Wednesday, July 25

Kunyahan Rangup ketika Solat Tarawih!

salam alaik..

hari ni dah masuk hari yang ke-6 puasa kan? eh ke x? haha. saja nak test, ingat ke tak. mana tau, khusyuk sangat beribadah sampai lupa dah berapa hari puasa. Alhamdulillah, Allah masih bagi kita peluang untuk hidup pada hari ini dimana dalam ketika kita sedang enak dibuai kurma bertangkai Yussof Taiyoob...(sila baca dengan nada berbisik..), sedang mengunyah ranum agar-agar tembikai yang sumpah osem itu, dimana kita sedang lena dalam buaian air kelapa dan jagung kaw buatan pakcik depan rumah, dimana kita masih mampu untuk membace basmalah sebelum berbuka puasa. eh, anda bacakah? huhu.

semalam, sewaktu sedang solat tarawih di masjid kampung saya, er, ya kampung saya lah. berlaku suatu insiden yang saya sumpah tidak ingini. sangat-sangat menyakitkan jiwa dan raga. warghh!

eh, insiden apa yang saya maksudkan?

-______-"

*malu hendak menceritakan sebenarnya, tapi demi anda, saya beranikan diri jugalah! wahaha~

okeyh, insiden ini sumpah bukan kejayaan kanak-kanak tepian masjid yang berjaya menggagapkan imam dengan mercun ketupat dan segala jenis mak nenek mercun yang mereka ada, bukan juga insiden masjid blackout dek kerana kilat yang berdentum tempoh hari sehingga terlatah seorang pakcik dalam solatnya, insiden ini juga tidak berkaitan dengan seperiuk sup gearbox yang tumpah dilanggar seorang kanak-kanak comel yang berlari riang di bazaar ramadhan, dan tentu sekali bukan insiden saya terbaca kisah cinta pertama Akh AA yang buat saya gelak golek2 di malam hari hingga kakak bertanya, "eh, CheCardio, kau ni dah mabuk todi kah?" semuanya bukan insiden yang saya maksudkan..

saya yakin dalam hidup anda, anda pernahlah paling kurang sekali terkena insiden ini di mana-mana. ya, pasti pernah. melainkan anda sudah terlupa, itu bukan hal saya lah. wahaha..

insidennya begini.

ketika sedang solat tarawih, ketika itu, saya masih di rakaat pertama. selepas takbiratul ihram, tangan letak di perut. imam punyer sedap bacaan ni, seperti biasalah. dan tiba-tiba, yang menghampeskan saya. baru saja lebih kurang 15 saat takbiratul ihram, tiba-tiba saya terasa gatal-gatal. oh tidak, bukan gatal hendak mengurat anak-anak dara mahupun janda-janda di saf belakang sinun, anda jangan suudzhon pula. saya terasa amat gatal-gatal. bagaikan mahu pecah otak sahaja tahap kegatalannya itu.

ya, sudah terganggu tahap kekhusyukan saya disitu. sumpah terganggu biarpun bacaan imam itu sangat-sangat-sangat-osem lah. saya menjeling ke arah bawah untuk mencari punca kegatalan. ya. saya berjaya mengecam suspeknya dengan anak mata sahaja. seketul "benda terbang"(maaf, saya tidak pasti adakah nyamuk atau makhluk spesis lain yang dengki dengan saya barangkali) sedang dengan syoknya mengunyah-nguyah daging kaki saya(oke, hiperbola sedikit). size nya tidak sampai sebesar tahi lalat hitler pon. makaih, kecik sangat ni!

tapi, heyy! anda jangan lupakan fakta yang beliau sememangnya telah mengganggu kekhusyukan solat tarawih saya di rakaat pertama lagi. apa yang saya lakukan selepas itu, biarlah rahsia, anda sudah pasti tidak mahu membayangkan keadaan saya yang brutal lagi kejam itu. namun cukuplah sekadar anda tahu bahawa saya dengan bangganya gagal membunuh beliau dengan jayanya. *down. err, maaf, saya telah meneruskan solat dengan sesempurna mungkin ya selepas itu. jangan bersangka buruk pula. *peluh kecil


"err, apa motif penceritaan anda ni CheCardio, saya..saya..saya, tak berapa nak faham."  


eh? kena ada motifkah? -__-" wahaha. sabar.sabar wahai teman. saya belum habis.

anda cuba pejam mata dan bayangkan.

eh, pejamlah mata tu. kenapa masih membaca?

anda cuba bayangkan para sahabat ketika dahulu. err, jangan lah anda membayang wajah mereka pula. anda ni... bayangkan situasi mereka.. setelah menerima tarbiyah yang konsisten dari Nabi SAW.. apa hasil yang mereka tunjukkan?

ingatkah anda kisah pengawal khemah yang saya sendiri pun terlupa nama-nama mereka. ketika mereka bergilir-gilir berkawal, dimana salah seorangnya tidur, manakala seorang berkawal. (err, jika saya salah fakta walau secubit sekalipun, sila beritahu ya? trimas!) sahabat yang sedang berkawal itu mula solat sunat bagi mengisi masanya. sebelum tidur, kawannya berpesan, "jika ada apa-apa, kejutkan aku ya?"(sekali lagi, dialog versi saya)

dan the rest is history. eh? anda tahu kan kisah ini? xkanlah saya mahu ceritakan juga. mahu juga? baiklah2, saya teruskan.

dan entah dari angle mana, sahabat yang sedang solat itu di panah tepat didadanya. maka apa yang sahabat itu lakukan? jatuh pengsan lalu menjerit, "ambulans, ambulans.." dengan suara yang putus2? owh, tekaan anda silap sama sekali. sahabat itu ternyata dengan selamba dan kool nya mecabut anak panah itu dari dadanya dan meneruskan solatnya. jika tidak silap saya, hampir tiga kali juga sahabat itu dipanah sehingga beliau menghabiskan solatnya. (sekali lagi, jika saya silap fakta, harap dibetulkan.)

anda lihat connection cerita merapu saya di atas dengan kisah sahabat di bawah?

pasti jelas bukan? kunyahan seketul makhluk terbang dengan panahan busur yang tajam itu! walaweyh, lihatlah betapa khusyuknya solat para sahabat, jika hendak dibandingkan dengan kita sekarang yang mengatakan kononnya sudah maju selari dengan arus pembangunan 2020 yang pesat itu!

oh, bukanlah saya berniat meng'compare'kan diri yang hina lagi lemah ini dengan para sahabat yang sumpah qawiey lagi kool itu! tidak sekali-kali. cuma sekadar menginsafi kelemahan diri. jika gigitan serangga yang sebesar itu sahaja sudah mampu menggangu gugat konsentrasi solat saya, bagaimana agaknya jika saya ditembak M16 ketika solat di masjid al-aqsa suatu hari nanti(amin. teringin juga sujud mengalirkan air mata disana. TT__TT). saya masih perlu diperbaiki dari segala segi kerana, ya lah! marhaen ini masih butuh pertolongan dan bimbingan dari murabbi2 kachak seluruh dunia untuk pembentukan diri. anda bagaimana, mampukah? jika masih belum, jom sertai saya dalam jalan ini? hanya untuk redhaNya, insyaAllah..

dipanah legolas ketika sedang solat. anda berani? [kredit]

salam alaik,

dari yang dikunyah rangup,
CheCardio

p/s: doakan saya terus tsabat ya? dan satu lagi, doakan saya mampu solat dengan khusyuk ya? aminn.. trimas!


No comments: