Monday, June 4

Kepala Besar!

salam alaik...
terasa lama tidak mengepost walaupun baru dua-tiga hari... haha

saya baru pulang dari jalan-jalan pusing semenanjung dengan femili. huh. sungguh memberikan tekanan jiwa dan perasaan sekali. apa tidaknya. dari kelantan, singgah di Cameron beli jagung rebus(what the?) sahaja. i repeat, pusing jalan yang macam ular kena palu tu bagai nak tercabut kepala lutut just for a bite of jagung rebus.. well. that's my mom for you.. ahaha.

then, turun lagi(eh, ke naik?) ke Ipoh(Ipoh malii~~) amik kakak di what they call Tronoh. alah, dekat dengan UTP 2... haa, taw xpe.. and from there, abah cakap, "sape nak bawak?"

saya macam... err... *fingers up...(masih lagi dengan muka malu2 kucem).. okeh sungguh tak leh blah... abah baling kunci... sambut.. what is this feeling... TT_TT

haha... jika anda sudah mula rasa boring dengan celoteh saya.. sila pangkah butang merah di hujung belah kanan segera sebelum saya masuk mode dramatik habess~ wahaha. oke siyes.

bila abah bagik kunci unser tu.(kunci unser manual oke. bukan kancil kecik mahupun myvi auto yang diparkir di depan rumah sekarang) ada rasa lain. haha. it was like. i have grown up. haha. gila bajet bunyik nyer. but that's the word. i have grown up. fulsetop.

ye la. sumer org grow up right. and undoubtedly in their own unique way. ada yang dianggap dah besar bila dorang dah kawen(erk.. maaf ini bukan post pasal bm). ada yang dianggap besar bila dah start keje(well, dah ada duit sendiri kan?). in the case of my family, kebanyakan kitorang tinggal jauh dari keluarga(i mean kat hostel), so rata2 memang boleh hidup sendiri, tanpa rasa homesick. boleh berdikari(beli kari makan sendirik, bak kata piee dlam mami jarum). kira dah besar la tu. tapi ultimate point bagi saya sendiri personally is when abah bagik bawak kereta jalan jauh(kalau takat pulas stereng dalam garaj rumah sepupu sy yg 3 tahun 2 pon selalu buat). rasa macam dah besar. ye la. umur pon dah nak masuk 20 lagik 5 bulan. haish lama lagi tu..

tapi tu la... rasa dah besar kan..

tak riak ke 2? erk. eak?

what's the point of me telling all these here. just another story of me. haha. well, i have some time to kill right know. but wait, there's a reason.

okay kita tengok diri sendiri. tanya diri sendiri, bila masa yang kita rasa kita dah cukup besar? i mean 'besar' metaphorically, bukan 'besaq' size... kalau besaq size, sy memang xkan mencapai maturity lah.. hadoi... oke kembali. melalut je. bila agaknya? haha. banyak jawapan kan.. yup, it depends on how u see yourselves.. tak gitu?

something to ponder upon. pagi tadi baru saja habiskan UsKab wilayah kelantandi masjid biru kubang kerian. tadabbur surah al-hadid atau surah besi... kemudian ustaz arif belanja makan(wahaha~ *gosok tapak tangan) dalam pada duk menunggu habisnya tazkirah ustaz arep yang dah membuatkan perut ini pasang lagu Ngajat Tampi(memang x khusyuk habis lah ni, mana xnya, pergi uskab x breakfast... hadoii..), terdengar sepotong bait yang dalam dari bibir ustaz.

jika saudara NcR dan Inche G pernah kata Tarbiyah itu mujahadah, ustaz arep punyai ayat yang sumpah osem di telinga saya. di dalam separa kekhusyukan itu, terakam juga kata-katanya,

"tarbiyah itu is when you push yourself to perfection"

wah. ingat nak kagum dah ustaz cakap omputeh. tapi my mind struck me by force to ponder upon that quote.

"tarbiyah itu is when you push yourself to perfection"

smash! straight ke dalam jantung. pedih ulu hati. nak carik gaviscon. nak carik gaviscon. eh.

sehingga ke hari ini. sudah hampir dua tahun ter'jerat' oleh bekas murabbi, Am, dalam kancah DnT ini. sehingga ke hari ini. sudah berapa jauh saya menolak diri ini kearah perfection. atau masihkah di takuk lama juga. sama saja seperti permulaan dahulu. atau nauzubillahmin zalik. mungkinkah diri ini makin teruk?

rasa diri ini sudah cukup 'besar' bila mampu bawa kereta dari Ipoh ke Penang? fikirkan kembali. haha~

selalu saja kita selaku orang yang ditarbiyah 'perasan'. bak kata orang muda, "syok sendiri". haha~ muda lagi, 'bajet bagus'. ye la. apa tidaknya. kita dah lalui segala mak nenek jenis pengisian hingga kalau nak list nama pengisian pun mungkin dah tak tertulis. kita dah tempuh bermacam-macam mehnah dan karenah dengan usrahmate, anak usrah, murabbi malah mungkin dari rakan-rakan sebaya.

tak cukup besarkah kita? okey. apa lagi. kita dah anjurkan segala jenis perogeram untuk hadek2 dan jugak untuk kawan2 untuk bagik dorang lebih kefahaman tentang deen ini. tentang fikrah ini. tentang matlamat hidup ini. dan kadangkala bila kita tengok orang lain dari kita, tak kira la dari segi fikrah ke, pandangan politik ke, ideologi ke, kita mula besar kepala. ego tak tentu hala. hai? tak cukup besarkah?

besarnya kepala kita. eh. kepala saya. maaf. anda mungkin x terlibat langsung dalam hal size kepala ini.

apabila di tanya, "semenjak anda mengikuti tarbiyah, sudah sejauh mana anda berubah?" ketika daurah wada' tempoh hari, saya jadi kelu. tak tahu. saya dah berubah? haha. funny. orang berubah punyalah mata ni cekap menangkap. hingga riak muka Encik K yang berubah pon saya boleh baca, inikan pula perubahan sikap orang yang kita hadap tiap2 hari...

ya. mungkin saya lebih faham tentang fikrah ini. memahami deen ini lebih dari saya dua tahun lepas. namun sekadar memahami hakikat itu, sudah berubahkah saya. atau lebih tepat lagi, sudah 'besar'kah saya?

bagus juga bila ada yang memerhatikan kita. namun tidak semua ikhwah seperti saya. kerja usha orang saja. well, i'm very observant. err.. saya usha lelaki sahaja ya. (sila jangan kotorkan minda anda) jadi kadangkala rasa stress bila hendak menilik diri.. sudah berubahkah aku? inikah perubahan? inikah perubahan ke arah yang lebih baik? ye la. mana tahu, saya berubah ke arah lebih hipokrit.(nauzubillah)

kadangkala rasa takut. kadangkala rasa was-was. inikah perubahan? kerana saya tidak merasakan diri ini terubah. atau itu hanya mainan minda sahaja. wallahu alam. semoga perubahan ini(jika saya memang undergoes perubahan lah kan?) kekal dan jika saya tidak berubah pun sebenarnya, doakan saya agar cepat berubah. saya tidak mahu ketinggalan. ikhwah saya sudah banyak berubah. saya mahu jadi seperti mereka. saya juga mahu jadi 'besar'. aman.(mode: rindu ikhwah KMB TT_TT)

nite Mr Blog.

p/s: baru sahaja menghabiskan Hlovate's contengan jalanan. mode saya masih berfalsafah mengenai perubahan dalam perjalanan carik Tuhan.




kredit



1 comment:

Abe Am said...

salam...
momomo~~

ni blog sape yer?