Wednesday, July 11

Sabarlah Wahai Kamu yang Bergelar Muslim!

salam alaik...
it's been like 5 days since the IB results are out but i believe that the 'bahang' is still there. not the 'debaran', but the 'bahang'. if u know what i mean..

nope, i'm not going to talk about the IB results. let bygone be bygone. eh betul ke idak aku punyer idioms ni. kalau salah habeh kena luku dek mrs raieda ni.

so, what is this all about. nothing. randomness fills up the blank box tonight.

kadangkala kita rasa kecewa dalam hidup. kecewa dengan apa yang kita dapat. juga kecewa dengan apa yang kita tak dapat. (err, apa anda melalut ni CheCardio? common sense kot..) ye lah. tak semua benda yang kita nak Allah akan bagi kan? tak semua benda yang kita rasa kita perlukan Allah akan bagi kan? sebab apa? haha. u're kidding me.

anda baca balik saya tulis apa? saya tulis 'kita rasa'.

'kita rasa'

siapa kita?(wah, cam nak masuk point isk plak... oh tidak.. ini bukan post isk..)

kita manusia lah. wahaha(weh, kau ni! sekali lagi kau cakap benda dah konpem macam ni, aku tekan butang merah kat hujung tu tahu!!)

sabar lah anda. saya tengah mencurahkan emosi ni tahu?

banyak kali dalam hidup, terserempak dengan ayat ni kan?

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah Al Baqarah:216)


pernah terbaca tak? at least macam pernah dengar lah kan? terharu dengan ayat ini.

"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu."

saya tak tahu nak kata apa lagi lah. sama ada ayat ini kurang jelas bagi kamu, atau kamu masih belum meresapi betul-betul ayat ini dalam seluruh hati dan jiwa kamu. yang lagi best, Allah tambah lagi tu.

"Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

subhanallah. cantik sungguh ayat-ayat yang dikurniakan oleh Allah untuk hambaNya yang lemah ni kan? mana lagi anda nak jumpa tuan yang bagi hamba kata-kata pemujuk yang terbaek macam ini? mana lagi?
konfem tak terjumpa kat mana-mana lah!

saya tahu saya bukanlah di tempat yang sepatutnya untuk cakap pompam2 macam cik kiah jual keropok losong panas, tapi saya merasakan terpanggil juga untuk saling mengingatkan. ramai yang kata. masanya tak sesuai. tunggulah dulu. heyy! kalau saya tidak sempat menyampaikan bagaimana? ada orang yang mengatakan, masa yang paling susah untuk terima teguran atau pendapat ialah masa yang genting dalam hidup kita. masa kita tengah sedih, masa tengah down. masa tu, try la tegur, nak makan pelempang?

tapi tu lah. takkanlah kita hanya manusia yang boleh terima teguran dan nasihat masa kita happy-happy sahaja? 

itu sahajalah cicipan saya hari ini. rasa ingin menulis panjang namun.. takpelah. sudah cukup rasanya saya berlantang mulut hari ini.

untuk sahabatku yang sangat kusayangi kerana Allah, walau sehebat manapun anda diuji, ingatlah.
kita masih lagi muslim. 
kita masih lagi da'ei. 
dan kita masih lagi ikhwah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung"
(Ali Imran : 200)
salam alaik.

Yang menyayangimu kerana Allah,
CheCardio

4 comments:

Inche gabbana said...

kna byk sapot ikhwah, koling2, sms2. espeseli di saat mereka amat2 memerlukan sokongan dan tepukan mesra di bahu.

aman.

CheCardio said...

mungkin saya khilaf dr segi skill mnegur.... juz a lil bit surprised btw... jzkk... advices noted.

Hamba Ilahi said...

(T_T)

Hamba Ilahi said...

(T_T)