Saturday, June 9

Subjek-subjek Mapan!

salam alaik..
seperti yang diuar-uarkan... rasa nak mengepost pasal IB sekejap.. haha. bukan apa. rasa lucu tengok hadek2 duk bising kat fesbuk tanya tu la. ni la. what i'll say, "masuk dulu, rasa sendiri. baru dapat rasa nikmat IB(haha~ ke seksa?)". but yup. sure. a tips or two won't budge. but i ensure u, having all the tips does help, but it doesn't make u an IB survivor... (well, i'm not yet a survivor myself. not until the results pop-out. heh)

rasa nak cakap ikut susunan IB exam jer. haha~ cam best je. okeh then, we'll start with mathematics sl.

Mathematics SL

Well, how to put this into proper words. hurmm.. it is like additional mathematics during F5. except that u can't really score. haha~ masa cikgu mengajar tu, rasa macam faham giler. dalam otak, siap boleh cakap lagi. 'owh, takdelah susah sangat math ni'. duuh. and bila time semester exam, gaya yakin nak mati lah ni nak dapat 7. memang yakin habis lah. but that stopped until i finished my paper. OMG. that was hard! memang tak cukup masa! and the answer? soalan apa ni? olimpiad ker hape? and seriously, i wasn't prepared for that level of  questions. and for sure lah. tak dapat 7. tapi dah boleh agak, so, takdelah frust sangat. i got a 6. same for semester 2. and finally a 7 for sem 3. memang semput ah. tapi bila dah masuk sem 3 tu, math sl takdelah susah sangat sebenarnya. macam add math gak, bila dah lama hadam soalan2, patternnya sama je. tapi tulah. latihan. latihan. and latihan. (bunyi cliche kan untuk math. tapi tulah.. haha.) hopefully getting a 7 for IB. ameen~ cikgu math? haha~ one of the legend back in KMB. asal legend? haha~ ade ceritanya. takpe, skip that. she was an awesome teacher. macam double personality pon ade. ye la. in class, memang garang x hengat lah. sumpah takut gila awal2. memang cuak tak habis ah masuk kelas dia. malam2, mesti check timetable, ade math ke x. kalau ade, memang selongkar kerja rumah kalau ade, even if masa tu dah pukul 2 pagi waktu mesia. haha. tapi dah selalu pergi lepak sembang-sembang kat bilik guru, memang stylo habes ah. org kata, jiwa remaja. boleh plak siap kongsi2 secret.. haha~ lepas dah kamceng tu, terus memang terbuang ah rasa cuak dengan cikgu aida, so, keje banyak x siap pon, boleh senyum sempoi je, padahal classmates dah menggigil.. haha.. sumpah takkan lupa period math kat KMB. osemmness!

Chemistry HL

hurm... subjek ni gila2 lemah ah. arghh! at one point, give up nak dapatkan 7. ye lah. dari sem 1 sampai la ke sem 3. memang sangkut kat 6 je. duuh. sadis bro. masa belajar, memang faham habis ah. tapi time exam, macam... err... aku faham soalan ni... tapi.. err... jawapan dia pon aku taw... tapi.. er... nak tulis apa ni? sumpah terkial2 time exam... ah. taram je lah. sebab taram yang jadik 6 sampai sudah tu. ah! tak kesah, aku nak 7 jugak untuk IB.. haha~ amin. cikgu chemistry? haha~ cikgu paling muda kat KMB. (eh, ke x?) x kesahlah. janji antara yang termuda. awal2 takut gak ngan cikgu fazila, sebab dia nampak garang. and when time passed, yeah. hipotesis berjaya dibuktikan. dia memang nampak garang. tapi takde lah garang sangat pun. sama gak ngan cikgu aida, jiwa muda. ye la, x kawen lagi. tapi bila sem 4, dah kawen dengan sorang engineer.. tinggi gila laki dia. hensem2. padan lah. haha. doakan cikgu bahagia sampai ke akhir hayat. amin. doakan saya 7 ya cikgu? ayt cikgu mesti macam ni, "saya dah selalu doakan anak murid saya...".. haha...

English B HL

HL? wah, bajet kao amik english High Level? spm punyer english pon hancuss. haha. diam. biarkan yang berlalu itu pergi. haha. english.. seperti biasa lah. aku memang hancus english. bahasa orang. plus, masa sekolah dulu, selalu kutuk org yg speaking, kata bajet lah, poyo lah. last2 aku yang lingkup. hadoi.. gila menyesal buat camtu kat sekolah dulu.. kepada hadek2 SMACH, sila jangan sambung budaya itu. sangatlah tidak bagus. english ni macam mana eak? hurmm... one word. interactive. haha. tak pernah aku terlelap walau sekali time english. (ke pernah? haha) ticer english, mrs Raieda, memang stylo habislah. gaya sinisme dia paling aku takleh lupa. and the orangutan punya gaya tu memang sampai sudah aku akan ingat. haha. mau nak lupa, cikgu english buat lawak depan kelas selamba je. haha~ and seriously, suka sangat time english. tapi tu lah. haha~ i've put my best foot forward during IB exam, biarpun text D tu susah gila. takpelah. mengharapkan yang terbaik. no less than 6 please? xlepas IUMC punyer requirement aku nanti.. amin.

Malay A1 SL

wahaha~ subjek ni sumpah osem!!!! gila2 suka. suka gila2.tak taw kenapa. mungkin aku memang nature sastera. so, subjek ni memang sangat best bagi aku. presentation sambil nyanyi duet(sumpah aku malu gila time kena lagukan sajak dengan iwa(klasmet)... arghh!).. macam pementasan pon ade gak. nyanyi serangkap, pastu ade org sambung baca sajak(which is Ika, klasmet jugak), pastu sambung nyanyi lagi tu... rentak takyah cakaplah.. memang berterabur... and subjek ni memang goreng tahap tak ingat lah time exam.. alhamdulillah, result malay xdelah teruk sgt, tp risau jugak for IB exam ni... main goreng2, hangus tak pasal2. nauzubillah minzalik. cikgu malay? haha~ memang relax habess! merangkap cikgu EE aku, cikgu azhana, memang gaya keibuaan yang sempoi x hengat.. ayat feberet,"hrrmm... tak jelas kot..." haha~ ingat acap(klasmet) punyer ajukan, memang sebijik ah. tapi sori cikgu, kami tak niat nat ajuk cikgu sebenarnya.. kami rindu cikgu, cikgu cuti bersalin lama sangat.. huhu~ doakan kami 7 semua ya cikgu. EE saya pon, doakan biar dapat A. amin.

Biology HL

wuah3~ subjek ni lagik sempoi. seringkasnya, macam boleh cakap, hafal, tulis, hafal, tulis je. tapi masa belajar kena la faham dulu. haha~ perubahan drastik giler dari SPM dulu... aku memang hancuss bio.. tengok kero jeme(exskulmet. now in egypt.) studi bagai nak rak, hafal segala bagai fakta bio, kitorang wat bodoh lagi. faham dah la. masuk KMB, sekali dapat cikgu yang memang ajar ikut answer scheme. nota aku memang nota answer scheme ah. pergh masyuk habis studi dengan answer scheme. sampai habis IB kot studi nak exam pakai nota cikgu je. haha~ tapi tu la.. terlepas peluang belajar macam2 seperti kelas lain. tapi xpelah, kat uni nanti, nak selongkar and belajar macam-macam.. minat je sebnarnya bio ni, minat gila kot.. tapi tu la. mesia punyer sistem untuk bio terlalu exam oriented, sampai tak lalu aku nak studi bio time sekolah menengah.. tapi sumpah sayang gila cikgu bio sekolah menengah ngan kat KMB. haha. memang ciri2 keibuan level tinggi ah. haha. cikgu sara, jangan lupa call saya bila dah tahu result eak? haha~ cikgu dah cakap nak call. ye la. cikgu kan tahu awal result IB. sehari awal kot. kot2 boleh tahu lepas ke idak pon dah oke. haha.

Business and Management SL

ini... ini... ini... sumpah susah. haha. belajar fun gile. interaktif. cikgu mimi yang comel pon sempoi habis je mengajar. tapi tu lah. kalau dah tahu nak jawab macam mana tu, tak tahu je lah. and sampai ke habis lah aku dapat 5 je untuk bms. tapi nak IB hari tu, budak engine yang genius bisnes ni buat lah kelas tambahan. gila stylo la wehh. sumpah sayang dorang. yasin, akmal, loque, syah, azam, ridu dan segala bagai budak2 engine yang ade masa 2. memang aku learn a lot from that class. rupa2 nya masalah aku selama ni, is aku tak pernah apply apa yang aku belajar dengan case study yang diberi. selama ni aku main teori sampai sudah jer. tapi IB hari tu dah cuba relatekan dengan terbaik. and i'm targetting no less than 6 for bisnes. kalau bonus 7. haha. amin!

err.. ToK ngan Pai? itu perlukan post yang khusus. haha. kenapa. nanti kita cerita lain kali. insyaAllah. sehingga itu, selamat. semoga aku tsabat. matikan aku dalam keadaan mencintai jalan ini. amin

salam alaik

1 comment:

Abe Am said...

nanti bila fly, pastikan bawa kesemua buku bio dan nota bio IB ok..
sebab sangat2 berguna utk 1st year sbg medical student