Saturday, June 8

Cuti yang Melemahkan!

Salam alaik. It's been ages since i wrote something down here. Bukanlah sebab ambik medic jadi sibuk habis sampai tak mampu nak menulis apa2. Tapi, kelemahan diri sendiri yang bila ada modal je nak menconteng, bertangguh laa, malas laa, ada kerja lagi penting laa... alasan oh alasan.

Sekarang masih mengira hari untuk pulang. kira-kira dalam dua hari lagi, bakal berterbangan di celah2 awan dan pulang ke Malaysia, inshaAllah! Dalam kepala, dah takde benda lain nak pikir. in fact, tak boleh nak berfikir sangat dah pon. Kepanasan Malaysia dah mula terasa kat atas dahi, makanan2 Malaysia espeseli nasi2 kerabu(macam wrong je aku punya ayat) dan satay ayam dan air kelapa dan gulai ayam dan roti canai dan segala bagai kuih muih tu dah mula merembeskan acid2 dalam perut, bersedia untuk mencernakan segala2nya! wahaha~ *gelak keji*. Tak cukup dengan itu, packing segala barang-barang nak bawak balik Malaysia dah 50% siap, tinggal nak masuk segala souvenir dan handbag, pashmina, keychain bagai je lagi! Ahh! Pengsan tak dapat nak terima segala tekanan ini. *nanges tak berlagu*

Ohh.... *nanges tak berlagu* [kredit]

Dan dalam kegembiraan nak pulang ke kampung ini, tertatap lah luahan2 teman2 yang dah balik. Tertengok juga lah gambar2 makanan yang dipost ke instagram mahupun fesbuk yang meneliurkan mulut itu. Tak masuk lagi peluh2 yang merembes di dahi2 yang obviyesli nak cakap betapa panasnya Malaysia ni, tu yang paling xleh blah. haishh.. Dan dalam kala itu, terstalk terbaca jugalah aduan seorang sahabat ni, yang macam memang boleh tahan jugak lah dia punya jihad masa kat rumah. Jihad dengan old self lah, jahiliyah lama, dengan famili, kawan2 lama, malah dengan diri sendiri pon ada masalah. Macam dalam hati tu ada perang dunia ketiga je. tungtangtungtang, rasa serabut je, rasa lemah, rasa nak futur, rasa nak terjelepok, rasa x larat, rasa x mampoo, rasa secukup rasa, rasa macam2 lah yang boleh dirasa. Senang kata, jiwa kacau lah. Haaa... Sampai macam tu sekali.

Che cardio, nak tak nak, ada rasa sangat tachim lah bila baca sume tu. Biarlah orang kata berat mata memandang, berat lagi kepala menjunjung, tak gitu? Tapi, sejujurnya... sejujurnya lah kan... jujur lah ni... Kita x banyak beza. mungkin masalah kita tak sama. Tapi, kita serupa. in a way lah. *senyumkosong*

Mengenang masa cuti panjang pertama selepas habis IB. 3 bulan jugak lah boleh tahan lamanya. Masa tu, merasakan sakitnya perubahan tanpa biah. Masa tu, merasakan pemulauan berkala. Masa tu, merasakan sindiran tak bertempat. Masa tu, merasakan kekosongan yang amat. Masa tu, merasakan menangis sorang2 dalam bilik sebab tak larat. Masa tu, merasakan lemahnya diri sebab tak mampoo tunaikan hak2. Masa tu, merasakan diri sendiri x function langsung. Masa tu jugak, kadang2 jatuh terjelepok tersadung akar2 kefuturan yang berselerakan di tengah2 jalan. Dan masa tu, xde orang pon yang saya gantungkan harapan nak luahkan perasaan. Takde, kecuali Dia je. A'ah. Dia.

Bila kawan-kawan lama yang kenal kita through and through mula cakap, "perghhh....dah jadi murabbiiii....xlayak weh nak cakap ngan kau..", rasa hati pecah tak mampu nak kutip. Bila kawan-kawan perempuan yang dulu2 kamceng x hengat cakap,"sombong kau sekarang... mentang-mentang nak fly. Macam ni lah kawan..."aku hanya mampu pendam rasa, diam seribu bahasa, kelu tanpa rupa. Dan bila bertalu-talu ujian dalam rupa manusia yang datang, kadang2 kita jadi lemah. kadang-kadang kita jadi tertanya-tanya,"futurkah aku?" And bila kita dah mula terfikir-fikir pasal kefuturan, futur pun mulalah terbina muscle2 kaki beliau dan mula laju mengejar kita. Beliau dah mula kejar kita laju2, kita nak lari, lari dan lari sejauh mungkin. Harapan kita, mintak tolonglah....mintak tolong sangat2, "wahai inche futur, tolong futur dalam mengejar saya." Tapi Inche Futur ni boleh tahan strong lah jugak. Kadang-kadang dia rentap kaki kita, buatkan kita jatuh tersembam muka dulu sampai herot berot muka ni dilenyek tanah. Dan kita pon duduklah bersama-sama inche futur main kad terup sambil makan roti cicah kopi sampailah Makcik Hidayah datang balik ke rumah kita dan, "Tok3,,, Assalamualaikum, checardio ada?" Dan kita bukak mata balik. Sedar. Sedar kembali.

Kita doa sangat2. Kita doa setiap kali solat. Kita doa sampai tertidor dalam doa. eh? Kita doa supaya sume orang yang kenal kita, yang rapat dengan kita, yang ada kaitan dengan kita, yang ada hubungan darah dengan kita. Kita doa semoga semua orang yang kita kenal, atau yang kita tak kenal sekalipun, dapat rasa apa yang kita rasa, dapat tengok apa yang kita tengok, dapat sedar benda yang kita sedar, dapat terima apa yang kita buat, dapat faham apa yang kita tengah usahakan, dapat hormat apa yang kita tengah perjuangkan, and paling penting, dapat terima diri kita yang sekarang. Er.. ke realistik sangat kalau mintak macam tu? Realistik sangat ke? Huh? X realistik? Apehal plak x realistik? (ok emo pulak. maintain posture, maintain)

Dalam situasi ni, checardio cuba imbau balik apa yang jadi tahun lepas. Apa yang terbuat, untuk selamatkan diri dari terus dihempuk dengan kayu2 kefuturan dan jahiliyah silam. singgg!!!!(bunyi flashback)...

Adakalanya, checardio cuba penuhkan masa dengan berfikir. Ya, berfikir balik tentang prinsip-prinsip yang dah bersemadi dalam jiwa sanubari kalbu diri(cewahh) yang dibumikan habang2 kachak selama 2 tahun yang penuh dengan unsur2 ekstrem yang terlampau hebat dan osem. Kadangkala boleh nanges sorang2 bawah selimut bila perasan dah berapa banyak prinsip yang diri sendiri tetapkan, tapi diri sendiri jugak yang langgar. oh sungguh tak berprinsip diri ini. Juga menyaksikan diri kadangkala tewas dengan nafsu sendiri, bila jahiliyah lama datang menjenguk kembali dengan mengetuk tingkap bilik tidur dari luar tatkala diri berseorangan di malam hari. Oh sungguh mengerikan!*tutup mata* Tak kurang juga saat2 tewas dengan ego sendiri, yang tak perlu diceritakan, memang malu tahap x hengat lah kalau membayangkan betapa seorang dai'e yang sepatutnya mencerminkan matinul khuluq jatuh tersembam tak bangun2 dek kerana perangai tak senonoh tak kira lah dengan femili terchenta ke, dengan kawan2 lama ke, dengan gadis2 yang xsepatutnya ke, malah dengan diri sendiri sekalipun! *geleng kepala*

Dai'e jatuh tersembam patah riuk tulang pinggang [kredit]
Dan ada masanya pulak che cardio penuhkan hari2 dengan baca buku-buku fikrah yang bertambun-tambun tu. Tapi, lebih selalu dari kadang-kadang, baca je dua tiga page, pengsan berbuih mulut. Sama ada terpukul dengan ayat-ayat zraaasss yang ditaip rapi dalam bait2 buku, atau tertidur dilanda mimpi enak akibat pembacaan ditemani bantal busuk dan selimut panas. Dan secara statistiknya, yang kedua lebih kerap berlaku. Oh sungguh sedih. Kadang-kadang timbul juga hasrat nak buat nota on books yang dibaca, atau recording yang berkumandang di telinga, namun hasrat tinggal hasrat, kalau kudrat nak bergerak tak kemana. Allahu....

Tidak dapat tidak, checardio rasa lebih banyak tewas dari menang pada tahun pertama menerima cuti yang sungguh mencabar. Tahun ini masih tidak pasti bagaimana rupa cabaran yang menanti checardio sekepulangan di tanah air nanti. Tapi yang pasti, bukanlah secantik yang disangka-sangkakan. Itu pasti.

Ah! Akhi, Jalan ini bukan ditaburi bunga-bunga lavender yang mewangi dan kura2 gebu yang boleh terbang, namun jalan ini bakal menghimpunkan pokok2 periuk api dan harimau2 ganas di tepian! Jalan ini bukanlah disusun dengan kerusi-kerusi empuk yang boleh dijadikan rehatan, jalan ini malah di sediakan di atas roda hamster yang sentiasa memaksa kita berlarian! Jalan ini bukanlah talian aduan kaunseling yang memerlukan nasihat, malah jalan ini membutuhkan ketabahan yang kalau dilempang dengan selipar jepun sekalipun, ah! pandang sebelah mata sajo!

Tapi akhi... Ya, ada tapinya.. Jalan ini juga membutuhkan kita memohon harapan dariNya yang Maha Penyayang, bukan syok sendiri rasa hebat sampai tak perlu meminta dari Dia yang memberi segalanya. Jalan ini juga menyaksikan rijal-rijal yang jatuh bangkit dalam mempertahankan prinsip yang mereka imani, ye lah, apa kau pikir kau malaikat sampai iman tak jatuh2? Malah akhi, jalan ini tidak akan menyalahkan kamu andai kamu mengeluh kepadaNya, meminta kepadaNya, dan merayu kepadaNya. Kerana kita semua diuji dengan ujian yang berbeza, tapi hakikatnya kita masih diuji. Kan?

Jika kamoo lemah, minta pada Dia, kuatkan diri kamoo untuk tempuh ujian yang Dia bagi. Jika kamoo jatuh tersungkur, minta padaNya, agar beri kamu daya, untuk bangun kembali. Jika kamoo rasa perlahan, minta padaNya, untuk ketuk kamoo banyak2 kali agar kamoo laju kembali. Jika kamoo rasa tak larat, minta padaNya, beri kamu protein banyak2, agar kamoo larat kembali. Jika kamoo rasa tak mampoo, minta padaNya, untuk beri kemampuan. Dan paling crucial, jika kamoo ada sekelumit pon rasa tak layak berada kat jalan ni, minta padaNya, mohon berikan kelayakan. Takdelah susah pon nak mohon kan? Ke ada kena isi borang2 bagai? Xde kan? *senyum* Minta seikhlasnya. Yakin yang Dia memang Maha Memberi kan? *senyumlagi*

Perlu berhenti menulis. Nanti ada yang muntah jingga baca post panjang berjela-jela. Saya semestinya tidak mahu bertanggungjawab jika meletup laptop kamu itu jasa muntah kamu sendiri.(pehal ckap pasal muntah ni.. haishhh) Sekian sahaja dari saya yang amat merindui bumi Malaysia. Oh. Dan juga merindui orang-orang di Malaysia. Sangat. *terkedu seketika*

Sekian, Wassalam.


Yang kepingin nak makan nasi kerabu daging bakar,
CheCardio
Alhambra, Dublin







Friday, March 15

Lompat! Eh, Jangan Lompat!!

Salam alaik.

sudah hampir berhabuk kulihat dinding encik belog yang sudah lama tidak kuusap-usap mesra dengan sutera kata yang dihadam2. Malah kadangkala....

Haishhh! apa bunga-bunga pagi hari ni! hambar3!

eh? apa aku kisah? wahaha~

Sekian lama tidak mencoretkan kata, melakar kata-kata yang kadangkala bila aku buka kembali post-post lama dan baru(baru kut celah mana dah lama x tekan keyboard neh -_-"), aku sendiri bagaikan gagal betul-betul memahami bait-bait yang lancar sahaja aku lafazkan 2-3 bulan yang lalu. Dan aku ditinggalkan termanggu-manggu sendirian. Tanpa kata. Tanpa bicara. Gituehh. -___-"

Di kala ini, di kala umur masih setahun jagung cuma di dunia D&T yang bapakk luas ini, aku tiba-tiba rasa pilu. bukan sekadar sedih, tapi pilu. Bagaikan jantungku ini kau cucuk-cucuk dengan lalang hijau yang tumbuh di belakang rumah. Sakit. Rasa nak menangis.

Aku lihat orang-orang luar memandang serong. malah kadangkala mengeji aku. mengeji aku, kita, dan mereka. mengeji pada perkara yang bagi aku tiada pokok pangkalnya. tiada penghujungnya. malah tiada asasnya. Pedih. di sudut hati. "Ahh! korang semua ni sama! Tak join usrah, kira tak boleh masuk syurga kah?" Menangis teresak-esak dalam hati sambil mulut masih mampu melenturkan senyuman hambar. Hanya di sini aku mampu menjawab tempelakmu itu wahai saudaraku sayang.

"Tidak pernah sekelumit zarah pun hati ini merasakan bahawa budak usrah dapat sorga, budak tak join usrah, takleh masuk sorga. Tidak pernah saudara. Tidak pernah sama sekali. Malah aku juga masih menangisi diri ini, adakah layak aku mencium bau sorgaNya itu dengan noda dan dosa ku ini? adakah mampu aku mengintai di balik pintuan sorgaNya itu dengan amalku yang tak seberapa ini? Adakah mampu diri yang masih tidak hidup 24/7 untuk islam ini melangkah masuk ke sorgaNya itu? Ukur selak baju di badan sendiri... Aku masih merasakan diri ini tidak layak... T_T"

Di jalanan ini. Aku melihat satu-persatu kelibat ikhwah melompat keluar dari gerabak dakwah yang masih jauh dari boleh dipanggil penuh ini menghilangkan diri. Tanpa kesan. Tanpa bekas jejak. Kadangkala ku lihat jua yang menghilang itu berusaha keras menyampaikan syahadatul haq nya di gerabak yang lain, namun masih selari dengan perjalanan gerabak yang ku naiki ini. Bersyukur berlinangan air mata andai itu yang terjadi. Namun kadangkala aku kesal. Apabila yang melompat turun dari gerabak. Melompat. dan berhenti dari bergerak. ke depan atau ke belakang. malah memejamkan mata dari gerabak2 yang lalu lalang. Aku yang hanya mampu melihat. Terdiam.

Ku selaki helaian-helaian manual hidup. Ah! Dimana ayat keramat itu. Oh ya. Di sini:

"Sedangkan kamu memilih kehidupan dunia, padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal."
(87:16-17)

Aku terkedu. Sendirian.

"Ah! kau che cardio! Baru setahun jagung! Masih tidak mengenal mehnah dan tribulasi di jalanan ini! Kau cuma tahu berkata-kata sahaja! Medan cakapmu wujud, tapi medan amalmu! Heh! melayang-layang di jalanan saja!"

"Bedebah kau che cardio! Kau bukannya tahu! Peperiksaan kami susah! Kau baru tahun pertama perubatan! Tunggulah kau naik tahun kedua, ketiga nanti!"

"Ciss. Berani kau! Kau ingat kau masuk usrah dah konfirm beli tiket ke sorga kah? Jangan nanti percakapanmu ini jadi hujahmu semata, bukan dibuktikan dengan titik peluh pula!"

"Tinggalkan jahiliyah aku? Ah! Extreme yang terlampau kau ni che cardio! Syadid! Kita mengambil jalan tengah untuk semua perkara, tahu! Tiada dosanya!"

Dan aku menangis tersedu-sedu lagi. Dan kala itu. Tiba-tiba sahaja. Aku terbayangkan kata-kata inche gabbana. 

"Kenapa akhawat mampu melakukannya? Kenapa?" (Inche Gabbana, 2012)

Dana seperti biasa, jawapan skema untuk hari ini:

"kerana akhawat benar-benar bukan manusia." *pengsan


Aku sendiri masih tidak tahu perjalananku di dalam gerabak ini. mungkin jua hari ini aku bercakap lantang, mungkin esok aku futur keguguran. Mungkin hari ini aku mampu mencurahkan infaq untuk ummah, mungkin esok aku syahid melompat keluar dari gerabak dakwah ini. Mungkin.. ah.. mungkin saja... 

Tapi ku doakan. Dan mengharap doa kalian. 

"Ya Allah. Jika engkau mentaqdirkan mati. Maka, matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu, jalan dakwahMu yang kau redhai, dan janganlah Kau pesongkan hati kami ke arah kesesatan dan kebatilan. Amin."

Sekian. Wassalam.

Dari yang dilanda keterbantutan,
Che Cardio
Dublin, Ireland.


P/s: Jika menjadi manusia menghalang aku dari menjadi seperti ikhwah akhawat yang sudah berterbangan, maka biarlah aku menjadi lebih dari manusia. *muka serius kerut kening



  

Tuesday, January 1

Strangers in Leeds!

salam alaik.

menulis di hari yang kosong pada awal tahun baru ini tak pernah rasa sebegini kosong yang teramat. Bayangkan sajalah di waktu cuti begini, kebanyakan teman-teman UCD bertempiaran di merata-rata tempat di serata eropah. Ada yang bersepah di Turki bumi Al Fateh. Ada pula yang berselerakan di Sepanyol, bumi Tariq Ziyad. Malah ada yang menjenguk kilasan aurora di Iceland. Tidak lupa juga yang menggelepar kaki dan tangan menyentuh bumi Perancis dan Itali, juga Belgium serta German, malah hingga ke bumi terchenta Malaysia pun ada yang berjaya sampai jua. okeh, tu jeles. hohoh~

Dan di kesunyian tengah hari yang dah masuk asar walaupun baru pukul 2 lebih ni, tergerak hati untuk menukilkan sekeping dua kata yang saya kira sudah lama tidak dicoretkan disini. Masakan tidak, habis saja exam tempoh hari, terus melompat-lompat hingga ke Manchester, lalu ke Whitby untuk lepak-lepak sembang-sembang bersama ikhwah, dan ke Manchester semula, lalu melompat lagi ke Liverpool baru lah berjaya sampai semula ke Dublin 3-4 hari lepas. *amik nafas tercungap-cungap. Dan seperti biasa, dah jalan-jalan pusing UK sampai macam tu sekali, pastilah banyak ibrah atau pengajaran yang tidak boleh tidak dapat diambil dari segala kembara itu.

Satu. Sewaktu kami sedang transit di Leeds daripada Manchester hendak ke Whitby di tepi laut, kami dengan tak semena-mena nya ditimpa musibah. Bas yang akan mengangkut kami bersembilan(rosak bahasa melayu aku) bakal bergerak kira-kira 5 minit sahaja lagi. Namun, di papan kenyataan yang lebih kurang macam board airport tu, jelas menunjukkan bas yang kami naiki masih bertulis "en route". Hah. Kami dengan muka selamba badak nya cakap sama sendiri, "Hurmm, traffic jam kot. malam2 krismas macam ni."Penungguan kami diiringi dengan konsert amal rock di stesen bas Leeds itu sambil penyanyinya dan penontonnya sama-sama terkinja-kinja biarpun saya sendiri gagal memahami sepatah pun yang mereka nyanyikan itu. Not to mention yang makcik tua bongkok tiga angkat tongkat pusing-pusing dan ajak saya menari bersamanya. *pengsan

Lebih kurang 10 minit selepas itu, kami yang sedang khusyuk memerhatikan board yang sarat dengan tulisan kaler kuning itu menyedari suatu hakikat. "eh, mana bas kita?" bunyi salah seorang dari kami yang saya juga lupa sama sekali siapa. dengan mode masih lagi bajet-bajet x cemas dan kool sehabis kool bagaikan buaya yang nampak mata kelip2 je dalam air, seorang dari kami menghampiri kaunter pertanyaan. "I'm sorry, can i ask about bus number 061 to Whitby please?" (sila baca dengan slang British Leeds). Makcik kat kaunter dengan muka yang konpem lebih selamba daripada kami menjawab, ".....*^$@&%...Whitby...&%#@$* 5 minutes ago.." walaupun hampir keseluruhan ayat yang makcik tu cakap dengan pekat sepekat-pekatnya kami tak faham, tapi kami sedar. We are stranded there. in Leeds Bus Station.

Dah. semua dah mula buat muka gelabah. saya dah macam lipas kudung ke sana ke mari mencari route bas yang memungkinkan kami untuk ke Whitby pada malam itu juga. pergi intai Leeds Train Station. Yes ada! tapi 60 Pound sterling. anda di Malaysia, darab sahaja dengan 5, jadi RM300. *pengsan tak bangun-bangun. tapi kami dengan muka separa gelabah separa selamba boleh lagi buat relax. sempat lagi chatting dengan ikhwah belfast tanya khabar mereka macam mana. Sedara belfast memberitahu bahawa diorang sangkut kat London, harga tiket train, 120 pound. instead of pengsan, saya gelak besar. wahaha! dan entah kenapa, yang lain pun turut gelak bersama mengetahui berita itu. tak faham betul ikhwah zaman sekarang ni. bukan kena risau ke ikhwah lain dalam kesusahan, ni tidak. gelak je manjang. *kepala pusing.

Kami pun mula perah otak lah. okeyh, jumpa tiket bas untuk ke Whitby jugak, tapi paling cepat, pukul 7.30 pagi esok. *pengsan. waktu itu, baru kira-kira jam 6 petang. Cuba juga call ikhwah Leeds. "Assalamualaikum, anta kat mana tu? kitorang stranded kat Leeds ni." dan jawapan yang kami dapat teramat menghampakan. Suara bersalah dari corong telefon berbunyi, "Masha Allah akhi... kitorang dah ada kat Whitby ni haa.."*pengsan lagi. Logik jugaklah. Dah nama pun semua orang nak berkumpul kat Whitby, haruslah semua dah ada kat Whitby kan? *geleng kepala. Last-last cuba call batchmate kat KMB dulu. tup3, ada lah dua tiga orang yang tak pergi gathering, kira boleh lepak rumah diorang dulu lah sebelum naik bas esok pagi. okeyh kira setel.

Dan tiba-tiba. Dari pintu sebelah tempat kami lepak. Nampak muka-muka yang macam kenal tak kenal. okey kenal. Ikhwah Belfast datang menjengukkan kepala. Eh? bukan tadi sangkut kat London ke? -_-", owh, bukan yang itu, yang itu masih tersangkut, ini geng-geng yang selebihnya. Kami bertanya lah kepada mereka yang datang mengejut itu,"dah beli tiket?". Jawapan mereka dengan muka yang memang takleh lupa lah level innocent habes tu, "Tak." Dan sekali lagi, hilaian ketawa pontianak budiman mula keluar mencurah-curah dari kami. Bayangkan sajalah, pada pendapat kami masa itu, "yes! bertambahlah bilangan kami yang stranded!" Tapi kami silap sama sekali. totally wrong mat salleh cakap.

Rupa-rupanya, mereka sudah ada planning yang mantop. Dari Leeds, mereka akan ke Scarborough(err, sila mintak bantuan pakcik google), dan kemudian menaiki teksi ke Whitby. Kami bukak mata luas-luas macam makhluk baboon dalam cerita Lion King dan dalam kepala masing-masing, semua dah sebut, "Osemmmmmm.....T_T"

Dan kami pun ikutlah mereka. sehingga ke Scarborough. dan sehingga ke Whitby. Sampai-sampai dah tengah malam. Okey lah. at least tak merempat kat stesen bas Leeds dan menyaksikan diri dihalau keluar oleh security kerana disangkan homeless. *tunduk kepala

Itu cerita kami. Dan itu baru satu cerita. Bayangkan sahaja 9 hari di UK. Ah! pastilah tersepak di lantai bilik andai tidak diceritakan seeloknya. Namun cerita sahaja, tiada manfaat juga kalau tidak kita ambil pengajarannya. kan3?

Pertama, saya melihat tsiqah itu satu benda yang penting dalam tarbiyah dan dakwah kita. Kalau ikutkan, kami memang tsiqah habis lah kat board yang menipu tu. boleh pulak kita dah percaya habis-habis kat dia, dia kelentong kita cenggitu je. Duduk menatap board tu macam dah tatap lecture notes biochem plak sebab lama sangat. Dan kadangkala, kita kena accept, biarpun kadangkala, orang yang kita tsiqah tu buat silap, tak bermakna dia buat silap selama-lamanya kan? lagipun bukan semua bas kat situ yang dia hancurkan, boleh jadi bas kitorang je yang kena. err. anda fahamkan point saya?

Kedua, sentiasa akan ada alternatif untuk kita melakukan sesuatu. dalam konteks terdekat, perubahan diri kita, atau gerak kerja kita. kadangkala kita rasa down, susah nak berubah. susah nak ubah tu, ubah ni. kadangkala juga, kita rasa tersekat bila nak buat dakwah dan tarbiyah. ada yang menghalang, kekangan dunia, malah kadangkala kemalasan diri sendiri(T_T). Tapi kita jarang mencari alternatif yang mungkin boleh bantu kita lancarkan tarbiyah dan dakwah yang kita lakukan. Option itu terlalu amat banyak, dan pilihan di tangan kita. Pilih sebaiknya.

Ketiga, saya melihat perlunya manusia pada pergantungan. Dan sekilas kami sedikit terlupa untuk bersyukur kepada Allah kerana memberikan pengalaman seperti ini kerana musibah yang menimpa kami ini pastinya bukan kebetulan semata-mata, namun konpem2 lah aturan Allah yang Maha Teliti. Tanpa musibah ini, mana mungkin Little Asian Muslim dapat bertemu muka bersama Big Portuguese Muslim dan bertukar-tukar pendapat. Tanpa musibah ini juga, bagaimana mungkin kami boleh berukhuwah dengan lebih rapat kan? *senyum kenyit mata

Dan yang terakhir, sentiasa kita perlu ingat bahawa jika kita ikhlas memperjuangkan jalan dakwah dan tarbiyah ini, Allah akan senantiasa menghantar bala-tenteranya untuk membantu kita. Lihat sahaja percaturan Allah, bagaimana ikhwah Belfast yang dari bahagian atas Ireland itu dihantar untuk membantu kami yang stranded ini? Punya lah banyak stesen bas lain, Leeds Bus Station juga yang jadi laluan kamu wahai ikhwah? Kebetulan? heh. Saya personally percaya ini semua rancangan Allah. *senyum keluar air mata

Dan itu cerita pertama saya di Great Britain. Selepas ini, akan ke Turki bumi Al Fateh untuk menyedut sedikit sebanyak semangat Al Fateh untuk dibawa sebagai bekalan sepanjang perjuangan. Oh ya, saya sudah mula memasuki zon puluhan. maka orang kata, kamu bukan belasan tahun lagi. grow up. Doakan saya jadi lebih matang, walaupun saya sendiri tak yakin dengan kemampuan saya jadi matang sematang Al Fateh penakluk konstantinopel. Mampoo je kan? *senyum kenyit mata

Sekian, salam alaik,

Yang membutuhkan semangat setinggi Al Fateh,
CheCardio
University College Dublin

Percubaan pertama snap boyband. *pengsan