Friday, July 27

Tetamu Masjid Telipot!

salam alaik.

perhatian! post ini agak panjang, jika anda tidak punyai masa untuk dibazirkan, saya tidak menggalakkan anda meneruskan pembacaan secara terus.(err, beransur-ansur macam Courts Mammoth mungkin diharuskan)

alhamdulillah, hari ini masih diberi peluang untuk hidup dan menghirup oksigen pagi yang kadangkala berkisar jua dengan asap-asap motokar yang sedang berkelana di hadapan rumah. Alhamdulillah, semalam saya dengan teruja tahap gaban mata tiganya telah beriktikaf di sebuah masjid kira-kira 10 menit dari rumah. Dan alhamdulillah sempat bertadarus dengan hadek2 yang sumpah comel di masjid yang sama dan juga berkongsi   kongsi sambil cakap-cakap bantal dengan mereka semalam. nikmat yang saya tidak yakin saya akan dapat di usia ini jika saya tidak berada di dalam gerabak ini. Alhamdulillah.

ketika diri serabutkan dengan borang-borang yang datang melanda, sempat juga memencilkan diri untuk mencari redhaNya dalam kehidupan yang penuh dosa ini. mari saya ceritakan sayembara saya ini biarpun ia saya yakin tidaklah semenarik kisah tarbiyah Inche Gabbana mahupun kisah cinta pertama INche bateri AA yang sungguh menjatuhkan rahang itu.. wahaha.

semenjak bercuti dari kehidupan sibuk di Kolej Maha Busy, saya dan rakan-rakan di lokaliti kami mula panas punggung kerana berdiam diri tanpa melakukan sebarang amal yang boleh mengkonsistenkan kami dalam gerabak ini dan juga mula merasakan ketuka pintu Inche Futur ibn Malas makin kuat dan semakin mengganas. oh sumpah tidak mahu itu berlaku. maka kami mengambil keputusan menyerang Sekolah Elit Penguin Chumil yang terletak kira-kira 45 menit dari rumah saya. segala kelengkapan seperti pistol M16, bazooka jarak dekat, dan sniper 3 peluru sudah disiapkan dan ternyata memang mampu digunakan dengan efisiennya oleh kami. tambahan pula dengan kehadiran spykid kami yang sedang menuntut di sana, makin senanglah kerja kami. wahaha. eh, apa saya melalut ni.

asalnya merancang untuk ditemani akh N dan akh D untuk bersama-sama menculik beberapa pelajar sekolah itu untuk dibawa iktikaf bersama, selepas menjamu selera sambil berbuka puasa di rumah akh N. namun ditakdirkan Allah SWT, plan yang dirangka hancur berkecai bagaikan dibedil bertalu-talu oleh pihak yang berwajib. Akh N terpaksa pulang ke kampung halaman dan akh D pula sakit tenat(oke, over je..) dan tidak dibenarkan keluar rumah sambil memandu kereta mewah bapanya itu. maka, saya mengambil risiko untuk meneruskan sahaja program penculikan itu bersendirian. sememangnya sungguh menduga keimanan dan emosi lah! wahaha. satu tarbiyah medaniyah untuk diri yang marhaen ini.

oleh kerana sudah pompam2 berpolitik dengan ibubapa mengenai rancangan beriktikaf itu, saya teruskan juga alang-alang saya sudah berada di luar rumah. maka, bertolaklah saya dalam mencari secebis redhaNya yang agung itu dengan sebuah MPV lima bintang(oke, over lagi...) kepunyaan bapa saya. misi pertama ialah untuk mencari sesuap nasi. eh?

maksud saya, mencari juadah berbuka puasa lah. memandangkan jemputan makan-makan dengan berselera dirumah akh N tidak dapat diteruskan, saya berpusing-pusing di sekitar kubang kerian untuk mencari sedikit suapan di malam hari. jam casio hitam sudah menunjukkan pukul enam tiga puluh pm, dan di tangan sudah terbungkus nasi ayam berempah dan juga air jagung dalam gelas yang dibeli di bazaar ramadhan berhampiran Mydin kubang kerian. itupun setelah berperang dengan nafsu sendiri untuk tidak membeli kueh-mueh yang sumpah jika saya sebutkan di sini nama-nama kueh tersebut serta gambaran rasanya, perut anda pasti menjerit-jerit minta pertolongan lah!

maka saya meneruskan misi kedua, mencari tempat untuk berbuka. wahaha. oleh kerana saya berseorangan dan merancang untuk menculik hadek-hadek Sekolah Elit Penguin Chumil itu pada jam 8 malam, maka saya mencari masjid yang berdekatan lah. pusing-pusing MPV saya itu. akhirnya menemukan saya dengan masjid Sejahtera yang berada kira-kira sejengkal kaki katak sahaja dari sekolah elit itu. wah, ini sudah lancar. maka, saya menuruni MPV, menyarung jubah kelabu kesayangan, memakai kopiah putih, betulkan rambut didepan cermin sebentar, dan melangkah dengan penuh bergaya ke arah dewan masjid. namun, saya terkezut kera juga melihat tikar-tikar makan sudah sedia di hampar untukk jemaah menjamu selera. er, nasi ayam berempah saya itu bagaimana?

saya lantas mengambil keputusan untuk menjamu selera dengan juadah yang disediakan itu sahaja. orang kata, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!(er, saya pun tidak tahu kaitan peribahasa ini dengan topik di atas) beberapa menit sebelum azan berkumandang, tiba-tiba, saya merasakan suasana petang itu cukup sayu. dan saya tersedar dari kekalutan. ya, baru tersedar.

Orang-orang disekeliling saya tidak langsung saya kenali. pakcik baju hijau di sebelah kanan, adik baju hitam di sebelah kiri, abang berjubah di hadapan berserta anaknya yang tidak makan ikan kerana takut tercekik tulang. semua mereka adalah orang asing bagi saya. malah masjid sejahtera itu, boleh dikatakan ini  baru kali kedua saya sampai di situ. suasana hingar-bingar dengan bunyi zikir-zikir yang berkumandang di sekeliling. saya cuba menutupi rasa hiba dengan zikir juga. astaghfirullahal azim, astaghfirullahal azim, astaghfirullahal azim. ini lah tarbiyah di tempat yang kita tidak kenal sesiapa. hiba, sebak, namun ianya tetap tarbiyah bagi diri yang masih lemah ini. mungkin inilah yang abang2 kachak rasakan tatkala mereka menculik hadek2 di mana-mana kolper dan juga ipt seluruh malaysia. jauh dari orang yang dikenali. malah terasa asing biarpun di bumi sendiri. tarbiyah untuk saya. alhamdulillah.

Usai makan dan solat maghrib, saya dengan bergayanya mulalah menuju ke arah MPV berjasa untuk menculik hadek2 mengikut apa yang dirancangkan. biarpun sedikit tergerak dari jadual sebenar, namun saya dengan efisiennya berjaya menculik 5 ketul makhluk hadek comel(dah form 5, x comel sangat dah.. hee) untuk di bawa beriktikaf. keluar bersahaja berbaju batik cop sekolah elit berwarna kuning emas, melepasi pondok pengawal dengan langkah kool dan tersipu-sipu malu, mereka berjaya menyeludup diri mereka keluar dan terus dengan selambanya menaiki MPV saya yang mewah itu. wah, hadek-hadek comel ini memang inginkan diri mereka diculikkah? wahaha

maka, setelah berpening-pening dengan jalan di sekitar situ, kira-kira rakaat terakhir solat isya', kami sampai ke masjid yang ditujui. err, memang sudah lari dari jadual nampaknya. -__-".. tarbiyah lagi. sesudah isya' kami dijamu pula dengan halwa telinga(er, ini bukanlah sejenis kuih dalam bahasa kelantan mahupun sejenis hidupan dua alam) dari imam tarawih yang diterbangkan khas dari mesir semata-mata untuk mengimami solat tarawih kami. wahaha, perasan! dan seperti yang anda boleh jangka, imam-imam tersebut sememangnya seorang imam yang sejatilah! beberapa kali mengalirkan air  mata tatkala telinga terimbas beberapa ayat yang saya tahu maksudnya. selebihnya, mengalirkan air mata juga kerana tidak mampu memahami ayat-ayat yang dibaca dengan penuh kesyahduan itu. oh, ruginya saya ponteng kelas arab di sekolah dulu!

selesai 20 rakaat tarawih dan 3 rakaat witir, kaki saya mula terasa sengal2 kami dijamu dengan sedikit kueh-mueh dan air teh panass(okeh, air itu memang sumpah panas!) sambil berlapang-lapang dengan jamaah yang lain. kira-kira jam 11 malam, saya ditemani oleh dua ikhwah United States of America dan akh D yang dihantar drivernya membuat sedikit perkongsian bersama-sama hadek-hadek yang berjaya diculik tadi. dan saya agak terkesima kerana rata-rata hadek-hadek yang diculik tadi merancang ingin meneruskan pengajian di Kolej Maha Busy dalam bidang perubatan. Heyy hadek-hadek! kamu sudah cukup kenalkah Kolej Maha Busy itu bagaimana? namun, seperti biasa, hanya galakan yang diberi, dan sedikit suntikan untuk mereka agar belajar dengan osem dan meletakkan niat yang betul. Cuba juga menakutkan mereka dengan hantu-hantu kehidupan di Kolej Maha Busy yang berupa esaimen yang tidak putus2, dan exam yang sumpah tidak osem itu. namun, objektif kami tidak berjaya dicapai, malah membuatkan mereka lebih bersungguh-sungguh untuk belajar pula! saya... saya... saya... *pengsan.

setelah hanpir pukul dua belas setengah malam, tiga orang akh yang saya sebutkan tadi mula meminta diri untuk memberi anak-anak bini makan, meninggalkan saya yang masih bujangbergaya*koff3* ini sendirian bersama hadek-hadek sekali lagi.. maka sebelum tidur, saya menjemput mereka bertadarrus bersama-sama dalam bulatan yang bolehlah dikatakan gembira itu, walaupun tidak banyak yang sempat kami habiskan kerana hari sudah semakin lewat, namun saya sudah cukup bersyukur diberi kesempatan untuk bertadarrus buat pertama kalinya di bulan yang mulia ini. biasanya, bertilawah seorang diri sahaja. kalaulah ada yang memeriksa bacaan selepas maghrib seperti itu, sempurnalah hidup kan? wahaha.. melalut pula puasa-puasa ini!

dan begitulah kami mengakhiri malam kami. sehingga saya dikejutkan dengan kehadiran akh N yang beru sampai dari kampung halamannya. riak wajah letih di mukanya disorok dengan senyuman ceria bertemu hadek-hadek di malam(ke pagi?) hari itu. namun anda tidak boleh menipu si pelakon ini lah wahai akh N! wahaha

keesokannya pula, alhamdulillah, diberi kekuatan oleh Allah untuk qiamullail sementara menunggu untuk sahur. biarpun qiam jamai'e tidak sempat dijalankan, qiam fardhi yang dijalankan sudah berjaya mengisi jiwa yang kosong ini. alhamdulillah. bersahurkan beberapa keping roti dek kerana tidak berjumpa dengan kedai roti tempayan yang disyorkan oleh tok siak masjid semalam, kami bersahur dalam keadaan penuh menginsafi dan mensyukuri rezeki yang dikurniakan Allah. meneguk segelas air mineral yang dikebas diambil ketika jamuan semalam, cukuplah untuk mengalas perut kami bagi meneruskan ibadah puasa pada hari ini. syukur yang tak terhingga kerana diberi nikmat sebanyak itu. er, namun tidak perlulah saya menceritakan tentang jem coklat berkrim yang dibeli oleh akh N dan sekotak kurma Yussoff Taiyooobb(berbisik perlahan-lahan) yang dibawa oleh seorang hadek comel itu ya?.. wahaha..

setelah selesai solat subuh berjemaah dan membaca zikir mathurat di masjid yang sama, kami berterimas kasih kepada Tok Siak yang sangat banyak membantu kami di situ. anda bayangkan sahajalah, kami hendak bersahur pun beliau menghulurkan beberapa keping not merah juga! anda memang osemlah Tok Siak! dan sekian, merindui Masjid Telipot dan doakan saya sampai lagi ke sana sebelum mampu terbang pada bulan september ini nanti, insyaAllah.

eh? apa cerita nasi ayam berempah saya tadi? wahaha.. biarlah rahsia.  [kredit]

salam alaik,


dari tetamu masjid,
CheCardio 


p/s: sangat teringin menghabiskan 10 malam terakhir di sana. anda juga mahu? jom, sertai saya! *malu-malu


Wednesday, July 25

Kunyahan Rangup ketika Solat Tarawih!

salam alaik..

hari ni dah masuk hari yang ke-6 puasa kan? eh ke x? haha. saja nak test, ingat ke tak. mana tau, khusyuk sangat beribadah sampai lupa dah berapa hari puasa. Alhamdulillah, Allah masih bagi kita peluang untuk hidup pada hari ini dimana dalam ketika kita sedang enak dibuai kurma bertangkai Yussof Taiyoob...(sila baca dengan nada berbisik..), sedang mengunyah ranum agar-agar tembikai yang sumpah osem itu, dimana kita sedang lena dalam buaian air kelapa dan jagung kaw buatan pakcik depan rumah, dimana kita masih mampu untuk membace basmalah sebelum berbuka puasa. eh, anda bacakah? huhu.

semalam, sewaktu sedang solat tarawih di masjid kampung saya, er, ya kampung saya lah. berlaku suatu insiden yang saya sumpah tidak ingini. sangat-sangat menyakitkan jiwa dan raga. warghh!

eh, insiden apa yang saya maksudkan?

-______-"

*malu hendak menceritakan sebenarnya, tapi demi anda, saya beranikan diri jugalah! wahaha~

okeyh, insiden ini sumpah bukan kejayaan kanak-kanak tepian masjid yang berjaya menggagapkan imam dengan mercun ketupat dan segala jenis mak nenek mercun yang mereka ada, bukan juga insiden masjid blackout dek kerana kilat yang berdentum tempoh hari sehingga terlatah seorang pakcik dalam solatnya, insiden ini juga tidak berkaitan dengan seperiuk sup gearbox yang tumpah dilanggar seorang kanak-kanak comel yang berlari riang di bazaar ramadhan, dan tentu sekali bukan insiden saya terbaca kisah cinta pertama Akh AA yang buat saya gelak golek2 di malam hari hingga kakak bertanya, "eh, CheCardio, kau ni dah mabuk todi kah?" semuanya bukan insiden yang saya maksudkan..

saya yakin dalam hidup anda, anda pernahlah paling kurang sekali terkena insiden ini di mana-mana. ya, pasti pernah. melainkan anda sudah terlupa, itu bukan hal saya lah. wahaha..

insidennya begini.

ketika sedang solat tarawih, ketika itu, saya masih di rakaat pertama. selepas takbiratul ihram, tangan letak di perut. imam punyer sedap bacaan ni, seperti biasalah. dan tiba-tiba, yang menghampeskan saya. baru saja lebih kurang 15 saat takbiratul ihram, tiba-tiba saya terasa gatal-gatal. oh tidak, bukan gatal hendak mengurat anak-anak dara mahupun janda-janda di saf belakang sinun, anda jangan suudzhon pula. saya terasa amat gatal-gatal. bagaikan mahu pecah otak sahaja tahap kegatalannya itu.

ya, sudah terganggu tahap kekhusyukan saya disitu. sumpah terganggu biarpun bacaan imam itu sangat-sangat-sangat-osem lah. saya menjeling ke arah bawah untuk mencari punca kegatalan. ya. saya berjaya mengecam suspeknya dengan anak mata sahaja. seketul "benda terbang"(maaf, saya tidak pasti adakah nyamuk atau makhluk spesis lain yang dengki dengan saya barangkali) sedang dengan syoknya mengunyah-nguyah daging kaki saya(oke, hiperbola sedikit). size nya tidak sampai sebesar tahi lalat hitler pon. makaih, kecik sangat ni!

tapi, heyy! anda jangan lupakan fakta yang beliau sememangnya telah mengganggu kekhusyukan solat tarawih saya di rakaat pertama lagi. apa yang saya lakukan selepas itu, biarlah rahsia, anda sudah pasti tidak mahu membayangkan keadaan saya yang brutal lagi kejam itu. namun cukuplah sekadar anda tahu bahawa saya dengan bangganya gagal membunuh beliau dengan jayanya. *down. err, maaf, saya telah meneruskan solat dengan sesempurna mungkin ya selepas itu. jangan bersangka buruk pula. *peluh kecil


"err, apa motif penceritaan anda ni CheCardio, saya..saya..saya, tak berapa nak faham."  


eh? kena ada motifkah? -__-" wahaha. sabar.sabar wahai teman. saya belum habis.

anda cuba pejam mata dan bayangkan.

eh, pejamlah mata tu. kenapa masih membaca?

anda cuba bayangkan para sahabat ketika dahulu. err, jangan lah anda membayang wajah mereka pula. anda ni... bayangkan situasi mereka.. setelah menerima tarbiyah yang konsisten dari Nabi SAW.. apa hasil yang mereka tunjukkan?

ingatkah anda kisah pengawal khemah yang saya sendiri pun terlupa nama-nama mereka. ketika mereka bergilir-gilir berkawal, dimana salah seorangnya tidur, manakala seorang berkawal. (err, jika saya salah fakta walau secubit sekalipun, sila beritahu ya? trimas!) sahabat yang sedang berkawal itu mula solat sunat bagi mengisi masanya. sebelum tidur, kawannya berpesan, "jika ada apa-apa, kejutkan aku ya?"(sekali lagi, dialog versi saya)

dan the rest is history. eh? anda tahu kan kisah ini? xkanlah saya mahu ceritakan juga. mahu juga? baiklah2, saya teruskan.

dan entah dari angle mana, sahabat yang sedang solat itu di panah tepat didadanya. maka apa yang sahabat itu lakukan? jatuh pengsan lalu menjerit, "ambulans, ambulans.." dengan suara yang putus2? owh, tekaan anda silap sama sekali. sahabat itu ternyata dengan selamba dan kool nya mecabut anak panah itu dari dadanya dan meneruskan solatnya. jika tidak silap saya, hampir tiga kali juga sahabat itu dipanah sehingga beliau menghabiskan solatnya. (sekali lagi, jika saya silap fakta, harap dibetulkan.)

anda lihat connection cerita merapu saya di atas dengan kisah sahabat di bawah?

pasti jelas bukan? kunyahan seketul makhluk terbang dengan panahan busur yang tajam itu! walaweyh, lihatlah betapa khusyuknya solat para sahabat, jika hendak dibandingkan dengan kita sekarang yang mengatakan kononnya sudah maju selari dengan arus pembangunan 2020 yang pesat itu!

oh, bukanlah saya berniat meng'compare'kan diri yang hina lagi lemah ini dengan para sahabat yang sumpah qawiey lagi kool itu! tidak sekali-kali. cuma sekadar menginsafi kelemahan diri. jika gigitan serangga yang sebesar itu sahaja sudah mampu menggangu gugat konsentrasi solat saya, bagaimana agaknya jika saya ditembak M16 ketika solat di masjid al-aqsa suatu hari nanti(amin. teringin juga sujud mengalirkan air mata disana. TT__TT). saya masih perlu diperbaiki dari segala segi kerana, ya lah! marhaen ini masih butuh pertolongan dan bimbingan dari murabbi2 kachak seluruh dunia untuk pembentukan diri. anda bagaimana, mampukah? jika masih belum, jom sertai saya dalam jalan ini? hanya untuk redhaNya, insyaAllah..

dipanah legolas ketika sedang solat. anda berani? [kredit]

salam alaik,

dari yang dikunyah rangup,
CheCardio

p/s: doakan saya terus tsabat ya? dan satu lagi, doakan saya mampu solat dengan khusyuk ya? aminn.. trimas!


Monday, July 23

Maafkan Aku Ikhwah!

salam alaik.

anda pernah tak di'sentap'?

wahaha. anda tak kenal 'sentap'? biar betul anda ni. jangan buat lawak disini. huhuhu

baiklah. saya bagik can laah. sentap tu... err.. dalam bahasa kasar nya...

sentaplah.

okay, merepek. kadangkala orang guna perkataan lain yang sinonim, biarpun salah dari segi penggunaan bahasa melayu. contohnya, ter'zass'. weh, try la belek kamus dewan kut-kut jumpa perkataan 'zass' dalam tu. kalau jumpa bagitau saya. saya pun ingin tahu juga maksudnya apa!

perkataan sinonim lain. hurm. 'ketukan'? 'hidayah'? 'zuppp(bunyi pisau tikam jantung sambil muka buat gaya ala-ala heroin tamil kena tikam kat perut)'?

hurmm.. kira lulus lah tu. kalau anda tak faham juga maksud sentap, ahh.. faham-faham sajalah!

hari ini di'sentap' dengan halus oleh Allah tentunya. ye lah, hidayah tu kan milikNya. anda ni.. disentap secara tak sengaja. malah saya rasa tidak pernah disentap sebegini rupa. bagai diperah-perah jus limau nipis di mata kiri dan mata kanan. rasa syukur yang tiada hingga disentap sebegini rupa oleh Allah. maknanya saya masih disayangi lah kan?

bagaimana sentapan itu sebenarnya?

begini, (wah, macam nak citer bedtime stories) memasuki bulan ramadhan ini dengan harapan semoga ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya. mengharap redhaNya untuk diri yang hina. berusaha menjadi makhluk yang lebih baik. dan hamba yang lebih bertaqwa tentunya.

dalam kegawatan tilawah dan tadabbur yang cuba dikonsistenkan, dalam jihad menentang jahiliyah-jahiliyah yang masih sibuk mengumpul ranting buat sarang, dalam kesibukan berpolitik dengan pama untuk melarikan kereta ke liqa'2 mingguan, dalam kesusahan bangun malam dek kerana empuknya tilam, saya diganggu.

ya. diganggu. dihantui dengan email-email official dari yahoo grup kolej. dihantui post-post teman yang semakin sibuk mengisi borang mak nenek setelah mendapat offer letter. dihantui dengan keluarnya tiga namelist universiti d ireland yang sepatutnya ada empat, dan nama saya tiada dalam ketiga-tiganya. dihantui penungguan list yang keempat dengan hati yang penuh harapan. dihantui wallpost-wallpost rakan-rakan yang mula sibuk dengan urusan ke ireland. dihantui cop-cop pesuruhjaya sumpah. di hantui saksi-saksi pegawai kerajaan kelas A dan B. dihantui majikan papa dan majikan along. dihantui sijil kelakuan baik?(apa saya jahat sangat kah?)

segala hantu yang jelas menghantui itu mula memenuhi kepala. kepala pula mula disibukkan dengan accomodation di uni nanti. buku-buku medical, perlukah dibeli? atau curi  pinjam sahaja senior atau library punya? kepala dipenuhi dengan bagaimana agaknya hidup nanti? dipenuhi dengan list barang-barang yang hendak atau perlu dibeli. penuh!

jika anda kenal saya di alam nyata atau di alam mukabuku, mungkin anda terbaca status saya yang menulis segala macam perasaan negatif yang sedang saya rasa. konfius. letih. tensen. ah! banyak jugalah yang tidak mahu saya tuliskan. serabut kepala ini penuh dengan benda-benda yang berkisarkan hal-hal yang sama sahaja sejak dua-tiga hari ini. yang sedihnya, saya sudah berada di hari keempat ramadhan!

sabar. saya masih belum disentap. masih belum tiba partnya.

bertanyakan senior-snior beberapa soalan yang memusykilkan. juga kepada kawan-kawan sekolej dan yang seangkatan dengannya. berbincang dengan papa perihal isu-isu ini sahaja. tentang wang dan kos. tentang lokasi dan durasi. tentang makanan dan penginapan. tentang masa dan tindakan. itu sudah mula menjadi topik hangat. dalam hidup saya. *malu

tiba-tiba tergerak untuk memeseji beberapa orang teman perihal sijil kelakuan baik yang saya sebutkan tadi. salah seorang ikhwah yang jika saya sebutkan namanya disini, ah, pasti jatuh pengsan anda kerana keqawiyannya. nanti terbatal puasa pula. setelah berbual beberapa ketika, terkeluar mengenai uni yang bakal didiami memandangkan saya masih belum mempunyai uni yang jelas. masih kabur.

tiba-tiba akh itu. ya. yang saya katakan tadi. memberi sentapan tarbiyah dengan sepenuh kekuatan yang saya kira si dia tidak berniat pun hendak berbuat demikian.

disini saya catatkan sbhagian mesejnya kepada saya,

"Aku xsemangat sgt sebenarnya nk bncang pasal placement kt public sbb masih ad ikhwah yg sangkut..."

saya.. saya..saya... *pengsan

jujuran air mata yang melimpah penuh satu tub mandi pun sia-sia sahaja. rasa sangat bersalah. rasa sangat malu dengan diri sendiri. rasa... kosong. Allah...

rasa sangat bersalah dengan ikhwah yang pompam2 duduk canang sini sana kata uhibbukumfillah. bagaimana saya tergamak melakukan perkara ini kepada orang-orang yang saya cintai keranaNya. komenlah saya. hukumlah saya. saya masih tidak cukup di tarbiyah.

dalam kesibukan saya yang saya khabarkan di atas, rasa sangat malu dengan diri sendiri. macam ukhuwah fake. time happy2 je. time orang dilanda masalah, kita diam seribu bahasa. alasannya...

"lek2 lu, bagi dia tenang lu, pastu baru approach."
" eh, ko cakap leklok sket, nanti dia terasa ke, susah nanti."
" weh! ko tak cukup sensitif ke? orang tengah sedih tu, pi tanya macam2 buat pe?"

 Allah... dah masuk ramadhan hari keempat. dah lebih sebulan saya tinggalkan Kolej Maha Busy itu, tinggalkan ikhwah2, dan cuba meneruskan amal jihad di rumah pula. kusangkakan cuti ini lebih baik dari cuti-cuti sebelumnya. namun, jauh panggang dari api, jauh kipas dari lampu!

bagaimana saya bisa mengatakan cuti ini ialah cuti yang terbaik sedangkan saya boleh rilek2 goyang kaki dan penuhkan kepala otak dengan masalah sendiri saja! Allah...

rasa bersalah dengan ikhwah. rasa macam tak layak panggil diri sendiri ikhwah. abaikan ikhwah lain. terlupa akan mereka disaat kita syok bergembira dengan segala bagai nikmat. layakkah aku dipanggil seorang akh?

kata mahu masuk syurga sama-sama, ini baru dapat lepas ujian IB, dah lupa segala-galanya? amboi CheCardio, anda memang tak kenal di untung. TT__TT

Namun masih mampu rasa bersyukur dengan nikmat sentapan di hari keempat ramadhan ini, kerana Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya dan tidak mahu sikap selfish ini berlanjutan hingga hari kelima dan selanjutnya menghabiskan ramadhan dalam keadaan tidak mengingati ikhwah2 yang lain. Alhamdulillah...

tak dapat digambarkan rasa syukur berada dalam gerabak dakwah dan tarbiyah ini kerana rasa kuat hasil sokongan ikhwah2... namun diri sendiri.. oh, sungguh memalukan. saya tidak terkejut jika apabila seorang akh pernah berkata,

"kita tidak tahu, mungkin kesilapan salah seorang daripada kitalah yang sebenarnya melambatkan gerabak ini. yang sebenarnya boleh menjadi sangat laju!"

dan disaat ini. saya benar-benar merasakan sayalah orang itu. ya. yang menahan gerabak kita dari bergerak dengan lebih laju. yang dengan sikap ini, memperlahankan kelajuan kamu semua. maafkan aku ikhwah. maafkan aku. aku akan cuba berubah. kerana aku tidak mahu jadi orang itu lagi. sekali lagi aku pohon, maafkan aku..

sekian, wassalam.

Dari yang melambatkan,
CheCardio

p/s: ah! saya yakin ikhwah2 saya tidak membaca blogpost saya kecuali anda seorang. ya, andalah. jzkk untuk mesej itu ya! *gelak keji

Saturday, July 21

Tarbiyah Melalui Pakcik-Pakcik

salam alaik..

err, nampaknya sudah agak lama saya tidak mencoret kata2 di dashboard ini. wahaha. malaskah? mungkin juga. tiada idea? gila mustahil. idea tersepak disana disini di lantai rumah saya ini.

Alhamdulillah, Allah masih beri kekuatan dan kemampuan untuk hidup pada hari ini. Siapa tahu, semalam mungkin kuah sayur lemak terakhir buatan ibu yang saya mampu makan. siapa juga tahu, ikan goreng rebus(maaf saya tidak kenal nama-nama ikan..huhu~!) yang saya ratah bertalu-talu semalam mungkin merupakan ikan terakhir yang saya jamah dalm hidup ini.. ya, siapa tahu.

semalam, sedikit terperanjat monyet apabila masjid di kampung saya, iaitu sebuah kampung yang merupakan kilang wanita cantik.. uhuk3(Utusan Meloya, 2011), tiba-tiba sahaja imam tarawih duduk bersimpuh namun tidak senget kemana-mana bahagian, memberikan tazkirah ringkas. dilakukan setelah rakaat keempat solat tarawih, saya sedikit... waahhh~~! mantop3... terkelu lidah sebentar.

tajuknya juga menarik, dimulakan dengan 51:56(if you know what i mean), dan disambung dengan kata-kata seperti yang saya ucapkan diatas, namun dengan ayat yang lebi soleh tentunya. imam mengingatkan jemaah tarawih agar senantiasa menganggap bahawa ramadhan ini adalah ramadhan yang terakhir buat kita. beribadahlah sepertimana kita tidak akan menemui ramadhan lagi pada tahun depan. beribadahlah sepertimana ini adalah kali terakhir syaitan-syaitan di rantai untuk kita. sedikit insaf di situ mendengar kata-kata tuan imam. Ya lah, memang saya baru 20 tahun(19 to be more accurate. hik3), namun ajal itu datang tak mengira usia bukan?

saya menoleh ke kiri dan ke kanan, terlihat oleh mata ini seorang pakcik tua, yang mungkin sudah 60-70 tahun umurnya, saya tidak pasti. namanya juga tidak saya kenal, namun yang pasi, raut wajahnya itu selalu saya perasan imbasnya di masjid itu pada mana-mana waktu solat. tazkirah imam itu sudah cukup menggoyahkan saya, namun maaf. melihat pakcik itu sudah menggoncang emosi saya sebagai lelaki, walaweyh! tacim bro!

err, apa pakcik tu buat? bagik tazkirah buat kali kedua kah?

eh, tidak2. sabarlah. nanti saya ceritakan.

saya melihat pakcik yang duduk kira-kira selang dua-tiga orang daripada saya itu dengan hati yang terbuka. tambahan pula, tajuk tazkirah imam yang saya kira sangat kena dengan golongan-golongan berusia di masjid itu. untuk golongan muda pun kena juga, namun, ya lah. kesannya lebih dasat tahu!

saya lihat pakcik itu memejamkan matanya rapat-rapat. setiap kali imam menghabiskan ayatnya mengenai ramadhan yang terakhir ini, saya lihat pakcik itu menganggukkan kepalanya perlahan-lahan, tanda setuju barangkali. atau mungkin menyedari hakikat itu. dan saya lihat... kelopak matanya bagai bergegar-gegar, tanda ada empangan yang bakal pecah. oh, saya tidak mampu tengok lagi... memalingkan muka ke kiri..

namun, saya digoda nafsu untuk menoleh sekali lagi. mungkin mata saya rabun namun kelihatannya, dia tersenyum sambil jari menggosok kelopak mata. oh saya tidak mahu tengok lagi! jangan paksa saya tengok! namun saya tengok juga lagi.

ya. saya melihat dan terus melihat. malah bukan pakcik itu sahaja, masih ramai lagi yang terkesan dengan tazkirah ringkas imam tarawih semalam. namun, ya. pastilah ada juga yang tersengguk-sengguk. mungkin letih seharian bekerja di tebing-tebing sungai dan mengayuh basikal tua menjual lauk-pauk untuk santapan berbuka. saya tidak terkejut, kerana rata-rata orang berusia di kampung adalah golongan yang masih kuat bekerja. kagum. cukup kagum.

ya. walaupun saya sendiri sejujurnya turut mengangguk tanda menginsafi lupanya diri tentang hakikat mati, namun melihat pakcik2 di sekeliling saya nyata memberi lebih nikmat kepada saya dalam dunia tarbiyah ini. ya lah, apa sahaja yang jadi pandangan kita, semuanya pasti akan di relatekan kepada tarbiyah. makan tarbiyah. tidur tarbiyah. bangun tabiyah. bak kata hidup semuanya tarbiyah lah. mana mungkin saya mampu pisahkan tarbiyah dari hidup saya jika doktrin itu begitu kuat di tanam dalam urat saraf ini. eh, saya bukan hendak pisahkannya dari hidup, anda jangan terburu-buru pula, saya hanya me'retoriks'kan keadaan lah.

Ya Allah, kekalkan kami di jalanMu ini. dan janganlah Kau biarkan kami disesatkan oleh mana-mana anasir sekalipun. Tabahkanlah hati kami dengan segala ujian di jalanMu ini Ya Rabbi, dan satukanlah hati-hati kami yang berjuang di jalanMu ini Ya Allah.

Alhamdulillah, saya mungkin akan melanjutkan pelajaran ke University College Dublin, Ireland. perhatian. ini bukan kenyataan rasmi(list name belum keluar). namun nampak gayanya, macam betul lah kot. doa-doakan saya tsabat dan terus bergerak dalam jalan ini, insyaAllah.

saya yang tersepit dikalangan pakcik2. comel kan? wahaha[kredit]
salam alaik.

Dari yang berpuasa,
CheCardio

Friday, July 13

Lama Tak Menyengalkan Diri Macam Ini

bila deru angin menyelar laju
rebah buku pada jatuhnya
sedari aku dari gelap kuasa
yang lenaku dibuai mimpi hina

kala sinar menerjah pancaindera
kelu bicara pemanis kata
terhenti detik dan waktu senja
menatap tajam butirnya mata

pekak suara tingkah dirimu
melayut sepi anginnya berhembus
bagai si bodoh dengan kayunya
ku tepis hina ku cari mulia

kecil bukanya tidur di mata
tegas budi pedih suara
namun bisu kala tubuh menyapa
apakah tanda selaput jiwa

tinggi menjuntai diam kata
tiada data tiada nama
jauh pandangan tunduk melulu
namun harapan masih disitu

CheCardio, 10.09 pm, kota bharu, kelantan

p/s: mode sengal untuk isk. pray for me please. trimas!