Thursday, September 27

Muhasabah Dublin #1

salam alaik.

biarlah orang nak kata apa. orang kata budak medic sibuk ke. hape ke. saya tetap nak share jugak.

alhamdulillah, sudah hampir tiga minggu berada di kota dublin ini. dan sudah banyak yang dapat diperhatikan. dari segi penduduknya. dari segi attitudenya. dari segi aktivitinya. dan banyak lagi yang dapat mata kurniaan Allah ini saksikan secara live dan bukan hanya di televisyen mahupun dari mulut2 habang2 kachak yang bertandang membawa kotak-kotak piza size extra large. waah! wahan betol!

berkesempatan mengunjungi ikhwah berdekatan tempoh hari, lalu menemui permata-permata yang cukup bernilai untuk saya sendiri gunakan dalam hidup. malah jika anda jenis yang sukakan permata, anda boleh ambil sahaja tanpa perlu meminta-minta mahupun membekukan diri di grafton street!

dipetik dari seorang habang F yang sangat mantap(dan mempunyai anak2 yang comel tahap x hengat sehingga terasa ingin mencobek2 sahaja pipi putih mereka itu, oke fokus). kata beliau, pepatah melayu selalu kata, 'berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian', anda tahukah apa sejarah terciptanya peribahasa itu? haa... sedikit sahaja yang tahu bukan?

tapi, sejujurnya, saya tidak tahu menahu tentang sejarah dan asal-usul peribahasa itu, maaf. mungkin anda boleh cari pakar bahasa mahupun sejarah di mana-mana untuk menceritakan kepada anda. namun di sini, sahaja ingin berkongsi, bahawa alquran telah menyebut perkara yang lebih osem dari peribahasa itu, percayalah!

bak kata inche F lagi, dalam salah satu 'surah langganan panjang sedikit' imam solat jemaah(seperti addhuha, al insyirah dsb, anda tahu bukan surah2 tersebut? eheh), iaitu surah al insyirah, atau biasanya che kiah dalam kampung saya panggil "alamnasyroh" sahaja(kesian, che kiah pulak jadi mangsa), di dalam surah tersebut ada menyebut dengan jelasnya, "sesungguhnya dalam kesulitan ada kemudahan". pasti pernah terserempak atau terlanggar bahu bukan dengan ayat ini? ya. ayat ini lah yang saya maksudkan.

kenapa lagi osem? ya lah. peribahasa melayu kata, selepas bersusah payah, baru dapat kesenangan, tapi hakikatnya, level penyayang Allah memang xboleh kita ukur kan? sangat sayangkan kita sampai dalam kesenangan pun Dia masih nak bagi kemudahan. subhanallah! Sayangnya Allah kat kita! dan kita? apecer?

dan tak cukup dengan tu, di sambung lagi di hujung surah yang berbunyi, "maka apabila engkau telah selesai(dari sesuatu urusan), tetaplah berkerja keras(untuk urusan yang lain).

pada awalnya, saya macam x terkesan sangat dengan ayat ini, namun pagi ini, Allah bagi tarbiyah direct kepada saya dengan sedikit insiden(yang menyebabkan saya tetiba berkobar-kobar dan menulis dan mengeshare kan perkara ini), dan seperti biasa, tak perlu lah saya ceritakan insidennya. namun mengambil ibrah daripada insiden tersebut, saya menyelongkar mushaf merah darah yang sudah nampak usang namun penuh berjasa, mencari ayat yang terbaik untuk menghentam diri sendiri yang sudah kekeringan ini.

dan dengan takdirnya, saya menemui ini,

"Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang menjauhkan diri dari(perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna."
(Al-mukminun:1-3)

dan tiba-tiba rasa sedih melihat diri sendiri selama tiga minggu ini. TT_TT

diri yang lemah ini masih tidak dapat menampung kejutan budaya(dan cuaca, eheh.) dan perubahan suasana untuk diri ini. anda pula bagaimana?

tertanya-tanya, bagaimana 'mereka yang kuat-kuat itu' boleh konsisten dengan mutabaah mereka sedangkan saya terkapai-kapai hanya untuk menstabilkan diri bila ditiup angin irish. ya, angin budaya dan angin suasana. cukuplah muhasabah untuk hari ini. semoga menjadi panduan untuk kita sedar kesilapan kita pada hari ini, dan semoga esok akan jadi hari yang dimana kita sudah menjadi lebih baik. kerana muslim itu mesti berusaha untuk jadi lebih baik setiap hari.

dan hanya untuk pengetahuan anda, post ini saya tujukan khusus untuk anda ya? ya. andalah. (saya tahu anda tahu siapa anda). aman.

salam alaik,
sedihlah kalau kita xnak muhasabah balik kan? [kredit]

Yang masih melihat dan tidak sanggup lagi untuk hanya melihat,
CheCardio
Dublin, Ireland
9.46 am



2 comments:

zaid nasir said...

9.46 pm bukan tengah makan ke?

Unknown said...

bawang...kenapa bnyk sgt bwg yg dpotong ni?meleleh da mataku