Friday, December 14

Hidup Macam Mereka!

salam alaik.

dikesibukan exam-exam final ni, terlalu amat gatal rasanya jejari panjang ni nak menukilkan rasa sedikit sebanyak di sini. a short one will do, kan?

baru sahaja bermesej-mesej mesra dengan waris yang ditinggalkan di bumi tarbiyah banting lewat tahun lepas. kelihatan beliau sangat sihat walafiat, bayangkan sahaja berat badannya, err... biarlah rahsia. eheh. okeyh karut-marut di malam hari, mesej-mesej pon boleh tahu berat? oohoooi~

Soalan yang beliau tanyakan, cukup simple, tapi entahlah, bagi saya sendiri, merasakan kedalaman soalan itu. "bagaimana Ireland?" tanya beliau ringkas seringkas mengunyah chocolate chip cookies kegemaran saya di malam hari.

Err... Ireland? "apa kata aku tentang Dublin?" dan lebih utama, "apa kata Dublin tentang aku?" termenung. mengeluh seketika. oh pedih soalanmu adikku, pedih sekali.

Kadangkala terfikir juga. Dublin. Malaysia. Sama. Tapi tak serupa. (Boooo~ kliche lah checardio, bosan3!)

Er. anda tu. sabar eh? bagik saya eksplen dulu. kih.kih.kih. dan kih lagi sekali.

Menerusi lensa mata saya, saya personally rasa Dublin ini sebuah bandar yang menarik. Ya lah. Ada jarum panjang di tengah-tengah bandar. kalau sesat di tengah bandar cenggitu... ah! konfem x sesat punyalah! (peluh kecil mengalir perlahan setelah beberapa kali sesat di dublin city centre). Lagi-lagi, bandar Dublin ni punyalah ada leprechaun-leprechaun hijau yang chomel kat tepi-tepi jalan tengah kutip duit emas yang terjatuh kena langgar dek pakcik jual botol kitar semula(oke tipu). Apa lagi ya? Oh ya! Kat Dublin city ada jugak orang pakai topi ada tanduk, naik bas tingkat atas, pastu jerit kuat2 kat orang lalu lalang. Hah, tak cukup extreme lagi? Tadaa.. Itu lah Dublin.

Eh? Che cardio ni.. melampau sangat tu. Tak kan lah ada benda-benda tu je. Sampaikan kalau terlepas cakap,"err, anak saya studi kat dublin nu haa." Hah! tu diaa.. Habih satu batalion sedara mara kenal(berpeluh ketiak anak hang nak jawab menjawab soalan beribu-ribu macam shotgun). Pernah rasa pengalaman, time raya puasa je, mesti nak jalan-jalan rumah sedara mara seluruh nusantara sambil lukis pokok keluarga(baca: family tree). Duk pompam2 melukis dan mewarna dengan pensel warna air Luna tu, tetiba tersentap dengar statement seorang sedari(yang padahal dengar tiap-tiap tahun kot). "eh? apesal yang adeknya macam kpop, yang abangnya macam...err..(tergaru-garu kepala tak sanggup meneruskan kata-kata dan untuk nota, si abg merujuk kepada diri saya dan si adik merujuk kepada artis kpop, eh? adik saya). Dan seperti biasa, gelak tawa dan hilai gembira yang macam pontianak layaknya selalunya diberikan sambil cover peluh yang mengalir di celahan songkok. "err, akak. x boleh obviyes lagi ke?" ~(-_-")~ Dan kembali kepada Inche Dublin, pabila namamu disebut, "Pffffttttt!!" tersembur jus oren sunquick sejuk yang diminum makcik-makcik dan akak-akak yang sedang syok menyandar di tepi dinding itu. Salah Dublin lagi.

Then i would ask myself again. Apa yang ada dengan Dublin sehinggakan diri ini sendiri sangat gigih, menolak diri, studi sampai lupa dunia(baguslah lupa dunia, jangan lupa akhirat sudah. eh awak? studi gila-gila sampai tak keluar bilik tu bukan dunia ke? *telan liur), pergi ke hulu ke hilir, intreview segala bagai, esaimen beribu-ribu. Huh! Konon jihad la tu che cardio?

Saya pernah mendengar seorang sedara di sini berkata, "kerajaan, kalau just nak kita amik medic, dorang takkan hantar kita ke luar negara. Dalam negara pon lebih dari cukup." dan saya sejujurnya setuju dengan statement itu setelah tiga bulan berada di sini(eh silap, saya setuju awal lagi, baru tulis je. eheh). "Apesal pulak che cardio? Kerajaan hantar kan suruh studi? Duit rakyat wooo! Amanah tu! Nak kena hempap che cardio ni!"

Eh sabar sabar. anda ni.. dengarlah saya habis cakap dulu *down

Saya betulkan sedikit kenyataan di atas. "Saya setuju dengan pendapat bahawa kerajaan hantar pelajar ke luar negara BUKAN SEMATA-MATA untuk buat medic." dan saya akan stay dengan pendirian itu. kalau anda tidak suka atau tidak bersetuju, silakan tekan butang merah di penjuru atas skrin anda sebelum anda mengscroll lebih dalam lagi ke dalam penulisan saya. sekian disklemer tajaan Iskender Kebab.

Dan saya ada justifikasi saya yang tersendiri untuk bersetuju dengan pendapat berikut. Satunya, kerana ilmu yang dipelajari dalam bidang perubatan sama sahaja tidak kira di mana pun tempatnya. Ya, mungkin anda boleh mengatakan sistem berbeza menyebabkan penghasilan dokter2 yang lebih mantopp. PBL, Integrated, tradisional, irama malaysia(eh?), just say it. sistem yang berbeza, pendekatan pembelajaran yang berbeza, tapi masih mengkaji bidang yang sama bukan. bolehkah anda studi medic di negera Zimbabwe misalnya dengan tajaan Persatuan Kancil-kancil Sedunia(PERKAS) dan kawan anda belajar di Alaska di bawah tajaan Perbadanan Tongkat Ali Semulajadi(PTS), dimana anda mempelajari bahawa, tulang di lengan itu bernama femur manakala kawan anda pula mempelajari bahawa tulang yang sama anda maksudkan itu bernama epigottis pula? Karut! lecturer saya cakap namanya humerus tahu? Anda nampak apa yang saya ingin sampaikan bukan. ilmu perubatan itu sama sahaja secara generalnya, di mana-mana pun. biarpun ada pertelingkahan pendapat di antara teori2 yang berbeza.

Di sini, saya melihat ada segelintir pelajar. untuk peringatan. hanya sekelumit cuma. bukan semua. secubit pelajar yang saya maksudkan ini hanya membelek buku di kantor(baca: bilik) sahaja. Kuliah entah kemana, tutorial entah kemana. Eh? Exam ada pulak muka-muka mereka? * pengsann.. keluar bilik hanya untuk ke tandas untuk melepaskan rindu kesumat pada mangkuk tandas, ke dapur untuk mencapai seketul dua roti untuk memastikan mata masih mampu membukakan dirinya untuk menghadap lecture notes dan buku-buku perubatan yang jika saya timbang dengan stok ikan bilis dan asam jawa di rumah ini pun, ah! pasti melambung begitu sahaja stok-stok makanan saya itu. heh. Bergaul dengan mat salleh? uix, melayu pun jarang sekali terserempak, apatah lagi mat-mat atau minah-minah salleh! Dan saya kadangkala terfikir juga. Kalau macam tu lah hidup, apa guna datang Ireland? *pengsan tak sempat fikir apa-apa

Tapi itu cara mereka. biarlah. asalkan mereka bahagia. Tapi saya masih tegas dengan pendapat di atas.
Biarlah orang kata saya kolot atau bajingan. Biarlah orang kata saya takde fokus atau takde strive to study hard. biarlah orang kata saya takde life kalau tak main game dan tak tengok movie. biarlah orang kata saya buta IT sebab tak reti download segala mak nenek benda kat laman sesawang tu. Biarlah dan biarlah. Saya hidup berpaksikan apa yang saya percaya dan saya tidak mahu dan malah tidak pernah regret keputusan hidup saya. Life is about being alive. and if you're not living, silakan jadik cadaver saya tahn depan okeyh? ^_^

Hidup di Dublin ini bukanlah untuk belajar ilmu perubatan semata-mata. There is more to life than just books and facts. The world is bigger than just ipads and laptops. The war is tougher than just in DoTA or even PES(if u would call that a war). This life is more than just about you and yourselves. Kita tak perfect. Tapi kita semua tahu siapa yang perfect. dan kita tahu je siapa yang tak perfect jugak, tapi hidup di sekeliling dan berusaha mencontohi kesempurnaan yang perfect itu. jom, sama-sama? Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat. Ingin hidup seperti mereka. Belajar seperti mereka. Berjuang seperti mereka. Bergembira seperti mereka. dan Menangis seperti mereka. Tapi amal kita.... "Shut up. and just make a wish. Dan berusahalah untuk impian anda.

"Kalau ada 100 orang sahaja mujahidin, biarlah aku menjadi salah seorang daripadanya. Kalau ada 10 orang sahaja mujahidin, biarlah aku jadi salah seorang daripadanya. Dan meskipun ada seorang sahaja mujahidin. Pastikan aku orangnya!"

"Nak lepak-lepak sembang-sembang curhat-curhat dengan sahabat-sahabat kat sorga nanti boleh tak?" *senyum keluar air mata

Nak berjiran dengan mereka kat sana boleh? *angan-angan tinggi, tapi biarlah aku berangan-angan dahulu, daripada aku bisu kaku tak melakukan apa-apa untuk islam dek takutnya aku daripada berangan-angan kosong


Sekian dari sesi merilis tensi di senggang masa sebelum last payypeeerrr!!

Dari yang mahu hidup seperti yang Baginda dan yang Sepuluh,
CheCardio
University College Dublin, Ireland.


p/s: topik merata-rata. tesis statement takde, topic sentence apetah lagi. maklumlah, otak tak berapa nak betul.

Wednesday, December 5

Akhi, Capai Tanganku!!!

Akhi, Capai Tanganku!

Tiga purnama di bumi asing

Menjejak mimpi menemui realiti
Derap mata yang kubuka ini
Selalunya diselaputi hina
Dulunya dekat ditinggalkan
Jauh mengumpan diri 
Deria yang berdosa
Pada Penciptanya

Bukaan sempit ini
Biasanya kuarah jauh
Jauh dari pusingan dunia 
Yang pantas menodai sucinya
Sekalung pancaindera 
Tatkala detik luputnya
Menghampir pada tepian berada
Bahkan tidak terlalu jauh
Malah mungkin jadi depanan saja

Suram kilauan hati
Mengheret diri penuh layu
Merentas cabaran transisi ini
Langkah demi langkah itu
Terasa amat berat gesaannya
Ingin sahaja temulang ini berhenti
Berhenti dari mengejar mimpi
Berehat dari memerah emosi
Berputus dari pengharapan hati 

Tapi jalan yang panjang ini
Bukan untuk sang pengalah
Bukan jua untuk si lemah
Butuhnya jalan ini
Pada pemuda yang kental hatinya
Mapan pada yakinnya pendirian
Tegas dalam hakikatnya kata
Semangat dalam api juangnya
Muntij dalam kancah amalnya
Ikhlas jua penentu segala

Pada kalian yang kukasihi
Yang ku kira faham benar
Tahapan cemas itu
Malah jauh dari sedar
Hakikat sempitnya langkah
Yang kita atur seharian
Ketiada beradaannya
Posisi ummah kita kini
Dan kau masih mahu bermalas-malasan?!

Jalan ini tidak memerlukan kamu
Tidak sekali-kali!
Walhal kamulah 
Yang amat memerlukan jalan ini
Dan jangan sekali kau lupa
Dikala kau meniti di tepian
Nyalaan-nyalaan api yang melahar
Lantas kau dikejutkan
Dari tidur yang lena
Yang kau senangi itu
Detik kau mengenang itu
Tidak pernahkah dikau
Menitiskan mutiara-mutiara kesyukuran
Pada Dia yang Maha Pengampun?

Jika dahulu kalian disibukkan
Memerah keringat dan buah fikiran
Bagaimana mencuri hati
Merangka solusi kendiri 
Melunaskan hak-hak insani
Menerobos belukar jiwa 
Melakar memori bersama
Malah merembes titis-titis ukhuwwah
Yang basah tiada berganti 

Namun kini ku lihat dikau
Dan juga diriku
Hanyut dibawa arus suasana
Yang terlebih deras
Hingga akar-akar ukhuwah 
Di tepian tebing sosial
Gagal kau paut erat
Putus satu demi satu
Melihat kau dan aku
Tenggelam jauh
Ke dasar gelap itu

Buih-buih itu
Pecah tiada makna 
Dikala gelapnya hati
Menghijab diri sendiri
Dari dicari dan dicapai kembali
Kadang ku minta sahaja
Hati yang baru
Untuk dirimu dan diriku

Tapi dalam kesamaran itu
Ku lihat tanganmu
Menerobos airan laju
Memaut diriku kejap
Menarik tubuh lemah ini kembali
Ke jalan yang sedang kulalui
Di kala malam dara masih
Belum menampakkan kejahatannya

Rebahku tanpa hadirmu
Kuharap tiada realiti
Kerana aku masih mahu
Menjadi yang asing itu
Dan aku mahu kamu juga tahu
Aku ingin kita
Bersama
Menjadi yang asing itu.

Kalian, semoga kita terus tsabat.

CheCardio
5 Disember 2012   5:16 PM

******************************************************************
niat nak study physiology sampai habis. tapi pengsan di perjalanan. mimpikan ikhwah yang dirindui. yang selalu berjalan bersama berpimpinan tangan, menuju satu arah yang sama, dengan derap langkah yang sama. Dan tiba-tiba terlihat kelibat generasi muda yang ditinggalkan di bumi tarbiyah banting, semuanya bagaikan sedang berlari-lari laju sedangkan kadangkala aku hampir tidak mampu melangkah tatkala berada di sini. Terasa diri ini terlalu amat lemah dikala berseorangan. Tapi melampaulah aku mengharapkan sentiasa ada tangan yang akan sentiasa menolak ketika diri ini tiada daya, melampaulah aku andai mengharapkan sentiasa ada kaki yang menendang andai diri ini tersasar jauh, melampaulah aku seandainya mengharapkan perjalanan berjuta batu ini senantiasa berteman dikala susah dan senang. eh ke x melampau? 

merindukan suasana di kolej dulu. makan roti bijirin di beranda surau sehingga lalat-lalat datang menyebuk. bergelak ketawa sampai ke pagi bercerita tentang kisah hidup zaman jahiliyah. menumpang bahu mencurahkan air mata kala putus cinta dilanda masalah yang bisa gugurkan air mata lelaki. saling kejut mengejut dikala hendak bangun qiam pagi atau dikala math portfolio dan tok presentation menghantui di esok hari. juga saat tidur beramai-ramai selepas subuh di hujung minggu lalu bangun dan terus ke dewan selera menikmati air teh o panas dan mihun goreng putih yang penuh dengan hirisan lobak halus itu. saat berusaha menjerit-terlolong di blok mengajak semua main bola tampar di waktu jam berdenting 8 kali. lantas dijamu goreng pisang panas oleh akak koop sambil menyantap 100plus dan kadangkala air kotak epal dan juga mango. AH! gila rindu!

juga merindui sesi SePetang bersama kalian. Masih aku ingat lagi, SePetang terakhir yang aku dan Anak Pakcik 'Tahini' (Eh?) kendalikan. kalian masih tidak lupa bukan? alah! main sorok-sorok itu! pasti tiada yang lupa bukan? hihoo~ bertindih-tindih dibelakang sofa lantas dikejutkan oleh si pencari dari depan bilik TV. (memang kantoi lah kan, sofa tu dah berganjak dari tempat asalnya kot!) Ah, kumpulan lilit kepala dengan kain pelikat apa kurangnya, mengunci semua ahli di dalam bilik wudhu dengan harapan ingin membazirkan masa pencarian. Ah! pagar KMB lagikan ku panjat, ini pula dinding setinggi itu sahaja! Malah pergelutan di tangga akhawat belakang surau itu mustahil kau lupa, gara-gara superman seorang yang kau perjuangkan, habis seluruh pertunjukan jadi sajian orang lalu-lalang. benarlah kata orang, bila bersama ikhwah, dunia sekeliling pun kalian lupa bukan? *senyum mengalir air mata.

Ah! aku masih belum habis. sesi PAU tak pernah pula ku lupakan. merempat di mana-mana sahaja, asalkan dapat bersama kalian. di bilik sempit. di ruang TV yang berhapak. beranda surau yang penuh lalat(eh? mana datang semua lalat2 ni?) ruang solat perempuan yang jadi katil sepanjang peperiksaan. Kalian! memori itu masih ada bukan? jangan pula kalian tukarkan myelin sheath dan schwann cell itu dengan memori curhat kita. dan usah pula kalian cagarkan G-protein dan tyrosine kinase itu dengan SePetang kita. Memori surau itu pula? ceh, takkan mampu pectoralis major dan glenoid fossa itu menepis bahangnya bukan. Dan sesi mukhayyam dakhili di kolam Banglo Kuang yang sarat dengan ukhuwwah level diabetes itu? HIHOHOO~ Jangan haraplah silibus medic integrated mahupun pbl dapat melenyapkannya bukan? kan3? *Senyum sampai gigi taringku kelihatan lagi  

 aku nukilkan puisi ini untuk kalian dan mereka yang terasa. semoga kita semua terus tsabat. Teringin sekali duduk bersama-sama kamu disorgaNya, berbual-bual perihal kenangan kita. Andai Dia mengizinkan, aku sumpah ingin masuk Firdaus bersama kalian! *senyum keluar air mata. 

Dan bila Che Cardio emo di malam hari!! *gelak keji

salam alaik.

Yang mencintai dan merindui kalian kerana Allah,
CheCardio
^_^

Tuesday, November 13

Untuk Budak Kecik Yang Sudah Tua

Kadangkala

Kadangkala
Masa kita itu
Bagaikan terisi penuh
Layaknya cangkir limpah
Desupan lebihan itu
Yang sebenarnya kosong
Tanpa kompas hidup
Tanpa petaan layu
Malah tanpa destinasi

Kadangkala
Langkah kita itu
Bagaikan disibukkan
Landasan arus amanah
Yang harus diisi layaknya
Oleh anggota raya
Kedap dalam diam
Laju tanpa sempadan
Tepat tanpa tersasar
Lantas merugikan

Kadangkala
Hati kita itu
Bagaikan membeku
Sebeku hening mata tajam
Yang mengorak langkah
Di penghujung hari
Tak bisa dicairkan
Oleh hangatnya mentari suram
Yang aku kira
Layak jadi tukaran saja

Kadangkala
Air mata kita itu
Bisu tanpa hala
Jatuh bersama derai
Setitis kandungan derita
Yang dipendam kumit
Malah memotong lancarnya
Arus hidup dunia
Yang kita diami kini

Kadangkala
Rindu kita itu
Bagaikan tiada asas
Tiada bertapak jua
Tiang yang melangit itu
Pun bakal runtuh jua
Apa lagi hanya secubit kasih
Pada yang diminda

Kadangkala
Ketukan kita itu
Tak bisa menjengah
Dek kerana rapatnya
Tutupan hati pada luaran
Yang gagal mengabdikan kata
Tak lagi kedengaran
Sunyi tanpa bunyi
Kedap tanpa nafas
Bisu tanpa suara
Biar keluh seribu
Dibawa ke laut saja

Kadangkala
Minda kita itu
Acapkali terlupa
Akan wujudnya Pencipta
Yang kasihnya
Tak terbanding luasnya
Meliputi seluruh raya
Menjengah hidup kalian
HambaNya yang mencari

Kadangkala
Sibuk kita itu
Menarik kita jauh
Dari masa lapang silam
Masa meneliti bait-bait cintaNya
Masa bergenang mengenang dosa
Masa berteman demi redhaNya
Masa merindui kekasihNya
Hingga kita justeru lupa
Hidup ini hanyalah mainan
Malah bahkan senda gurau semata

Kadangkala
Tulisan kita itu
Bukan untuk ditatap bahasanya
Jauh untuk dijual kiasnya
Namun sebagai ingatan cuma
Kerna hakikat lupa itu
Anugerah kita bersama
Menghapus duka silam
Mengubat memori lampau
Yang jika digenggam
Pasti langkah itu lebur
Di tepian tasik sahaja

Kadangkala
Nukilan aku ini
Khusus untuk kamu yang merintih
Meminta kalbu baru
Namun lupa akan hakikat
Kalbu yang dimiliki itu
Terlalu amat sempurna
Dari Dia yang aku kira
Paling mengenali dirimu
Melebihi dirimu sendiri
Ya, kalbumu itu dari Dia.


Yang ingin melihat senyuman itu sentiasa terlakar,
CheCardio
Dublin, Ireland
13 November 2012
8.52 am


*********************************

motif? haha. Biarlah yang tersirat itu kekal tersirat dan yang tersurat itu kita hadam bersama. Syed Qutb juga berpendapat demikian bukan? *senyum

Bas 47 membawaku ke pantai yang jauh dari hiruk-pikuk dunia. Kosong. Namun penuh makna. ^_^
(Sandymount Beach, 15 minit perjalanan, dari tingkat atas dublin bus)





Wednesday, October 31

Mencari Inspirasi Membungkam Realiti


Senyuman itu
Yang aku tagih dalam diam
Mengungkap derita dalam sepi
Menyimpan sekelumit rasa
Yang haruslah kena pada tempatnya

Kertas itu
Yang kadangnya hancurkan tulang dari isinya
Menerobos urat-urat derita
Jalaran panjang jelaan ruang
Membentuk destinasi dan geruan yang sama
Namun pasti banyak bezanya

Pena itu
Yang gesaan bungkam laju cantasnya
Bagai tiada henti dan tiada harap
Lakaran alur bebas
Mengharap picisnya agakan
Dan kadangkala lurusnya garis itu
Yang membantah usul lampau
Tiada kepastian dalam jawaban

Tempat itu
Kosong bagai tiada terisi
Ibarat menanti polka itu
Melabuhkan diri
Menemani langkah melakar alur kasar
Namun biarkan ia kosong
Kerna masa depan itu melata asasnya

Pemadam itu
Kadangkala gagal memadam pilu
Malah selerakan dakwat hitam
Biasa jadi mangsa
Kabur hasil silam
Ditutupi tirai comot
Yang kelananya bagai tiada kemudi
Sesat dihanyut angin

Kayuhan itu
Ibarat mengejar sesuatu
Yang aku tahu dah berlalu pergi
Dan mungkin takkan datang lagi
Tapi masih digerakkan
Menyongsong angin lalu
Merubah gelita malam

Getaran itu
Seperti pengejut diri
Gesaan yang menyapa
Dari lamunan yang tersembunyi
Sedang kelipan itu
Hanyalah tanda sukaan
Pada wajah yang menagih masa

Dan gebar itu
Bakal menutup hari ini
Dengan senyuman bisu
Yang hanya aku mengerti
Maknanya
Juga siratannya
Mengharap diri bakal jadi lebih baik
Untuk hari esok
Yang mungkin tiada lagi

*************************

p/s : betullah orang kata. kalau dah dalam hati ada bunga saderi(eh?), bosan je rasa nak tulis karya. bosan je rasa nak menconteng puisi. buang tebiat kan?

Asal puisi ini? oh. haha. ini post-mid-term anatomy punya emosi. ketika menulis masih membayangkan suasana menjawab soalan-soalan anatomi di layar hadapan. ya. tidaklah indah seperti puisi-puisi yang selayaknya. malah saya kira tidak layak digelar puisi. namun, ia bakal jadi indah untuk diri sendiri. membayangkan diri sendiri tergelak ketika membacanya semula 10-20 tahun akan datang. Oh, tiba-tiba rasa malu!

kredit untuk Zaidthe4th dan Armansyah kerana memberi inspirasi untuk terus menulis.

ingin sekali detik itu terhenti. biarpun untuk sesaat cuma. Ah! picisan!


Sekian, wassalam.

Dari yang ingin tsabat,
CheCardio
Dublin, Ireland.

Saturday, October 20

Aik? Tasbih bulat-bulat tu pun nak bercinta?

Salam alaik.

Ya. Disaat post ini dikarang, sejujurnya saya berada di ruang tamu Malaysia Hall Dublin di Leeson Street, Dublin. Buat apa kat sini? Hiho~ perogerem mara yang dikatakan bakal membina jati diri dan semangat berpasukan katanya. Habis, sekarang masa rehatkah? Hiho~ tidak sama sekali. Sekarang betul-betul masa ceramah. Nope. I won't say ceramah. More like a sharing from a Dr that have been working here for quite a long time. Bukanlah saya tak suka dengar pengisian. Apatah lagi ingin berlari-lari anak keliling malaysia hall sambil menjerit, "arghhh!!! Bosannya!!!" oh anda, tidak sama sekali.

Malah saya berada di barisan paling hadapan secara literalnya(dan itupun kerana tidak bernasib baik masuk lambat sebentar tadi), berada di sebelah teman yang agak rapat disini, saudara zaid nasir yang sudah mencapai tahap retis femess lagi hensems di dublin ini. Entah kenapa, saya mula bermuhasabah. Lantas fikiran liar ini melayang-layang berterbangan bersama-sama daun-daun oren yang mulai gugur bersama gugurnya musim summer di bumi irish ini. Mengiringi masuk cuaca autumn dan luruhan dedaun yang kalau ada d7000 kat tangan kanan, tripod di dalam beg galas, dan tiada kelibat manusia langsung di kiri dan kanan saya, pasti lah....!!*pengsan sebelum sempat menghabiskan kata-kata

Dan pagi tadi, suasana merville house dipenuhi suara riuh rendah teman-teman yang baru sahaja menonton filem KCB selama 4 jam lebih secara marathon malam tadi. Dan yang memeranjatkan saya secara personalnya, kebisingan mereka itu tidak sama dengan kebisingan-kebisingan yang biasa saya terima sebagai review kisah yang mampu menjerat saya untuk menontonnya sebanyak tidak kurang dari lima kali itu! Yang selalunya saya dengar adalah;

"ohoi! Leleh aku tengok cite tu dowh! Jodoh memang xkan kemana lah!"

"mantaplah azam tu. sanggup dia stay 9 tahun untuk sara famili. Terharu mak tengok.. Sobs"

"yang tanya nama kat bas tu romantik sangatlah! Ah, merah pipi I !"

Namun apa yang saya dengar hari ini, dan pertama kali saya mendengarnya;

"wargh! Ending xbest lah! Sepatutnya azam kawen dengan vivi! Argh!! X masuk akal!"

"Kiai lutfi hakim tu biased lah! Nak anak dia je. Down."

"asal heroin xlawa dowh? Vivi lagi lawa kot! Mak dia dah siap sarung cincin lagi. Frust betol!"

(disklemer: ayat diatas hanyalah rekaan semata-mata namun masih tidak lari dari maksud asal dialog)

(-_-")

Dan saya akan mengeluh dan terus mengeluh mendengar komentator tak rasmi di atas. Namun, senyum.. Tak perlu kata apa-apa. ^_^

Usai membaca dua jilid novel lantas terus menonton filem tersebut kira-kira dua tahun lepas di zaman jahiliyah saya yang masih punyai terlalu banyak masa lapang, saya mempunyai sudut pandang saya yang tersendiri! Oh ya, sekadar warning, anda yang mempunyai emosi terlebih lemak santan dan tidak boleh bertoleransi mahupun menghormati pendapat dan sudut pandang org lain, saya amat menggalakkan anda tidak meneruskan pembacaan kerana... Ya lah, risau juga tiba-tiba keluar berita di muka depan akhbar utusan meloya bertajuk, "gempar: remaja mengamuk menanduk pecah skrin komputer di -------!" hihoo~

1) Pertama, saya sangat menyarankan anda-anda mengambil ibrah(baca: pengajaran) yang sangat banyak sebenarnya melalui kesah tersebut. Misalnya, kita melihat pergantungan seorang hamba kepada Allah yang patut kita contohi! Lihat saja mas azzam, disaat beliau menerima banyak tak hengat ujian yang menimpa, anda bayangkan sajalah! Setahun di perantauan, ayah kita meninggal dunia, lantas kita sebagai anak lelaki sulung terpaksa menyara biaya keluarga, berkerja keras menjual tempe dan bakso di kota cairo sehingga terpaksa hold on 9 tahun lamanya! Uix, 5 tahun ini pun sudah kurasakan agak panjang, apatah lagi hampir 2 kali ganda? Tak cukup lagi? Nah, hati yang hancur luluh tiap kali pinangan ditolak itu tak mahu kira kah? Ohoi~ walaupun saya sendiri belum pernah ditolak pinangan apatah lagi menerima pinangan(eh?), namun saya yakin pedih dalam hati itu, hanya tuan punya hati saja yang rasa!

Dan saya yakin, tak perlu saya habiskan satu persatu kesah hidupnya, anda yang pernah menonton pasti faham apa yang saya cuba sampaikan di sini bukan? Lihat saja kehidupannya. Anda pernah melihat saudara azzam menyalahkan takdir atas nasib yang menimpanya? Hohoh~ anda tahu jawapannya, saya tahu anda tahu.

Dan tidak mampukah kita mengambil pengajaran walaupun daripada masa yang telah terbuang selama 4 jam lebih itu? Sekurang-kurangnya, tidaklah masa anda itu bagaikan dibakar hangus rentung begitu sahaja! Dan pengajaran2 lain? Ah! Saya tahu anda cukup bijak untuk mengambil pengajaran tanpa membazirkan 4 jam lagi untuk menontonnya semula demi mencari pengajaran lain. Ohoi~

2) seterusnya, dalam period jahiliyah saya dahulu, selalunya saya jarang lari dari melihat kepada jalan mahupun lenggok cerita yang dikisahkan, dibukukan, mahupun dimoviekan. Dan kcb sebenarnya, bagi saya mempunyai jalan cerita yang kompleks dan berselirat, namun bagaikan sangat ideal untuk terjadi dalam kehidupan.

Saya yakin pak Habib mengambil masa yang agak lama untuk menghubungkan satu demi satu bahagian cerita(namun mungkin juga sekejap, beliau kan genius). Bayangkan sajalah, pusing3 cerita, kahwin dgn yang asal juga malah timing yang berlaku seperti terlalu perfect untuk konflik2 itu berlaku secara nyata! Wahaha~ namun, hakikat bahawa cerita tersebut merupakan kisah fiksyen semata-mata yang diolah dengan puitis dan sangat romantis menyedarkan saya yang hipotetikal situation merupakan sesuatu yang anda sendiri juga boleh reka, bukan? Huhu~

malah jika anda kurang bersetuju dengan jalan cerita pak habib, berita baik, saya ada cadangan untuk anda! Hihoo~ sukalah tu. Apa kata anda karang sebuah cerita, dan berikan kepada saya untuk baca, ya, saya masih suka membaca kisah-kisah menarik! Jika cerita yang anda karang itu mengenai diri anda sendiri, itu sumpah osemlah! Dan pastilah cerita yang anda karang itu akan jadi memori terbaik anda 10-20 tahun lagi, percayalah, saya pernah cuba dan ia sungguh menggamit memori! dan oh ya, apabila anda sudah siap mengarang, jangan lupa ucapkan alhamdulillah ya! *senyum mata tutup

3) ahah! Ketiga, saya personally meminta ampun maaf kepada anda-anda sekalian yang 'tertonton' movies tersebut lantas membazirkan 4 jam anda yang sangat berharga itu. Tiada lintasan niat langsung dari pihak saya untuk anda mengorbankan masa qiam anda-anda itu untuk menuntun movie. Jika sharing saya tentang movie tersebut melalaikan anda seketika, maka saya mintak ampun mintak maaf kerana saya juga, ya lah. Manusia biasa. Bukanlah malaikat, bukan juga lembu ternak pakcik Patrick di ladang lembu drogheda. Eh? Khilaf diri harap diampunkan, kalau saya salah, anda tegur-tegurlah. Kalau saya tersilap, kita sama-sama baiki, okeh? Sebab kita nak masuk syurga sama-sama kan? *senyumm

Sekian sahaja dari makhluk yang sedang melawan perasaan ngantuk maha hebat di Malaysia Hall Dublin ini, semoga saya, kamoo, dan anda-anda semua terus tsabat di jalanNya ini.

Yang banyak silapnya,
CheCardio
UCD Belfield
Ireland









Tuesday, October 9

Angau Intoxicated!

salam alaik...

sudah lama tak mengepos. di kesibukan menjadi pelajar medik di UCD ini, masih ada gelak tawanya. masih ada air matanya. dan konpem-konpem lah masih ada buku beratus-ratus page yang tak sempat dibaca lagi.. dan ini sungguh menensenkan jiwa dan raga kanak-kanak yang lemah ini. wahaha~

satu perkara yang dapat saya sendiri perhatikan setelah dah sebulan lebih disini, dan sudah bergelar PATI(Pendatang Asing Tanpa Izin) selama beberapa hari berikutan beberapa masalah teknikal yang dihadapi dengan administrasi universitas ini. hoh! sungguh menstresskan jiwa!

dan semalam, dibaling dengan telur oleh mamat Irish yang kemabukan di jalanan tepian tingkap, oh sungguh menyadiskan! bayangkan sajalah, saya yang sedang khusyuk berteleku(kononnyalah!) membelek2 nota-nota pensyarah yang penuhi tulang-temulang dan urat-urat berselirat, tiba-tiba dihujani gelak-tawa yang bertalu-talu dari luar tingkap. kata hati, "ah! mat salleh nak pergi pub lah ni." lantas mendiamkan diri dan terus membelek-belek nota-nota yang membosankan itu lagi. dan tidak seperti kebiasaannya dimana kebisingan itu sekejap bagaikan angin lalu sahaja, namun berpanjangan sehinggalah ke menit-menit yang ke sepuluh dan kesebelas jua.

hati terkedu, lantas tergerak ingin menyelak langsir bilik dengan kata hati, "diorang ni picnic ke hape sebelah bilik aku ni? haish.. x boleh jadi." tangan dihangkut menyelak langsir maroon berbelang-belang hitam itu, dan dipancarkanlah scene mat2 salleh dan jugak minah-minah salleh yang sedang seronok bergelak ketawa sambil terkinja-kinja melompat-lompat bagaikan orang semput terkena sugar rush! dan tetiba...

"splash!!" "wahahahhahahha!!!!"

okeyh. anda pernah dibaling telur kena papp atas kepala? haaa.. percayalah, saya tak pernah. wahaha~

tapi half of it, which is dibaling telur ke depan muka dan papp! kena tingkap namun betul-betul depan mata kepala sendiri. owh ini sungguh menensenkan! sangat tak suka bila Irish mabuk.

owh. nampak macam saya tengah tensen yang amat kan? sabar, sabar. muka saya ketika ini sangatlah tidak beriak walau sedikit pun melainkan tergelak sekali-sekala terdengar lawak berkualiti tinggi buatan Zaid Nasir housemate mantop yang semakin hari semakin femes di dublin ini ohoi!

sejujurnya, tajuk di atas hampir tidak punya apa-apa kaitan dengan post ini. hanyalah suatu refleksi atas kejadian-kejadian yang berlaku dalam hidup. melihat irish yang berakhlak mulia di kebanyakan tempat, membanggakan. menahan pintu bagai seorang gentleman di setiap hari, bagaikan satu culture. menegur makhluk-makhluk yang tak dikenali di jalanan setiap hari, bagaikan satu culture. sentiasa senyum apabila sedang melakukan khidmat pelanggan tidak kira di sektor kerajaan mahupun tidak, bagaikan satu culture. memandu laju, dan tiba-tiba berhenti secara mendadak kerana melihat seorang laki-laki yang berbasikal dan dua wanita yang sedang berjalan kaki, hendak melintas jalan walaupun lampu isyarat konpem2 kaler hijau. ohoi! kagum lah dengan mereka.

namun ya lah, masyarakat semoden ini, sebertamadun ini, secanggih ini, ketiadaan paksi islam yang mampu menjaga perilaku mereka pastilah akan merobek-robek akhlak mereka yang mapan itu! sedih, kachiwa, dan dukacita. sangat berdukacita. seminggu pertama di sini, saya cukup merasakan perbezaan attitude atau sikap masyarakat yang mendiami benua eropah ini. namun sebulan di sini, saya sedar satu perkara. islam dan muslim itu mesti bersama. tiada salah satu, pasti terjunam jua tidak kiralah bagaimana pun.

"ohoi! anda ni Che Cardio, anda nak bukak fatwa baru ke hape ni?"

eh. bukanlah. anda ni... haishh...

pernah terdengar pendapat seorang syeikh dari Galway, beliau kata,(ini beliau kata, bukan saya okeyh?) beliau melihat islam itu di negara-negara eropah. namun tidak mendapatinya di negara-negara islam. owh, saya mula pening dengan pendapat beliau. namun ada sedikit anggukan di saat pernyataan tersebut terkeluar dari speaker dewan. *angguk beberapa kali

dan sejujurnya, attitude mereka itu lah yang menjadikan mereka maju semaju mereka sekarang. namun ya lah. ini hanya pendapat saya. terserahlah kepada anda. owh, tiba-tiba saya kehilangan mood untuk menulis! juga haluan! nantikan Angau Intoxicated II spesel untuk housemate!(which is the first reason i wrote this post, namun melencong pula. ah, sungguh menensenkan!)

salam alaik. ingin solat dan terus menulis.

Che Cardio,
Dublin Ireland

Thursday, September 27

Muhasabah Dublin #1

salam alaik.

biarlah orang nak kata apa. orang kata budak medic sibuk ke. hape ke. saya tetap nak share jugak.

alhamdulillah, sudah hampir tiga minggu berada di kota dublin ini. dan sudah banyak yang dapat diperhatikan. dari segi penduduknya. dari segi attitudenya. dari segi aktivitinya. dan banyak lagi yang dapat mata kurniaan Allah ini saksikan secara live dan bukan hanya di televisyen mahupun dari mulut2 habang2 kachak yang bertandang membawa kotak-kotak piza size extra large. waah! wahan betol!

berkesempatan mengunjungi ikhwah berdekatan tempoh hari, lalu menemui permata-permata yang cukup bernilai untuk saya sendiri gunakan dalam hidup. malah jika anda jenis yang sukakan permata, anda boleh ambil sahaja tanpa perlu meminta-minta mahupun membekukan diri di grafton street!

dipetik dari seorang habang F yang sangat mantap(dan mempunyai anak2 yang comel tahap x hengat sehingga terasa ingin mencobek2 sahaja pipi putih mereka itu, oke fokus). kata beliau, pepatah melayu selalu kata, 'berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian', anda tahukah apa sejarah terciptanya peribahasa itu? haa... sedikit sahaja yang tahu bukan?

tapi, sejujurnya, saya tidak tahu menahu tentang sejarah dan asal-usul peribahasa itu, maaf. mungkin anda boleh cari pakar bahasa mahupun sejarah di mana-mana untuk menceritakan kepada anda. namun di sini, sahaja ingin berkongsi, bahawa alquran telah menyebut perkara yang lebih osem dari peribahasa itu, percayalah!

bak kata inche F lagi, dalam salah satu 'surah langganan panjang sedikit' imam solat jemaah(seperti addhuha, al insyirah dsb, anda tahu bukan surah2 tersebut? eheh), iaitu surah al insyirah, atau biasanya che kiah dalam kampung saya panggil "alamnasyroh" sahaja(kesian, che kiah pulak jadi mangsa), di dalam surah tersebut ada menyebut dengan jelasnya, "sesungguhnya dalam kesulitan ada kemudahan". pasti pernah terserempak atau terlanggar bahu bukan dengan ayat ini? ya. ayat ini lah yang saya maksudkan.

kenapa lagi osem? ya lah. peribahasa melayu kata, selepas bersusah payah, baru dapat kesenangan, tapi hakikatnya, level penyayang Allah memang xboleh kita ukur kan? sangat sayangkan kita sampai dalam kesenangan pun Dia masih nak bagi kemudahan. subhanallah! Sayangnya Allah kat kita! dan kita? apecer?

dan tak cukup dengan tu, di sambung lagi di hujung surah yang berbunyi, "maka apabila engkau telah selesai(dari sesuatu urusan), tetaplah berkerja keras(untuk urusan yang lain).

pada awalnya, saya macam x terkesan sangat dengan ayat ini, namun pagi ini, Allah bagi tarbiyah direct kepada saya dengan sedikit insiden(yang menyebabkan saya tetiba berkobar-kobar dan menulis dan mengeshare kan perkara ini), dan seperti biasa, tak perlu lah saya ceritakan insidennya. namun mengambil ibrah daripada insiden tersebut, saya menyelongkar mushaf merah darah yang sudah nampak usang namun penuh berjasa, mencari ayat yang terbaik untuk menghentam diri sendiri yang sudah kekeringan ini.

dan dengan takdirnya, saya menemui ini,

"Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang menjauhkan diri dari(perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna."
(Al-mukminun:1-3)

dan tiba-tiba rasa sedih melihat diri sendiri selama tiga minggu ini. TT_TT

diri yang lemah ini masih tidak dapat menampung kejutan budaya(dan cuaca, eheh.) dan perubahan suasana untuk diri ini. anda pula bagaimana?

tertanya-tanya, bagaimana 'mereka yang kuat-kuat itu' boleh konsisten dengan mutabaah mereka sedangkan saya terkapai-kapai hanya untuk menstabilkan diri bila ditiup angin irish. ya, angin budaya dan angin suasana. cukuplah muhasabah untuk hari ini. semoga menjadi panduan untuk kita sedar kesilapan kita pada hari ini, dan semoga esok akan jadi hari yang dimana kita sudah menjadi lebih baik. kerana muslim itu mesti berusaha untuk jadi lebih baik setiap hari.

dan hanya untuk pengetahuan anda, post ini saya tujukan khusus untuk anda ya? ya. andalah. (saya tahu anda tahu siapa anda). aman.

salam alaik,
sedihlah kalau kita xnak muhasabah balik kan? [kredit]

Yang masih melihat dan tidak sanggup lagi untuk hanya melihat,
CheCardio
Dublin, Ireland
9.46 am



Monday, September 24

Hanya Untuk Ikhwah Terchenta!

Salam alaik, sahaja aku nukilkan puisi ini khusus buat kalian yang aku kangeni dan chentai keranaNya. walaupun aku kira ku sudah bersara dari penulisan kreatif, namun untuk kalian, aku gagahi juga jari mulus ini menekan kekunci hitam demi cintaku kepada saudaraku yang merata tempatnya. (gila sewel kan semenjak terkena badi angin irish ni? nak kutuk pun kutuk lah, tapi aku tetap rindu korang. weehee~)

Surat Rindu dari Bumi Irish

Dingin angin Irish menguis lembut rambut
Yang berjuraian jatuh mengusap dahi
Mengabur anak mata yang sedang tunduk
Dari arus-arus jutaan manusia jalanan
Yang malah tiada dalam peta dunia

Lopak air bertakung melimpah
Ku pijak deras
Sederas atur langkahku
Yang kuhayun demi RedhaNya
Di bumi asing ini

Laju kalam bicara mengukir alur gelisah
Pada putihnya kertas nota
Yang jatuhnya hanya butiran hitam
Kasar tak bermakna
Pada mata dunia
Yang melihat kualitas semata

Ayunan rindu membawaku jauh
Jauh ke tanah air terchenta
Jauh ke sarang wallabi dan biri-biri liar
Jauh ke benua Goa dagang
Jauh ke kota London bercahaya
Jauh ke pekan gabus dan jalan Gal
Jauh ke Liverpool stadium
Dan jauh ke utara Ireland sana

Melayang hanya untuk menjenguk
Walau secubit wajah-wajah ria
Ikhwah terchenta yang dikangeni
Malah dikenang dalam doa senantiasa

Masih terimbau aku
Saat konferens-konferens riang
Yang meleburkan ego-ego jantan
Yang mencairkan beku air mata
Yang merembeskan hilai tawa
Juga yang menyembur membuka mata
Masih ingatkah dikau?

Masih terimbau aku
Saat jadi musafir jalanan
Berpeningan sesat di ibu kota
Merantau pengsan mencari bas pulang
Ketiduran di Hentian awam
Saling berbelanja mencari sesuap alas
Beritsar di waktu lapar mahupun kantuk
Beralas bahu tatkala letih yang amat
Gelimpang terbungkang disaat tiba
Hingga perutmu jadi bantalku
dan pehaku jadi alasmu
Masih terpahatkah di hati dikau?

Masih terimbau aku
Saat hutan pantai jadi saksi kita
Perang gerila di pantai nan putih
Gelita malam bagaikan mainan
Hingga si gergasi jadi raja
di airan kelam
Kala nyawa pecah dek tajamnya ranting
Hingga tewas tak terbalas
di waktu jam sudah berdenting dua kali
Masih ingatkah dikau?

dan Masih terimbau aku
Dua tahun yang singkat itu
Bagaikan tidak mahu minggir
Kerna memoir yang kita lakar itu
Bukan cebisan minda kosong
Kongsian fikrah yang jitu
Gerak jalan yang padu
Ujian ukhuwah yang goyah itu
Semangat jihad yang tersergam laju
Kita telah kongsi bersama
Kita masih kongsi bersama
dan Kita akan sentiasa kongsi bersama
Kau setuju bukan?

Dan aku di sini
Dikit merasakan kesorangan dan kesepian
Namun aku yakin
Yang menarik tanganku ini kamu
Yang tersenyum memegang bahu ini kamu
Yang mengusap air mata ini kamu
Yang menolak belikat ini pasti kamu
Yang menendang kaki agar terus melangkah ini kamu
dan Yang senantiasa mendoakan itu juga kamu
kamu-kamu sentiasa ada di sisi aku bukan?

Aku yakin itu
dan aku masih percaya itu
dan kerna itu
aku masih melangkah
dan akan terus melangkah
kerna
kamu juga masih melangkah bersama aku
bukankah begitu ikhwah?



Sekian,

Yang merindui ikhwahnya keranaNya,
CheCardio
Dublin, Ireland
10.10 pm waktu Ireland.


hanya ini yang mampu ku bawa, ribuan gambar masih di PC lama. Ah! kangen sungguh!

Sunday, September 23

Did I Just UnFriend You? If Yes, then BLAME MY HEART!

salam alaik.

disklemer : post ini bagaikan tiada thesis statement mahupun topic sentence. luahan hati di pagi hari. biasa lah tu. 

mencari prioritas di tengah jalan, manakan hendak ketemu kan?

"aku lupa, kau dah macam penduduk tetap dublin!" tergelak mendengar kata-kata seorang akh ketika diberi nikmat bersembang2 manja dengan beliau tempoh hari.  melepas rindu dengan memperalatkan teknologi kadangkala sungguh indah. tak sangka jika di KMB dulu boleh buat sesi kutuk-mengutuk manja bersama-sama mereka, di sini juga saya berpeluang melakukan hal-hal yang sama. haha~

bakal memasuki minggu ketiga pembelajaran, yang saya kira boleh tahan lah. agak culture shock sebenarnya dengan corak pembelajaran disini. ya, bayangkan sajalah. saya di'suap sudu' (baca: spoonfeed) oleh guru-guru sejak tujuh-lapan tahun yang lepas.. di sini expectation yang ada ialah, "u should have know it by yourself. u have books right? i don't have to tell you anything. except when is the exam is coming, i'll be telling you that, don't worry"(kata-kata khayalan, tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada). dan frankly speaking, sangat terkejut budaya juga lah. dan personally, sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku. namun, tidak lah pula menjangkakan akan terkezut beruk sampai stress. wahaha~ ini kisah silam, lupakan. saya sudah tenang.

benarlah orang kata, pengalaman mematangkan kita. jika terbaca komen seorang sahabat, menyatakan IB is the best preparation programme. i wouldn't really agree to a certain extent. yeah, the life in IB seems to be harder than the others, but academically speaking, i would envy the JPA scholars here. haha. no offence. but that's how i feel. but i am not that envious to be honest. since we have some more extra points that I personally thinks is the one we got from IB experiences.

jika mereka boleh dengan selambanya datang lecture dan duduk dengar sahaja. manakala saya(personally) bertungkus-lumus hendak memahami dan mencatat nota-nota penting, itu sungguh menjeleskan. jika mereka boleh dengan bersahajanya menjawab soalan dari lecturer, dan saya(personally) masih terkebil-kebil memikirkan topik apakah yang lecturer ini tanyakan, ini sungguh menjeleskan. dan jika mereka datang ke kelas dengan tangan kosong di saat saya(personally) membawa buku nota gedabak pecah lima itu dan kadangkala berserta nota lecture di tangan ditambah pula dengan bekas pensel bercorak world map dunia lain itu di dalam beg yang berisi laptop, ini sungguh menjeleskan. namun saya masih aman.

pengalaman di kmb mengajar untuk adapt dengan suasana biarpun seperit mana suasana itu. pengalaman itu juga mengajar untuk terus membesar despite all the challenges that we have to face. terpaksa berhadapan dengan ke'pitam'an tatkala tidak dapat tidur selama dua hari berturut-turut semata-mata hanya untuk math portfolio. terpaksa berhadapan dengan groupmate yang malas berfikir untuk TOK presentation esok hari(dalam hal ini, grupmet yang malas itu merujuk kepada diri sendiri. eheh) menyebabkan ketidak-tiduran dan dalam keadaan mabuk falsafah selama seminggu. terpaksa menyelak buku-buku sastera yang penuh dengan bahasa yang tidak mungkin difahami dengan tepat maksudnya melainkan oleh penulisnya sendiri untuk menghabiskan esei world literature dan extended essay yang sangat memakan masa itu. terpaksa menggeletar kepala lutut apabila menunggu result turn-it-in keluar bagi memastikan tiada plagiat yang ter'buat'. terpaksa menghitamkan muka apabila keluar ke perlawanan sukan yang bermacam-macam dan meninggalkan kelas dengan rasa separuh sukarela, eheh. 

oh. jika catatan satu persatu dilakukan di kala itu, pasti saya sendiri tidak percaya saya telah melepasi semua itu. itu hanya hambatan studi, tidak masuk lagi dengan hambatan islam yang saya prioritikan dahulu, kini, dan selamanya itu! namun, benarlah orang kata. pengalaman membesarkan kita. mematangkan kita. omputeh cakap, "what doesn't kill you makes u stronger" dengan lukisan tikus bersenam menggunakan perangkap tikus(hanya untuk yang faham). saya tidak merasakan bahawa saya sudah cukup kuat untuk ujian di sini. apatah lagi mengharunginya tanpa ada bantuan sesiapa. saya tidak berani mengatakan, "i will make it through here. alive." namun sebaliknya, saya cukup yakin untuk menjerit, "He will make me make it through here! alive and healthier than ever!"

disaat tiada pergantungan lain selain Dia. disaat tiada ikhwah disisi yang mampu menenangkan hati(oh, merindui suasana kmb!). disaat stress dengan hal yang tidak boleh disampaikan kepada mana-mana manusia pun. oh disitu saya menemui Dia. rasa malu dengan diri sendiri. waktu happy dan bersuka ria bersama teman2 di jalanan grafton street ataupun di stephen green garden, tidak terkesan rasa syukur di hati atas nikmat yang diberi. namun di saat lemah dan perlukan sokongan, Dia akan sentiasa ada. *air mata menitis2

selalu juga terbaca di mukabuku dan di kicau2, "if Allah is the only one U have, then U already have all that U need". dan baru beberapa ketika merasakan kesan ayat itu dihati. jika selama ini hanya memandang ayat itu sebagai ayat-ayat comel yang dipasskan oleh akhawat2(kepada akhawat2 yang lain tentunya, mustahillah kepada saya! wahahaha) di mukabuku, maka sekarang diri sendiri turut merasakan kesan aura ayat tersebut.

terjadi insiden ngeri di sini yang merobek-robek hati tatkala keluar berjalan-jalan bersama teman-teman. dan tidak perlu diceritakan lah insiden itu namun ia merubah perspektif diri terhadap orang yang tidak kita kenali. kadangkala kita rasa kita sudah tau jiwa manusia, namun kita lupa, yang kita juga biasa tersilap menilai manusia. jika jiwa mereka yang saya rasakan tabah dan kental itu pun mampu tewas dalam pertarungan mujahadatun linafsihi, maka saya yang lemah ini apatah lagi. justeru itu, mengambil keputusan untuk meneruskan lagi pembebasan berkala saya untuk akaun mukabuku dengan nekad.

bukan berniat sombong atau berlagak dengan memutuskan hubungan persahabatan melalui mukabuku, malah anda seharusnya tahu, hubungan persaudaraan kita nyata melampaui batas internet apatah lagi jarak! tapi personally, saya meminta maaf terlebih dahulu jika tiba2 anda melihat yang saya bukan kawan anda, jangan lupa, saya masih saudara anda. cuma ya lah. hati yang senang berbolak-balik ini kadangkala perlukan perlindungan yang lebih. jadi, saya sekali lagi ingin memohon maaf kepada 600+ (*pengsan) yang tidak saya kenali sama sekali dan juga rakan-rakan kmb(muslimah terutamanya) kerana saya tersangatlah perlu menjaga hati saya dari status-status anda dan aktiviti-aktiviti anda di mukabuku itu. "ah, lemah gila ko kat facebook pun susah nak jaga hati!" ya. hakikatnya, begitulah saya. maka buat kesekian kalinya, saya meminta maaf dari anda-anda yang terlibat. katalah saya tidak berhati-perut, kejam, tak berperikemanusiaan, bajingan, perasan bagus, dan sebagainya. tapi maaf, salam, saya perlu menjaga hati saya yang fragile ini. namun jika anda rasa ada sesuatu yang perlu disetelkan, pm masih ada kan? dan bila2 sahaja, anda boleh add saya semula. dan jangan risau, kadangkala, saya main unfriend je, x prasan yang andalah kawan paling rapat dgn saya, ya lah. zaman sekarang dp mana ada muka sendiri kan. letak gambar kamera idaman(*uhuk3), letak gambar kartun, artis, dan sebagainya. sekian, semoga saya dan anda juga sentiasa berada dalam jagaan dan perlindungan Allah.

Ah! rasa hendak menitis air mata setiap kali hendak menekan butang confirm sebanyak 600+ kali. tapi, hati ini sungguh fragile! [kredit]

sekian sahaja dari saya yang berhati lemah,
CheCardio

Dublin, Ireland.
10.04 am waktu tempatan.

Tuesday, September 18

Bumbung Kita Masih Sama!

salam alaik. post di petang hari selepas menyaksikan pelangi petang yang hanya muncul buat beberapa ketika. hanya ingin berkongsi rasa di petang hari yang free ini. okeyh tipu gila free. am a medical student and a daie also(err, ke belum?) how in the world can i possibly have free time?

nevertheless, maybe some of u already realised my status on facebook today. it was supposed to be hilarious for those who knew what actually happened in the lecture theatre and it was supposed to be err, surprising(i guess?) to those who didn't know. but then i am very keen to share it here.

here goes! this afternoon, i've got session on anatomy 20030(if it rings any bell), where the class is basically about basic tissues and early development. it was Mr Tom Flanagan which is quite famous for his dangerous jokes where i can't push myself to like it very much. eheh. am sorry Mr Flanagan but i just need some time to study first. haha

and in every session, he would play a randomizer, showing all the faces in the class in a very fast-paced slideshow and then, tapp! he stopped it. and the picture shown have to get up and answer some tissue questions. it is that easy. and the first victim is, if i'm not mistaken, Nor Hamidi(i believe Hamidi is her last name, where did her middle name goes, i don't really know, it is Irish businesses). and she got lucky where she only need to show off some cooking skills by cutting an orange into half. and then here goes the second lecture, where a chinese malaysian girl's face are randomized by him. and she also got lucky because the questions are really easy since the past lecture was an introduction and nothing much have been learnt.

and here goes the event for today. i sat in the 3rd row from the front, technically the second row since there is no one in the first row(can't blame anyone tho). and the randomizer started, i bent down a bit to take my big blue exam pad and in search of a pen to take some notes. when i get up, yup. it's there!

i was like. OMG. is that me?

looking at the picture(which was taken during my bald days and that terrorist look that have been haunting my passport card ever since), not so likely. but yeah. the name is there.big and clear. [C.H.E. C.A.R.D.I.O.]. i was like. OMG again.

then his eyes are searching for that Muhammad, "where is Muhammad?"

i was actually reluctant to admit, but all the malaysians guys and not to mention the girls too are making me the laughing stock. i don't know whether is it the face on the picture or is it me myself, or is it they really like to laugh a lot. and i still didn't have the answer.

"here." and the red hoodie boy in the third row finally raise his hand.

"oh, there you are. Do you already have a look at the previous lectures notes?"

"Yeah, i guess." it was like 4 days ago. but it is still a yes.

"okay then, here you go"

then the WHo wants to be the millionaire template played. i mean literally played. that's his style btw.

and the question worth 2000Euro sounded a lil bit like this,

"which one of these is not a tissue-related disease?"

and the answer given is
A- Marfan Syndrome
B- Scurvy
C- Osteo...(sumthing)
D- Ahler.. (or not, i just can't remember)

then a flashback came to my mind, i've seen this slide. it was in the previous lecture notes. at that exact page. there are 4 diseases given as an example and i am pretty sure Marfan Syndrome and Ahler*sumthing* is a tissue-related disease. but i don't remember about the other two. and i cant push myself to remember a 4-days-ago quickflip reading.

"C.."

"is that a guess?"

"What?"

"is that a guess?"

"owh. yup. it's a wild guess." between C and B.

"okay then"

and he pressed the C..

and a video was played. a bald man with a lumber face, as if he's too bored to live said something,

some lines that i can remember is,,

"that was the most idiotic answer i've ever heard of..... I give u zero point and May God Bless you....."

the line was so long and completely hilarious that i totally forgot that the lines are for me. silly me.

and the crowd. what do you think?

they laughed like they have never laughed before. now i have become 'randomizer man' for a day and really hope that tomorrow when they woke up, they won't remember my face. haha~

and what do i feel at that time? ashamed? naa~ i've learnt here that there's nothing to be ashamed of even if u're completely idiot like me. haha. i'll just keep learning. sooner or latter, i will stop being an idiot. haha. *sweat

i felt something weird. okeyh tukaq mode melayu...! okeyh, tune skit lagi, masuk tune bahasa malaysia, ni dah terlepas kedah bahana Amiaq Rosli punyer tomyam.

ada rasa macam di tegur Allah pun ada jugak. malam2 tidur awal, bukan nak bangun qiam. berbungkus dalam duvet bagai nak bungkus nasik lemak dalam daun pisang je. dah bangun pagi, boleh pulak lepak2 menikmati udara pagi dengan selesa walhal lecture notes depan mata terbungkang malas nak bukak. kan dah kena teguran pedas lagi menyakitkan dari Dia?

tak cukup lagi, pandangan mata x jaga, kat sini dah la dugaan macam *pengsan...sedar balik...pengsan lagi.. kata praktik islam nak full punya, tapi bab nak jaga mata dah fail, toksah duk cakap pompam2 lah pasal nak tegakkan khilafah, nak ajak org buat baik, u are making me LOL-ing Checardio.

err, jahiliyah anda bagaimana? *pengsan

tapi dalam kegelisahan memikirkan krisis hidup yang makin meruncing di bumi orang ini, banyak yang dapat saya sendiri pelajari dengan mata dan kepala sendiri. tidak lagi hanya sekadar mendengar dan mengutip pengalaman istimewa habang2 kachak dari merata tempat, malah dapat sendiri merasai hidup perit di tanah orang. ramai akan kata, belajar di sini best lah, syok nya dapat pergi europe jalan2, cool lah dapat pergi oversea. namun, kadangkala kita lupa, di tanah mana sekalipun kita atlantik, USA, Artik, China, Germany malah di angkasa sekalipun, kita masih berbumbungkan langit yang sama. langit yang mana Allah ciptakan tanpa cacat-cela yang saya kira jika langit runtuh ketika ini, tidak kira eropah, asia mahupun amerika selatan pasti akan terbenam jua.

sentiasa ingat tujuan hidup kita, walau di mana pun. kerana kita masih lagi hidup. ya. kerana kita masih mampu bernafas. kalau sesuatu itu dibuat tanpa mencapai tujuannya, maka sia2lah benda itu dijadikan kan? sama juga lah jika kita hasilkan kalkulator untuk mengira, namun kalkulator itu malas mengeluarkan nombor malah sentiasa melarikan diri apabila kita hendak mengira sesuatu. err, kenapa kalkulator? maaf, di sebelah saya ada GDC sahaja, terus tangkap masuk lah.. wahaha

okeyh, seriously post ini sangat random. tiada struktur dan kegagalan tatabahasa yang didapati sangat tinggi. sila ambil pengajaran yang baik sahaja dan yang buruk itu, sila bungkus dalam daun pisang dan campakkan saja dalam tong kitar semula itu, agar boleh diperbaiki di lain hari insyaAllah.

sekian sahaja khabar dari Merville,
salam alaik,

Yang sedang belajar dan terus belajar,
CheCardio

Monday, September 10

Secubit Garam Dari Tanah Orang

salam alaik..

dah 4-5 hari di bumi dublin. ke x? dah lost count hari lah. sejuk. otak pun macam cun je kalau nak jadik beku pun.

dan ini hari pertama kelas. bak kata professor mat salleh td, "first day at school yeah?" haha... it was so much fun, running in the rain back to my 5-star house in Merville. and the chill is like... freezingly cold. wahaha

dan dan tu jugak, sempat lah menengok-nengok bukan sahaja cuaca dan fb nots(eheh~), tapi melihat masyarakat secara amnya. melihat manusia secara naturenya. melihat sikap dan tingkahlaku insan secara luarannya.

berjalan-jalan menjejakkan kaki di kota dublin, di grafton street, bagaikan membuka mata. manusia, dimana saja ia berada, akan tetap sama. mengikuti rentak perjalanan (Irish walk) yang boleh meng'cramp'kan jari kaki pada bila-bila masa(wahaha) dan merasakan diri bagaikan menentang arus. dimana orang-orang yang bergerak laju di kiri dan kanan, depan dan belakang, sibuk berusaha mencari kebahagiaan dunia dengan cara yang berbeza, namun matlamatnya hanya sama. kebahagiaan.

aku yang mengejar syahid. bagai dilanggar-langgar arus manusia. laju. mendesak. tapi hakikatnya aku masih di dalam aliran yang sama, pola perjalanan yang sama, perbuatan yang sama. hanya intention. yup. intention yang kadangkala completely berbeza.

mengejar kecemerlangan studi kerana mahukan degree first class. untuk apakah? pasti beda pada intentionnya. aku juga sama. pasti berbeza dengan yang lain. namun tidak salah jika aku meramaikan orang yang berintention sama dengan aku kan? ideologi itu. satu ideologi logik yang juga bermanfaat buat umat. rugilah jika hanya aku.

mengorbankan masa untuk mendapatkan masa yang lain. wahaha. sulit. namun jika kena pada tempatnya, sangat bermanfaat dan kadangkala sinergi itu bakal menjana masa yang lebih banyak. bagaikan kau ada 25/7 seminggu. haha. namun sekali lagi, intention yang ada pasti beda. jauh atau sikit. itu bukan aku yang tentukan.

masih dalam mindset settle down. namun masih sempat menulis post ini. boring sangat kah dunia dublin itu? haha. hujan di luar, dingin di dalam. tiada salah berkongsi rasa. detik bahagia, tahun pertama, pelajar perubatan, di University College Dublin, Ireland. disaat masih bahagia ini. bolehlah. tapi sampai bila? entah. aku sendiri tidak tahu menahu.

sekian,

Yang masih melihat,
CheCardio
menghadap tingkap melihat cuaca dan juga manusia yang lalu lalang. (stalkerr!! huhu)

Friday, September 7

dublin #1

salam alaik..

3 hari di bumi asing. melihat suasana yang cukup berbeza. namun ada yang masih sama. masih dalam keadaan melihat-lihat. masih banyak lagi yang tidak diketahui tentang bumi asing ini. doakan aku tsabat. amin ya Rabb.

Yang hanya mampu melihat,
CheCardio
rumah baru
Dublin Ireland.

Saturday, August 18

Eh, Jangan Pergi Lagi!

salam alaik..
merasakan sudah agak lama tidak menjengukkan wajah di sini...
menelusuri hari-hari ramadhan.. yang osem ini..
namun lemahnya diri tak mampu nak mengosemkan ramadhan tahun ini.
sedih. sadis. pilu.

ye lah. target tahun ni tak berjaya dicapai. banyak jugak lah kot yang fail.. tilawah baik, tadabbur baik, buku fikrah baik, mathurat baik, dan bermacam2 baik lagilah... TT__TT

betullah, kata orang biah tu sangat penting dalam hidup. seqawiey mana pun kita, jika terlalu lama berendam dalam lumpur kemalasan dan tiada pressure, tarik duvet tutp kepala, x bangun juga qiam tu! haha. tapi tu lah, ramadhan tahun ini banyak mengajar, erti iktikaf, erti sabar, erti tensen, erti serabut, erti borang mara yang tak putus2, erti mendirikan rumahtangga*koff3*(abaikan ini, perbincangan dalaman sahaja,wah!), erti sahabat, erti seorang ikhwah, dan banyak lagi pengajaran yang kalau nak catitkan di sini, alamat x bukak puasa lah saya tahu! haha.

selepas raya, lebih kurang dua minggu, insyaAllah akan berangkat ke negeri orang untuk meneruskan tugas-tugas yang sepatutnya digalas oleh semua, namun Allah memilih saya untuk memikul tanggungjwab ini. sangat berat, namun yakinlah yang Dia tahu yang terbaik untuk kita. semoga saya terus kuat biarpun cabaran segala mak nenek yang berhimpun di sana tidak boleh tidak pasti menyempitkan dada dan pernafasan saya. sangat mengharapkan sokongan dari semua. semoga saya terus tsabat. saya juga mahu masuk syurga seperti kamu tahu! aminn!

jika semua orang berpusu2 nak wish selamat hari raya maaf zahir batin. saya pon nak wish jugak. tapi benda lain lah kot. x main lah cliche2 neh.. wahaha, perasan!

untuk semua, selamat menghabiskan saki-baki ramadhan yang x sampai sejam lagi(or dah habis kalau yang baca lambat tu), doa saya semoga kita dipanjangkan umur untuk berjumpa lagi ramadhan tahun depan, insyaAllah dengan minda yang lebih matang dan fikiran yang lebih terbuka. amin Ya Rabb!

sekian,

yang mencintai kerana Allah,
CheCardio

Friday, July 27

Tetamu Masjid Telipot!

salam alaik.

perhatian! post ini agak panjang, jika anda tidak punyai masa untuk dibazirkan, saya tidak menggalakkan anda meneruskan pembacaan secara terus.(err, beransur-ansur macam Courts Mammoth mungkin diharuskan)

alhamdulillah, hari ini masih diberi peluang untuk hidup dan menghirup oksigen pagi yang kadangkala berkisar jua dengan asap-asap motokar yang sedang berkelana di hadapan rumah. Alhamdulillah, semalam saya dengan teruja tahap gaban mata tiganya telah beriktikaf di sebuah masjid kira-kira 10 menit dari rumah. Dan alhamdulillah sempat bertadarus dengan hadek2 yang sumpah comel di masjid yang sama dan juga berkongsi   kongsi sambil cakap-cakap bantal dengan mereka semalam. nikmat yang saya tidak yakin saya akan dapat di usia ini jika saya tidak berada di dalam gerabak ini. Alhamdulillah.

ketika diri serabutkan dengan borang-borang yang datang melanda, sempat juga memencilkan diri untuk mencari redhaNya dalam kehidupan yang penuh dosa ini. mari saya ceritakan sayembara saya ini biarpun ia saya yakin tidaklah semenarik kisah tarbiyah Inche Gabbana mahupun kisah cinta pertama INche bateri AA yang sungguh menjatuhkan rahang itu.. wahaha.

semenjak bercuti dari kehidupan sibuk di Kolej Maha Busy, saya dan rakan-rakan di lokaliti kami mula panas punggung kerana berdiam diri tanpa melakukan sebarang amal yang boleh mengkonsistenkan kami dalam gerabak ini dan juga mula merasakan ketuka pintu Inche Futur ibn Malas makin kuat dan semakin mengganas. oh sumpah tidak mahu itu berlaku. maka kami mengambil keputusan menyerang Sekolah Elit Penguin Chumil yang terletak kira-kira 45 menit dari rumah saya. segala kelengkapan seperti pistol M16, bazooka jarak dekat, dan sniper 3 peluru sudah disiapkan dan ternyata memang mampu digunakan dengan efisiennya oleh kami. tambahan pula dengan kehadiran spykid kami yang sedang menuntut di sana, makin senanglah kerja kami. wahaha. eh, apa saya melalut ni.

asalnya merancang untuk ditemani akh N dan akh D untuk bersama-sama menculik beberapa pelajar sekolah itu untuk dibawa iktikaf bersama, selepas menjamu selera sambil berbuka puasa di rumah akh N. namun ditakdirkan Allah SWT, plan yang dirangka hancur berkecai bagaikan dibedil bertalu-talu oleh pihak yang berwajib. Akh N terpaksa pulang ke kampung halaman dan akh D pula sakit tenat(oke, over je..) dan tidak dibenarkan keluar rumah sambil memandu kereta mewah bapanya itu. maka, saya mengambil risiko untuk meneruskan sahaja program penculikan itu bersendirian. sememangnya sungguh menduga keimanan dan emosi lah! wahaha. satu tarbiyah medaniyah untuk diri yang marhaen ini.

oleh kerana sudah pompam2 berpolitik dengan ibubapa mengenai rancangan beriktikaf itu, saya teruskan juga alang-alang saya sudah berada di luar rumah. maka, bertolaklah saya dalam mencari secebis redhaNya yang agung itu dengan sebuah MPV lima bintang(oke, over lagi...) kepunyaan bapa saya. misi pertama ialah untuk mencari sesuap nasi. eh?

maksud saya, mencari juadah berbuka puasa lah. memandangkan jemputan makan-makan dengan berselera dirumah akh N tidak dapat diteruskan, saya berpusing-pusing di sekitar kubang kerian untuk mencari sedikit suapan di malam hari. jam casio hitam sudah menunjukkan pukul enam tiga puluh pm, dan di tangan sudah terbungkus nasi ayam berempah dan juga air jagung dalam gelas yang dibeli di bazaar ramadhan berhampiran Mydin kubang kerian. itupun setelah berperang dengan nafsu sendiri untuk tidak membeli kueh-mueh yang sumpah jika saya sebutkan di sini nama-nama kueh tersebut serta gambaran rasanya, perut anda pasti menjerit-jerit minta pertolongan lah!

maka saya meneruskan misi kedua, mencari tempat untuk berbuka. wahaha. oleh kerana saya berseorangan dan merancang untuk menculik hadek-hadek Sekolah Elit Penguin Chumil itu pada jam 8 malam, maka saya mencari masjid yang berdekatan lah. pusing-pusing MPV saya itu. akhirnya menemukan saya dengan masjid Sejahtera yang berada kira-kira sejengkal kaki katak sahaja dari sekolah elit itu. wah, ini sudah lancar. maka, saya menuruni MPV, menyarung jubah kelabu kesayangan, memakai kopiah putih, betulkan rambut didepan cermin sebentar, dan melangkah dengan penuh bergaya ke arah dewan masjid. namun, saya terkezut kera juga melihat tikar-tikar makan sudah sedia di hampar untukk jemaah menjamu selera. er, nasi ayam berempah saya itu bagaimana?

saya lantas mengambil keputusan untuk menjamu selera dengan juadah yang disediakan itu sahaja. orang kata, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!(er, saya pun tidak tahu kaitan peribahasa ini dengan topik di atas) beberapa menit sebelum azan berkumandang, tiba-tiba, saya merasakan suasana petang itu cukup sayu. dan saya tersedar dari kekalutan. ya, baru tersedar.

Orang-orang disekeliling saya tidak langsung saya kenali. pakcik baju hijau di sebelah kanan, adik baju hitam di sebelah kiri, abang berjubah di hadapan berserta anaknya yang tidak makan ikan kerana takut tercekik tulang. semua mereka adalah orang asing bagi saya. malah masjid sejahtera itu, boleh dikatakan ini  baru kali kedua saya sampai di situ. suasana hingar-bingar dengan bunyi zikir-zikir yang berkumandang di sekeliling. saya cuba menutupi rasa hiba dengan zikir juga. astaghfirullahal azim, astaghfirullahal azim, astaghfirullahal azim. ini lah tarbiyah di tempat yang kita tidak kenal sesiapa. hiba, sebak, namun ianya tetap tarbiyah bagi diri yang masih lemah ini. mungkin inilah yang abang2 kachak rasakan tatkala mereka menculik hadek2 di mana-mana kolper dan juga ipt seluruh malaysia. jauh dari orang yang dikenali. malah terasa asing biarpun di bumi sendiri. tarbiyah untuk saya. alhamdulillah.

Usai makan dan solat maghrib, saya dengan bergayanya mulalah menuju ke arah MPV berjasa untuk menculik hadek2 mengikut apa yang dirancangkan. biarpun sedikit tergerak dari jadual sebenar, namun saya dengan efisiennya berjaya menculik 5 ketul makhluk hadek comel(dah form 5, x comel sangat dah.. hee) untuk di bawa beriktikaf. keluar bersahaja berbaju batik cop sekolah elit berwarna kuning emas, melepasi pondok pengawal dengan langkah kool dan tersipu-sipu malu, mereka berjaya menyeludup diri mereka keluar dan terus dengan selambanya menaiki MPV saya yang mewah itu. wah, hadek-hadek comel ini memang inginkan diri mereka diculikkah? wahaha

maka, setelah berpening-pening dengan jalan di sekitar situ, kira-kira rakaat terakhir solat isya', kami sampai ke masjid yang ditujui. err, memang sudah lari dari jadual nampaknya. -__-".. tarbiyah lagi. sesudah isya' kami dijamu pula dengan halwa telinga(er, ini bukanlah sejenis kuih dalam bahasa kelantan mahupun sejenis hidupan dua alam) dari imam tarawih yang diterbangkan khas dari mesir semata-mata untuk mengimami solat tarawih kami. wahaha, perasan! dan seperti yang anda boleh jangka, imam-imam tersebut sememangnya seorang imam yang sejatilah! beberapa kali mengalirkan air  mata tatkala telinga terimbas beberapa ayat yang saya tahu maksudnya. selebihnya, mengalirkan air mata juga kerana tidak mampu memahami ayat-ayat yang dibaca dengan penuh kesyahduan itu. oh, ruginya saya ponteng kelas arab di sekolah dulu!

selesai 20 rakaat tarawih dan 3 rakaat witir, kaki saya mula terasa sengal2 kami dijamu dengan sedikit kueh-mueh dan air teh panass(okeh, air itu memang sumpah panas!) sambil berlapang-lapang dengan jamaah yang lain. kira-kira jam 11 malam, saya ditemani oleh dua ikhwah United States of America dan akh D yang dihantar drivernya membuat sedikit perkongsian bersama-sama hadek-hadek yang berjaya diculik tadi. dan saya agak terkesima kerana rata-rata hadek-hadek yang diculik tadi merancang ingin meneruskan pengajian di Kolej Maha Busy dalam bidang perubatan. Heyy hadek-hadek! kamu sudah cukup kenalkah Kolej Maha Busy itu bagaimana? namun, seperti biasa, hanya galakan yang diberi, dan sedikit suntikan untuk mereka agar belajar dengan osem dan meletakkan niat yang betul. Cuba juga menakutkan mereka dengan hantu-hantu kehidupan di Kolej Maha Busy yang berupa esaimen yang tidak putus2, dan exam yang sumpah tidak osem itu. namun, objektif kami tidak berjaya dicapai, malah membuatkan mereka lebih bersungguh-sungguh untuk belajar pula! saya... saya... saya... *pengsan.

setelah hanpir pukul dua belas setengah malam, tiga orang akh yang saya sebutkan tadi mula meminta diri untuk memberi anak-anak bini makan, meninggalkan saya yang masih bujangbergaya*koff3* ini sendirian bersama hadek-hadek sekali lagi.. maka sebelum tidur, saya menjemput mereka bertadarrus bersama-sama dalam bulatan yang bolehlah dikatakan gembira itu, walaupun tidak banyak yang sempat kami habiskan kerana hari sudah semakin lewat, namun saya sudah cukup bersyukur diberi kesempatan untuk bertadarrus buat pertama kalinya di bulan yang mulia ini. biasanya, bertilawah seorang diri sahaja. kalaulah ada yang memeriksa bacaan selepas maghrib seperti itu, sempurnalah hidup kan? wahaha.. melalut pula puasa-puasa ini!

dan begitulah kami mengakhiri malam kami. sehingga saya dikejutkan dengan kehadiran akh N yang beru sampai dari kampung halamannya. riak wajah letih di mukanya disorok dengan senyuman ceria bertemu hadek-hadek di malam(ke pagi?) hari itu. namun anda tidak boleh menipu si pelakon ini lah wahai akh N! wahaha

keesokannya pula, alhamdulillah, diberi kekuatan oleh Allah untuk qiamullail sementara menunggu untuk sahur. biarpun qiam jamai'e tidak sempat dijalankan, qiam fardhi yang dijalankan sudah berjaya mengisi jiwa yang kosong ini. alhamdulillah. bersahurkan beberapa keping roti dek kerana tidak berjumpa dengan kedai roti tempayan yang disyorkan oleh tok siak masjid semalam, kami bersahur dalam keadaan penuh menginsafi dan mensyukuri rezeki yang dikurniakan Allah. meneguk segelas air mineral yang dikebas diambil ketika jamuan semalam, cukuplah untuk mengalas perut kami bagi meneruskan ibadah puasa pada hari ini. syukur yang tak terhingga kerana diberi nikmat sebanyak itu. er, namun tidak perlulah saya menceritakan tentang jem coklat berkrim yang dibeli oleh akh N dan sekotak kurma Yussoff Taiyooobb(berbisik perlahan-lahan) yang dibawa oleh seorang hadek comel itu ya?.. wahaha..

setelah selesai solat subuh berjemaah dan membaca zikir mathurat di masjid yang sama, kami berterimas kasih kepada Tok Siak yang sangat banyak membantu kami di situ. anda bayangkan sahajalah, kami hendak bersahur pun beliau menghulurkan beberapa keping not merah juga! anda memang osemlah Tok Siak! dan sekian, merindui Masjid Telipot dan doakan saya sampai lagi ke sana sebelum mampu terbang pada bulan september ini nanti, insyaAllah.

eh? apa cerita nasi ayam berempah saya tadi? wahaha.. biarlah rahsia.  [kredit]

salam alaik,


dari tetamu masjid,
CheCardio 


p/s: sangat teringin menghabiskan 10 malam terakhir di sana. anda juga mahu? jom, sertai saya! *malu-malu


Wednesday, July 25

Kunyahan Rangup ketika Solat Tarawih!

salam alaik..

hari ni dah masuk hari yang ke-6 puasa kan? eh ke x? haha. saja nak test, ingat ke tak. mana tau, khusyuk sangat beribadah sampai lupa dah berapa hari puasa. Alhamdulillah, Allah masih bagi kita peluang untuk hidup pada hari ini dimana dalam ketika kita sedang enak dibuai kurma bertangkai Yussof Taiyoob...(sila baca dengan nada berbisik..), sedang mengunyah ranum agar-agar tembikai yang sumpah osem itu, dimana kita sedang lena dalam buaian air kelapa dan jagung kaw buatan pakcik depan rumah, dimana kita masih mampu untuk membace basmalah sebelum berbuka puasa. eh, anda bacakah? huhu.

semalam, sewaktu sedang solat tarawih di masjid kampung saya, er, ya kampung saya lah. berlaku suatu insiden yang saya sumpah tidak ingini. sangat-sangat menyakitkan jiwa dan raga. warghh!

eh, insiden apa yang saya maksudkan?

-______-"

*malu hendak menceritakan sebenarnya, tapi demi anda, saya beranikan diri jugalah! wahaha~

okeyh, insiden ini sumpah bukan kejayaan kanak-kanak tepian masjid yang berjaya menggagapkan imam dengan mercun ketupat dan segala jenis mak nenek mercun yang mereka ada, bukan juga insiden masjid blackout dek kerana kilat yang berdentum tempoh hari sehingga terlatah seorang pakcik dalam solatnya, insiden ini juga tidak berkaitan dengan seperiuk sup gearbox yang tumpah dilanggar seorang kanak-kanak comel yang berlari riang di bazaar ramadhan, dan tentu sekali bukan insiden saya terbaca kisah cinta pertama Akh AA yang buat saya gelak golek2 di malam hari hingga kakak bertanya, "eh, CheCardio, kau ni dah mabuk todi kah?" semuanya bukan insiden yang saya maksudkan..

saya yakin dalam hidup anda, anda pernahlah paling kurang sekali terkena insiden ini di mana-mana. ya, pasti pernah. melainkan anda sudah terlupa, itu bukan hal saya lah. wahaha..

insidennya begini.

ketika sedang solat tarawih, ketika itu, saya masih di rakaat pertama. selepas takbiratul ihram, tangan letak di perut. imam punyer sedap bacaan ni, seperti biasalah. dan tiba-tiba, yang menghampeskan saya. baru saja lebih kurang 15 saat takbiratul ihram, tiba-tiba saya terasa gatal-gatal. oh tidak, bukan gatal hendak mengurat anak-anak dara mahupun janda-janda di saf belakang sinun, anda jangan suudzhon pula. saya terasa amat gatal-gatal. bagaikan mahu pecah otak sahaja tahap kegatalannya itu.

ya, sudah terganggu tahap kekhusyukan saya disitu. sumpah terganggu biarpun bacaan imam itu sangat-sangat-sangat-osem lah. saya menjeling ke arah bawah untuk mencari punca kegatalan. ya. saya berjaya mengecam suspeknya dengan anak mata sahaja. seketul "benda terbang"(maaf, saya tidak pasti adakah nyamuk atau makhluk spesis lain yang dengki dengan saya barangkali) sedang dengan syoknya mengunyah-nguyah daging kaki saya(oke, hiperbola sedikit). size nya tidak sampai sebesar tahi lalat hitler pon. makaih, kecik sangat ni!

tapi, heyy! anda jangan lupakan fakta yang beliau sememangnya telah mengganggu kekhusyukan solat tarawih saya di rakaat pertama lagi. apa yang saya lakukan selepas itu, biarlah rahsia, anda sudah pasti tidak mahu membayangkan keadaan saya yang brutal lagi kejam itu. namun cukuplah sekadar anda tahu bahawa saya dengan bangganya gagal membunuh beliau dengan jayanya. *down. err, maaf, saya telah meneruskan solat dengan sesempurna mungkin ya selepas itu. jangan bersangka buruk pula. *peluh kecil


"err, apa motif penceritaan anda ni CheCardio, saya..saya..saya, tak berapa nak faham."  


eh? kena ada motifkah? -__-" wahaha. sabar.sabar wahai teman. saya belum habis.

anda cuba pejam mata dan bayangkan.

eh, pejamlah mata tu. kenapa masih membaca?

anda cuba bayangkan para sahabat ketika dahulu. err, jangan lah anda membayang wajah mereka pula. anda ni... bayangkan situasi mereka.. setelah menerima tarbiyah yang konsisten dari Nabi SAW.. apa hasil yang mereka tunjukkan?

ingatkah anda kisah pengawal khemah yang saya sendiri pun terlupa nama-nama mereka. ketika mereka bergilir-gilir berkawal, dimana salah seorangnya tidur, manakala seorang berkawal. (err, jika saya salah fakta walau secubit sekalipun, sila beritahu ya? trimas!) sahabat yang sedang berkawal itu mula solat sunat bagi mengisi masanya. sebelum tidur, kawannya berpesan, "jika ada apa-apa, kejutkan aku ya?"(sekali lagi, dialog versi saya)

dan the rest is history. eh? anda tahu kan kisah ini? xkanlah saya mahu ceritakan juga. mahu juga? baiklah2, saya teruskan.

dan entah dari angle mana, sahabat yang sedang solat itu di panah tepat didadanya. maka apa yang sahabat itu lakukan? jatuh pengsan lalu menjerit, "ambulans, ambulans.." dengan suara yang putus2? owh, tekaan anda silap sama sekali. sahabat itu ternyata dengan selamba dan kool nya mecabut anak panah itu dari dadanya dan meneruskan solatnya. jika tidak silap saya, hampir tiga kali juga sahabat itu dipanah sehingga beliau menghabiskan solatnya. (sekali lagi, jika saya silap fakta, harap dibetulkan.)

anda lihat connection cerita merapu saya di atas dengan kisah sahabat di bawah?

pasti jelas bukan? kunyahan seketul makhluk terbang dengan panahan busur yang tajam itu! walaweyh, lihatlah betapa khusyuknya solat para sahabat, jika hendak dibandingkan dengan kita sekarang yang mengatakan kononnya sudah maju selari dengan arus pembangunan 2020 yang pesat itu!

oh, bukanlah saya berniat meng'compare'kan diri yang hina lagi lemah ini dengan para sahabat yang sumpah qawiey lagi kool itu! tidak sekali-kali. cuma sekadar menginsafi kelemahan diri. jika gigitan serangga yang sebesar itu sahaja sudah mampu menggangu gugat konsentrasi solat saya, bagaimana agaknya jika saya ditembak M16 ketika solat di masjid al-aqsa suatu hari nanti(amin. teringin juga sujud mengalirkan air mata disana. TT__TT). saya masih perlu diperbaiki dari segala segi kerana, ya lah! marhaen ini masih butuh pertolongan dan bimbingan dari murabbi2 kachak seluruh dunia untuk pembentukan diri. anda bagaimana, mampukah? jika masih belum, jom sertai saya dalam jalan ini? hanya untuk redhaNya, insyaAllah..

dipanah legolas ketika sedang solat. anda berani? [kredit]

salam alaik,

dari yang dikunyah rangup,
CheCardio

p/s: doakan saya terus tsabat ya? dan satu lagi, doakan saya mampu solat dengan khusyuk ya? aminn.. trimas!


Monday, July 23

Maafkan Aku Ikhwah!

salam alaik.

anda pernah tak di'sentap'?

wahaha. anda tak kenal 'sentap'? biar betul anda ni. jangan buat lawak disini. huhuhu

baiklah. saya bagik can laah. sentap tu... err.. dalam bahasa kasar nya...

sentaplah.

okay, merepek. kadangkala orang guna perkataan lain yang sinonim, biarpun salah dari segi penggunaan bahasa melayu. contohnya, ter'zass'. weh, try la belek kamus dewan kut-kut jumpa perkataan 'zass' dalam tu. kalau jumpa bagitau saya. saya pun ingin tahu juga maksudnya apa!

perkataan sinonim lain. hurm. 'ketukan'? 'hidayah'? 'zuppp(bunyi pisau tikam jantung sambil muka buat gaya ala-ala heroin tamil kena tikam kat perut)'?

hurmm.. kira lulus lah tu. kalau anda tak faham juga maksud sentap, ahh.. faham-faham sajalah!

hari ini di'sentap' dengan halus oleh Allah tentunya. ye lah, hidayah tu kan milikNya. anda ni.. disentap secara tak sengaja. malah saya rasa tidak pernah disentap sebegini rupa. bagai diperah-perah jus limau nipis di mata kiri dan mata kanan. rasa syukur yang tiada hingga disentap sebegini rupa oleh Allah. maknanya saya masih disayangi lah kan?

bagaimana sentapan itu sebenarnya?

begini, (wah, macam nak citer bedtime stories) memasuki bulan ramadhan ini dengan harapan semoga ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya. mengharap redhaNya untuk diri yang hina. berusaha menjadi makhluk yang lebih baik. dan hamba yang lebih bertaqwa tentunya.

dalam kegawatan tilawah dan tadabbur yang cuba dikonsistenkan, dalam jihad menentang jahiliyah-jahiliyah yang masih sibuk mengumpul ranting buat sarang, dalam kesibukan berpolitik dengan pama untuk melarikan kereta ke liqa'2 mingguan, dalam kesusahan bangun malam dek kerana empuknya tilam, saya diganggu.

ya. diganggu. dihantui dengan email-email official dari yahoo grup kolej. dihantui post-post teman yang semakin sibuk mengisi borang mak nenek setelah mendapat offer letter. dihantui dengan keluarnya tiga namelist universiti d ireland yang sepatutnya ada empat, dan nama saya tiada dalam ketiga-tiganya. dihantui penungguan list yang keempat dengan hati yang penuh harapan. dihantui wallpost-wallpost rakan-rakan yang mula sibuk dengan urusan ke ireland. dihantui cop-cop pesuruhjaya sumpah. di hantui saksi-saksi pegawai kerajaan kelas A dan B. dihantui majikan papa dan majikan along. dihantui sijil kelakuan baik?(apa saya jahat sangat kah?)

segala hantu yang jelas menghantui itu mula memenuhi kepala. kepala pula mula disibukkan dengan accomodation di uni nanti. buku-buku medical, perlukah dibeli? atau curi  pinjam sahaja senior atau library punya? kepala dipenuhi dengan bagaimana agaknya hidup nanti? dipenuhi dengan list barang-barang yang hendak atau perlu dibeli. penuh!

jika anda kenal saya di alam nyata atau di alam mukabuku, mungkin anda terbaca status saya yang menulis segala macam perasaan negatif yang sedang saya rasa. konfius. letih. tensen. ah! banyak jugalah yang tidak mahu saya tuliskan. serabut kepala ini penuh dengan benda-benda yang berkisarkan hal-hal yang sama sahaja sejak dua-tiga hari ini. yang sedihnya, saya sudah berada di hari keempat ramadhan!

sabar. saya masih belum disentap. masih belum tiba partnya.

bertanyakan senior-snior beberapa soalan yang memusykilkan. juga kepada kawan-kawan sekolej dan yang seangkatan dengannya. berbincang dengan papa perihal isu-isu ini sahaja. tentang wang dan kos. tentang lokasi dan durasi. tentang makanan dan penginapan. tentang masa dan tindakan. itu sudah mula menjadi topik hangat. dalam hidup saya. *malu

tiba-tiba tergerak untuk memeseji beberapa orang teman perihal sijil kelakuan baik yang saya sebutkan tadi. salah seorang ikhwah yang jika saya sebutkan namanya disini, ah, pasti jatuh pengsan anda kerana keqawiyannya. nanti terbatal puasa pula. setelah berbual beberapa ketika, terkeluar mengenai uni yang bakal didiami memandangkan saya masih belum mempunyai uni yang jelas. masih kabur.

tiba-tiba akh itu. ya. yang saya katakan tadi. memberi sentapan tarbiyah dengan sepenuh kekuatan yang saya kira si dia tidak berniat pun hendak berbuat demikian.

disini saya catatkan sbhagian mesejnya kepada saya,

"Aku xsemangat sgt sebenarnya nk bncang pasal placement kt public sbb masih ad ikhwah yg sangkut..."

saya.. saya..saya... *pengsan

jujuran air mata yang melimpah penuh satu tub mandi pun sia-sia sahaja. rasa sangat bersalah. rasa sangat malu dengan diri sendiri. rasa... kosong. Allah...

rasa sangat bersalah dengan ikhwah yang pompam2 duduk canang sini sana kata uhibbukumfillah. bagaimana saya tergamak melakukan perkara ini kepada orang-orang yang saya cintai keranaNya. komenlah saya. hukumlah saya. saya masih tidak cukup di tarbiyah.

dalam kesibukan saya yang saya khabarkan di atas, rasa sangat malu dengan diri sendiri. macam ukhuwah fake. time happy2 je. time orang dilanda masalah, kita diam seribu bahasa. alasannya...

"lek2 lu, bagi dia tenang lu, pastu baru approach."
" eh, ko cakap leklok sket, nanti dia terasa ke, susah nanti."
" weh! ko tak cukup sensitif ke? orang tengah sedih tu, pi tanya macam2 buat pe?"

 Allah... dah masuk ramadhan hari keempat. dah lebih sebulan saya tinggalkan Kolej Maha Busy itu, tinggalkan ikhwah2, dan cuba meneruskan amal jihad di rumah pula. kusangkakan cuti ini lebih baik dari cuti-cuti sebelumnya. namun, jauh panggang dari api, jauh kipas dari lampu!

bagaimana saya bisa mengatakan cuti ini ialah cuti yang terbaik sedangkan saya boleh rilek2 goyang kaki dan penuhkan kepala otak dengan masalah sendiri saja! Allah...

rasa bersalah dengan ikhwah. rasa macam tak layak panggil diri sendiri ikhwah. abaikan ikhwah lain. terlupa akan mereka disaat kita syok bergembira dengan segala bagai nikmat. layakkah aku dipanggil seorang akh?

kata mahu masuk syurga sama-sama, ini baru dapat lepas ujian IB, dah lupa segala-galanya? amboi CheCardio, anda memang tak kenal di untung. TT__TT

Namun masih mampu rasa bersyukur dengan nikmat sentapan di hari keempat ramadhan ini, kerana Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya dan tidak mahu sikap selfish ini berlanjutan hingga hari kelima dan selanjutnya menghabiskan ramadhan dalam keadaan tidak mengingati ikhwah2 yang lain. Alhamdulillah...

tak dapat digambarkan rasa syukur berada dalam gerabak dakwah dan tarbiyah ini kerana rasa kuat hasil sokongan ikhwah2... namun diri sendiri.. oh, sungguh memalukan. saya tidak terkejut jika apabila seorang akh pernah berkata,

"kita tidak tahu, mungkin kesilapan salah seorang daripada kitalah yang sebenarnya melambatkan gerabak ini. yang sebenarnya boleh menjadi sangat laju!"

dan disaat ini. saya benar-benar merasakan sayalah orang itu. ya. yang menahan gerabak kita dari bergerak dengan lebih laju. yang dengan sikap ini, memperlahankan kelajuan kamu semua. maafkan aku ikhwah. maafkan aku. aku akan cuba berubah. kerana aku tidak mahu jadi orang itu lagi. sekali lagi aku pohon, maafkan aku..

sekian, wassalam.

Dari yang melambatkan,
CheCardio

p/s: ah! saya yakin ikhwah2 saya tidak membaca blogpost saya kecuali anda seorang. ya, andalah. jzkk untuk mesej itu ya! *gelak keji