Saturday, December 31

tahun berlalu.

2011 memberi seribu erti. malah mungkin lebih bererti dari tahun-tahun sebelumnya. ya. 2011 yang mengubah diri. harapnya ke arah yang lebih baik. namun apakan daya. hanya Tuhan yang tahu.

semester 2. masih berkejar-kejaran dengan abe am, murabbi pertama. haha~ lucu juga. namun keputusannya membulatangembirakan kami di bilik saya sendiri menyekat segala laluan keluar. bersyukur. masih tsabat hingga ke hari ini. senang jika sudah faham. namun susah juga hendak bagi faham. keluar hanya untuk suka-suka. ya. semangat itu ada. namun. ya lah. kadangkala futur juga. sehinggalah murabbi berpindah milik. inche adamms mula mengambil tempat. mencuri hati ini dengan dslr beliau yang sungguh... err... menggoda jiwa itu. berjaya menghabiskan semester dua dengan jayanya. tanpa peningkatan mahupun penurunan dalam keputusan exam. (kecuali tok lah. dari C ke E. sungguh memalukan.) ya. itu sahajalah tahap pemikiran ketika semester dua. masih di takuk lama. peperiksaan dan studi.

semester 3. di uji bila diri ini sendiri yang terpaksa menjadi murabbi. malah sangat tidak layak untuk panggilan itu. berusaha keras untuk. yalah. untuk itulah. tapi sungguh susah ya. bukan susah mencabar. susah hendak mujahadah dan istiqamah lah. haish. diri ini jauh masih lemah. segala dugaan yang berat-berat juga di semester ini. alhamdulillah tidak di hantui kerja yang terlampau seperti yang diuar2 kan akan dialami semasa semester 3. yang tidak tidur gara-gara tok, ia bisnes dan math port itu lupakanlah. sangat tidak signifikan. haha. ya, semester tiga yang hectic dengan hadek2. dan dengan masalah emosi diri yang sangat vulnerable omputeh kata. haha~ lucu. ketawa lagi. diakhiri dengan aktiviti2 menarik merembeskan segala-galanya. penutup yang menarik untuk tahun yang sangat sibuk. kala ini. pemikiran sudah makin terbuka. namun masih tertutup di sebahagian tempat dan isu.

akhir kata. selamat tahun baru 2012. azam tahun baru. bermujahadah dengan istiqamah! semoga terlaksana. amin. sehinga berjumpa lagi. salam alaik.

Friday, December 30

seuntai keluhan si budak besar

salam alaik.

sekedar menguji ingatan manusia. kepekaan manusia. terhadap hakikat temannya.

sengaja memadamkan tarikh di facebook. tahun lepas juga sama. sebab?

tak perlukan sebab. hanya ingin rasa terharu melihat wish2 yang sebenar-benarnya mengingati.

bukan hanya reminder di facebook, haha. rasa mahu ketawa. tak tahu kenapa.

mahu memuntahkan rasa. di malam yang gelap gelita. bersama puisi derita.

khas untuk diri. yang tersembunyi tiada henti. bagai tak luak di telan masa. bagai tak letih menghargakan nyawa.


diri
dikala kau menjengah takdir
mengintai masa depan dari ufuk timur
bersama cebisan-cebisan memori
yang kadang mekar kadang layu
menatap air yang keruhnya di situ jua
melajur di tepi muara sungai
membasuh kotoran keji hina

diri
disaat kau sendiri sepi tanpa bunyi
jangan kau lupa ada yang memerhati
setiap langkah setiap jejak
pasti dituntutNya nanti
jangan dilupa pada yang pasti
kelak dirimu menyesal tiada berganti
menyepi diri meminta belas
keatas diri yang malang ini
gara kedegilanmu sendiri

diri
kala hati dilanda gelora badai
yang menyekat arus hidupmu dari terus hidup
menikmati indahnya duri kaca jalan ini
bentangkanlah benteng iman dan pengharapan
agar tsabat jadi pelindung diri
moga Ilahi jadi pergantungan abadi

diri
kala resahmu di teleku mimpi-mimpi baru
yang menabur bunga-bunga harapan di kamar tidur
agar kau futur dan terus futur
janganlah kau layan fitnah dunia itu
buangkan resah itu ke lautan yang paling dalam
kerana masa itu masih belum tiba
untuk ia timbul sebagai bungamu yang kan kekal mekar
mewangi harum di taman syurgamu
melebur hancur sucinya kasihmu

diri
dikala kecurnya diri
menghadap cubaan yang diberi
sabarlah dalam kesabaranmu
kerana aku tahu
yang kuat itu kamu
namun tak pernah aku lupa
yang lemah itu juga kamu
kerdil hina lemah tiada daya
didepan kuasa Ilahi yang pasti
tidak ada yang mampu perangi

diri
tatkala cabulnya hati
mengutuk dan mengeji
malah saudara sendiri
bagaikan sudah terlupa hakikat hidup ini
tiada yang sempurna
melainkan satu sahaja
robeklah hatimu
tikam sanubarimu
agar kamu berhenti
dari mencurah minyak ke api dosamu


diri
setahun lagi kau menyelam mimpi
menghanyutkan diri
di jalan yang harap diredhai ini
semoga kau terus bertemu
di tahun kemudian hari
agar dapat lagi
membina amal mencipta budi
demi redha Ilahi
yang ku cari dan tiada berganti.

comel bukan? [kredit]


che cardio, kota bharu, 1:47 AM.

*akhir kata. selamat tahun baru. untuk diriku. setahun lagi kau menghampiri pemergianmu wahai diri.

Thursday, December 29

setitis halwa dingin
mengusap onak telinga
menyentuh lembut
kerdilnya sang penerima hidayah
menangis hiba
meratapi halus kerdilnya diri
di hadapan rahmat Tuhan pencipta dunia

jauh sekali
jalan dirasakan tiada henti
kadangkala mengalah itu jadi pilihan
bukan lagi dugaan mahupun ujian
namun kala itu juga
segenggam erat
segagah urat
kejap menggenggam
tanpa pernah lelah
menyedarkan diri yang lemah ini
tanpa jemu
menyuluh jalan menuju syurga hakiki

kala ada juga dihuni dugaan hati
niat, riak, bongkak melingkari
sudut-sudut hati yang tak dilindungi
dengan perlindungan diri
dari yang dikeji
lemah bagai terabai
dari segala pertolongan dunia
lalu tuhan dicari
menuntut fitrah manusia sejati

sedih kesal menyelubungi
kenapa diri lemah sebegini
tidak mampu jadi gagah
ushalah jangan jadi lemah
tak mampu jadi laju
ushalah jangan jadi perlahan

kerana sesungguhnya
takdir itu milikNya
maka, usaha sajalah

kota bharu.

*****
jazakallahukhair akh waqiy. sudah lama tidak melakukan perkara yang saya suka. alhamdulillah.

Wednesday, December 21

mukhayyam tanjung tuan 2.0 - a journey of thousand steps

salam alaik.

gumbira sekali. baru dapat semangat untuk menulis. huh! "saya bersemangat!!!"
 ada apa ya? haha~ biarlah rahsia. hik3.

maaf. dimana kita, ya? *melalut pula

oh. setelah tiba di campsite. cerita bermula. perhatian, post ini juga sangat panjang!

****
...bibir munggil saya tersenyum lebar. angin bertiup sepoi-sepoi menggoyangkan juntaian rambut yang menutup dahi. saya mengangkat topi fisherman's friend milik bapa. melipatnya. menyelitkan di sisipan celah bagasi hiking saya itu. sinar mentari mula menyusup masuk ke retina mata. silaunya. Subhanallah.

oh. tidak. saya perlu melepaskan hajat! tidak bernasib baik. di situ tiada tandas. oh sungguh satu mimpi yang ngeri setelah penat menjelajah hutan selama lebih kurang 45 menit. oh saya rasa seperti ingin menjerit saja!

lupakan soal itu. isi utamanya. tempat penginapan kami tiada tandas. hanya belukar dan semak-semaun samun yang tebal dan menyeramkan. tidak mengapalah. ujian itu rahmat dari Tuhan. husnuzhan, insyaAllah.

"kumpul!kumpul!" laung kemkom tiba-tiba. wah. bergegas kami! baru sahaja endak menikmati tiupan angin pantai barat. huh.

perbarisan kawad bakal bermula. susunan tiga-tiga. baris sedia. luruskan barisan. wah. ini memang betul-betul kawad kaki. tidak mengapalah. bukannya selalu. sudah hampir 6 bulan meninggalkan kerjaya sebagai ahli Persatuan Berehat Sepanjang Masa Malaysia (baca: PBSMM). arahan demi arahan diberikan. larangan demi larangan disampaikan. lalu, tiba masanya. torture time!!

Penyeksaan beramai-ramai di kepalai oleh inche G. hohoh~ sungguh kejam. namun, tidak mengapalah. demi ikhwah, ku rela di selam dalam air pantai sekalipun! eh?

namun, salah kami juga. arahan yang diberikan oleh inche G dirasakan cukup jelas. beberapa set makanan beserta keperluan. contohnya, sebiji buah. (saya pun tidak tahu kegunaannya). 5 biji gula-gula.(ini sungguh osem walaupun saya agak hairan dengan bilangannya). sebiji timun segar(segar macam mana pun, saya dan saudara Khaloofa tidak akan sudi memakannyalah!) dan yang lebih pelik, sebungkus keropok yang harganya tidak melebihi atau sama dengan RM1.50.(kenapa dengan harganya itu?!)

oh tidak mengapalah. namun. diatas semua itu (baca : above all that), yang che cardio paling kesali ialah hanya separuh darinya yang mampu disediakan. oh sungguh sedih. "jika menguruskan ikan bakar pun sudah nggak pecus, apatah lagi hendak menguruskan sesuatu yang lebih besar, katanya" (Eliana Pramesthi Alam, KCB 2012). ya. benar katanya. jika membawa sebiji timun segar pun tidak mampu, apatah lagi hendak menggalas beban dakwah yang besar lagi osem ini. sila bungkus pakaian anda dan pulang ke kampung lah! eh, terlebih pula.

teruskan dengan cerita kita. eh. cerita kami. bukan juga. cerita KITA.

selesai diberikan hadiah kekejaman yang osem pemberian Inche G yang kool lagi bergaya, tangan saya sudah mula lenguh. oh tidak. lengan yang sebesar botol air di rumah che cardio ini masih tidak mampu menampung bebanan push up sebanyak lebih kurang 30 kali jugalah. bayangkan saja, tiada satu barang sahaja sudah di'dera' 5 kali push-up. kalau 6-7 barang yang tiada. oh berketul-ketullah lengan ini sementara che cardio lihat  Mr S dari kedah itu seperti sedang tersenyum sahaja dengan deraan itu. oh budak ragbi. baju adidas hitam ini sudah mula basah. melekit-lekit. melihat pantai. *gigi terkeluar tersenyum gembira tak hengat

oke kemkom dah buat muka ceria sepanjang masa. "dirikan khemah" oke. *nak dirikan khemah. nak dirikan khemah. oh lupa. kami sudah dipecah-pecahkan untuk memupuk sikap assabiyah. eh? memudahkan urusan keselamatan dan pembahagian tugas. setiap kumpulan juga ada nama, cheers, dan motto tersendiri. teringin juga mengomen cheer2 mereka. haha~. di sini merupakan serba sedikit maklumat tentang kumpulan yang telah dibahagikan.

kumpulan 1 : BAhtera IKhwah (a.k.a BAIK)
motto : Lautan Ini Sumpah Luas!
cheer : kelihatan seperti bulatan gembira yang sungguh gembira. agak bersemangat terutama inche Ammar. haha~

kumpulan 2 : Sep TARiq bin Ziyad (a.k.a STARZ)
motto : Seek for TARbiyah (juga STAR)
cheer : tidak sangka dapat tempat pertama! oh lupa. ini kumpulan che cardio lah! kelihatan seperti pengemis-pengemis yang sedang mencari sesuap tarbiyah setelah kemunculan grand oleh Mr President. eh, mantan. diakhiri dengan gerak bintang yang sumpah Kool! ala-ala cheerleading sebenar. ah~ bayangkan saja!

kumpulan 3 : Shoutul Zumar (tiada nama singkatan)
motto : La Tahzan, Innallah ha Ma'ana!
cheer : sumpah bergaya. che cardio pasti gagal mengelipkan mata apabila melihat cheer kumpulan ini. di saat innallah ketika tangan-tangan kalian menumbuk ke bumi dengan muka tunduk. di akhiri dengan gaya dramatik mengangkat muka sambil 'ha ma'ana' di sebut dengan gaya bersahaja. perfect!

kumpulan 4 : Baiduri SeBanTec (kami memanggil mereka SeBanTec sahaja. nantikan saja kisah mereka!)
motto :  Ikhwah Didahulukan, Tarbiyah Diutamakan!(terima kasih Mr N kerana mengingatkan)
cheer : gaya ala-ala hakka pasukan ragbi All Black NZ. haha~ namun masih tertakluk dalam ruang lingkup tarbawi. 

itu sahajalah kumpulan2 nya. khemah juga mengikut kumpulan. oh, sudah dhuha! solat dulu. berlari-lari anak dengan wajah ribena ke gigi air. hujung kaki menyentuh air. sejuk. ombak kecil datang menghampiri kaki. berundur dengan cepat ke belakang. wah! ini sungguh menggiurkan! menggulung kaki seluar. menuruni air hingga ke tengah betis. menceduk air pantai dengan ekspresi wajah masih ala-ala watak indon ketika slow motion berlaku. membasuh tangan. berkumur. "pfffttt!" oh, tidak! sungguh masin!!!!!!

usai dhuha. encik w0tPog mengambil alih. " kamu akan menjelajah 80 daripada pulau ini". pulau? eh? bukan ni kat tanah besar ke? bagaikan dapat membaca kekacaubilauan kami, dengan selambanya encik wOtpog menjawab, "dahulu, ini merupakan sebuah pulau. u're talking with a geologist" ooo. hulur muncung panjang.

"follow the man-made path. and u'll find a map that will bring you closer to pulau intan" hanya itu instruction yang diberikan oleh inche wotpog sebelum melepaskan kami pergi. tanpa supervisor? tanpa chegu? tanpa tour guide? oh ini sungguh mencabar!

maka team kami yang kedua berlepas. selepas team BAIK. berjalan-jalan. melalui campsite sebilangan remaja yang mana sebilangan besar dari mereka merupakan wanita. oh kami memilih jalan basah. jika Umar lebih rela berjalan di belakang harimau, kenapa tidak kami? bertemu perigi tua yang tampak berhantu. hee~ ada tangga menuju ke atas. bercabang dua. tiba-tiba teringat sajak 'the road not taken'. kalaulah kami memilih yang satu lagi itu, bagaimanalah keadaan kami agaknya.

"lari lari! cepat lari! jalan kaki! cepat lagi! lari lari! tiap hari! agar kuat! urat kaki! lari lari!" sempat bernyanyi2 seketika sementara sedang berjungle trekking. namun, setelah 2 menit 32 detik. tiba-tiba, nyanyian terhenti. apakah? pancit kot nak jungle trekking sambil nyanyi. aduss~

seronok juga menikmati flora dan fauna di hutan itu ya. sungguh... err. hijau? sampai di puncak, turun semula. ya, masakan hendak berada di sana lama-lama.

sampai sahaja di sana. kami lihat kumpulan pertama yang berangkat tadi, BAIK sudah tersadar. keletihan mungkin. betul-betul dibelakang kami, Shoutul Zumar dan selang 5 menit setelah itu, SeBanTec menyusul. setelah beberapa ketika, kami tersedar suatu hakikat yang amat mengejutkan saya.

ya. kumpulan kami yang empat itu tidak melalui jalan yang sama. hanya dua kumpulan, iaitu SeBanTec dan kami sahaja yang melalui jalan yang lurus a.k.a betul. yang lain. tersimpang jauh! haha~ lucu juga. kumpulan BAIK, terus tidak menjumpai sebarang peta. hanya bergerak mengikut intuisi sahaja. ya. sungguh tawakkal mereka. lihat sahaja ahli kumpulan mereka. inche N. malah inche Ammar juga bersama mereka. memang sungguh qowiey dan bergayalah!

kumpulan Shoutul Zumar, biarpun inche Fama mempunyai sense of direction yang sungguh unik, berjaya menemui map pulau, namun setelah menemui jalan berturapkan tar yang mana mereka boleh dikatakan tidak berjungle trekking langsunglah. hanya berjalan-jalan dengan ria di atas jalan tar itu. menemui rumah api tanjung tuan dan terserempak dengan kami di persimpangan peta yang satu lagi.(peta sebenar). haha~

Subhanallah. inche wotpog hanya senyum. tak mahu kata apa-apa. oh tidak. hanya sepatah. "wah, besar ibrahnya ni!" namun tidak terluah setelah itu. terlupa barangkali. ya. setuju saja. sungguh esar. bayangkan. dari satu arahan. berjenis-jenis jalan. haluan cuma satu. pantai intan.(sebenarnya pantai berlian, memang arahan yang .. err.. tak tahulah...) benar. samalah seperti jalan yang menurut inche G, sumpah panjang ini. haluan yang berbeza2. namun tujuan cuma satu. mardhatillah dan jannatul firdaus, amin~ insyaallah! 

lihat sahaja berapa banyak organisasi2 yang menyokong gerakan dakwah islamiyah. lihat sahaja berapa banyak kelompok2 istimewa yang terang-terangan menyatakan hasrat berjuang di jalannya. jujur sekali. saya dahulunya merasakan mereka-mereka yang berlainan kelompok ini sungguh membuang masa! apa tidaknya. mereka buat kerja mereka. mereka itu pula dengan kerja mereka. mereka yang disana pun tidak kurang, dua kali lima sahaja. oh rasa sungguh aneh kenapa mereka yang mengakui memahami islam dalam erti kata yang sebenar bertindak sebegini rupa. hampir sahaja saya berputus asa dari jalan ini. tapi. ya. saya masih di sini. kerana Allah masih sayangkan saya. Alhamdulillah, tanpa rahmatMu, pasti mustahil aku mengecap nikmatMu ini.

setahun bertatih di jalan yang masih sangat terlampau panjang ini, mula memahami kenapa wujud perbezaan-perbezaan dan mula mengetahui. tiada salahnya berbeza pendapat. jika hanya ada satu pendapat sahaja, tidakkah senyap sunyi dunia ini. siapa yang lebih betul, biarlah Allah yang tentukan. pasti semua bakal mendapat ganjaran yang setimpal. hanya satu. tsabatlah biar dimana pun kamu berada. asalkan al-quran dan hadith jadi pedoman. kerana. ya. itu warisan Nabi kita. *oh rindu sungguh kepada baginda.

eh? sudah sampai mana? waktu zohor. ya. itu kena tunggu. post seterusnyalah ya! yang pasti, solat diatas pasir pantai tanpa alas sungguh menduga tahap keimanan. bunyi ombak.... ah, nantilah!

till then. salam alaik. dan terima kasih. kepada kamu. ya. kamulah. kerana buat che cardio tersenyum sampai ke telinga malam ini.








 

Sunday, December 18

nota chenta dari Mr H!

salam alaik.

juz felt like posting something tonight. reason? no reason. just a way to kill some time before isya'. (why don't u read some verses in the Qur'an. gulp. -_-') oke. found one. my brother sent it to me just now. thanks Mr H.

"Do men think that they will be left alone on saying, "We believe", and that they will not be tested?                                   We did test those before them, and Allah will certainly know those who are true from those who are false" 
(al-Ankabut : 2-3)

the words we always repeat. "O Allah, why me?". "what have i done wrong in my life?" "why? why? and why?"
He said it already right? see above there.

"Do men think that they will be left alone on saying, "We believe", and that they will not be tested?

when we are being tested, ladies and gentleman. have these words answered our questions? just keep remembering. we are human. we remember. then we forget. why? yes. because we are merely human. a normal one tho. (its for me, if u're not normal, please let it go. hoho~) 

okay. got to go now. haha~ a short one huh? soo00 not myself. haha!

salam alaik. 

Saturday, December 17

tomorrow never die. of coz laah. sebab kita yang akan mati. bukan dia!

salam alaik.

merasa terpanggil untuk mengucapkan takziah dan rasa simpati kepada sahabat che cardio , saudara B kerana baru sahaja kehilangan bapanya semalam. innalillahiwainna ilaihiraji'un. dari Dia kita datang. kepada Dia kita kembali.

pasti sungguh pilu ya hati beliau. apa tidaknya. kehilangan ayah di saat masih lagi melanjutkan pelajaran. semoga beroleh kejayaan yang cemerlang sahabatku. ya. saya yakin. dia seorang anak yang soleh. setelah mati terputus hubungan anak adam dengan dunia kecuali tiga perkara. ya. salah satunya, anak yang soleh bukan? saya doakan agar bapamu mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah S.W.T.

tipulah che cardio jika che cardio kata che cardio faham perasaannya. sumpah. biarpun cuba menyelami. namun, pasti takkan sampai walaupun hampir dengan apa yang saudara B rasakan. bayangkan, mendapat firasat untuk balik ke kampung pada malamnya. dan setelah menaiki bas ekspress yang 'agak' laju itu selang beberapa ketika, mendapat berita kematian ayahnya. pilu hati che cardio mendengarnya. kata orang, berat telinga mendengar, berat lagi bahu memikul. oh kau sungguh tabah sahabatku.

saat che cardio memeluk beliau sewaktu berkunjung ke rumahnya tadi pun. jelas kelihatan kesedihan itu dari anak matanya. tuturnya sahaja sudah agak luluh. ya, sahabatku. aku turut merasakan tempias kesedihanmu. ayat yang keluar hanya satu, "oh, che cardio. aku memang dah lama nak jumpa kau." terasa ingin bercucuran di situ juga tadi. tahan che cardio! jangan dicucuk kesedihan temanmu!

lancang sahaja lidah ingin bertutur melafazkan kata-kata hikmat sebagai pedoman buat dirinya. namun, apakan daya. sebak di hati tiada yang tahu. hanya beberapa perkataan yang sempat che cardio katakan. sekadar bertanya sudah selamatkah pengebumian(kerana terlewat 5 minit) dan meminta dirinya bersabar. che cardio lihat wajahnya kala itu. serius. kau sangat tabah encik B.

mengambil iktibar dari pemergian. menyedari semula hakikat dan tujuan hidup. oh bilakah masa che cardio pula ya. andai che cardio pergi. bersemadilah blog ini, akaun fesbuk che cardio, akaun skype dan banyak akaun lagiklah. siapa bakal menutupnya nanti ya. che cardio pun musykil. risau juga andai aib che cardio terdedah di sana-sini. nauzubillah min zalik.

mengira-ngira, andai che cardio mati esok. cukupkah amal nak melawan dosa yang melimpah ruah diladang gandum itu. aduss. pernah juga terbaca di dalam manual hidup manusia(alQuran). tentang kisah mereka yang diazab di akhirat dan meminta Allah S.W.T peluang untuk beribadat sekejap sahaja. biar seminit pun. oh. janganlah nanti setelah jadi seperti itu barulah che cardio hendak menyesal. na'uzubilah min zalik.

tapi adakah che cardio mahu turut serta menjadi orang-orang yang sakit di dunia sekarang. penyakit yang sangat menakutkan. ya. penyakit al-Wahn.

"cintakan dunia dan takutkan mati"

oh. che cardio pandai cakap saja. haha. che cardio tak takut ke maut? tak sayang ke duit yang ada dalam wallet tu? tak sayang ke tanah yang berbidang2 tu?(oke tipu.) tak cinta ke bakal isteri nanti? eh?

habis? macam mana. hadoi. letih juga kalau macam ini. oke, carik punca carik punca. kenapa takut mati? sebab takut amal x cukup. dushh~ kenapa sayang sangat duit harta tu semua? oh. sebab susah kot nak carik. letih mak bapak saya kerja carik duit. oke. bukan semua benda tu Tuhan ke yang bagik? erk.

letih lah. jawapan semua dah ada kan. semua boleh fikir. tapi malas je. alasan yang sama. nantilah. nanti tua aku taubatlah. kalau baik sikit. oh, nanti besok lusa aku taubatlah. heyy! biar mat salleh kata tomorrow never die sekalipun, che cardio tetap kata, memanglah, tapi awak tu yang akan mati, ade reti? mati tua. mati muda. apa beza kalau amal tak cukup2 jugak. haduih.

susah jugak. apa nak kata. kome pikiaq loh sdighi.(oke bahasa campur pelik giler)

 okeh. che cardio nak berangkat dulu. minta izin nak berendam beradu hissh nak buat kerja lain pulak. till then, bertaubatlah selagi anda ada masa. (oke moral of the story cam tak kena je. lantaklah!)

salam alaik.

Friday, December 16

mukhayyam Tanjung Tuan 1.0 - ithar we found

salam alaik.

reader's alert : oke. post ini sangat panjang. sila jangan baca jika anda sedang sibuk atau banyak kerja.

di kesunyian malam yang masih muda ini. suka sungguh jika dapat berkongsi kisah di mukhayyam baru-baru ini ya. hoho~ mukhayyam pertama, namun sumpah osem. hoho~

kisah bermula...

kami baru sahaja selesai berBtN. ya. selesai di brainwash. dalam keletihan yang amat. sangat terasa ingin tidak mahu pergi. (owh. cikgu malay saya pasti mengamuk.) ya. siapa sangka, keletihan itu bakal bertukar menjadi pengubat kepuasan yang tak terhingga. bagai depressant yang mencucuk-cucuk hati menenangkan diri.

kami dari kumpulan 2 BtN. ya. dari kem bina negara bukit sagu. sampai kami kira paling lewat malam itu. apa tidaknya. menurut jadual disiplin yang diterima, pak cik bas sudah sepatutnya menjemput kami jam 12. maka kami sudah merancang untuk solat jama' qasar di perjalanan dan meng'skip' solat jumaat. eh? (rukhsah bukan? jadi tidak mengapalah. hehe.)

hendak dijadikan ceritalah. cik shieda(penyelaras kem kami) tetiba sahaja mengumumkan. bas akan sampai jam 2 petang. oh tidak. saya menggeleng kepala.

maka, kami pun membuanglah masa kami secara berjamaah dengan tidur nyenyak dalam surau kem itu. sungguh merapakan ukhuwah bukan? hihi~ (ketawa sopan)

san seperti yang dijangka, bas melayu(biarpun lelaki india yang membawanya).maaf saya bukan racist. sejam selepas pukul 2,sampaila ia. owh syukur. maka perjalanan itu pun bermulalah. sampai di perhentian tuut~ (saya pun tidak ingat. atau mungkin tidak tahu. haha.), kami berhenti sebentar untuk ke tandas dan membeli sedikit makanan. ketika itu sudah hampir jam tujuh malam. owh perjalanan masih jauh. lagi 2 jam lebih. maka  para mPp(eh. mantan.) melaksanakan tugas dengan syoknya berdiskusi dengan pemandu2 bas memberi kami lebih masa untuk solat maghrib dan isya' di situ. masih lagi jama'. jauh kot.

maka lebih kurang jam sembilan tiga suku. sampailah kami di kolej Maha Busy yang tersayang itu. erk. maka. kisah mukhayyam kami pun bermula.(tak start lagi neh)

dimana mahu mula ya. oh ya. di sini.

saudara N sudah kalut2 memanggil ikhwah2 yang sudah nyata lambat bersiap seperti saya (eh?) dan rumet saya di malam yang sungguh bising dengan bunyi hujan itu. saya pun apa lagi. buat-buat kalutlah. haha~

maka kami pun selamatlah menaiki kereta ke rumah abg P di ptrajaya. perjalanan itu tidak terasa. ya. kerana kami tidur di belakang. tentunya! anda fikir kami tidak letih? kami juga manusia biarpun sepatutnya supersaiya itu tiada letih dalam jalanNya.

di rumah abg P. ikhwah2 sudah bergelimpangan di atas lantai. oh, kalaulah ada perompak masuk. sudah tentu jatuh pengsan melihat mereka2 yang sedang tidur. hampir setiap posisi dapat saya perhatikan. yang paling menarik, sudah tentulah yang tdur sambil duduk bersila. sangat mantap! lagaknya seperti berzikir di malam hari. kesian, pasti dia letih.

maka, setelah mengurus diri seketika. Che cardio tekan lampu jam casio ini. * tunjuk jam di lengan. wah. sudah hampir pukul satu. oh. nak tidur! nak tidur! ok. che cardio sudah tidur. bergolek2. oke. siyes tak dapat tidur. paksa jugak! selepas meronta2 untuk beberapa ketika. che cardio berjaya tidur. yeah!

tiba-tiba...

oke ni bukan cerita seram. che cardio bangun dikejutkan ikhwah2 yang bajet sudah sedar sepenuhnya biarpun mata hanya separuh terbuka. kami berangkat ke kereta. picit lampu jam lagi. tiga lima belas. oke. argh! rasa nak menjerit. sabar che cardio. tulah. sapa suruh eksaited nak pergi mukhayyam sangat2. huh!

oke che cardio di'sort'kan ke kereta abg P, pemilik rumah. mula-mula masuk. ingat nak gurau2. tapi tetiba.. satu konflik tercetus. urgh! sangat cuak.

begini. anak Bulatan Gembira (BG) beliau tersalah masuk kereta X. maka, akh A yang sepatutnya menaiki kereta X itu secara toleransinya menaiki kereta beliau. maka, beliau meminta akh A menukar kembali posisinya. dengan gaya sopan ofcoz.

tiba-tiba. keluar saja akh A dari kereta. beliau mula bersuara tegas. che cardio sudah buat muka cuak. merenung beliau dari side mirror sahaja yang mampu dibuat ketika itu. sangat menakutkan. tidak cukup dengan itu. apabila akh S, anak BGnya masuk ke dalam kereta. dia mula menegur. tegurannya. wah. sangat memerlukan disiplin diri. serius sangat cuak. cuaaakkk~~~ rasa ingin keluarkan muka dari tingkap dan memecah kesunyian pagi yang dingin dan menjerit, "saya cuaaakkkk!!!!" pada waktu itu juga.

"tidur2. jauh lagi ni" itu kata beliau yang sempat che cardio record sebelum che cardio melenakan diri dengan rasa cuak yang masih belum hilang sempat juga bermimpi seketika. tapi sudah terlupa tentang apa. hadoi~

dikejutkan apabila sampai di masjid teluk kemang. rasa cuak sudah hilang. alhamdulillah. solat subuh. sedikit taklimat. mengenali kem kom yang mukanya. Ya Allah. sangat happy go lucky. beliau berada di sebelah che cardio sahaja ketika mas'ul berbicara namun tidak che cardio sangka2. che cardio fikir beliau pelajar micet atau mungkin intec. haha~ namun, tekaan che cardio meleset. beliau kem kom kami.

bertolak ke tanjung tuan. melalui port dickson. tak mampu menulis tentang pemandangan di sini. ya. che cardio sambung tidur lagi. *malu sungguh.

sampai sahaja. perkara biasa. taklimat. bla3. oke masuk hutan. ada syarat tambahan lah. tidak boleh bercakap dengan mana-mana ikhwah pon sepanjang perjalanan selama empat puluh minit berjalan kaki. wah. ini sungguh qawiyul jismi! malah sangat mencabar untuk seorang akh ini. *maafkan saya encik K. hihi~

di sepanjang perjalanan. banyak sungguh ranjaunya. plastik bawa barang bocor. ikhwah pancit. yang pening pun ada. sungguh mencabar mehnah. saya berjalan agak di belakang berbanding akh2 Kolej Maha Busy yang lain. maka berada di lingkungan pelajar2 intec dan kms barangkali. serius saya katakan, berada di belakang sumpah lebih mencabar!

pertama, setelah melanggar banyak dedaunan, plastik membawa air mineral mula koyak dan menjatuhkan satu demi satu air. kebetulan saya hanya membawa satu beg hiking sahaja. maka tangan saya lebih selesa mengangkut. hingga setelah dua puluh minit, hampir 4-5 botol sudah saya kutip. seterusya. kami dihentikan oleh barisan tengah. terdapat akh yang sudah pancit. simpati. termengah2 beliau menarik nafas. semua barangan di tangan beliau di passing ke akh2 yang di belakang. oh saya sudah penuh tangan.

tiba-tiba. seorang akh dari kms membuka bagasinya. dan memasukkan segala jenis barangan yang mampu dimasukkannya. saya percaya, jika ada lagi barangan di situ, pasti akan di ambilnya. merakam kata-kata beliau, " apa gunanya muscle2 yang ada ini jika tidak dapat membantu orang lain." oh beliau telah buat saya berlinangan air mata dalam hati.

tersentuh dengan sikap akh2 yang lain, sempat juga mencapai satu set khemah dan satu kendi air beserta first aid yang berciciran. malah akh intec yang di depan saya juga berjaya menyentuh hati ini. apa tidaknya. setiap kali ada yang berhenti. pasti beliau akan berhenti sama. meletakkan barang yang memenuhi tangannya, bertanya keadaan akh yang berhenti. lalu mengambil paling kurang satu barang dengan tujuan meringankan beban yang menanggung. biarpun saya melihat beliau sendiri sudah termengah-mengah. dan jika ditanya, "oke ke?""owh. takde apa2. lenguh sedikit sahaja" menjadi jawapan dengan senyuman yang cukup mesra itu. ya. sungguh kagum akh!

sepanjang perjalanan itu, saya sungguh tersentuh. ya. sungguh tersentuh. mana mungkin tidak? kami tidak saling kenal mengenali. malah nama juga masih belum kenal. namun takaful yang dianjurkan. subhanallah. inikah tarbiyyah? saya bertanya diri. sungguh tidak menyesal berada dalam golongan seperti itu. membantu tanpa dipinta. mengingati kisah tiga tentera islam yang mati syahid dalam peperangan setelah ithar kepada sahabat masing-masing dengan menolak pemberian air dengan alasan kawannya lebih memerlukan. sungguh saya ingin jadi seperti mereka.

level dalam berukhuwah itu, paling rendah ialah husnulzhan (baik sangka) dan paling tinggi ialah ithar. sangat ingin menjdai seakrab itu. doakan sajalah. amin. kalaulah semua umat islam begini, alamatnya amanlah dunia ini kan?

setelah hampir empat puluh lima minit perjalanan. kami sampai di kemsait. oh sungguh cantik. benar2 seperti tanjung. apa yang berlaku seterusnya.? lain kali sahajalah ya. masih panjang kisah mukhayyam SAF ini. nantikan sahaja. 

salam alaik.

p/S: oh maafkan che cardio. tiada gambar. tidak membawa kamera bersama.

Tuesday, December 13

aku tak mampu


                                                                                                     [kredit]


"aku tak mampu"

sudah beribu kali kata-kata itu diulanginya. tanpa penat. tanpa lelah. tanpa rasa kesal. angin menerpa masuk melalui tingkap kereta itu. rambutnya ditiup angin laju. disisirnya rambut yang terjurai dengan jari halus miliknya.

dia menoleh keluar tingkap. kereta yang bergerak laju itu mengaburkan sudut pandangnya. namun, masih mampu terlihat olehnya sekelompok manusia yang sedang berjalan kaki menuju ke suatu destinasi. ya. suatu destinasi yang dia sendiri pun tidak mengetahuinya. Salim menggeleng-geleng kepala. dan buat kesekian kalinya. dia berbisik sendirian, "aku tak mampu" 

*flashback

"aku tak mampu! aku kata aku tak mampu, aku tak mampulah! kenapa susah sangat kau nak faham, hah!" bentak Salim berang. temannya masih kekal tercegat dihadapannya umpama tunggul kayu. sepi tak menjawab. 

"tapi kau kena usaha. sampai bila kau nak kata kau tak mampu," dengan penuh sabar Suleiman menasihati Salim. dia mendekati Salim dengan berhati-hati. cuba memegang bahunya. Tiba-tiba...

"Gedebukk!""Astagfirullah! Salim! tergamak kau menolak aku! jangan ikutkan sangat perasaan tu!"

riak muka Salim bagai tiada tafsirannya. perasaan bersalah, marah, kecewa, takut, risau, sedih bergaul menjadi satu dalam benak fikiran dan emosinya. dia tewas dengan nafsu marah dan ego yang menguasai diri. Salim mengangkat kaki berlari sekuat-kuat hatinya. linangan air mata bercucuran dari pipinya. 

"Salim..." bisik Suleiman simpati.

***

"aku tak mampu. aku masih belum bersedia. aku... masih lemah", Salim menggenggam kemas buku limanya. urat-urat lengan berselirat di tangan kanannya itu menambahkan lagi derita batinnya. dia mengeluh. merenung jauh deretan bola bowling yang berwarna-warni.

"strike!!" jeritan pusat bowling itu bergema dengan teriakan kawan-kawannya menambah derita di hati Salim. dia yakin dia tidak mampu. namun dia tidak mampu duduk diam. kawan-kawannya sudah jauh meninggalkannya.

"aku tak mahu ketinggalan. tapi aku masih tak mampu."

Tanpa diduga, tangan Salim digenggam erat. Salim mendongak. wajah Suleiman dan senyumannya hadir di kaca mata Salim. 

"Jom."

"tapi aku tak mampu," balas Salim sambil tunduk semula.

"kalau bukan sekarang, bila lagi?" tangan Suleiman hinggap di bahu Salim 

"tapi aku masih belum bersedia," Salim masih lagi enggan. Dia menggelengkan kepalanya. sebak di hati ditahan-tahan. 

Tiba-tiba...

tangan Salim digenggam erat oleh satu lagi tangan. Salim mendongak. dan satu lagi tangan menerpa, memaut erat tangannya. bahunya tiba-tiba di pegang oleh sepasang lagi tangan. 

"jika kau tak mampu.... kita mampu," tegas bicara Suleiman petang itu.

Salim bangkit. dengan gerak perlahan menuju ke deretan bola. dimasukkan jari-jemarinya yang halus ke dalam lubang. di kuatkan tekad mengangkat bola yang terlalu berat baginya itu. gagal.

dicubanya lagi. namun masih gagal. Salim sudah berputus asa. perlahan-lahan dia cuba mengeluarkan jarinya. tiba-tiba...

bola itu terangkat lalu merapatkan kembali jarinya ke dasar lubang. Dia mendongak buat kesekian kalinya. Suleiman masih lagi tersenyum.

"Bersama," kata Suleiman sambil mengangguk dengan wajah yang sangat meyakinkan.

Perlahan-lahan, bola itu dibawa ke susur 20. Suleiman melepaskan pegangannya. Salim mula mengorak langkah. perlahan, namun sudah berjaya bergerak. dan...

*** 

"strike!!" gegak gempita menyelubungi pusat bowling itu. Salim berpusing dengan penuh gaya. Suleiman direnung. 

"kalau bukan sekarang bila lagi?"

"bersama, kita mampu!"

"mengapa apabila dikatakan kepada kamu, "berangkatlah (untuk berperang) dijalan Allah," kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit." (At-Taubah : 38)

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff : 4)

sekadar nukilan buat pedoman dalam rencah menuju mardhatillah. InsyaAllah. - CheCardio



salam alayk~

Sunday, December 11

saya pun tidak tahu kenapa??

[kredit]
salam alaik.

sejak kebelakangan ini. saya tidak tenteram. saya jadi. saya jadi. *menguis2 kaki sendiri. riang. oh tidak. lihat sahaja tulisan tangan saya. skema habis bukan? oh tidak saya tidak tahu kenapa.

pada awalnya, saya fikirkan ini sindrom pascaIOC. namun. tidak mungkinlah. sudah satu bulan lebih. *geleng kepala dengan wajah masih lagi kurius

oh risau betul. ini mungkin vitamin2 ukhuwah yang disuntik bertubi-tubi sewaktu mukhayyam. tapi. tidak mungkinlah kan. saya jarang punyai emosi tahu! di kala ikhwah2 lain bermanja2 ala2 comel, saya dan saudara ammar adnan masih mampu kekal tegang. wah tidak mungkinlah saya membiarkan saudara ammar tegang keseorangan selepas ini!

oh saya tidak mengerti. saya fikir-fikirkan lagi. mungkinkah saya terkena virus2 inche gabbana yang gila bahasa. namun, ternyat tidak. saya merujuk balik post2 beliau yang sungguh osem. tidak syak lagi. gaya penulisannya bukan begini. oh saya semakin kurius.

saya membelek pula belog abe am yang lebih kurang sahaja level skemanya. oh jauh sekali! beliau jauh lebih skema! eh?

teringat juga kisah di dalam hutan pantai di Tanjung Tuan di kendalikan dengan jayanya oleh simon adam yang tidak kurang kegilaan bahasanya. erm. mukhayyam itu hadafnya membentuk disiplin dan ketaatan. dan mungkin juga ukhuwah. tapi keriangan? oh saya yakin itu tidak ada dalam hadaf.

kusut masai kepala saya memikirkannya. hurmm. jika ketiga-tiga murabbi saya tidak memainkan peranan dalam perubahan drastik saya ini. maka siapa? oh saya tidak mampu terima. adakah ini revolusi gara-gara kefuturan selama 3 hari berturut2. oh sungguh risau.

dalam kerungsingan saya. sempat mengingati ayat yang terpapar di bahagian belakang surau Kolej Maha Busy.

"hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"

wah sungguh soothing. maka perlukah saya risau akan perubahan drastik saya ini. saya berpendapat tidak. barangkali. mungkin. bagaimana ni?

teringat juga motto kumpulan Shoutul Zumar,

"la taqaf, wa la tahzan, innallahama'ana"

serius. saya sangat suka cheer kamu. tahniah kerana berjaya merangkul juara keseluruhan SZ! walaupun saya yakin kumpulan saya tidak kurang hebatnya. STARZ! haha. hanya gara-gara tidak membasuh mess tin di malam hari itu. markah ditolak pula. sudahlah hampir kesemua yang tidur berbumbungkan langit dan meratah mee ruski perisa tomyam (owh air liur saya sudah mula meleleh) itu kumpulan kami. memang hanguslah!

oke lari topik. saya akan cuba ceritakan ekstrak dari mukhayyam di post yg berbeza. kerna sangat panjang ya. bagaimana ni? perlukah saya kekal riang? atau bagaimana?

saya buntu.

  "...istikharahlah! minta petunjuk Allah!"(Mas Khaerul Azzam, KCB1, 2011) 

waah! terima kasih mas! anda telah membantu saya!

* saya rasa, jika perubahan saya baik untuk islam. maka saya kekalkan. jika tidak. ya. buang aja! melambatkan 'kerja' sahaja!

sekian, post mengarut dari saya. salam alaik.

che cardio 


Thursday, December 8

tarbiyah itu sungguh bergaya!!!

salam alayk.

oh che cardio tidak tahu sudah berapa puluh kali che cardio cuba menulis. namun hasilnya, tetap sama. gagal menulis sehingga habis. namun pagi ini, ch ecardio gagahkan jua untuk menulis biarpun post yang terlalulringkas ini. ya, sangat ringkas. terlalu ringkas sehingga sekeping keropok pon anda x mampu habiskan ketika membacanya. eh?

che  cardio bangun di pagi hari(agak leawat dari kebiasaannya sebenarnya. astaghfirullah.=( ), lantas terpandang sekilas mesej dari ikhwah terchenta. 2 mesej sebenarnya. satu dari che K dan satu lagi dari che A. sungguh concern mereka. mesej mereka berbunyi;

"che cardio..jom kte sme2 qiamullail..ad bran kah..ha3" (che K, 2011)

dan yang lebih simple,

"che cardio, Jom qiam! ^^," (che A, 2011)

subhanallah. sungguh hebat ukhuwah itu dan beruntunglah sesiapa yang merasai nikmatnya. kami dihantui masalah ukhuwah selama hampir satu sem dan akhirnya masalah2 kami diselesaikan dengan hanya menghadiri mukhayyam(ala2 camping) selama 2 hari 1 malam.

subhanallah. sungguh hebat perancangan allah itu. tanpa masalah2 yang menhantui kami malam dan siang sehingga ada ikhwah yang tidak cukup tidur memikirkan masalah2 beliau(eh. adakah?) tanpa kesulitan2 yang kami hadapi semenjak menjalani jalan ini, mana mungkin bagi kami merasa sebahagia ini. mana mungkin bagi kami menjadi seakrab ini. sekarang yakinlah saya bahawa menjadi ikhwah itu sungguh osem dan bergaya.

ingin sahaja che cardio mengeshare video ini di sini. biarpun sudah berpuluh-puluh kali melihatnya barangkali, namun, getaran jiwa yang terasa masih sama, malah mungkin lebih hebat seberangkatan dengan kefahaman yang lebih mendalam kurniaan Ilahi. biar berkali-kali menonton video ini, pilu di hati tetap sama. oh sungguh hebat penangan jalan DnT ini. alhamdulillah.

selamat menonton biarpun anda sudah beribu kali menontonnya. sungguh osem!

Tuesday, December 6

chickened out!

salam alayk.

[kredit pakcik Google]

i'm a chicken. yes. a big one. better grill me with a fat oil since i'm skinny. do not expect me to secrete more those yellowish oily liquid as more as anybody else since yes. i'm a skinny little chicken.

one of those days came again. and. me again. too afraid to say even two simple words. what a pain. what's there in wishes. nothing. so why afraid. no reason. i'm just another chicken.

people said. don't lose hope. and yeah! i'm proud that i still have hopes. what a spoilt brat i am. hoping for something that is too far to be true.

it is just like a fairy tale. full of musics and wonders. but the prince and the princess live happily ever after. but in my case, it is still at the part where the curse aren't casted yet. and the princess does not even know that the prince exists. it is still at the part where the animals and the forest are shown on the screen. yup. still at the very beginning. it's not even fit for a beginning. it never started. just because. yup.

i'm a big skinny little chicken.

*syndrome insomnia versi che cardio - melalut tengah malam tanpa tujuan. macam orang tak tahu tujuan hidup. shame on me. =(

Monday, November 14

losing or letting?

salam alaik.

one after another, my beloved leaves me. i accept everything U give me. and i accept everything U take from me. i hope that my ignorance of my things may not anger U or make U angry. as i only think that all the things that i have and once had is Yours and it's even Yours to take it whenever and wherever U want. it's not my right to question your rationale as i am nothing more than a slave in your world. i hope to be like those sahabah that pushed the world with both of their palms. O Allah, guide my into Your way and please never let me go astray. I'm asking for forgiveness as I am. yes, Yours.

Monday, November 7

pErhatiAn pEmbuAt2 vIdEo skalian~!

salam alayk. hanya mempromosikan kempen Pertandingan Video Osem APG '11.

semoga mendapat sambutan. sila klik sini untuk maklumat lanjut.

fastabikulkhairat. semoga aku terus tsabat. amin

Sunday, November 6

lalat itu agen penyabar

salam alaik.

masih lagi dihantui kerja2 yang membukit. naik rimas che cardio melihatnya. oh kena mujahadah.

tiba2. seekor serangga melayang-layang dihadapan muka che cardio. beliau dengan muka toya dan bersahaja landing di atas lengan che cardio. oh sungguh mencabar keimanan di tengah hari sebegini. bau hanyir darah lembu yang baru sahaja menemui ajalnya tadi mula mencucuk-cucuk rongga. oh patutlah. dengan langkag bersahaja, che cardio menjentik serangga tadi. dengan pantas beliau melarikan diri. geram sungguh. beliau menari-nari di hadapan che cardio bagai mintak disembelih. oh sabar. mujahadah itu sangat susah kan? oh, apa agaknya nama beliau ya? tentu cik2 semua dah boleh teka.

ya. serangga itu ialah lalat yang berwarna hitam kehijau-hijauan. sekilas di air, sudah ku tahu jantan betina. namun sekilas lalat di udara, tak mampu che cardio nak tahan sabar.

memetik kata-kata encik K, seorang sahabat. "lalat itu agen penyabar bagi manusia." dan diiringi dengan gelak ketawa tentunya. fikir-fikir balik. betul juga. lalat diturunkan Allah besar kemungkinan untuk menguji kesabaran hambaNya yang kurang bersabar seperti che cardio ini. oh rasa diri ini lemah. jauh di hujung cerebrum, che cardio percaya. ya. ada hikmahnya diturunkan lalat di atas muka bumi. setiap sesuatu yang dijadikan itu pasti ada hikmahnya. hanya bergantung kepada kaca mata si pemerhati sahaja. dan mengikut bebola mata che cardio, ya. lalat benar-benar sejenis agen penyabar. tak dapat dinafikan. che cardio sudah tewas beberapa kali. anda bagaimana?

sebut pasal encik lalat. teringat kajian sains encik D mengenai lalat. bagaimana khabar lalat2 beliau agaknya. sedikit teruja melihat kajian sains teman-teman hanya kerana diri di beri nikmat menjalankan kajian sastera. oh cantik sungguh percaturan Tuhan. andai che cardio diberi tugas kajian mengenai encik lalat. masakan dapat menyiapkannya. Subhanallah.

oh sungguh tidak menyelerakan jika dibandingkan dengan dewan selera!
 sekian. salam alayk.

a sad eid huh?

salam alaik.

far from home. but still. skype had just made my day.

lost my phone. yes. again. in the same semester. alhamdulillah. a test from Him.

and to those far away but close to the heart. missing you this eid. salam alayk.

and here goes the raya to the end.

the last eid-ul adha in Malaysia huh? not bad.

Friday, October 14

stress juga subset ukhuwah!

salam alayk.

menulis pada saat jam casio comel di tangan sudah menunjukkan nombor Dua.Titik bertindih. lapan belas. A.M. sungguh menyelerakan. wahaha~ baru sahaja selesai membaca post yang sudah lama dek kerana perbuatan menggeledah almari masa milik che cardio untuk mencurik sekeping file bertajuk 'masa free' merupakan kegagalan di hari minggu. maka, di hujung minggu beginilah, che cardio mampu meluangkan masa dengan blog terchenta. owh sungguh sweet.

che cardio baru menempuh dunia DnT kira-kira setahun yang lalu, dan sudah semestinya, masih banyak lagi yang che cardio perlu tempuh. kerana? oh kerana jalan ini sangat panjang dan ditaburi besi-besi pencucuk kaki dan penggeletek pinggang dan ketiak. sungguh tidak selesa. dan kerana itu, che cardio perlukan teman-teman seperjuangan untuk terus menyokong che ardio agar terus tsabat dan mara. super saiya itu bisa dicapai, che cardio yakin itu. wah.

namun di kesunyian hati yang diulit kefuturan sepi yang melanda diri, che cardio juga sering tewas dengan musuh sendiri. oh ini bukan musuh biasa. ini musuh keturunan. dari nabi Adam sehingga anak-cucu-cicit che cardio bakal jadik musuh si kejam ini. sangat tidak suka. che cardio diterapkan dengan pemikiran bahawa ukhuwah itu sangat penting untuk pastikan che cardio tsabat, namun...

che cardio mula perasan, dan mula perasan bahawa teman-teman juga perasan yang ukhuwah kami sangat tidak kukuh. apakah?

oh sangat sedih bila punca masalah ialah kami gagal memahami apa itu ukhuwah yang sebenarnya. ukhuwah itu bukan hanya pada masa gembira. dan ukhuwah itu bukan sahaja pada waktu makan, waktu berbulatan gembira, dan waktu berkonferens riang sekalipun. kerana ukhuwah tu juga perlu pada masa stress, pada masa EE masih terbengkalai, pada saat kerja bertimbun-timbun, pada saat air mata mencurah-curah gugur kebumi.

namun, kegagalan kami menyedari hakikat itu membuatkan kami jauh dari teman-teman ketika bersedih dan berdukacita, hingga kadangkala menghampiri kefuturan yang pergghh, sungguh memedihkan mata. rasa sedih dan buntu. Ya Rabbi, bimbinglah kami memperolehi ukhuwah yang sebenar kerana kami tahu, jalan ini sangat panjang dan pasti ada yang gugur dalam perjuangan ini. namun, kami tidak mahu jadi yang gugur kerana kejahilan dan kelemahan kami, namun biarlah kami gugur sebagai syuhada yang mulia di sisiMu....

*please give us strength to live on as ikhwah and not just as friendship with extra smiles and laughters.  

Saturday, October 8

la futur : jangan futur

salam alaik.

wah sungguh sebentar cuti kali ini ya. tak sempat che cardio nak mencoret banyak lagi tulisan-tulisan yang kurang menyelerakan di blog ini. tak apelah. setiap perkara itu pasti ada sebab musababnya. fuuh~

rasa sedih. kenapa? karena (ceyh..indon mari..) setiap kepulangan che cardio pasti disambut kefuturan. oh tidak sangat memalukan. ada kesedehan bertamu di hati. Bak kata Inche Gabbana, kefuturan itu biasa. Richard Lowman kata," it's normal, dude". (wah? mr Lowman pun tau futur?) Namun adakah slogan 'kefuturan itu normal' boleh dijadikan green light untuk che cardio terus futur?*puppy eyes

tidak sama sekali. again. tidak sama sekali.

seringkali juga che cardio berfikir punca kefuturan yang mengganggu-gugat jalan DnT che cardio. N as the norm goes, "there's not enough bi'ah solehah". *uhuk2! tercekik tulang ayam Kentaki di esopagus che cardio

teringat kisah Hanzalah, seorang sahabat di kala ia menemui Abu Bakar. "Wahai Abu Bakar, aku sudah munafiq!"Abu Bakar bertanya," kenapa wahai Hanzalah? apa yang menyebabkan kamu berkata sedemikian?" jawab Hanzalah,"ketika bersama Rasulullah, aku merasakan sangat takut kepada Allah.. namun pabila berjauhan, aku rasa lemah". Abu Bakar menyahut,"wah, kalau begitu, aku juga sudah munafiq kerana aku juga merasakan perkara yang sama." maka dalam kekeliruan mereka, mereka berangkat menemui Rasulullah S.A.W.

Diceritakan kepada Rasulullah keadaan diri mereka. Maka, kata Rasulullah, iman manusia itu bertambah dan berkurang, jika iman kamu tidak menurun walau sedikit pun, pasti para malaikat akan turun menyalami kamu di jalanan.

jika di zaman Rasulullah sendiri, para sahabat yang bertahap super saiya level ke 12 dan ke atas juga merasakan kefuturan, maka sudah pasti che cardio juga tak akan terlepas dari ujian kefuturan. Ya Allah, terasa lemah diri ini saat menyedari diri sudah futur. Maka, solusinya, che cardio perlu cepat-cepat mencari bi'ah yang che cardio perlukan. sangat tidak selesa berkeadaan begini.

Bak kata bekas murabbi che cardio, Abe Am, yang sekarang sudah berjaya menjejakkan kaki di Chezch Republic dalam bidang perubatan(oh, sangat jeles). "andai kita futur, dan kita tidak tahu tentang kefuturan, dibandingkan dengan, kita tahu tentang kefuturan, namun kita masih terus futur. oh tidak, yang kedua itu sangat teruk. *TT_TT

rasa kaciwa itu ada, namun, che cardio sering menyalahkan syaitan... sedangkan di dalam 'course companion manusia ada menyebut,

"(setan) yang menyertainya berkata(pula), "Ya Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya, tetapi dia sendiri yang berada dalam kesesatan yang jauh" 
(50:27)

*isk3... zass... tak cukup lagi? 

"Dan setan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca diriku, tetapi cercalah dirimu sendiri...."
(14:22)

*oh. serius che cardio taknak jadik orang yang rugi. rugi kat dunia takpe lagi. tapi rugi kat akhirat, nau'zubillah min zalik... 

hari ni balik kolej dengan azam baru. xnak futur2 lagi. n kawan2 dan murabbi,(biarpun antum sumer tak baca blog ni), sila2 lah grill che cardio dengan garam dan ajinomoto. kulit che cardio sudah disapu mentega agar sesi pem'bakar'an yang dilakukan dapat buat che cardio leleh dan terus taubat xnak buat lagi.. oh seramnya membayangkan saat pem'bakar'an beramai-ramai itu.

sehingga itu. selamat tinggal. dan jangan futur lagi. amin.

"Ya Allah dekatkanlah aku dengan diriMu dan jauhkanlah aku dari kefuturan. Semoga apa yang aku lakukan mendapat keredhaanMu di dunia dan di Akhirat. Amin"

salam alaik. 


Friday, October 7

harapan si musafir hina

di kegelapan malam
sunyi
redup merdu bunyi angin
memecah kedinginan bayu
meresap ke segenap penjuru
ruang hati yang sepi
lantas dihuni
oleh entiti seri

kalimah bara satu demi satu
memecah kerinduan hati
pada dirimu dan diriNya
mengenang kembali saat lampau
ketika ku menyedari hakikat
yang hidup ini
tiada seperti yang biasa ku fahami

lafaz demi lafaz
tuturmu membuatku
jauh dari kuburan perasaan
hingga aku termenung seketika
mungkinkah?
ya. mungkin.
atau mungkin tidak.

aku tidak mengerti
kenapa aku harus jadi begini
hanya kerana bertapakkan naluri jiwa
yang mudah sekali 
dikuasai noda
aku jatuh tersungkur
pada khayalan
yang mungkin pada asalnya
hanya bisikan yang dilaknat

kadangkala aku mencari bukti
dan sebab musabab terjadi
namun aku juga acapkali tersedar
perlukah bukti dalam permainan emosi?

aku sedih termenung
mungkinkah terbalas harapanku
atau mungkinkah harapan tinggal harapan
buat pengajaran sekeping hati

namun aku yakin
ketentuanNya adalah yang terbaik
tidak mungkin ada yang lebih baik dari itu
dan aku menunggu saat
untuk aku menyedari baiknya 
hakikat takdir itu

dan semoga aku masih kekal di jalanNya 
untuk aku benar-benar memahami
erti sebuah harapan
dalam perjalanan mencari keredhaanMu 
  Ya Rabbal Alamin.


kredit pakcik google*
-che cardio-

Thursday, October 6

menjadi yang pendiam itu serius. sangat susah.

salam alaik.

sudah agak lama tidak memunculkan diri gara-gara inche google chrome yang demam tak mampu bangun dari katil empuk beliau. di selang masa inche GC itu sakit, sudah agak banyak idea che cardio meletop untuk bercetoleh berceloteh di sini. maklumlah, berdepan dengan kesibukan dunia fana yang mengelabu-asapkan mata. oh pedih sekali.

di perjalanan che cardio menempuh liku-liku hidup. ada kalanya che cardio lupa hadith Rasulullah S.A.W yang berbunyi ;



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ : لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَاراً، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ

[رواه البخاري] 

maksudnya:

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah sholallohu ‘alaihi wa sallam : (Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Beliau bersabda : Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda : Jangan engkau marah.

(Riwayat Bukhori ) 

wah. pedas. orang kata, sapa yang makan ayam paprik cap kak Jah N9, dia lah yang rasa pedasnya. gulp.

baru 2 minggu berlalu di hari bersejarah che cardio marah classmate sendiri. tapi bukan marah yang menengking-nengking hingga gugur siling kelas che cardio. tidak sama sekali. walaupun rasa di hati sangat panas membara-bara bagai dipanggang depan bara api sate kajang. uuh. meleleh teringatkan juadah raya yang cukup che cardio gemari itu. namun che cardio masih ada rasa sabar. kerana che cardio faham. semua orang ada kelemahan masing-masing. begitu juga che cardio.

che cardio sendirik pon dah lama sedar. apa kelemahan che cardio? namun kesedaran itu sahaja tak mampu  che cardio jadikan pemangkin kepada perubahan mega hebat lagi drastik(wah. bagai ucapan patriotik). walaupun menjejak ke dunia DnT jelas mendidik che cardio berubah. tik. tik.(bunyi air mata menitis) kadang-kadang che cardio fikir jugak. teruk sangatkah bahasa che cardio?

ya. itulah salah satu kelemahan che cardio dari berpuluh-puluh lagi(oh, sungguh lemah penulis ini). bahasa dan percakapan. sejak di bangku sekolah lagi, percakapan che cardio sangat kasar dan kejam pada naturenya. sehingga seorang saudara pernah menegur. "che cardio, bahasa ko kasar sangat la". namun che cardio abaikan sahaja. kerana che cardio fikir, siapa yang sempurna kat dunia sekarang?

namun, semenjak dua menjak kebelakangan ini. che cardio perasan. makin ramai yang terluka. makin ramai yang terasa hati. malah makin ramai yang menjauh. che cardio sangat tidak gemar diri ini menjadi kebencian orang lain. kejadian paling mengguris hati, 1 bulan lepas. gurauan che cardio yang terlampau menyebabkan Encik L sakit hati lalu menyumpah seranah che cardio. che cardio tak mampu tidur semalaman. merasakan diri ini lemah lagi hina tiada guna.

tak cukup dengan itu. gurauan dengan klasmet terchenta kadangkala menimbulkan adegan mengguris hati che cardio bila klasmet mula anggap gurauan che cardio sebagai benda serius dan mula memerli. oh tidak. sangat sedih. kemuncak penggoresan hati ialah semalam pabila klasmet2 mula mereject gurauan-gurauan che cardio dengan drastik. oh serius rasa nak menangis. sehingga sekarang masih rasa nak menangis. sebelum beredar ala-ala merajuk dari kelas, sempat juga che cardio meluahkan perasaan,"kenapa sume orang layan aku camni huh?" namun dengan volume satu sahaja. hingga che cardio yakin tiada yang mendengar kecuali mungkin seorang yang berada berdekatan. mungkin.

che cardio keluar dengan rasa bengang. hati cakap,"sabo2, ko ni emo sangat la". akal cakap,"cepat2, carik tempat bertenang". che cardio jalan laju-laju, xnak bagi orang di kaki lima perasan sesuatu sedang berlinangan.

akhirnya, kaki membawa che cardio ke library. che cardio naik ke tingkat atas dan mula membelek-belek novel yang berdekatan. tiba-tiba che cardio nampak satu buku, kajian mini thesis che cardio yang masih belum siap sepenuhnya adalah berdasarkan buku itu. ambil buku. scan buku di kaunter. dan berlalu menuju ke kelas.

sampai di pintu kelas. air muka che cardio serius. dengan tekad baru. tak nak sakitkan hati orang lagi. che cardio nak duduk diam-diam. tak nak gurau lebih-lebih. jangan plak panggil che cardio sombong lepas ni ye, klasmet2 semua. klasmet2 yang meremukkan hati mula tanya dengan gaya caring. "ko pergi mana? risau kitorang tau." che cardio x ubah riak muka. angkat buku tadi. simbol pergi pinjam buku. che cardio duduk balik kat kerusi. fokus. set up mind. che cardio xnak jadik pendiam. seriously xnak.

tapi mampu ke che cardio tahan dosa sakitkan hati orang setiap kali che cardio bergurau? sendiri tanya sendiri jawab. tak. che cardio tau, ceh cardio tak reti bergurau macam klasmet2 yang lain. tapi camne nak buat. sampai sekarang che cardio tak jumpa jawapan lagi. satu je yang ceh cardio konpem. la tahzan. innallahama'ana. itu che cardio akan pegang. insyaallah. 
sedih. serius xnak buat orang sakit hati lagi!

Monday, September 5

workLoad!

salam.



time we have won't be enough for responsibilities that we carry
*****************************
heyyO. cHe cardio bukak notebook terchenta. gambar cahaya yang jadik wolpeper terang sungguh. tekan butang reduce cahaya. tut.tut.tut. done. nicely done. pandang sebelah kiri. buku hijau ada gambar nervous system cukup menarik hati. walaupun tak cukup menarik kalau nak compare dengan gambar jantung yang che cardio lukis sendirik. (ish. xlarat la nak angkat bakul ni~!)

belek2 buku hijau. nampak kertas assignment banyak. okay. tutup balik buku hijau. nanti vomit level ketiga serius takde orang nak angkut pergi hospital.

che cardio menyandar kat kerusi yang boleh buat kepala tenggelam ni. merenung sejenak. banyaknya kerja. tensen? tak kot. stress? lagi la tak. habis tu? takde la. saje nak cakap. kerja banyak. tak boleh?

pikir-pikir balik. andai Tuhan tak bagik che cardio kerja banyak-banyak ni. apa agaknya che cardio tengah buat.

tengok movie? uyeeaah~! dah lama tak all-nighter layan citer korea. eh?

baca komik? yahhooo~! dah lama tak stay up habiskan satu siri komik dalam satu malam. eh?

stalking? wuuhhuuuu~~~! itu serius tak pernah buat.

okay. merepek.

kenapa Tuhan bagik workload yang melimpah ruah cam air kolah yang rosak bebola hitamnya? kenapa Tuhan bagik masa sikit cam biskut yang dah tinggal debu dalam bekas kaca ni?(goncang2 bekas biskut, nak teguk habuk.eh?)

okay. ni opinion che cardio. boleh kutuk, boleh kritik. xde sape nak marah. che cardio kan nak jadik dokter, mana boleh garang2. (hihi~ gelak sambil tutup mulut sorang2)

apasal kerja banyak? okay. kalau takde kerja, pernah dengar tak orang post kat mukabuku (baca: fesbuk), "arghh! boring giler ari ni! xde benda nak buat!"(telan liur besar teringat zaman silam. err.) kalau masa yang ada tak dipenuhkan dengan kerja-kerja yang 'banyak' tu, percaya tak kalau che cardio kata patient2 akan mula carik benda2 yang tiada faedah mahupun maedah untuk dibuat. ye ke? ke che cardio sorang je cam2?(tutup muka sambil goyang ke kiri dan ke kanan)

takpelah. pesanan ni sesuai untuk che cardio je kot. tapi serius, kalau Tuhan tak bagik banyak kerja. masa lapang akan diisi dengan benda2 yang lagha a.k.a lalai. serius sedih lepas dah bazirkan masa. tapi, besok rasa lagi ke sedih tu?

kenapa masa sikit. nak bagik reason sama boleh? kalau tuhan bagik lagi sejam dalam sehari dalam hidup korang dan che cardio. adakah sejam tu akan korang gunakan untuk beribadah kepadanya? belek2 buku 'manual hidup homo sapiens', teringat ayat,

"aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"
(51:56)  

hurm. tambah sejam pun takde guna kan? tak setuju? takpe. che cardio ada jawapan lain. jap. okay. jumpa. kalau Tuhan bagi masa yang banyak, adakah kita akan jumpa orang yang berkejar-kejaran macam che cardio untuk siapkan assignment?(0_o') adakah kita akan jumpa lecturer-lecturer menyusun jadual waktu agar tak bersimpang-siur dengan lecturer lain? adakah kita akan jumpa orang yang menyusun jadual hariannya dengan sistematik? adakah kita akan jumpa disiplin dalam diri kita? sudah tentu tidak! menarik bukan jawapan che cardio? (sekali lagi terasa lenguh tangan mengangkat bakul)

masa yang kita ada xkan pernah cukup dengan tanggungjawab yang kita pikul. rugi kan? seriously, that's a fact. clearer than the facts in 'stedman's medical dictionary'. Allah sendiri cakap, kita memang kerugian kalau main dengan masa,

"Demi masa. sungguh, manusia berada dalam kerugian"
  (103:1-2)

dan siapakah yang lebih rugi dari orang yang Allah sendiri katakan dia rugi?(che cardio dah peluh + pucat). tapi. ada tapi gak. Tuhan sambung gak ayat tu(fuuh~ lega sket),

"kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dengan kebenaran dan menasihati dengan kesabaran"
(103:3)

hurm... okay. jiwa tenang. biarpun kerja banyak. bestnya Tuhan bagik kerja banyak kan? bestnya masa ni sikit kan? hurmm... tapi che cardio pun kena check balik la. complaint masa sikit. tapi masa tidur, amboi~ complaint kerja banyak, tapi duk melahap je, bila nak buat keje. 

takpelah. kena buat kerja ni. dah insaf. masa tu emas. eh? masa tu nikmat. alhamdulillah~ 

*************************************

che cardio syukur dengan kerja yang Tuhan bagi. biarpun bertan-tan sampai pakcik lori tan metrik give up nak angkut assignment che cardio.


che cardio pun syukur gak sebab bagi che cardio masa yang sikit kerana seriously, masa yang sedikit telah mendesak (secara brutalnya) che cardio belajar prioritize things secara berhikmah(kononnya la..=[ ) 


che cardio pun ucap syukur gak pada Tuhan sebab bantu che cardio dengan bagik sedara2 (baca: ikhwah) yang sangat supportive dan mantap!


(bangun dari kerusi tenggelam. capai bekas biskut raya depan mata. duduk balik. letak tangan atas notebook terchenta lagi.) 


syukur gak sebab bagik che cardio kesedaran. untuk buat kerja homework. biarpun dah last minit. bagik kesedaran untuk che cardio menulis semula. lepas dah lama tak menulis. bagik kesedaran kepada che cardio untuk sekali lagi mempraktikkan erti hidup pada memberi.


wassalam.


- Che Cardio -

Sunday, September 4

usaha keras belek buku!

salam.

sebuah kesah bermula di kala semua rakyat masih leka dengan mimpi. hingga hanya menanti teman yang sudah terjaga mengejutkan diri yang masih berselimutkan mimpi di siang hari. 

***************************
hari ni travel banyak gak. mula-mula pergi rumah tu. pastu pergi rumah ni. pastu singgah rumah tu kejap. on the way balik rumah lain plak. hurm. banyak kan?

masa di rumah makcik A. terbaca satu buku. tak ingat la tajuk hape. kalau x silap. mustika. eh? ke... xpelah. lebih kurang je. nama x penting. maksudnya tu yang kena tengok. belek punye belek. macam pernah baca edisi ni. hurmm. sah. pernah baca.

takpelah. orang tetua tengah borak2 sakan x hingat. maklumla lame x jumpa. kot. raya2 ni la nak borak2. belek2 lagi.

'aku dah mati!' uish. seram tajuknyer. terpikir gak. kalau dah mati. camne boleh cakap. xpelah. bace la dulu. owhh. nazak. media2. pandai betul guna ayat. x sedap duduk. bangun sikit sambil tarik betulkan baju dan seluar. duduk balik. sambung baca artikel. 

orang yang hampir mati (OYHM) tu kata dia dah mati. masa OYHM 2 kata dia nazak. dia takut sangat. kalau Tuhan bagik dia nyawa lain kat tubuh orang lain pon dia rela. kira nekad la tu. menyesal x hengat. tak bersedia nak mati katanya. seram jugak. hurmm. tapi. takpelah. nasib baik umur panjang. hidup lagi brader 2. alhamdulillah la. sempat gak bertaubat.

letak buku m*stika kat bawah meja balik. betulkan duduk sekali lagi. mula merenung. katakan la. Tuhan nak ambik nyawa Che Cardio ari ni. dah ready ke? selalu tengok orang tetua lepak2 kat hospital. kata orang xlama la tu. anak2 cucu2 cicit2 dah mula datang salam minta maaf. mak sedara ngan pak sedara pon tumpang sekaki. gaya macam dah ready.

hurm. pikir2 balik. Che Cardio x ready lagi la. tapi jap. kalau la. kalau. malaikat Izrail cabut gak nyawa ari ni. boleh ke jawab,"tunggu la kejap. Che Cardio muda lagi. belum jadik dokter pon. mai la lain kali. tak sempat ready ni". agak2 malaikatul maut layan ke.

banyak lagi tak ready ni. amalan entah ke mana. hutang-hutang koop masih berselerakan. tiap kali tabung sedekah lalu depan mata. nak bagik pahala free pon. kadang2 pura2 kering poket. air mata bercucuran. dosa2 melimpah ruah tak taubat lagi. mengutuk + mngata si X dan si Z itu hari pon x mintak maaf lagi. tanggungjawab dunia x setel lagi. habis cemana nak jawab depan Tuhan. adeih~ 

taktau la. Che Cardio pikir banyak kali pon rasa macam. Serious~ x ready lagi nak mati! terpikir gak. habis bila nak ready? hurmm... x reti nak jawab la. tanya reader la. 

cemana? dah ready nak jumpa Tuhan?

*********************  
-che cardio-

Saturday, September 3

heart of a heart surgeon?

salam. hype. a new post from me. a new blog after a failure before.
looks like things are going deeper with my dreams and ambition.
and i tell u what. all after this are going to be just about my inspiration.
my dream. my path. my present. my past. and my future as a muslim.
these are tales from my heart. hopefully a good one. Insyaallah.

*i pray to God so that I will be able to continue having dreams... and not just dreams.. Amin.