Sunday, July 1

Nasik Ayam Perisa Kesabaran!

salam alaik...

sekali lagi post emo di tengah hari yang panas ini!

hari ini memang hari yang menguji kesabaran. meh nak citer sket.

satu hari... err.. oke dah straight to the point. saya pergi beli nasi bungkus untuk makan tengah hari.. di tempat biasa lah. kalau anda hidup di sekitar kawasan rumah saya, anda tahulah tempat yang jual nasi ayang goreng yang sedap dan pedass menjilat jari lagi murah dan berpatutan itu. walaweh!

sampai saja di gerai nasik itu. saya tengok manusia agak ramai lah. tapi tidaklah seramai yang anda sangka. tapi ramai jugaklah. eh.

saya amik port kat tepi, tapi bukan paling tepi. kira mampu dilihat jugaklah. oh sebelum itu, nak citer sket. kedai tu ada cawangan lain juga, iaitu di depan rumah saya sahaja. namun cawangan depan rumah hanya buka pukul 3 pm. kira2 hampir dua jam lagi. kakak ketiga sudah menjerit2 kelaparan. maka, itulah sebabnya saya memandu kancil sauna dengan penuh bergaya ke cawangannya yang lagi satu kira2 15 minit dengan trafik pukul 1 tgahari.

oke tunggu punya tunggu. hampir setengah jam. semua orang yang berada disitu sewaktu saya sampai akhirnya berjaya mendapatkan bekalan nasik dengan suksesnya! syabas bete! syabas! saya ingin membuka mulut dengan dialog yang sudah siap didesign dalam kepala, "nok duo, xsey samba, wat tigo ya deh?"

namun di kala bibir munggil ini sempat bergerak, Abang Besar Bungkus Basik(ABBN) menoleh ke arah Adik Tudung Labuh(ATL) yang sampai selepas saya sambil bertanya, "berapa?"

i was like... er..

sabar che cardio, sabar. tadi baru baca 3:200... hape daa.. okeh sabarlah. husnuzon sket dgn ABBN. ye lah. adik 2 pakai tudung labuh DBKL, kaler putih, saya pakai baju kelabu, dengan seluar comot(tapi masih cool). okey lah. tenggelam mungkin. boleh dimaafkan lah. adik tu pun dah muka kelat serba salah sambil jeling2 saya. wah perasan disitu. mungkin bersalah kerana perasan dirinya sudah potong queue secara tak sengaja. saya boleh senyum selamba lagi lah. walaweh! baju di belakang sudah mula basah.

okeh sabar lagi. adik tu dah nak bayar. bagik duit besar. RM 50. takde baki la pulak. carik punyer carik, makcik kat tepi belah sana pon kasik la duit kecik. waahh... tacim2..

okeh dah setel. tetibe, sorang makcik entah dari mana, "saya nak dua ya". er, makcik, anda nak potong line jugakah? saya masih mampu tersenyum. hoyeah!

dan lagi. seorang makcik sebelah sini tak mahu menyerah kalah lah! "eh, saya dulu" kata makcik tersebut. saya sudah lupa makcik mana yang sampai dulu, yang pasti, che cardio datang lagi awal lah! tapi buat apa nak bertekak sekali dengan makcik2. biarlah. okeh, makcik2 mula bertoleransi. ha, takpelah, kamu dulu. eh2, xpe2, saya tak kalut pun. *uhuk3

lemah semangat. okeh, xpelah. biarlah mereka dulu. genap tiga orang memotong line, ABBN layan pulak makcik yang hulur duit tadi. wahaha. membalas budi. baju belakang sudah basah lagi. okeh. saya ni invisible kah ABBN?


"saya nak dua", terkeluar juga kata2 itu setelah mula merasakan bahang jemuran sang mentari pukul 2 lebih.


tetiba, sorang pakcik sebelah sana cakap, " saya nak tiga". entah kenapa, mungkin simpati. ABBN bagi nasik kat pakcik tu jugak. wah? saya terkedu. tapi tu lah. tarbiyah direct daripada Allah kan? kat tempat beli nasik pon Allah boleh bagi tarbiyah.


okeh, saya dah bersedia untuk segala ancaman selepas ini. dan tanpa saya sangka2. jeng3...


"nak yang ikan keli satu, biasa satu. dah lama tunggu," suara selamba berbunyi di sebelah. makcik baju putih mula bersuara. saya macam. wah? cabaran lagi?


and guess what? memang saya rasa saya boleh masuk liga avengers untuk lelaki halimunan terbaik. wahaha. ABBN bagik lagi kat makcik tu. 


takpe2. sabar2. 


okeh, makcik baju putih dah blah. saya angkat tangan buat gaya peace, maknanya saya nak dua lah. ABBN tengok dulang ayam berkali2. saya intai. konpem x cukup. dan tetiba pakcik yang boleh tahan comellah bersuara dengan suara garau mantapnya, "saya nak satu je, bagilah saya dulu."


i was like being tortured by Thor's hammer. urgh.. 


okeh i can clearly see that the dulang yang isi ayam kecik2 tu dah kosong. tinggal minyak je bro,


and ABBN said, "sorry dik, ayam dah habis ni. nak tunggu boleh.dah ada orang pergi ambik tadi."


i can see that okay? and  for sure, orang yang pergi amik tu amik ayam mentah, nak kena tunggu goreng lagi. okeh. dah hampir sejam. pura2 terkejut kononnya ada orang call. amik fon dalam poket. keluarkan cepat2. pastu tekan butang mende tah. and pura2 bercakap sambil blah perlahan2 menuju ke kancil sauna.


balik tanpa hasil. kakak ketiga mula menjerit kelaparan. beliau sudah membikin maggi sedap yang konfem sedap sebentar tadi dan saya masih di meja ini. meluahkan rasa sebentar. oh saya stress!


tapi tu lah. tadi dah free2 dapat dedication ayat 3:200...(perasan plak org dedicate kat akoo, padahal random jer. huhu) . xkanlah tak amik pengajaran kan. ayat ape? haha. beleklah sendiri.


till then. semoga terus menjaga dan terjaga... doakan saya terus tsabat. amin.

akan terus bersabar,
Che Cardio
[kredit]

No comments: