Friday, July 6

Ujian @ Nikmat?

salam alaik.

okeh, a proper post after those earthqueake moments in life.

betullah, kadangkala, Allah tak beri kita apa yang kita nak. tapi Allah bagi apa yang kita perlukan. which is yang terbaik untuk kita. manusia tak pernah puas dengan apa yang mereka ada. sehingga kadangkala mereka lupa. dengan apa yang telah mereka ada.

walaweh! skema sungguuh! wahaha

taderlah. saja terasa seperti ingin berdrama di pagi2 yang hening ini. orang tanya, kenapa happy sangat. wahaha. bukan kena happy sepanjang masa ke?


"Hairan sungguh urusan orang mukmin itu, semua urusannya baik belaka; perkara ini tidak akan didapati dalam diri seseorang kecuali pada orang mukmin. Iaitu apabila dia mendapat kebahagiaan dia bersyukur dan bersyukur itu baik baginya. Apabila ia ditimpa musibah dia bersabar, dan bersabar itu adalah hal yang baik baginya."
[Riwayat Imam Ahmad]



aku takkan tipu. ada lah sekelumit terkilan apabila subjek kesayangan xdapat 7. tapi siapalah aku untuk demand lebih-lebih sedangkan apa yang Allah bagi ini dah lebih dari mencukupi. Allahu Allah. jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur!

namun rasa dah pecah biji mata bila subjek-subjek yang memang out of my league lah... He gives me a present I would have never imagined. masih di dalam state of.. taktawnak kata apa dah.. syukur sangat2..

tapi cuma satu. hanya ingatan untuk diri sendiri. supaya tidak kufur nikmat. semua dah Allah bagi adalah nikmatNya dan pada masa yang sama, juga adalah ujian. untuk hambaNya.

semoga aku tabah dan terus tsabat. rasa bangga dengan ikhwah2 terchenta. tahniah semua! tahniah KMBians! jumpa lagi di Ireland, insyaAllah.

wsalam

Yang Diuji dan diberi Nikmat,
CheCardio


No comments: