiman menasihati Salim. dia mendekati Salim dengan berhati-hati. cuba memegang bahunya. Tiba-tiba...

"Gedebukk!""Astagfirullah! Salim! tergamak kau menolak aku! jangan ikutkan sangat perasaan tu!"

riak muka Salim bagai tiada tafsirannya. perasaan bersalah, marah, kecewa, takut, risau, sedih bergaul menjadi satu dalam benak fikiran dan emosinya. dia tewas dengan nafsu marah dan ego yang menguasai diri. Salim mengangkat kaki berlari sekuat-kuat hatinya. linangan air mata bercucuran dari pipinya. 

"Salim..." bisik Suleiman simpati.

***

"aku tak mampu. aku masih belum bersedia. aku... masih lemah", Salim menggenggam kemas buku limanya. urat-urat lengan berselirat di tangan kanannya itu menambahkan lagi derita batinnya. dia mengeluh. merenung jauh deretan bola bowling yang berwarna-warni.

"strike!!" jeritan pusat bowling itu bergema dengan teriakan kawan-kawannya menambah derita di hati Salim. dia yakin dia tidak mampu. namun dia tidak mampu duduk diam. kawan-kawannya sudah jauh meninggalkannya.

"aku tak mahu ketinggalan. tapi aku masih tak mampu."

Tanpa diduga, tangan Salim digenggam erat. Salim mendongak. wajah Suleiman dan senyumannya hadir di kaca mata Salim. 

"Jom."

"tapi aku tak mampu," balas Salim sambil tunduk semula.

"kalau bukan sekarang, bila lagi?" tangan Suleiman hinggap di bahu Salim 

"tapi aku masih belum bersedia," Salim masih lagi enggan. Dia menggelengkan kepalanya. sebak di hati ditahan-tahan. 

Tiba-tiba...

tangan Salim digenggam erat oleh satu lagi tangan. Salim mendongak. dan satu lagi tangan menerpa, memaut erat tangannya. bahunya tiba-tiba di pegang oleh sepasang lagi tangan. 

"jika kau tak mampu.... kita mampu," tegas bicara Suleiman petang itu.

Salim bangkit. dengan gerak perlahan menuju ke deretan bola. dimasukkan jari-jemarinya yang halus ke dalam lubang. di kuatkan tekad mengangkat bola yang terlalu berat baginya itu. gagal.

dicubanya lagi. namun masih gagal. Salim sudah berputus asa. perlahan-lahan dia cuba mengeluarkan jarinya. tiba-tiba...

bola itu terangkat lalu merapatkan kembali jarinya ke dasar lubang. Dia mendongak buat kesekian kalinya. Suleiman masih lagi tersenyum.

"Bersama," kata Suleiman sambil mengangguk dengan wajah yang sangat meyakinkan.

Perlahan-lahan, bola itu dibawa ke susur 20. Suleiman melepaskan pegangannya. Salim mula mengorak langkah. perlahan, namun sudah berjaya bergerak. dan...

*** 

"strike!!" gegak gempita menyelubungi pusat bowling itu. Salim berpusing dengan penuh gaya. Suleiman direnung. 

"kalau bukan sekarang bila lagi?"

"bersama, kita mampu!"

"mengapa apabila dikatakan kepada kamu, "berangkatlah (untuk berperang) dijalan Allah," kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit." (At-Taubah : 38)

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff : 4)

sekadar nukilan buat pedoman dalam rencah menuju mardhatillah. InsyaAllah. - CheCardio



salam alayk~

Sunday, December 11

saya pun tidak tahu kenapa??

[kredit]
salam alaik.

sejak kebelakangan ini. saya tidak tenteram. saya jadi. saya jadi. *menguis2 kaki sendiri. riang. oh tidak. lihat sahaja tulisan tangan saya. skema habis bukan? oh tidak saya tidak tahu kenapa.

pada awalnya, saya fikirkan ini sindrom pascaIOC. namun. tidak mungkinlah. sudah satu bulan lebih. *geleng kepala dengan wajah masih lagi kurius

oh risau betul. ini mungkin vitamin2 ukhuwah yang disuntik bertubi-tubi sewaktu mukhayyam. tapi. tidak mungkinlah kan. saya jarang punyai emosi tahu! di kala ikhwah2 lain bermanja2 ala2 comel, saya dan saudara ammar adnan masih mampu kekal tegang. wah tidak mungkinlah saya membiarkan saudara ammar tegang keseorangan selepas ini!

oh saya tidak mengerti. saya fikir-fikirkan lagi. mungkinkah saya terkena virus2 inche gabbana yang gila bahasa. namun, ternyat tidak. saya merujuk balik post2 beliau yang sungguh osem. tidak syak lagi. gaya penulisannya bukan begini. oh saya semakin kurius.

saya membelek pula belog abe am yang lebih kurang sahaja level skemanya. oh jauh sekali! beliau jauh lebih skema! eh?

teringat juga kisah di dalam hutan pantai di Tanjung Tuan di kendalikan dengan jayanya oleh simon adam yang tidak kurang kegilaan bahasanya. erm. mukhayyam itu hadafnya membentuk disiplin dan ketaatan. dan mungkin juga ukhuwah. tapi keriangan? oh saya yakin itu tidak ada dalam hadaf.

kusut masai kepala saya memikirkannya. hurmm. jika ketiga-tiga murabbi saya tidak memainkan peranan dalam perubahan drastik saya ini. maka siapa? oh saya tidak mampu terima. adakah ini revolusi gara-gara kefuturan selama 3 hari berturut2. oh sungguh risau.

dalam kerungsingan saya. sempat mengingati ayat yang terpapar di bahagian belakang surau Kolej Maha Busy.

"hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"

wah sungguh soothing. maka perlukah saya risau akan perubahan drastik saya ini. saya berpendapat tidak. barangkali. mungkin. bagaimana ni?

teringat juga motto kumpulan Shoutul Zumar,

"la taqaf, wa la tahzan, innallahama'ana"

serius. saya sangat suka cheer kamu. tahniah kerana berjaya merangkul juara keseluruhan SZ! walaupun saya yakin kumpulan saya tidak kurang hebatnya. STARZ! haha. hanya gara-gara tidak membasuh mess tin di malam hari itu. markah ditolak pula. sudahlah hampir kesemua yang tidur berbumbungkan langit dan meratah mee ruski perisa tomyam (owh air liur saya sudah mula meleleh) itu kumpulan kami. memang hanguslah!

oke lari topik. saya akan cuba ceritakan ekstrak dari mukhayyam di post yg berbeza. kerna sangat panjang ya. bagaimana ni? perlukah saya kekal riang? atau bagaimana?

saya buntu.

  "...istikharahlah! minta petunjuk Allah!"(Mas Khaerul Azzam, KCB1, 2011) 

waah! terima kasih mas! anda telah membantu saya!

* saya rasa, jika perubahan saya baik untuk islam. maka saya kekalkan. jika tidak. ya. buang aja! melambatkan 'kerja' sahaja!

sekian, post mengarut dari saya. salam alaik.

che cardio 


Monday, November 14

losing or letting?

salam alaik.

one after another, my beloved leaves me. i accept everything U give me. and i accept everything U take from me. i hope that my ignorance of my things may not anger U or make U angry. as i only think that all the things that i have and once had is Yours and it's even Yours to take it whenever and wherever U want. it's not my right to question your rationale as i am nothing more than a slave in your world. i hope to be like those sahabah that pushed the world with both of their palms. O Allah, guide my into Your way and please never let me go astray. I'm asking for forgiveness as I am. yes, Yours.

Friday, October 7

harapan si musafir hina

di kegelapan malam
sunyi
redup merdu bunyi angin
memecah kedinginan bayu
meresap ke segenap penjuru
ruang hati yang sepi
lantas dihuni
oleh entiti seri

kalimah bara satu demi satu
memecah kerinduan hati
pada dirimu dan diriNya
mengenang kembali saat lampau
ketika ku menyedari hakikat
yang hidup ini
tiada seperti yang biasa ku fahami

lafaz demi lafaz
tuturmu membuatku
jauh dari kuburan perasaan
hingga aku termenung seketika
mungkinkah?
ya. mungkin.
atau mungkin tidak.

aku tidak mengerti
kenapa aku harus jadi begini
hanya kerana bertapakkan naluri jiwa
yang mudah sekali 
dikuasai noda
aku jatuh tersungkur
pada khayalan
yang mungkin pada asalnya
hanya bisikan yang dilaknat

kadangkala aku mencari bukti
dan sebab musabab terjadi
namun aku juga acapkali tersedar
perlukah bukti dalam permainan emosi?

aku sedih termenung
mungkinkah terbalas harapanku
atau mungkinkah harapan tinggal harapan
buat pengajaran sekeping hati

namun aku yakin
ketentuanNya adalah yang terbaik
tidak mungkin ada yang lebih baik dari itu
dan aku menunggu saat
untuk aku menyedari baiknya 
hakikat takdir itu

dan semoga aku masih kekal di jalanNya 
untuk aku benar-benar memahami
erti sebuah harapan
dalam perjalanan mencari keredhaanMu 
  Ya Rabbal Alamin.


kredit pakcik google*
-che cardio-