Tuesday, June 26

Mengejar Makhluk2 Terbang di Angkasa!

salam alaik...
writing with the end in mind.. that is probably the most hardest thing for me... no matter how long i think, the ending would just be the same.. different from the initial plan... its hard to stay on track huh?

well, it's been some time since i write my last post. yup, have been travelling around for the past two weeks... alone? haha... definitely a no.. my ikhwah are going as well and am really glad that most of them are there as I won't be seeing some of them due to early flights such as Inche Suparman and Inche Polar Bear..

About the programme? haha. one word. osemness! (okey tukar mode manglish) gila tak terbayang perogerem 12 hari boleh jadi semantop itu.. i was expecting dull sharings and so so ngantuk punyer tazkirah... but a tonne of cow dung splashed over my face... kecepek! poor me.

let me tell my journey first before i go into the details... mula-mula naik kereta api tanah melayu yang comel montel tu, sampailah ke kl sentral. turun kat kl sentral, kumpul2 dengan ikhwah lain, dari serata dunia, walaweh! serata malaysia. maaf, terhiperbola. maka dengan enaknya kami menbantai nasi kukus ayam goreng berempah ratus pilihan rakyat beramai-ramai di fudkot KL sentral. sungguh enak makan sambil disajikan dengan wajah-wajah kepenatan ikhwah terchenta. bagaikan sudah perfect cuti ini. hoyeah!

sesudah perut kami mula mengelap lantai kl sentral itu, dengan mengengsot, kami menuju pula ke KTM Taman Melati sebagai destinasi seterusnya. wah, macam the emezing race ni! sampai di sana disambut ayahanda atau nama comelnya popojie(popo=bapa panggilan panglima awang org sarawak) dengan sebijik bas kuning yang err,, kire osemlah.. yang penting bukan basnya atau pemandu india bas itu, tapi penumpang2nya sumpah manusia2 qawiey yang ada beberapanya sudah mampu membuka tingkap bas dan terbang!

namun, perjalanan selama hampir sejam itu tidak mampu membuka ruang untuk berukhuwwah dengan super saiya-super saiya yang ditemui dek kerana terlalu kepenatan. kerusi sandar direndahkan. topi ditarik menutupi anak mata. i'm done. babai dunia sedar.

membuka mata, terus terbeliak melihat panorama yang sungguh memikat hati jantung perut saya tatkala menyedari bas sudah berhenti di sebuah tempat peranginan di negeri pahang. Bukit Success sememangnya memukau ekor mata, namun raut wajah ikhwah yang penuh dengan segala macam benda itu nyata lebih memikat hati saya sejujurnya. ya lah. sudah hampir dua minggu tidak ketemu. apa lagi? mandi tak basah, tidur tak lenalah!

ya, menginap di sana selama beberapa malam. menghabiskan masa dengan xtvt yang sumpah berfaedah untuk diri dan juga ummat. haha. tertanya-tanya bukan? bagaimana menghabiskan masa bermandi-manda suatu aktiviti berfaedah untuk ummat. haha. adalah caranya. pengisian demi pengisian berjaya di lalui dengan tabah. kadangkala syahid juga di bahu ikhwah mahupun di kepala lutut sendiri. namun semoga Allah membalas jasa hamba-hambaNya yang berusaha mencari redhaNya. AllahuAllah!

selesai di Bukit Success, menaiki bas cumil lagi ke pejabat uhuk3 untuk sesi seterusnya. sehari bersama hadek2 intec dan KMB di pejabat itu. merasakan ruginya masa di KMB yang aggal digunakan untuk berukhuwah secukupnya. menyesal itu tiada gunanya. sempat juga meneroka hutan tropika, menembusi sungai tekala bagi mencari port masyuk untuk rehlah ukhuwah pada pagi yang terakhir itu. oh sungguh sejuk enak menghayati tazkirah dalam keadaan hanya kepala yang berada di atas paras air. tazkirahnya pula. waah! gila mantop wa cakap tu. muzakkir(orang bagik tazkirah) pon dah semngat menjerit2 sampai geng2 atas bukit sinun mula intai2 kitorang and buat muka macam tengah tengah tgok golongan black metal buat ritual. ye la. peliklah di mata masyarakat duk buat syiar tarbawi dalam keadaan terendam macam tu. kan islam itu asing, tak gitu?

adik2 pulang, mulalah sesi yang mula membuka pekung di dada, menjatuhkan rahang bawah, menanggalkan gigi2 palsu makcik2 yang mendengar, dan banyak lagi deskripsi yang tak mampu diterjemahkan melalui kata-kata semata2. namun, sejujurnya, pertama kali merasakan mata bersinar2 menerima ketukan tukul 50 pound ke benak hati yang tiada pengisian sebelum ini yang pernah mampu menjangkau ke tahap itu. osem bukan? (mata kelip2)

usai rentung hangus menjadi arang, arang hancus menjadi abu, kami di bentuk kembali mempersiapkan diri untuk jaulah ke pantai timur yang saya kira kemuncak osemmness perogerem kali ini. bertindak selaku kuli cacai, memandu kereta ferrari merah milik seorang bakal guru math, memantapkan skill2 pemanduan dan berjaya memandu untuk beberapa ketika sebelum naik pangkat menjadi dato kehormat yang sedap tidur berdengkur saja di belakang. huhu.

sampai di kuantan, pahang. menerima err.. pengisian.. ke taujihat... ke sama je? x kesah lah... janji ada yang bercakap dan mendengar di pejabat *bunyi train lalu.. pahang... pengisiannya, walaweh!! saya konpem masyuk! tapi tu lah.. er.. penulis terlentok biarpun berada betul2 di depan pentazkirah. aduss... sekali lagi, doakan semoga Allah membalas usaha hamba2Nya yang bermujahadah. amin.

selesai di situ, berangkat lagi. ke kuale terengganu pula... tinggal di RI kuale tganung... RI? haha.. macam R&R kan bunyinya? haha... tapi tempat itu... waahhh... jangan bayangkan... sungguh osem lah! berada di KT selama beberapa hari, melalui beberapa aktiviti yang mantop. dan bertolak ke rumah terchenta di kota bharu...


itulah brief perjalanan selama 12 hari memburu sorga. bakal meletakkan episod2 yang akan di hapdet agar saya sendiri tidak melupai saat2 bersama mereka. huhu... sekian sahaja. lain kali ya?


salam alaik.


p/s: saya rasa saya sudah ketinggalan jauh dengan ikhwah saya. saya juga mahu terbang bersama mereka. tidak mahu selamanya merangkak. hei, kamu yang sedang terbang itu. tariklah saya sekali. janganlah tinggalkan saya. tak kesiankah dengan saya yang tertinggal ini? *buat mata kucheng comel yang sedang mengejar makhluk2 di angkasa. 

[]

1 comment:

Anonymous said...

Nikmat Allah sangat luas buat kamu. Alhamdulillah. Moga berterusan dalam mujahadah.

Hargailah nikmat2 ni, sebelum Allah tarik balik pinjaman-Nya. :)