Friday, June 8

Inche Habuk Sila Blah Boleh?

salam alaik...
at this point in time, i was like banyak gila nak cakap, tapi malas gila nak tulis type.. boleh ke macam tu? haha. pon bolee..

in middle of nothingness. rasa macam hidup tak lengkap. perlukan sesuatu untuk melengkapkan hidup. and nope. saya tak maksudkan sebarang jenis makhluk hidup yang berlainan jantina disini. sila jangan silap faham.

semalam buat keje buang tebiat. kemas bilik. oke tu takdelah buag tebiat sangat. kemas bilik start asar sampai isya'. oke saya rehat lah kejap time solat. pastu sambung balik. macam orang tak betul ni bila mood tak tentu hala tu datang. nak kemas pakaian je sebenarnya petang tu. lipat punya lipat. siap lipat rasa tak best. nak buat lagi. (oke ni dah masuk part buang tebiat). okeyh buang sume baju adik saya(currently at uitm penang) bawah turun kat laci paling kecik... wahaha~ *gelak evil. ye la. selama duk KMB die conquer bilik ni, sume baju saya dalam laci kecik je. duhh. lemah semangat.

lipat-lipat baju adik. then ruang besar saya punya lah kan? nak bagik sapa lagi. nak menginap 3 bulan kot kat rumah. i need some space. haha. *gaya xleh blah. okeh. almari setel. aduss. berdebu lah plak bila dah kemas pakaian dalam wardrobe neh. hurm. pikir-pikir.

okeh. time for some sapuan. 'sapu'an. betul la kot grammar saya. kalau tak betul pun kira lepas lah. informal writing kan?(mesti ticer raieda xkan baca bebelan nih. haha.) nak sapu, mesti sapu bawah katil sekali kan? okeh selak cadar slow2. tiba-tiba...

wargh!!!!

okeh. bukan ada pape pon. bajet nak buat citer seram malam-malam ni?

yang ada hanyalah debu-debu yang konpem tak boleh nak diguna untuk tayamum and beberapa sampah-sarap yang bergelimpangan(okeh gambaran yang ter'over'). garu kepala. apa nak buat neh. nak carik penyapu. nak carik penyapu.

there u are. berkilat lagi. baru beli kat penang.(i was like_ hape la banyak2 tempat, kat penang jugak nak beli penyapu). takpelah. dan bermulalah episod bersin bersiri dari petang sampai malam. sempat jugak alih posisi katil bersaiz permaisuri dalam bilik ini. dah semakin besar nampaknya bilik ini.

oke tambah ke'buangtebiat'an lagi, boleh pulak ni nak mop bilik malam-malam buta. Ya Allah. mama memang geleng kepala tengok anak jantan mop bilik malam-malam buta. oke. the kepelikan increases when, masa tengah mop tu... abah tegur,

"hang pi mop lantai guna sabun apa?(hanya accent random, abah saya cakap kelantan lah)"

"err... sabun biru sebelah bilik ayaq," aku jawab dengan wajah selamba badak

"kah333!!!" abahku ketawa xde irama

"awatnya?"

"yang hang pi amik sabun pencuci tandas buat apa?! amik la sabun cuci lantai!"

i was like.... mak oi patutlah bilik aku harum semerbak je...

hadoi.. and that was it. memang habis kena gelak je lah semalam. nasib baik. dan sangat bernasib baik baru satu tarikan sapuan ke kiri mop yang dibuat(kalau anda biasa mop rumah, anda akan faham maksud saya). then pergi lah balik ke bilik air, tukar sabun.. urgh.. sungguh memalukan.

tapi tulah. kita belajar dari kesilapan kan. ingat bau sabun wangi boleh guna untuk semua tempat ke? haha. tak pernah rasa tak pernah tahu kan?

dan begitulah penyucian bilik yang berlangsung. sekarang bilik dah cun, boleh lepak dengan senang hati. nak buat benda2 personal pon okeyh jer, xde org kacau. hoyeah! (oke, sila fikir guna hati yang bersih dan beriman)

ibrahnya? lorh, ye la. xkan main cite je benda2 kosong takde manfaat macam di atas? apa guna tulis blog bro kalau input tak bermanfaat untuk org lain or at least untuk diri sendiri. tak buang masa ke? haha.

okeyh first sekali. aku sedar, yang kadangkala, kita perlukan perubahan yang visible dalam hidup kita. perubahan posisi katil bersaiz permaisuri dalam bilik ni dah sedikit sebanyak membuka ruang untuk aku sediakan tempat nak solat. sebelum ini, solat kat luar bilik, or bersempit di celahan katil dan almari. oh sungguh tidak selesa. perubahan yang visible ini kadangkala boleh bagik kita ruang untuk kita baiki diri. perbetulkan skru2 yang dah longgar dan adjust sket2 apa2 yang patut. di analogikan daripada susun atur yang baru dalam bilik.

now i got ruang bersolek(bersolek ni...>_<) depan almari yang agak luas. boleh posing2 lagi. and i got about 40% of my room's space for solat and benda2 lain. memang kosong lah. katil dah saiz queen. so, kalau korang datang rumah aku, memang aku boleh gerenti bilik aku lah yang paling best untuk dijadikan port lepak. haha~ (gaya kerek). sama gak dengan masa kita dalam hidup. jika disusun aturkan seefektif mungkin, anda akan dapat ruang kosong yang banyak lagi melimpah ruah. setelah sampah2 dalam bilik(jahiliyah dalam diri) dicampak ke dalam tong sampah yang comel di hadapan rumah, pastilah bilik(ruang dalam hati) akan lebih bersih bukan?

dan lagi, saya sudah buang debu2 dalam bilik. bermakna habuk2 pasti sudah tiada. maka? maka tamatlah drama bersiri berjudul bersin itu. haha. itu pun susah nak figure out kah? anda ni.. namun, habuk-habuk itu pasti akan datang lagi bukan? konfirm lah. mustahil lah kalau mereka tak ingin membalas dendam terhadap saya ini. pasti seluruh anak pinak akan dibawa bersama untuk menyerang bilik ini nanti. habislah saya! oh tidak semudah itu, inche habuk. saya ada penyapu baru made from penang oke. anda ingat saya ingin membiarkan anda mengetuk pintu bilik saya dan masuk dengan tenang. haha. mustahil! begitulah juga dengan hidup kita yang bermujahadah ini, nak tak nak, kita kena top-up iman lah selalu lah bro, senang citer. caranya? nah amik mutabaah amal(er, anda boleh carik di mana2 kedai runcit yang berhampiran) mujahadahlah untuk penuhi mutabaah amal anda. sebabnya? haish.. anda mahu inche habuk menyelinap masuk dengan bangganya kah?

saya rasa setakat itu sahaja karutan pada malam ini. tidak mampu tidur sebenarnya. niat di hati ingin mengarut mengenai subjek di KMB esok. tapi tengoklah. masa saya tak banyak sangat. malah sama saja dengan kamu semua. kat rumah dah jadi chef tak berbayar. tadi masak nasi ayam. minggu lepas ayam black pepper. saya mahu belajar masak nasi kerabu pula lah. anda mahu? jom, datang rumah saya makan!haha

[kredit] oke. ni sumpah bukan bilik aku.
selamat malam Mr Blog. salam alaik.

No comments: