Friday, December 30

seuntai keluhan si budak besar

salam alaik.

sekedar menguji ingatan manusia. kepekaan manusia. terhadap hakikat temannya.

sengaja memadamkan tarikh di facebook. tahun lepas juga sama. sebab?

tak perlukan sebab. hanya ingin rasa terharu melihat wish2 yang sebenar-benarnya mengingati.

bukan hanya reminder di facebook, haha. rasa mahu ketawa. tak tahu kenapa.

mahu memuntahkan rasa. di malam yang gelap gelita. bersama puisi derita.

khas untuk diri. yang tersembunyi tiada henti. bagai tak luak di telan masa. bagai tak letih menghargakan nyawa.


diri
dikala kau menjengah takdir
mengintai masa depan dari ufuk timur
bersama cebisan-cebisan memori
yang kadang mekar kadang layu
menatap air yang keruhnya di situ jua
melajur di tepi muara sungai
membasuh kotoran keji hina

diri
disaat kau sendiri sepi tanpa bunyi
jangan kau lupa ada yang memerhati
setiap langkah setiap jejak
pasti dituntutNya nanti
jangan dilupa pada yang pasti
kelak dirimu menyesal tiada berganti
menyepi diri meminta belas
keatas diri yang malang ini
gara kedegilanmu sendiri

diri
kala hati dilanda gelora badai
yang menyekat arus hidupmu dari terus hidup
menikmati indahnya duri kaca jalan ini
bentangkanlah benteng iman dan pengharapan
agar tsabat jadi pelindung diri
moga Ilahi jadi pergantungan abadi

diri
kala resahmu di teleku mimpi-mimpi baru
yang menabur bunga-bunga harapan di kamar tidur
agar kau futur dan terus futur
janganlah kau layan fitnah dunia itu
buangkan resah itu ke lautan yang paling dalam
kerana masa itu masih belum tiba
untuk ia timbul sebagai bungamu yang kan kekal mekar
mewangi harum di taman syurgamu
melebur hancur sucinya kasihmu

diri
dikala kecurnya diri
menghadap cubaan yang diberi
sabarlah dalam kesabaranmu
kerana aku tahu
yang kuat itu kamu
namun tak pernah aku lupa
yang lemah itu juga kamu
kerdil hina lemah tiada daya
didepan kuasa Ilahi yang pasti
tidak ada yang mampu perangi

diri
tatkala cabulnya hati
mengutuk dan mengeji
malah saudara sendiri
bagaikan sudah terlupa hakikat hidup ini
tiada yang sempurna
melainkan satu sahaja
robeklah hatimu
tikam sanubarimu
agar kamu berhenti
dari mencurah minyak ke api dosamu


diri
setahun lagi kau menyelam mimpi
menghanyutkan diri
di jalan yang harap diredhai ini
semoga kau terus bertemu
di tahun kemudian hari
agar dapat lagi
membina amal mencipta budi
demi redha Ilahi
yang ku cari dan tiada berganti.

comel bukan? [kredit]


che cardio, kota bharu, 1:47 AM.

*akhir kata. selamat tahun baru. untuk diriku. setahun lagi kau menghampiri pemergianmu wahai diri.

No comments: