Friday, March 15

Lompat! Eh, Jangan Lompat!!

Salam alaik.

sudah hampir berhabuk kulihat dinding encik belog yang sudah lama tidak kuusap-usap mesra dengan sutera kata yang dihadam2. Malah kadangkala....

Haishhh! apa bunga-bunga pagi hari ni! hambar3!

eh? apa aku kisah? wahaha~

Sekian lama tidak mencoretkan kata, melakar kata-kata yang kadangkala bila aku buka kembali post-post lama dan baru(baru kut celah mana dah lama x tekan keyboard neh -_-"), aku sendiri bagaikan gagal betul-betul memahami bait-bait yang lancar sahaja aku lafazkan 2-3 bulan yang lalu. Dan aku ditinggalkan termanggu-manggu sendirian. Tanpa kata. Tanpa bicara. Gituehh. -___-"

Di kala ini, di kala umur masih setahun jagung cuma di dunia D&T yang bapakk luas ini, aku tiba-tiba rasa pilu. bukan sekadar sedih, tapi pilu. Bagaikan jantungku ini kau cucuk-cucuk dengan lalang hijau yang tumbuh di belakang rumah. Sakit. Rasa nak menangis.

Aku lihat orang-orang luar memandang serong. malah kadangkala mengeji aku. mengeji aku, kita, dan mereka. mengeji pada perkara yang bagi aku tiada pokok pangkalnya. tiada penghujungnya. malah tiada asasnya. Pedih. di sudut hati. "Ahh! korang semua ni sama! Tak join usrah, kira tak boleh masuk syurga kah?" Menangis teresak-esak dalam hati sambil mulut masih mampu melenturkan senyuman hambar. Hanya di sini aku mampu menjawab tempelakmu itu wahai saudaraku sayang.

"Tidak pernah sekelumit zarah pun hati ini merasakan bahawa budak usrah dapat sorga, budak tak join usrah, takleh masuk sorga. Tidak pernah saudara. Tidak pernah sama sekali. Malah aku juga masih menangisi diri ini, adakah layak aku mencium bau sorgaNya itu dengan noda dan dosa ku ini? adakah mampu aku mengintai di balik pintuan sorgaNya itu dengan amalku yang tak seberapa ini? Adakah mampu diri yang masih tidak hidup 24/7 untuk islam ini melangkah masuk ke sorgaNya itu? Ukur selak baju di badan sendiri... Aku masih merasakan diri ini tidak layak... T_T"

Di jalanan ini. Aku melihat satu-persatu kelibat ikhwah melompat keluar dari gerabak dakwah yang masih jauh dari boleh dipanggil penuh ini menghilangkan diri. Tanpa kesan. Tanpa bekas jejak. Kadangkala ku lihat jua yang menghilang itu berusaha keras menyampaikan syahadatul haq nya di gerabak yang lain, namun masih selari dengan perjalanan gerabak yang ku naiki ini. Bersyukur berlinangan air mata andai itu yang terjadi. Namun kadangkala aku kesal. Apabila yang melompat turun dari gerabak. Melompat. dan berhenti dari bergerak. ke depan atau ke belakang. malah memejamkan mata dari gerabak2 yang lalu lalang. Aku yang hanya mampu melihat. Terdiam.

Ku selaki helaian-helaian manual hidup. Ah! Dimana ayat keramat itu. Oh ya. Di sini:

"Sedangkan kamu memilih kehidupan dunia, padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal."
(87:16-17)

Aku terkedu. Sendirian.

"Ah! kau che cardio! Baru setahun jagung! Masih tidak mengenal mehnah dan tribulasi di jalanan ini! Kau cuma tahu berkata-kata sahaja! Medan cakapmu wujud, tapi medan amalmu! Heh! melayang-layang di jalanan saja!"

"Bedebah kau che cardio! Kau bukannya tahu! Peperiksaan kami susah! Kau baru tahun pertama perubatan! Tunggulah kau naik tahun kedua, ketiga nanti!"

"Ciss. Berani kau! Kau ingat kau masuk usrah dah konfirm beli tiket ke sorga kah? Jangan nanti percakapanmu ini jadi hujahmu semata, bukan dibuktikan dengan titik peluh pula!"

"Tinggalkan jahiliyah aku? Ah! Extreme yang terlampau kau ni che cardio! Syadid! Kita mengambil jalan tengah untuk semua perkara, tahu! Tiada dosanya!"

Dan aku menangis tersedu-sedu lagi. Dan kala itu. Tiba-tiba sahaja. Aku terbayangkan kata-kata inche gabbana. 

"Kenapa akhawat mampu melakukannya? Kenapa?" (Inche Gabbana, 2012)

Dana seperti biasa, jawapan skema untuk hari ini:

"kerana akhawat benar-benar bukan manusia." *pengsan


Aku sendiri masih tidak tahu perjalananku di dalam gerabak ini. mungkin jua hari ini aku bercakap lantang, mungkin esok aku futur keguguran. Mungkin hari ini aku mampu mencurahkan infaq untuk ummah, mungkin esok aku syahid melompat keluar dari gerabak dakwah ini. Mungkin.. ah.. mungkin saja... 

Tapi ku doakan. Dan mengharap doa kalian. 

"Ya Allah. Jika engkau mentaqdirkan mati. Maka, matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu, jalan dakwahMu yang kau redhai, dan janganlah Kau pesongkan hati kami ke arah kesesatan dan kebatilan. Amin."

Sekian. Wassalam.

Dari yang dilanda keterbantutan,
Che Cardio
Dublin, Ireland.


P/s: Jika menjadi manusia menghalang aku dari menjadi seperti ikhwah akhawat yang sudah berterbangan, maka biarlah aku menjadi lebih dari manusia. *muka serius kerut kening



  

3 comments:

Ammar Adnan said...

manwop9999X

Anonymous said...

Akhawat tak akhawat, only Allah knows what's behind and inside. when you learn it the hard way, you'll appreciate it better. no? (:

Anonymous said...

yg dilanda keterbantutan. LOL