Friday, December 14

Hidup Macam Mereka!

salam alaik.

dikesibukan exam-exam final ni, terlalu amat gatal rasanya jejari panjang ni nak menukilkan rasa sedikit sebanyak di sini. a short one will do, kan?

baru sahaja bermesej-mesej mesra dengan waris yang ditinggalkan di bumi tarbiyah banting lewat tahun lepas. kelihatan beliau sangat sihat walafiat, bayangkan sahaja berat badannya, err... biarlah rahsia. eheh. okeyh karut-marut di malam hari, mesej-mesej pon boleh tahu berat? oohoooi~

Soalan yang beliau tanyakan, cukup simple, tapi entahlah, bagi saya sendiri, merasakan kedalaman soalan itu. "bagaimana Ireland?" tanya beliau ringkas seringkas mengunyah chocolate chip cookies kegemaran saya di malam hari.

Err... Ireland? "apa kata aku tentang Dublin?" dan lebih utama, "apa kata Dublin tentang aku?" termenung. mengeluh seketika. oh pedih soalanmu adikku, pedih sekali.

Kadangkala terfikir juga. Dublin. Malaysia. Sama. Tapi tak serupa. (Boooo~ kliche lah checardio, bosan3!)

Er. anda tu. sabar eh? bagik saya eksplen dulu. kih.kih.kih. dan kih lagi sekali.

Menerusi lensa mata saya, saya personally rasa Dublin ini sebuah bandar yang menarik. Ya lah. Ada jarum panjang di tengah-tengah bandar. kalau sesat di tengah bandar cenggitu... ah! konfem x sesat punyalah! (peluh kecil mengalir perlahan setelah beberapa kali sesat di dublin city centre). Lagi-lagi, bandar Dublin ni punyalah ada leprechaun-leprechaun hijau yang chomel kat tepi-tepi jalan tengah kutip duit emas yang terjatuh kena langgar dek pakcik jual botol kitar semula(oke tipu). Apa lagi ya? Oh ya! Kat Dublin city ada jugak orang pakai topi ada tanduk, naik bas tingkat atas, pastu jerit kuat2 kat orang lalu lalang. Hah, tak cukup extreme lagi? Tadaa.. Itu lah Dublin.

Eh? Che cardio ni.. melampau sangat tu. Tak kan lah ada benda-benda tu je. Sampaikan kalau terlepas cakap,"err, anak saya studi kat dublin nu haa." Hah! tu diaa.. Habih satu batalion sedara mara kenal(berpeluh ketiak anak hang nak jawab menjawab soalan beribu-ribu macam shotgun). Pernah rasa pengalaman, time raya puasa je, mesti nak jalan-jalan rumah sedara mara seluruh nusantara sambil lukis pokok keluarga(baca: family tree). Duk pompam2 melukis dan mewarna dengan pensel warna air Luna tu, tetiba tersentap dengar statement seorang sedari(yang padahal dengar tiap-tiap tahun kot). "eh? apesal yang adeknya macam kpop, yang abangnya macam...err..(tergaru-garu kepala tak sanggup meneruskan kata-kata dan untuk nota, si abg merujuk kepada diri saya dan si adik merujuk kepada artis kpop, eh? adik saya). Dan seperti biasa, gelak tawa dan hilai gembira yang macam pontianak layaknya selalunya diberikan sambil cover peluh yang mengalir di celahan songkok. "err, akak. x boleh obviyes lagi ke?" ~(-_-")~ Dan kembali kepada Inche Dublin, pabila namamu disebut, "Pffffttttt!!" tersembur jus oren sunquick sejuk yang diminum makcik-makcik dan akak-akak yang sedang syok menyandar di tepi dinding itu. Salah Dublin lagi.

Then i would ask myself again. Apa yang ada dengan Dublin sehinggakan diri ini sendiri sangat gigih, menolak diri, studi sampai lupa dunia(baguslah lupa dunia, jangan lupa akhirat sudah. eh awak? studi gila-gila sampai tak keluar bilik tu bukan dunia ke? *telan liur), pergi ke hulu ke hilir, intreview segala bagai, esaimen beribu-ribu. Huh! Konon jihad la tu che cardio?

Saya pernah mendengar seorang sedara di sini berkata, "kerajaan, kalau just nak kita amik medic, dorang takkan hantar kita ke luar negara. Dalam negara pon lebih dari cukup." dan saya sejujurnya setuju dengan statement itu setelah tiga bulan berada di sini(eh silap, saya setuju awal lagi, baru tulis je. eheh). "Apesal pulak che cardio? Kerajaan hantar kan suruh studi? Duit rakyat wooo! Amanah tu! Nak kena hempap che cardio ni!"

Eh sabar sabar. anda ni.. dengarlah saya habis cakap dulu *down

Saya betulkan sedikit kenyataan di atas. "Saya setuju dengan pendapat bahawa kerajaan hantar pelajar ke luar negara BUKAN SEMATA-MATA untuk buat medic." dan saya akan stay dengan pendirian itu. kalau anda tidak suka atau tidak bersetuju, silakan tekan butang merah di penjuru atas skrin anda sebelum anda mengscroll lebih dalam lagi ke dalam penulisan saya. sekian disklemer tajaan Iskender Kebab.

Dan saya ada justifikasi saya yang tersendiri untuk bersetuju dengan pendapat berikut. Satunya, kerana ilmu yang dipelajari dalam bidang perubatan sama sahaja tidak kira di mana pun tempatnya. Ya, mungkin anda boleh mengatakan sistem berbeza menyebabkan penghasilan dokter2 yang lebih mantopp. PBL, Integrated, tradisional, irama malaysia(eh?), just say it. sistem yang berbeza, pendekatan pembelajaran yang berbeza, tapi masih mengkaji bidang yang sama bukan. bolehkah anda studi medic di negera Zimbabwe misalnya dengan tajaan Persatuan Kancil-kancil Sedunia(PERKAS) dan kawan anda belajar di Alaska di bawah tajaan Perbadanan Tongkat Ali Semulajadi(PTS), dimana anda mempelajari bahawa, tulang di lengan itu bernama femur manakala kawan anda pula mempelajari bahawa tulang yang sama anda maksudkan itu bernama epigottis pula? Karut! lecturer saya cakap namanya humerus tahu? Anda nampak apa yang saya ingin sampaikan bukan. ilmu perubatan itu sama sahaja secara generalnya, di mana-mana pun. biarpun ada pertelingkahan pendapat di antara teori2 yang berbeza.

Di sini, saya melihat ada segelintir pelajar. untuk peringatan. hanya sekelumit cuma. bukan semua. secubit pelajar yang saya maksudkan ini hanya membelek buku di kantor(baca: bilik) sahaja. Kuliah entah kemana, tutorial entah kemana. Eh? Exam ada pulak muka-muka mereka? * pengsann.. keluar bilik hanya untuk ke tandas untuk melepaskan rindu kesumat pada mangkuk tandas, ke dapur untuk mencapai seketul dua roti untuk memastikan mata masih mampu membukakan dirinya untuk menghadap lecture notes dan buku-buku perubatan yang jika saya timbang dengan stok ikan bilis dan asam jawa di rumah ini pun, ah! pasti melambung begitu sahaja stok-stok makanan saya itu. heh. Bergaul dengan mat salleh? uix, melayu pun jarang sekali terserempak, apatah lagi mat-mat atau minah-minah salleh! Dan saya kadangkala terfikir juga. Kalau macam tu lah hidup, apa guna datang Ireland? *pengsan tak sempat fikir apa-apa

Tapi itu cara mereka. biarlah. asalkan mereka bahagia. Tapi saya masih tegas dengan pendapat di atas.
Biarlah orang kata saya kolot atau bajingan. Biarlah orang kata saya takde fokus atau takde strive to study hard. biarlah orang kata saya takde life kalau tak main game dan tak tengok movie. biarlah orang kata saya buta IT sebab tak reti download segala mak nenek benda kat laman sesawang tu. Biarlah dan biarlah. Saya hidup berpaksikan apa yang saya percaya dan saya tidak mahu dan malah tidak pernah regret keputusan hidup saya. Life is about being alive. and if you're not living, silakan jadik cadaver saya tahn depan okeyh? ^_^

Hidup di Dublin ini bukanlah untuk belajar ilmu perubatan semata-mata. There is more to life than just books and facts. The world is bigger than just ipads and laptops. The war is tougher than just in DoTA or even PES(if u would call that a war). This life is more than just about you and yourselves. Kita tak perfect. Tapi kita semua tahu siapa yang perfect. dan kita tahu je siapa yang tak perfect jugak, tapi hidup di sekeliling dan berusaha mencontohi kesempurnaan yang perfect itu. jom, sama-sama? Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat. Ingin hidup seperti mereka. Belajar seperti mereka. Berjuang seperti mereka. Bergembira seperti mereka. dan Menangis seperti mereka. Tapi amal kita.... "Shut up. and just make a wish. Dan berusahalah untuk impian anda.

"Kalau ada 100 orang sahaja mujahidin, biarlah aku menjadi salah seorang daripadanya. Kalau ada 10 orang sahaja mujahidin, biarlah aku jadi salah seorang daripadanya. Dan meskipun ada seorang sahaja mujahidin. Pastikan aku orangnya!"

"Nak lepak-lepak sembang-sembang curhat-curhat dengan sahabat-sahabat kat sorga nanti boleh tak?" *senyum keluar air mata

Nak berjiran dengan mereka kat sana boleh? *angan-angan tinggi, tapi biarlah aku berangan-angan dahulu, daripada aku bisu kaku tak melakukan apa-apa untuk islam dek takutnya aku daripada berangan-angan kosong


Sekian dari sesi merilis tensi di senggang masa sebelum last payypeeerrr!!

Dari yang mahu hidup seperti yang Baginda dan yang Sepuluh,
CheCardio
University College Dublin, Ireland.


p/s: topik merata-rata. tesis statement takde, topic sentence apetah lagi. maklumlah, otak tak berapa nak betul.

1 comment:

zaid nasir said...

saya orang pertama komen. ehem