Friday, July 27

Tetamu Masjid Telipot!

salam alaik.

perhatian! post ini agak panjang, jika anda tidak punyai masa untuk dibazirkan, saya tidak menggalakkan anda meneruskan pembacaan secara terus.(err, beransur-ansur macam Courts Mammoth mungkin diharuskan)

alhamdulillah, hari ini masih diberi peluang untuk hidup dan menghirup oksigen pagi yang kadangkala berkisar jua dengan asap-asap motokar yang sedang berkelana di hadapan rumah. Alhamdulillah, semalam saya dengan teruja tahap gaban mata tiganya telah beriktikaf di sebuah masjid kira-kira 10 menit dari rumah. Dan alhamdulillah sempat bertadarus dengan hadek2 yang sumpah comel di masjid yang sama dan juga berkongsi   kongsi sambil cakap-cakap bantal dengan mereka semalam. nikmat yang saya tidak yakin saya akan dapat di usia ini jika saya tidak berada di dalam gerabak ini. Alhamdulillah.

ketika diri serabutkan dengan borang-borang yang datang melanda, sempat juga memencilkan diri untuk mencari redhaNya dalam kehidupan yang penuh dosa ini. mari saya ceritakan sayembara saya ini biarpun ia saya yakin tidaklah semenarik kisah tarbiyah Inche Gabbana mahupun kisah cinta pertama INche bateri AA yang sungguh menjatuhkan rahang itu.. wahaha.

semenjak bercuti dari kehidupan sibuk di Kolej Maha Busy, saya dan rakan-rakan di lokaliti kami mula panas punggung kerana berdiam diri tanpa melakukan sebarang amal yang boleh mengkonsistenkan kami dalam gerabak ini dan juga mula merasakan ketuka pintu Inche Futur ibn Malas makin kuat dan semakin mengganas. oh sumpah tidak mahu itu berlaku. maka kami mengambil keputusan menyerang Sekolah Elit Penguin Chumil yang terletak kira-kira 45 menit dari rumah saya. segala kelengkapan seperti pistol M16, bazooka jarak dekat, dan sniper 3 peluru sudah disiapkan dan ternyata memang mampu digunakan dengan efisiennya oleh kami. tambahan pula dengan kehadiran spykid kami yang sedang menuntut di sana, makin senanglah kerja kami. wahaha. eh, apa saya melalut ni.

asalnya merancang untuk ditemani akh N dan akh D untuk bersama-sama menculik beberapa pelajar sekolah itu untuk dibawa iktikaf bersama, selepas menjamu selera sambil berbuka puasa di rumah akh N. namun ditakdirkan Allah SWT, plan yang dirangka hancur berkecai bagaikan dibedil bertalu-talu oleh pihak yang berwajib. Akh N terpaksa pulang ke kampung halaman dan akh D pula sakit tenat(oke, over je..) dan tidak dibenarkan keluar rumah sambil memandu kereta mewah bapanya itu. maka, saya mengambil risiko untuk meneruskan sahaja program penculikan itu bersendirian. sememangnya sungguh menduga keimanan dan emosi lah! wahaha. satu tarbiyah medaniyah untuk diri yang marhaen ini.

oleh kerana sudah pompam2 berpolitik dengan ibubapa mengenai rancangan beriktikaf itu, saya teruskan juga alang-alang saya sudah berada di luar rumah. maka, bertolaklah saya dalam mencari secebis redhaNya yang agung itu dengan sebuah MPV lima bintang(oke, over lagi...) kepunyaan bapa saya. misi pertama ialah untuk mencari sesuap nasi. eh?

maksud saya, mencari juadah berbuka puasa lah. memandangkan jemputan makan-makan dengan berselera dirumah akh N tidak dapat diteruskan, saya berpusing-pusing di sekitar kubang kerian untuk mencari sedikit suapan di malam hari. jam casio hitam sudah menunjukkan pukul enam tiga puluh pm, dan di tangan sudah terbungkus nasi ayam berempah dan juga air jagung dalam gelas yang dibeli di bazaar ramadhan berhampiran Mydin kubang kerian. itupun setelah berperang dengan nafsu sendiri untuk tidak membeli kueh-mueh yang sumpah jika saya sebutkan di sini nama-nama kueh tersebut serta gambaran rasanya, perut anda pasti menjerit-jerit minta pertolongan lah!

maka saya meneruskan misi kedua, mencari tempat untuk berbuka. wahaha. oleh kerana saya berseorangan dan merancang untuk menculik hadek-hadek Sekolah Elit Penguin Chumil itu pada jam 8 malam, maka saya mencari masjid yang berdekatan lah. pusing-pusing MPV saya itu. akhirnya menemukan saya dengan masjid Sejahtera yang berada kira-kira sejengkal kaki katak sahaja dari sekolah elit itu. wah, ini sudah lancar. maka, saya menuruni MPV, menyarung jubah kelabu kesayangan, memakai kopiah putih, betulkan rambut didepan cermin sebentar, dan melangkah dengan penuh bergaya ke arah dewan masjid. namun, saya terkezut kera juga melihat tikar-tikar makan sudah sedia di hampar untukk jemaah menjamu selera. er, nasi ayam berempah saya itu bagaimana?

saya lantas mengambil keputusan untuk menjamu selera dengan juadah yang disediakan itu sahaja. orang kata, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!(er, saya pun tidak tahu kaitan peribahasa ini dengan topik di atas) beberapa menit sebelum azan berkumandang, tiba-tiba, saya merasakan suasana petang itu cukup sayu. dan saya tersedar dari kekalutan. ya, baru tersedar.

Orang-orang disekeliling saya tidak langsung saya kenali. pakcik baju hijau di sebelah kanan, adik baju hitam di sebelah kiri, abang berjubah di hadapan berserta anaknya yang tidak makan ikan kerana takut tercekik tulang. semua mereka adalah orang asing bagi saya. malah masjid sejahtera itu, boleh dikatakan ini  baru kali kedua saya sampai di situ. suasana hingar-bingar dengan bunyi zikir-zikir yang berkumandang di sekeliling. saya cuba menutupi rasa hiba dengan zikir juga. astaghfirullahal azim, astaghfirullahal azim, astaghfirullahal azim. ini lah tarbiyah di tempat yang kita tidak kenal sesiapa. hiba, sebak, namun ianya tetap tarbiyah bagi diri yang masih lemah ini. mungkin inilah yang abang2 kachak rasakan tatkala mereka menculik hadek2 di mana-mana kolper dan juga ipt seluruh malaysia. jauh dari orang yang dikenali. malah terasa asing biarpun di bumi sendiri. tarbiyah untuk saya. alhamdulillah.

Usai makan dan solat maghrib, saya dengan bergayanya mulalah menuju ke arah MPV berjasa untuk menculik hadek2 mengikut apa yang dirancangkan. biarpun sedikit tergerak dari jadual sebenar, namun saya dengan efisiennya berjaya menculik 5 ketul makhluk hadek comel(dah form 5, x comel sangat dah.. hee) untuk di bawa beriktikaf. keluar bersahaja berbaju batik cop sekolah elit berwarna kuning emas, melepasi pondok pengawal dengan langkah kool dan tersipu-sipu malu, mereka berjaya menyeludup diri mereka keluar dan terus dengan selambanya menaiki MPV saya yang mewah itu. wah, hadek-hadek comel ini memang inginkan diri mereka diculikkah? wahaha

maka, setelah berpening-pening dengan jalan di sekitar situ, kira-kira rakaat terakhir solat isya', kami sampai ke masjid yang ditujui. err, memang sudah lari dari jadual nampaknya. -__-".. tarbiyah lagi. sesudah isya' kami dijamu pula dengan halwa telinga(er, ini bukanlah sejenis kuih dalam bahasa kelantan mahupun sejenis hidupan dua alam) dari imam tarawih yang diterbangkan khas dari mesir semata-mata untuk mengimami solat tarawih kami. wahaha, perasan! dan seperti yang anda boleh jangka, imam-imam tersebut sememangnya seorang imam yang sejatilah! beberapa kali mengalirkan air  mata tatkala telinga terimbas beberapa ayat yang saya tahu maksudnya. selebihnya, mengalirkan air mata juga kerana tidak mampu memahami ayat-ayat yang dibaca dengan penuh kesyahduan itu. oh, ruginya saya ponteng kelas arab di sekolah dulu!

selesai 20 rakaat tarawih dan 3 rakaat witir, kaki saya mula terasa sengal2 kami dijamu dengan sedikit kueh-mueh dan air teh panass(okeh, air itu memang sumpah panas!) sambil berlapang-lapang dengan jamaah yang lain. kira-kira jam 11 malam, saya ditemani oleh dua ikhwah United States of America dan akh D yang dihantar drivernya membuat sedikit perkongsian bersama-sama hadek-hadek yang berjaya diculik tadi. dan saya agak terkesima kerana rata-rata hadek-hadek yang diculik tadi merancang ingin meneruskan pengajian di Kolej Maha Busy dalam bidang perubatan. Heyy hadek-hadek! kamu sudah cukup kenalkah Kolej Maha Busy itu bagaimana? namun, seperti biasa, hanya galakan yang diberi, dan sedikit suntikan untuk mereka agar belajar dengan osem dan meletakkan niat yang betul. Cuba juga menakutkan mereka dengan hantu-hantu kehidupan di Kolej Maha Busy yang berupa esaimen yang tidak putus2, dan exam yang sumpah tidak osem itu. namun, objektif kami tidak berjaya dicapai, malah membuatkan mereka lebih bersungguh-sungguh untuk belajar pula! saya... saya... saya... *pengsan.

setelah hanpir pukul dua belas setengah malam, tiga orang akh yang saya sebutkan tadi mula meminta diri untuk memberi anak-anak bini makan, meninggalkan saya yang masih bujangbergaya*koff3* ini sendirian bersama hadek-hadek sekali lagi.. maka sebelum tidur, saya menjemput mereka bertadarrus bersama-sama dalam bulatan yang bolehlah dikatakan gembira itu, walaupun tidak banyak yang sempat kami habiskan kerana hari sudah semakin lewat, namun saya sudah cukup bersyukur diberi kesempatan untuk bertadarrus buat pertama kalinya di bulan yang mulia ini. biasanya, bertilawah seorang diri sahaja. kalaulah ada yang memeriksa bacaan selepas maghrib seperti itu, sempurnalah hidup kan? wahaha.. melalut pula puasa-puasa ini!

dan begitulah kami mengakhiri malam kami. sehingga saya dikejutkan dengan kehadiran akh N yang beru sampai dari kampung halamannya. riak wajah letih di mukanya disorok dengan senyuman ceria bertemu hadek-hadek di malam(ke pagi?) hari itu. namun anda tidak boleh menipu si pelakon ini lah wahai akh N! wahaha

keesokannya pula, alhamdulillah, diberi kekuatan oleh Allah untuk qiamullail sementara menunggu untuk sahur. biarpun qiam jamai'e tidak sempat dijalankan, qiam fardhi yang dijalankan sudah berjaya mengisi jiwa yang kosong ini. alhamdulillah. bersahurkan beberapa keping roti dek kerana tidak berjumpa dengan kedai roti tempayan yang disyorkan oleh tok siak masjid semalam, kami bersahur dalam keadaan penuh menginsafi dan mensyukuri rezeki yang dikurniakan Allah. meneguk segelas air mineral yang dikebas diambil ketika jamuan semalam, cukuplah untuk mengalas perut kami bagi meneruskan ibadah puasa pada hari ini. syukur yang tak terhingga kerana diberi nikmat sebanyak itu. er, namun tidak perlulah saya menceritakan tentang jem coklat berkrim yang dibeli oleh akh N dan sekotak kurma Yussoff Taiyooobb(berbisik perlahan-lahan) yang dibawa oleh seorang hadek comel itu ya?.. wahaha..

setelah selesai solat subuh berjemaah dan membaca zikir mathurat di masjid yang sama, kami berterimas kasih kepada Tok Siak yang sangat banyak membantu kami di situ. anda bayangkan sahajalah, kami hendak bersahur pun beliau menghulurkan beberapa keping not merah juga! anda memang osemlah Tok Siak! dan sekian, merindui Masjid Telipot dan doakan saya sampai lagi ke sana sebelum mampu terbang pada bulan september ini nanti, insyaAllah.

eh? apa cerita nasi ayam berempah saya tadi? wahaha.. biarlah rahsia.  [kredit]

salam alaik,


dari tetamu masjid,
CheCardio 


p/s: sangat teringin menghabiskan 10 malam terakhir di sana. anda juga mahu? jom, sertai saya! *malu-malu