Sunday, November 6

lalat itu agen penyabar

salam alaik.

masih lagi dihantui kerja2 yang membukit. naik rimas che cardio melihatnya. oh kena mujahadah.

tiba2. seekor serangga melayang-layang dihadapan muka che cardio. beliau dengan muka toya dan bersahaja landing di atas lengan che cardio. oh sungguh mencabar keimanan di tengah hari sebegini. bau hanyir darah lembu yang baru sahaja menemui ajalnya tadi mula mencucuk-cucuk rongga. oh patutlah. dengan langkag bersahaja, che cardio menjentik serangga tadi. dengan pantas beliau melarikan diri. geram sungguh. beliau menari-nari di hadapan che cardio bagai mintak disembelih. oh sabar. mujahadah itu sangat susah kan? oh, apa agaknya nama beliau ya? tentu cik2 semua dah boleh teka.

ya. serangga itu ialah lalat yang berwarna hitam kehijau-hijauan. sekilas di air, sudah ku tahu jantan betina. namun sekilas lalat di udara, tak mampu che cardio nak tahan sabar.

memetik kata-kata encik K, seorang sahabat. "lalat itu agen penyabar bagi manusia." dan diiringi dengan gelak ketawa tentunya. fikir-fikir balik. betul juga. lalat diturunkan Allah besar kemungkinan untuk menguji kesabaran hambaNya yang kurang bersabar seperti che cardio ini. oh rasa diri ini lemah. jauh di hujung cerebrum, che cardio percaya. ya. ada hikmahnya diturunkan lalat di atas muka bumi. setiap sesuatu yang dijadikan itu pasti ada hikmahnya. hanya bergantung kepada kaca mata si pemerhati sahaja. dan mengikut bebola mata che cardio, ya. lalat benar-benar sejenis agen penyabar. tak dapat dinafikan. che cardio sudah tewas beberapa kali. anda bagaimana?

sebut pasal encik lalat. teringat kajian sains encik D mengenai lalat. bagaimana khabar lalat2 beliau agaknya. sedikit teruja melihat kajian sains teman-teman hanya kerana diri di beri nikmat menjalankan kajian sastera. oh cantik sungguh percaturan Tuhan. andai che cardio diberi tugas kajian mengenai encik lalat. masakan dapat menyiapkannya. Subhanallah.

oh sungguh tidak menyelerakan jika dibandingkan dengan dewan selera!
 sekian. salam alayk.

No comments: