Saturday, December 17

tomorrow never die. of coz laah. sebab kita yang akan mati. bukan dia!

salam alaik.

merasa terpanggil untuk mengucapkan takziah dan rasa simpati kepada sahabat che cardio , saudara B kerana baru sahaja kehilangan bapanya semalam. innalillahiwainna ilaihiraji'un. dari Dia kita datang. kepada Dia kita kembali.

pasti sungguh pilu ya hati beliau. apa tidaknya. kehilangan ayah di saat masih lagi melanjutkan pelajaran. semoga beroleh kejayaan yang cemerlang sahabatku. ya. saya yakin. dia seorang anak yang soleh. setelah mati terputus hubungan anak adam dengan dunia kecuali tiga perkara. ya. salah satunya, anak yang soleh bukan? saya doakan agar bapamu mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah S.W.T.

tipulah che cardio jika che cardio kata che cardio faham perasaannya. sumpah. biarpun cuba menyelami. namun, pasti takkan sampai walaupun hampir dengan apa yang saudara B rasakan. bayangkan, mendapat firasat untuk balik ke kampung pada malamnya. dan setelah menaiki bas ekspress yang 'agak' laju itu selang beberapa ketika, mendapat berita kematian ayahnya. pilu hati che cardio mendengarnya. kata orang, berat telinga mendengar, berat lagi bahu memikul. oh kau sungguh tabah sahabatku.

saat che cardio memeluk beliau sewaktu berkunjung ke rumahnya tadi pun. jelas kelihatan kesedihan itu dari anak matanya. tuturnya sahaja sudah agak luluh. ya, sahabatku. aku turut merasakan tempias kesedihanmu. ayat yang keluar hanya satu, "oh, che cardio. aku memang dah lama nak jumpa kau." terasa ingin bercucuran di situ juga tadi. tahan che cardio! jangan dicucuk kesedihan temanmu!

lancang sahaja lidah ingin bertutur melafazkan kata-kata hikmat sebagai pedoman buat dirinya. namun, apakan daya. sebak di hati tiada yang tahu. hanya beberapa perkataan yang sempat che cardio katakan. sekadar bertanya sudah selamatkah pengebumian(kerana terlewat 5 minit) dan meminta dirinya bersabar. che cardio lihat wajahnya kala itu. serius. kau sangat tabah encik B.

mengambil iktibar dari pemergian. menyedari semula hakikat dan tujuan hidup. oh bilakah masa che cardio pula ya. andai che cardio pergi. bersemadilah blog ini, akaun fesbuk che cardio, akaun skype dan banyak akaun lagiklah. siapa bakal menutupnya nanti ya. che cardio pun musykil. risau juga andai aib che cardio terdedah di sana-sini. nauzubillah min zalik.

mengira-ngira, andai che cardio mati esok. cukupkah amal nak melawan dosa yang melimpah ruah diladang gandum itu. aduss. pernah juga terbaca di dalam manual hidup manusia(alQuran). tentang kisah mereka yang diazab di akhirat dan meminta Allah S.W.T peluang untuk beribadat sekejap sahaja. biar seminit pun. oh. janganlah nanti setelah jadi seperti itu barulah che cardio hendak menyesal. na'uzubilah min zalik.

tapi adakah che cardio mahu turut serta menjadi orang-orang yang sakit di dunia sekarang. penyakit yang sangat menakutkan. ya. penyakit al-Wahn.

"cintakan dunia dan takutkan mati"

oh. che cardio pandai cakap saja. haha. che cardio tak takut ke maut? tak sayang ke duit yang ada dalam wallet tu? tak sayang ke tanah yang berbidang2 tu?(oke tipu.) tak cinta ke bakal isteri nanti? eh?

habis? macam mana. hadoi. letih juga kalau macam ini. oke, carik punca carik punca. kenapa takut mati? sebab takut amal x cukup. dushh~ kenapa sayang sangat duit harta tu semua? oh. sebab susah kot nak carik. letih mak bapak saya kerja carik duit. oke. bukan semua benda tu Tuhan ke yang bagik? erk.

letih lah. jawapan semua dah ada kan. semua boleh fikir. tapi malas je. alasan yang sama. nantilah. nanti tua aku taubatlah. kalau baik sikit. oh, nanti besok lusa aku taubatlah. heyy! biar mat salleh kata tomorrow never die sekalipun, che cardio tetap kata, memanglah, tapi awak tu yang akan mati, ade reti? mati tua. mati muda. apa beza kalau amal tak cukup2 jugak. haduih.

susah jugak. apa nak kata. kome pikiaq loh sdighi.(oke bahasa campur pelik giler)

 okeh. che cardio nak berangkat dulu. minta izin nak berendam beradu hissh nak buat kerja lain pulak. till then, bertaubatlah selagi anda ada masa. (oke moral of the story cam tak kena je. lantaklah!)

salam alaik.

2 comments:

Hamba Ilahi said...

ini sumpah osem :P

Anonymous said...

TT.TT wuwuwu.. xsangka anda mempunyai belog sebegini mantap isinye =P