Wednesday, October 31

Mencari Inspirasi Membungkam Realiti


Senyuman itu
Yang aku tagih dalam diam
Mengungkap derita dalam sepi
Menyimpan sekelumit rasa
Yang haruslah kena pada tempatnya

Kertas itu
Yang kadangnya hancurkan tulang dari isinya
Menerobos urat-urat derita
Jalaran panjang jelaan ruang
Membentuk destinasi dan geruan yang sama
Namun pasti banyak bezanya

Pena itu
Yang gesaan bungkam laju cantasnya
Bagai tiada henti dan tiada harap
Lakaran alur bebas
Mengharap picisnya agakan
Dan kadangkala lurusnya garis itu
Yang membantah usul lampau
Tiada kepastian dalam jawaban

Tempat itu
Kosong bagai tiada terisi
Ibarat menanti polka itu
Melabuhkan diri
Menemani langkah melakar alur kasar
Namun biarkan ia kosong
Kerna masa depan itu melata asasnya

Pemadam itu
Kadangkala gagal memadam pilu
Malah selerakan dakwat hitam
Biasa jadi mangsa
Kabur hasil silam
Ditutupi tirai comot
Yang kelananya bagai tiada kemudi
Sesat dihanyut angin

Kayuhan itu
Ibarat mengejar sesuatu
Yang aku tahu dah berlalu pergi
Dan mungkin takkan datang lagi
Tapi masih digerakkan
Menyongsong angin lalu
Merubah gelita malam

Getaran itu
Seperti pengejut diri
Gesaan yang menyapa
Dari lamunan yang tersembunyi
Sedang kelipan itu
Hanyalah tanda sukaan
Pada wajah yang menagih masa

Dan gebar itu
Bakal menutup hari ini
Dengan senyuman bisu
Yang hanya aku mengerti
Maknanya
Juga siratannya
Mengharap diri bakal jadi lebih baik
Untuk hari esok
Yang mungkin tiada lagi

*************************

p/s : betullah orang kata. kalau dah dalam hati ada bunga saderi(eh?), bosan je rasa nak tulis karya. bosan je rasa nak menconteng puisi. buang tebiat kan?

Asal puisi ini? oh. haha. ini post-mid-term anatomy punya emosi. ketika menulis masih membayangkan suasana menjawab soalan-soalan anatomi di layar hadapan. ya. tidaklah indah seperti puisi-puisi yang selayaknya. malah saya kira tidak layak digelar puisi. namun, ia bakal jadi indah untuk diri sendiri. membayangkan diri sendiri tergelak ketika membacanya semula 10-20 tahun akan datang. Oh, tiba-tiba rasa malu!

kredit untuk Zaidthe4th dan Armansyah kerana memberi inspirasi untuk terus menulis.

ingin sekali detik itu terhenti. biarpun untuk sesaat cuma. Ah! picisan!


Sekian, wassalam.

Dari yang ingin tsabat,
CheCardio
Dublin, Ireland.

Saturday, October 20

Aik? Tasbih bulat-bulat tu pun nak bercinta?

Salam alaik.

Ya. Disaat post ini dikarang, sejujurnya saya berada di ruang tamu Malaysia Hall Dublin di Leeson Street, Dublin. Buat apa kat sini? Hiho~ perogerem mara yang dikatakan bakal membina jati diri dan semangat berpasukan katanya. Habis, sekarang masa rehatkah? Hiho~ tidak sama sekali. Sekarang betul-betul masa ceramah. Nope. I won't say ceramah. More like a sharing from a Dr that have been working here for quite a long time. Bukanlah saya tak suka dengar pengisian. Apatah lagi ingin berlari-lari anak keliling malaysia hall sambil menjerit, "arghhh!!! Bosannya!!!" oh anda, tidak sama sekali.

Malah saya berada di barisan paling hadapan secara literalnya(dan itupun kerana tidak bernasib baik masuk lambat sebentar tadi), berada di sebelah teman yang agak rapat disini, saudara zaid nasir yang sudah mencapai tahap retis femess lagi hensems di dublin ini. Entah kenapa, saya mula bermuhasabah. Lantas fikiran liar ini melayang-layang berterbangan bersama-sama daun-daun oren yang mulai gugur bersama gugurnya musim summer di bumi irish ini. Mengiringi masuk cuaca autumn dan luruhan dedaun yang kalau ada d7000 kat tangan kanan, tripod di dalam beg galas, dan tiada kelibat manusia langsung di kiri dan kanan saya, pasti lah....!!*pengsan sebelum sempat menghabiskan kata-kata

Dan pagi tadi, suasana merville house dipenuhi suara riuh rendah teman-teman yang baru sahaja menonton filem KCB selama 4 jam lebih secara marathon malam tadi. Dan yang memeranjatkan saya secara personalnya, kebisingan mereka itu tidak sama dengan kebisingan-kebisingan yang biasa saya terima sebagai review kisah yang mampu menjerat saya untuk menontonnya sebanyak tidak kurang dari lima kali itu! Yang selalunya saya dengar adalah;

"ohoi! Leleh aku tengok cite tu dowh! Jodoh memang xkan kemana lah!"

"mantaplah azam tu. sanggup dia stay 9 tahun untuk sara famili. Terharu mak tengok.. Sobs"

"yang tanya nama kat bas tu romantik sangatlah! Ah, merah pipi I !"

Namun apa yang saya dengar hari ini, dan pertama kali saya mendengarnya;

"wargh! Ending xbest lah! Sepatutnya azam kawen dengan vivi! Argh!! X masuk akal!"

"Kiai lutfi hakim tu biased lah! Nak anak dia je. Down."

"asal heroin xlawa dowh? Vivi lagi lawa kot! Mak dia dah siap sarung cincin lagi. Frust betol!"

(disklemer: ayat diatas hanyalah rekaan semata-mata namun masih tidak lari dari maksud asal dialog)

(-_-")

Dan saya akan mengeluh dan terus mengeluh mendengar komentator tak rasmi di atas. Namun, senyum.. Tak perlu kata apa-apa. ^_^

Usai membaca dua jilid novel lantas terus menonton filem tersebut kira-kira dua tahun lepas di zaman jahiliyah saya yang masih punyai terlalu banyak masa lapang, saya mempunyai sudut pandang saya yang tersendiri! Oh ya, sekadar warning, anda yang mempunyai emosi terlebih lemak santan dan tidak boleh bertoleransi mahupun menghormati pendapat dan sudut pandang org lain, saya amat menggalakkan anda tidak meneruskan pembacaan kerana... Ya lah, risau juga tiba-tiba keluar berita di muka depan akhbar utusan meloya bertajuk, "gempar: remaja mengamuk menanduk pecah skrin komputer di -------!" hihoo~

1) Pertama, saya sangat menyarankan anda-anda mengambil ibrah(baca: pengajaran) yang sangat banyak sebenarnya melalui kesah tersebut. Misalnya, kita melihat pergantungan seorang hamba kepada Allah yang patut kita contohi! Lihat saja mas azzam, disaat beliau menerima banyak tak hengat ujian yang menimpa, anda bayangkan sajalah! Setahun di perantauan, ayah kita meninggal dunia, lantas kita sebagai anak lelaki sulung terpaksa menyara biaya keluarga, berkerja keras menjual tempe dan bakso di kota cairo sehingga terpaksa hold on 9 tahun lamanya! Uix, 5 tahun ini pun sudah kurasakan agak panjang, apatah lagi hampir 2 kali ganda? Tak cukup lagi? Nah, hati yang hancur luluh tiap kali pinangan ditolak itu tak mahu kira kah? Ohoi~ walaupun saya sendiri belum pernah ditolak pinangan apatah lagi menerima pinangan(eh?), namun saya yakin pedih dalam hati itu, hanya tuan punya hati saja yang rasa!

Dan saya yakin, tak perlu saya habiskan satu persatu kesah hidupnya, anda yang pernah menonton pasti faham apa yang saya cuba sampaikan di sini bukan? Lihat saja kehidupannya. Anda pernah melihat saudara azzam menyalahkan takdir atas nasib yang menimpanya? Hohoh~ anda tahu jawapannya, saya tahu anda tahu.

Dan tidak mampukah kita mengambil pengajaran walaupun daripada masa yang telah terbuang selama 4 jam lebih itu? Sekurang-kurangnya, tidaklah masa anda itu bagaikan dibakar hangus rentung begitu sahaja! Dan pengajaran2 lain? Ah! Saya tahu anda cukup bijak untuk mengambil pengajaran tanpa membazirkan 4 jam lagi untuk menontonnya semula demi mencari pengajaran lain. Ohoi~

2) seterusnya, dalam period jahiliyah saya dahulu, selalunya saya jarang lari dari melihat kepada jalan mahupun lenggok cerita yang dikisahkan, dibukukan, mahupun dimoviekan. Dan kcb sebenarnya, bagi saya mempunyai jalan cerita yang kompleks dan berselirat, namun bagaikan sangat ideal untuk terjadi dalam kehidupan.

Saya yakin pak Habib mengambil masa yang agak lama untuk menghubungkan satu demi satu bahagian cerita(namun mungkin juga sekejap, beliau kan genius). Bayangkan sajalah, pusing3 cerita, kahwin dgn yang asal juga malah timing yang berlaku seperti terlalu perfect untuk konflik2 itu berlaku secara nyata! Wahaha~ namun, hakikat bahawa cerita tersebut merupakan kisah fiksyen semata-mata yang diolah dengan puitis dan sangat romantis menyedarkan saya yang hipotetikal situation merupakan sesuatu yang anda sendiri juga boleh reka, bukan? Huhu~

malah jika anda kurang bersetuju dengan jalan cerita pak habib, berita baik, saya ada cadangan untuk anda! Hihoo~ sukalah tu. Apa kata anda karang sebuah cerita, dan berikan kepada saya untuk baca, ya, saya masih suka membaca kisah-kisah menarik! Jika cerita yang anda karang itu mengenai diri anda sendiri, itu sumpah osemlah! Dan pastilah cerita yang anda karang itu akan jadi memori terbaik anda 10-20 tahun lagi, percayalah, saya pernah cuba dan ia sungguh menggamit memori! dan oh ya, apabila anda sudah siap mengarang, jangan lupa ucapkan alhamdulillah ya! *senyum mata tutup

3) ahah! Ketiga, saya personally meminta ampun maaf kepada anda-anda sekalian yang 'tertonton' movies tersebut lantas membazirkan 4 jam anda yang sangat berharga itu. Tiada lintasan niat langsung dari pihak saya untuk anda mengorbankan masa qiam anda-anda itu untuk menuntun movie. Jika sharing saya tentang movie tersebut melalaikan anda seketika, maka saya mintak ampun mintak maaf kerana saya juga, ya lah. Manusia biasa. Bukanlah malaikat, bukan juga lembu ternak pakcik Patrick di ladang lembu drogheda. Eh? Khilaf diri harap diampunkan, kalau saya salah, anda tegur-tegurlah. Kalau saya tersilap, kita sama-sama baiki, okeh? Sebab kita nak masuk syurga sama-sama kan? *senyumm

Sekian sahaja dari makhluk yang sedang melawan perasaan ngantuk maha hebat di Malaysia Hall Dublin ini, semoga saya, kamoo, dan anda-anda semua terus tsabat di jalanNya ini.

Yang banyak silapnya,
CheCardio
UCD Belfield
Ireland









Tuesday, October 9

Angau Intoxicated!

salam alaik...

sudah lama tak mengepos. di kesibukan menjadi pelajar medik di UCD ini, masih ada gelak tawanya. masih ada air matanya. dan konpem-konpem lah masih ada buku beratus-ratus page yang tak sempat dibaca lagi.. dan ini sungguh menensenkan jiwa dan raga kanak-kanak yang lemah ini. wahaha~

satu perkara yang dapat saya sendiri perhatikan setelah dah sebulan lebih disini, dan sudah bergelar PATI(Pendatang Asing Tanpa Izin) selama beberapa hari berikutan beberapa masalah teknikal yang dihadapi dengan administrasi universitas ini. hoh! sungguh menstresskan jiwa!

dan semalam, dibaling dengan telur oleh mamat Irish yang kemabukan di jalanan tepian tingkap, oh sungguh menyadiskan! bayangkan sajalah, saya yang sedang khusyuk berteleku(kononnyalah!) membelek2 nota-nota pensyarah yang penuhi tulang-temulang dan urat-urat berselirat, tiba-tiba dihujani gelak-tawa yang bertalu-talu dari luar tingkap. kata hati, "ah! mat salleh nak pergi pub lah ni." lantas mendiamkan diri dan terus membelek-belek nota-nota yang membosankan itu lagi. dan tidak seperti kebiasaannya dimana kebisingan itu sekejap bagaikan angin lalu sahaja, namun berpanjangan sehinggalah ke menit-menit yang ke sepuluh dan kesebelas jua.

hati terkedu, lantas tergerak ingin menyelak langsir bilik dengan kata hati, "diorang ni picnic ke hape sebelah bilik aku ni? haish.. x boleh jadi." tangan dihangkut menyelak langsir maroon berbelang-belang hitam itu, dan dipancarkanlah scene mat2 salleh dan jugak minah-minah salleh yang sedang seronok bergelak ketawa sambil terkinja-kinja melompat-lompat bagaikan orang semput terkena sugar rush! dan tetiba...

"splash!!" "wahahahhahahha!!!!"

okeyh. anda pernah dibaling telur kena papp atas kepala? haaa.. percayalah, saya tak pernah. wahaha~

tapi half of it, which is dibaling telur ke depan muka dan papp! kena tingkap namun betul-betul depan mata kepala sendiri. owh ini sungguh menensenkan! sangat tak suka bila Irish mabuk.

owh. nampak macam saya tengah tensen yang amat kan? sabar, sabar. muka saya ketika ini sangatlah tidak beriak walau sedikit pun melainkan tergelak sekali-sekala terdengar lawak berkualiti tinggi buatan Zaid Nasir housemate mantop yang semakin hari semakin femes di dublin ini ohoi!

sejujurnya, tajuk di atas hampir tidak punya apa-apa kaitan dengan post ini. hanyalah suatu refleksi atas kejadian-kejadian yang berlaku dalam hidup. melihat irish yang berakhlak mulia di kebanyakan tempat, membanggakan. menahan pintu bagai seorang gentleman di setiap hari, bagaikan satu culture. menegur makhluk-makhluk yang tak dikenali di jalanan setiap hari, bagaikan satu culture. sentiasa senyum apabila sedang melakukan khidmat pelanggan tidak kira di sektor kerajaan mahupun tidak, bagaikan satu culture. memandu laju, dan tiba-tiba berhenti secara mendadak kerana melihat seorang laki-laki yang berbasikal dan dua wanita yang sedang berjalan kaki, hendak melintas jalan walaupun lampu isyarat konpem2 kaler hijau. ohoi! kagum lah dengan mereka.

namun ya lah, masyarakat semoden ini, sebertamadun ini, secanggih ini, ketiadaan paksi islam yang mampu menjaga perilaku mereka pastilah akan merobek-robek akhlak mereka yang mapan itu! sedih, kachiwa, dan dukacita. sangat berdukacita. seminggu pertama di sini, saya cukup merasakan perbezaan attitude atau sikap masyarakat yang mendiami benua eropah ini. namun sebulan di sini, saya sedar satu perkara. islam dan muslim itu mesti bersama. tiada salah satu, pasti terjunam jua tidak kiralah bagaimana pun.

"ohoi! anda ni Che Cardio, anda nak bukak fatwa baru ke hape ni?"

eh. bukanlah. anda ni... haishh...

pernah terdengar pendapat seorang syeikh dari Galway, beliau kata,(ini beliau kata, bukan saya okeyh?) beliau melihat islam itu di negara-negara eropah. namun tidak mendapatinya di negara-negara islam. owh, saya mula pening dengan pendapat beliau. namun ada sedikit anggukan di saat pernyataan tersebut terkeluar dari speaker dewan. *angguk beberapa kali

dan sejujurnya, attitude mereka itu lah yang menjadikan mereka maju semaju mereka sekarang. namun ya lah. ini hanya pendapat saya. terserahlah kepada anda. owh, tiba-tiba saya kehilangan mood untuk menulis! juga haluan! nantikan Angau Intoxicated II spesel untuk housemate!(which is the first reason i wrote this post, namun melencong pula. ah, sungguh menensenkan!)

salam alaik. ingin solat dan terus menulis.

Che Cardio,
Dublin Ireland